Slovakia (Slovak:Slovensko[ˈsloʋensko] (dengar);Jawi: سلوۏاکيا), secara rasminya disebutRepublik Slovakia (Slovak:Slovenská republika), merupakan sebuah negara yang terletak diEropah Tengah. Slovakia berkongsi sempadan denganRepublik Czech,Austria,Poland,Ukraine dan jugaHungary. Keluasan negara ini kira-kira 49,000 kilometer persegi (19,000 bt2) dan kebanyakan muka buminya adalah bergunung-ganang.Bahasa rasmi bagi negara ini ialahbahasa Slovakia.
Pentarikhan radiokarbon menyatakan bukti arkeologi terawal di Slovakia ditemui berdekatanNové Mesto nad Váhom kira-kira 270,000 SM, iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Barang-barang yang ditemui menjadi bukti manusia menduduki tempat itu beribu tahun dahulu.
Pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, puakHun mula meninggalkanAsia Tengah. Mereka merentasiDanube kira-kira pada tahun 377 lalu mendudukiPannonia sebagai kubu pertahanan untuk melancarkan serangan ke atas Eropah Barat. Walau bagaimanapun, kematian raja mereka, Attila pada 453 antara faktor puak Hun meninggalkan kawasan ini. Pada tahun 568, gabungan puak Turko-Mongol iaitu Avar, membuat pencerobohan ke Danube. Avar menduduki tanah rendah Pannonia dan menubuhkan sebuah kerajaan lalu mendominasiLembangan Pannonia. Pada 623, puak Slav mula menduduki bahagian barat Pannonia selepas diserang oleh Samo, seorang pedagang Frank. Sehingga 1804, kuasa Avar akhirnya berakhir di Pannonia.
Kerajaan Moravia muncul sekitar tahun 830 apabila RajaMojmír I menyatukan puak Slav dan meluaskan ketuanan Moravia melalui puak-puak ini. Selepas kemangkatan Raja Mojmir,Raja Ratislav menyerahkanKerajaan Nitra kepada sepupunya,Svatopluk sebagai "appanage". Kerajaan Moravia mencapai zaman kegemilangan apabila di bawah kekuasaan Raja Svatopluk sehingga menjangkau Austria, Hungary,Bohemia,Silesia,Lusatia, Poland dan Serbia. Namun, sempadan sebenar masih dalam pertikaian antara penulis moden.[9]
Selepas kemangkatan Svatopluk, beliau digantikan oleh anaknya,Mojmír II. Kerajaan di bawah beliau kelihatan sedikit goyah apabila konflik dalaman berlaku dan kesannya Kerajaan Moravia kehilangan beberapa wilayah. Dalamtiga pertempuran yang berlaku berdekatanBratislava sekitar tahun 907, orang nomad Magyar (kiniHungary) mengalahkan tentera Bavaria. Peristiwa ini juga menandakan kejatuhan Kerajaan Moravia akibat ditakluk orang Hungary dan sesetengah sejarawan mengatakan serangan ini berlaku lebih awal iaitu pada tahun 902.
Selepas kejatuhanKerajaan Moravia, orang-orang Hungary menduduki wilayah ini. Selepas kekalahan orang Hungary diSungai Lech, mereka meninggalkan cara nomad mereka lalu menubuhkankerajaan Hungary. Dari abad ke-11, Slovakia diduduki kerajaan Hungary sehingga keruntuhanEmpayar Austria-Hungary pada tahun 1918. Komposisi penduduk di Slovakia menjadi berbilang apabila kedatangan orang Jerman pada abad ke-13 danorang Yahudi pada abad ke-14. Penurunan yang ketara dalam populasi itu adalah akibatserangan Mongol pada 1241. Walau bagaimanapun ketikaZaman Pertengahan, banyak pembinaan bandar-bandar, istana batu dan kesenian.
Sebelumtentera Uthmaniyyah menyerang Hungary pada 1541, ibu kota Hungary diBuda terpaksa dipindahkan ke Pressburg (kini ia ialahBratislava). Pressburg menjadi ibu kota Kerajaan Hungary pada 1536. Tetapi akibat serangan tentera Uthmaniyah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di kawasan luar bandar.[10] Selepastentera Turki keluar dari Hungary pada lewat ke-17, kepentingan wilayah moden Slovakia dikesan dan Pressburg kekal sebagai ibu kota sehingga 1848 apabila ia diberikan kepada Buda.[11]
Ketika Eropah dilandarevolusi pada tahun 1848, orang-orang Slovakia menyokongMaharaja Austria dan berharap mendapat kemerdekaan daripada Hungary tetapi mereka gagal mencapai matlamat mereka. Selepas itu hubungan antara bangsa akhirnya merosot dan membawa kepada pemisahan Slovakia dari Hungary selepasPerang Dunia Pertama.
Ketikatempoh antara perang, negara demokratik Czechoslovakia bersekutu dengan Perancis, dan juga bersamaRomania danYugoslavia (Little Entente). Walau bagaimanapun,Perjanjian Locarno membolehkan dunia Eropah menjadi selamat dan aman. Orang Czech dan Slovakia masing-masing gembira akan berita ini. Mereka bukan sahaja dalam progres untuk membangunkan negara mereka, tetapi meluaskan peluang pendidikan dan kebudayaan.
