Skrin sesentuh (atauskrin sentuh) ialah sejenisperanti masukan dankeluaran yang membolehkan seseorang pengguna untuk memberi input kepada sistem dengan menyentuh skrin bagi sistem terbabit melalui gerak isyarat atau gestur tertentu menyentuh skrin sama ada dengan suatu stilus khas atau menggunakan satu jari atau lebih.[1] Peranti ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan apa yang sedang dipaparkan dalam skrin alat dengan lebih mudha berbanding dengan seseorang itu menggunakantetikus,pad sentuh dan sebagainya.
Skrin sentuh kerap dijumpai dalam peralatan sepertikonsol permainan video,komputer peribadi, mesin pengundian elektronik dan sistem tempat jualan (point-of-sale). I dapat dipasangkan pada komputer, atau dalam sesebuah rangkaian dengan funsi lainnya sebagai sejenis terminal. Ia turut memainkan peranna penting dalam perekaan peralatan digital sepertipembantu digital peribadi dan sesetengah modelpembaca elektronik.
Terdapat beberapa jenis teknologi skrin sentuh, antaranya ialah skrin sentuh rintangan, kapasitif dan gelombang akustik permukaan (atausurface acoustic wave, SAW).
Kebanyakanpaten skrin sesentuh dibuat sepanjang 1970-an hingga 1980-an dan kini telah lupus. Pengilangan komponen skrin sesentuh dan rekaan produk tidak lagi dibatasi olehroyalti atau hukum yang berkaitan dengan mana-mana paten lantas penggunaan paparan berskrin sesentuh kini sudah meluas.