Seker dalamhieroglif | |||
|
Sokar atau juga dikenali sebagaiSeker (/[invalid input: 'icon']ˈsɛkər/) merupakan dewa helang bagi nekropolis Memphite. Sungguhpun erti namanya tidak pasti orang-orang Mesir dalamTeks Piramid menghubungkan namanya dengan teriakan piluDewa Osiris padaDewi Isis 'Sy-k-ri' ('cepat padaku'),[1] di dunia bawah tanah. Sokar/Seker berkait rapat dengan dua dewa lain,Dewa Ptah ketua para dewa diMemphis dan Osiris dewa orang mati. Dalam tempoh terkemudian kaitan ini digambarkan sebagai dewa bertiga Ptah-Seker-Osiris.
Sokar biasanya digambarkan sebagai helang dimummified dan kadang kala sebagai busut dari mana kepala helang muncul. Di sini ia dikenali sebagai 'ia yang di atas pasirnya'. Kadang kala ia digambarkan di atas 'hennu barque' iaitu luncur berhias bagi bergerak di nekropolis berpasir. Salah satu gelarannya adalah 'dia dari Restau' yang bererti tempat 'bukaan' atau pintu masuk makam.
SemasaKerajaan baru Buku Dunia bawah tanah,Amduat, dia ditunjukkan berdiri dibelakang ular antara dua sayap dikembangkan, sebagai gambaran kebebasan ini mencadangkan kaitan dengan kebangkitan semula atau kemungkinannya laluan memuaskan di dunia bawah tanah.[1] Sungguh pun begitu wilayah bawah tanah yang dikaitkan dengan Sokar dilihat sukar, muka bumi berpasir yang digelar Imhet (bererti 'dipenuhi' kemungkinannya dengan).[2]
Sokar, kemungkinannya melalui kaitannya dengan Ptah, turut memiliki kaitan dengan pekerja kesenian. DalamBuku Kematian dia dikatakan membentuk mangkuk perak[1] dan keranda perak bagiSheshonq II telah dijumpai diTanis dihiasi dengan ikongraf Sokar/Seker.[3]
Kultus Sokar berpusat di Memphis di mana perayaan menghormatinya diadakan pada bulan keempat musim akhet ("bunga"). Para Dewa digambarkan sebagai membantu pelbagai tugasan seperti menggali parit dan terusan. Semasa Kerajaan Baru, perayaan yang serupa diraikan di Thebes.[3]