Selepas itu, Czechoslovakia mengalami tekanan apabila kerajaan Jerman dan Hungary melancarkanrevanchisme (diambil dari dalam bahasa Perancis yang bermaksud balas dendam). Akhirnya,Perjanjian Munich pada September 1938 membolehkan tenteraNazi menduduki bahagianSudetenland di Czechoslovakia. Sudetenland ialah sebuah daerah di Czechoslovakia di mana majoritinya ialah penutur Jerman dan ia terletak di sempadan Jerman dan Austria. Bahagian timur dan selatan Slovakia diambil oleh Hungary dalamAnugerah Vienna Pertama pada November 1938.
Jerman mengancam untuk menjajah sebahagian Slovakia dan membolehkan kawasan selebihnya dibahagikan kepada Hungary dan Poland kecuali kemerdekaan diisytiharkan. Slovakia kemudian keluar dari Czecoslovakia lalu menjadi sekutuHitler. Kerajaan Slovakia akhirnya dikuasai oleh pro-Hitler,Jozef Tiso danVojtech Tuka yang disokong orang ramai. Sementara itu, kerajaan Czechoslovakia terus tidak berpuas hati akanPerjanjian Munich yang membolehkan Jerman menduduki Czechoslovakia. Kebanyakanorang Yahudi dibawa ke kem maut Jerman. Walau bagaimanapun, baki ribuan Yahudi bekerja sebagai buruh di kem-kem Slovakia.
Di bawah kerajaan Jozef Tiso, sebahagian besar penduduk Yahudi Slovakia (kira-kira 75,000–105,000 orang) dibunuh.[12][13] Tiso menjadi satu-satunya pemimpin Eropah yang membayar kepada pihak berkuasa Nazi agar mengusir orang=orang Yahudi dari Slovakia.[14][15]
Tentera Merah Soviet terus memberi tekanan ke atas Nazi di bahagian timur dan tengah Eropah. Gerakan anti-Nazi melancarkan pemberontakan bersenjata dikenaliPemberontakan Kebangsaan Slovakia pada tahun 1944. Tentera Jerman memusnahkan perkampungan dan membunuh ribuan orang awam.[16] Slovakia akhirnya dibebaskan oleh tentera Soviet dan Romania pada April 1945.
SelepasPerang Dunia Kedua, Czechoslovakia ditubuhkan semula danJozef Tiso melaksanakan hukuman mati pada 1947 oleh kerana kesetiannya terhadap Nazi. Lebih daripada 80 ribu orang Hungary[17] dan 32 ribu orang Jerman dipaksa meninggalkan Slovakia dalam siri pemindahan penduduk oleh Pihak Bersekutu ketikaPersidangan Potsdam.[18] Dari 130 ribu orang Jerman di Slovakia pada tahun 1938 dan pada 1947, ia berkurang kepada 20 ribu orang.
Czechoslovakia diduduki tentera Soviet danPakatan Warsaw selepas satu rampasan kuasa pada tahun 1948. Czechoslovakia kemudiandiserang oleh Pakatan Warsaw pada tahun 1968. Serangan itu menandakan berakhirnya tempoh liberalisasi olehAlexander Dubček. Pada 1969, Czechoslovakia menjadi sebuah negara persekutuan terdiri daripadaRepublik Sosialis Czech danRepublik Sosialis Slovakia.
Tamatnya era pemerintahan komunis di Czechoslovakia pada 1989 ketikaRevolusi Velvet dan diikuti pembubaran negara. Pada Julai 1992, Perdana Menteri Slovakia,Vladimír Mečiar mengisytiharkan Slovakia sebagai negara bebas. Pada 1992, Mečiar dan Perdana Menteri Czech,Václav Klaus berunding untuk membubarkan Persekutuan. Pada bulan November, Parimen Persekutuan mengundi untuk membubarkan Czechoslovakia secara rasmi pada 31 Disember 1992.
Republik Slovakia danRepublik Czech berpecah selepas 1 Januari 1993. Slovakia merupakan rakan kongsi yang rapat bagi Republik Czech. Kedua-dua negara bekerjasama dengan Hungary dan Poland dalamKumpulan Visegrád. Slovakia menjadi ahliNATO pada 29 Mac 2004 dan menyertaiKesatuan Eropah pada 1 Mei 2004. Mulai 1 Januari 2009, Slovakia memakai mata wangEuro sebagai mata wang rasmi.
Slovakia terletak di antara garisan latitud 47° dan 50° U, dan longitud 16° dan 23° T. Bentuk muka bumi Slovakia kebanyakannya ialah berhutan tebal danBanjaran Ore yang lasak mendominasi bahagian tengah Slovakia.Pergunungan Karpatos pula terletak di bahagian utara Slovakia dan berkongsi sempadan denganRepublik Czech danPoland. Ukurannya Luas daripadaBolivia danParaguay.
^Tóth, Sándor László (1998).Levediától a Kárpát-medencéig("From Levedia to the Carpathian Basin"). Szeged: Szegedi Középkorász Műhely. m/s. 199.ISBN963-482-175-8.
^Rock, David; Stefan Wolff (2002).Coming home to Germany? The integration of ethnic Germans from central and eastern Europe in the Federal Republic. New York; Oxford: Berghahn.