Brāhmī ialah nama moden yang diberikan kepada ahli-ahli tertua dalamsalasilah tulisan India. Catatan-catatan Brāhmī yang paling terkenal merupakan ukiranTitah-Perintah Ashoka di kawasan utara tengah India dari abad ke-3 SM yang dikenali sebagai contoh-contoh terawal tulisan Brāhmī, namun sistem tulisan berkenaan mungkin lebih lama digunakan, seawal-awal abad ke-6 SM. Pada tahun 1837, catatan tersebut berjaya ditafsirkan oleh seorang ahliarkeologi,filologi dan pegawalSyarikat Hindia-Timur British bernamaJames Prinsep.[2]
Seperti tulisanKharoṣṭhī yang sezaman dengannya yang pernah wujud di kawasan Afghanistan dan Pakistan, Brāhmī merupakan tulisanabugida, iaitu abjad konsonan yang diiringi tanda diakritik sebagai vokal. Huruf-hurufnya disusun mengikut grid(varga) mengikut prinsipfonetik, oleh itu tulisan ini ketika dicipta dikatakan hasil inovatif.[3]
Tulisan Brāhmī pernah digunakan untuk menulis loghat-loghatPrakrit awal. Penggunaannya terhad kepada catatan pada binaan, batu nisan dan juga kitab suci. Pada mulanya Bahasa Sanskrit tiada sistem tulisan sendiri sehingga berabad-abad kemudian. Oleh itu, tulisan Brāhmī tidak sesuai sepenuhnya untuk menulis bahasa Sanskrit, memandangkan beberapa bunyi dalam bahasa Sanskrit tiada padanan dalam tulisan Brāhmī.
Penemuan terawal tulisan abjad di kawasan Hindukush, khususnyaabjad Aramia, terwujid pada abad ke-6 SM melalui peluasanEmpayar Achaemenid yang meliputi lembah Indus di bawah pimpinanRaja Darius. Perkembangan sistem tulisan dari abad ke-6 hingga ke-3 SM agak samar-samar.
Adanya pihak yang berhujah bahawa cebis-cebisanepigrafi bertulisan Brāhmī yang ditemui diSri Lanka danTamil Nadu, dipercayai dihasilkan sekitar abad ke-6 hingga ke-5 SM, dijadikan bukti peluasanagama Buddha[5], tetapi bukti-bukti wujudnya catatan Brahmi sebelum zamanMaurya Brahmi masih belum disahkan kerana cuma terdiri daripada cebisan sajak yang mungkin berisi aksara-aksara individu. Oleh itu, catatan-catatan zamanAsoka pada abad ke-3 SM tetap merupakan catatan lengkap terawal yang diketahui kekal, dan begitu jugatulisan Bhattiprolu yang mungkin wujud lebih awal dari zaman Asoka.
Antara bahan-bahan dari zaman lebih awal yang dijumpai termasuklah serpihan tembikar dari bandar perdaganganAnuradhapura diSri Lanka, yang dipercayai dibuat sekitar abad ke-6 hingga ke-4 SM;[6] Bhattiprolu;[7] dan juga pada serpihan tembikar diAdichanallur,Tamil Nadu, yang dikenal pasti berasal dari abad ke-6 SM melalui teknikradiokarbon.[8]
Ramai pengkaji mempercayai bahawa tulisan Brāhmī berasal atau dipengaruhi oleh suatuabjad Semitik sepertiabjad Aramia, sepertiabjad Kharosthi yang wujud di kawasan barat laut India yang pernah ditakluki oleh empayar Achaemenid.
Catatan-catatan Brāhmī terawal memperlihatkan keserupaan yang ketara dengan bahasa Aramia bagifonem-fonem yang bersamaan antara kedua-dua bahasa, khususnya huruf-huruf yang seolah-olah dibalikkan kerana perubahan arah penulisan. (Bahasa Aramia ditulis dari kanan ke kiri, begitu juga tulisan Brāhmī pada mulanya, tetapi lama-kelamaan tulisan Brāhmī berubah arah iaitu dari kiri ke kanan.) Contohnya, huruf bagi bunyig dalam abjad Brāhmī dan Aramiag berupa Λ; huruft pula menyerupaiʎ, dan sebagainya.
