Sofia Coppola |
---|
 |
Kelahiran | Sofia Carmina Coppola (1971-05-14)14 Mei 1971 (umur 53)
|
---|
Nama lain | Domino Coppola |
---|
Pekerjaan | - Pengarah
- penerbit
- penulis skrip
- pelakon
|
---|
Tahun aktif | 1972–kini |
---|
Kampung asal | Rutherford, California, A.S. |
---|
Pasangan | |
---|
Anak-anak | 2 |
---|
Ibu bapa | |
---|
Saudara | |
---|
Sofia Carmina Coppola (/ˈkoʊpələ/KOH-pə-lə; lahir 14 Mei 1971)[1] merupakan seorang pengarah filem, penulis skrip, penerbit filem dan bekas pelakon wanita Amerika Syarikat.
Beliau merupakan anak perempuan kepada pengarah, penerbit, dan penulis skrip,Francis Ford Coppola, dan menjadikan kemunculan sulungnya sebagai bayi dalam filem drama jenayah yang terkenal,The Godfather (1972) arahan bapanya. Beliau kemudian muncul dalam peranan pembantuPeggy Sue Got Married (1986) dan menjayakan watak Mary Corleone, anak perempuan Michael Corleone, dalamThe Godfather: Part III (1990). Filem yang terakhir ini mendapat banyak penolakan dan kritikan kritikal, dengan berkesan menamatkan kerjaya lakonannya. Coppola kemudian mengalihkan perhatiannya ke pembikinan filem.
Beliau membuat kemunculan filem cereka sulung dengan dramaThe Virgin Suicides (1999), berdasarkan novel judul yang sama oleh Jeffery Eugenides. Ia merupakan kerjasama pertama dengan pelakonKirsten Dunst. Pada tahun 2003, beliau menerima Anugerah Akademi untuk Skrip Asal Terbaik untuk drama komediLost in Translation dan menjadi wanita ketiga yang dicalonkan untukAnugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik. Pada tahun 2006, Coppola mengarahkan drama sejarahMarie Antoinette, yang dibintangi oleh Dunst sebagai ratu Perancis yang malang. Pada tahun 2010, dengan dramaSomewhere, Coppola menjadi wanita Amerika pertama (dan pembikin filem Amerika keempat) untuk memenangi Singa Emas, hadiah utama diFestival Filem Venice.[2] Pada tahun 2013, beliau mengarahkan filem jenayah satiraThe Ring Bling, berdasarkan jenayah dengan nama yang sama.
DiFestival Filem Cannes 2017, Coppola menjadi wanita kedua (dan wanita Amerika pertama) dalam sejarah festival untuk memenangi anugerah Pengarah Terbaik, untuk filem dramaThe Beguiled.[3][4]
- "Shine" oleh Walt Mink (1993)
- "This Here Giraffe" oleh The Flaming Lips (1996)
- "Elektrobank" oleh The Chemical Brothers (1997)
- "Playground Love" oleh Air (2000)
- "City Girl" oleh Kevin Shields (2003)
- "I Just Don't Know What to Do with Myself" oleh The White Stripes (2003)
- "Chloroform" oleh Phoenix (2013)
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Institut penyelidikan seni | |
---|
Kamus biografi | |
---|
Pangkalan data saintifik | |
---|
Lain-lain | |
---|