Tulisan Brahmi menunjukkan beberapa tambahan berbanding abjad Aramia. Contohnya, abjad Aramia tidak membezakan konsonan plosifgigi dangelungan; dalam tulisan Brāhmī pula aksara-aksara konsonan gigi dan gelungannya agak serupa bentuknya, seolah-oleh kedua-duanya berasal dari huruf yang sama. Abjad Aramia tiada konsonanberhembusan seperti tulisan Brāhmī (kʰ,tʰ dsb.), manakala tulisan Brāhmī tiadakonsonan penegas seperti abjad Aramia (q, ṭ, ṣ); nampaknya huruf-huruf penegas Aramia ini dijadikan huruf konsonan berhembusan dalam tulisan brahmi: hurufq Aramia menjadi hurufkh Brāhmī,hurufṭ Aramia (Θ) menjadi hurufth (ʘ) Brāhmī, dsb. Sementara abjad Aramia tiada konsonan penegas bagip, maka tulisan Brāhmī nampaknya menggandakan aksarap-nya untuk mengisi hurufph berhembusan. Oleh itu, huruf-hurufp danph dalam tulisan Brāhmī amat serupa bentuknya, seolah-olah diambil dari huruf Aramiap yang sama. Huruf pertama kedua-dua abjad i ni juga berpadanan: hurufa Brāhmī yang menyerupai huruf K yang terbalik, amat serupa dengan hurufalef dalam abjad Aramia yang menyerupai huruf א dalam abjad Ibrani. Jadual berikut membandingkan tulisan Brāhmī dengan abjad Phoenicia yang amat menyerupai abjad Aramia kuno.
Kebarangkalian penerbitan tulisan Brahmi dari abjad Phoenicia
Yunani
Α
Β
Γ
Δ
Ε
Υ
Ζ
Η
Θ
Ι
Κ
Λ
Μ
Ν
Ξ
Ο
Π
Ϻ
Ϙ
Ρ
Σ
Τ
Phoenicia
Brahmi
?
?
?
Devanagari
अ
ब
ग
ध
ढ
व
द
ड
थ
ठ
य
क
च
ल
म
न
ण
श
प
फ
स
ख
छ
र
ष
त
ट
IAST
a
ba
ga
dha
ḍha
va
da?
ḍa?
tha
ṭha
ya
ka
ca
la
ma
na
ṇa
śa*
pa
pha
sa*
kha
cha
ra
ṣa*
ta
ṭa
*Tulisan Phoenicia/Aramia dan Brahmi terdapat tiga konsonansibilan tak bersuara, tetapi hubungan antara aksara-aksara berkenaan tidak jelas setelah mengalami perubahan dalam susunan abjad.
Variasi biasa huruf BrahmiSimbol Brahmi bagi /ka/, diubah untuk mewakili vokal yang berlainan
Brāhmī biasanya ditulis dari kiri ke kanan. Tetapi sebentuk syiling pada abad ke-4 Sebelum Masihi didapati dengan tulisan Brāhmī dari kanan ke kiri[9]. Brāhmī adalah sejenis abugida, iaitu setiap huruf mewakili satu konsonan, manakala vokal ditulis dengandiakritik. Semasa tiada vokal ditulis, manakala berbunyi vokal /a/. Huruf kompaun istimewa digunakan untuk menulis suku kata yang bermula dengan kelompok konsonan, seperti /pr/ atau /rv/.
Brāhmī dan saudaranyaKharoshthi merupakan dua tulisan yang tertua di India. Kharoshthi hanya digunakan di Afghanistan dan barat laut India. Brahmi berkembang sebagai pelbagai tulisan di kawasan yang berlainan, manakala penggunaan Kharoshthi terpupus dan tiada keturunan.
Seperti Kharoshthi, Brāhmī digunakan untuk menulis loghat awalPrakrit. Penggunaannya hanya terbatas kepada ukiran pada bangunan, kubur, dan teks keagamaan. Bahasa Sanskrit awal belum ditulis semasa dituturkan dalam kehidupan harian, dan ditulis hanya selepas banyak abad. Oleh itu, Brāhmī tidak berpadan dengan Bahasa Sanskrit dengan sempurna, kerana beberapa bunyi Bahasa Sanskrit tiada huruf atau diakritik dalam Brāhmī.
^Frits Staal,The science of language, Chapter 16inGavin Flood, The Blackwell Companion to HinduismBlackwell Publishing, 2003, 599 pagesISBN 0-631-21535-2. "Like Mendelejev's Periodic system of elements, thevarga system was the result of centuries of analysis. In the course of that development, the basic concepts of phonology were discovered and defined." p.352.
^Salomon, Richard (1998),Indian Epigraphy: A Guide to the Study of Inscriptions in Sanskrit, Prakrit, and the Other Indo-Aryan Languages, Oxford: Oxford University Press,ISBN0195099842 at pp 12-13
^Salomon, Richard (1998),Indian Epigraphy: A Guide to the Study of Inscriptions in Sanskrit, Prakrit, and the Other Indo-Aryan Languages, Oxford: Oxford University Press,ISBN0195099842 at pp 12-13