Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Skistosomiasis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skistosomiasis
Pengelasan dan sumber luaran
Lepuh kulit pada lengan, disebabkan oleh kemasukan parasitSchistosoma.
ICD-10B65
ICD-9120
MedlinePlus001321
MeSHD012552
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatanPenafian perubatan

Skistosomiasis (juga dikenali sebagaibilharzia,demam siput,demam siput babi, dandemam Katayama)[1][2] merupakan sejenis penyakit yang disebabkan olehcacing parasit daripada jenisSchistosoma. Ia boleh menjangkitisaluran kencing atauusus. Simptom boleh merangkumi sakit abdomen,diarea, tinja berdarah, atau darah dalamair kencing. Dalam kalangan mereka yang sudah lama dijangkiti, mereka mungkin mengalami kerosakan hati, kegagalan buah pinggang,kemandulan, ataubarah pundi kencing. Dalam kalangan kanak-kanak, penyakit ini boleh menyebabkan pertumbuhan yang lemah dan kesukaran belajar.[3]

Punca

[sunting |sunting sumber]

Penyakit ini tersebar melalui air yang mengandungi parasit. Parasit ini keluar daripadasiput air tawar yang sudah dijangkiti. Penyakit ini biasa ditemui terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di negara sedang membangun kerana mereka lebih berkemungkinan bermain di dalam air yang dijangkiti. Kumpulan risiko tinggi yang lain termasuk petani, nelayan, dan mereka yang menggunakan air yang dijangkiti untuk kerja harian mereka.[3] Penyakit ini tergolong dalam kumpulanjangkitan helmint.[4] Diagnosis dibuat dengan mencari telur parasit ini di dalam air kencing atau tinja pesakit. Ia juga boleh disahkan dengan menemuiantibodi yang melawan penyakit ini di dalam darah.[3]

Pencegahan dan Rawatan

[sunting |sunting sumber]

Kaedah mencegah penyakit ini termasuk menambah baik bekalan air bersih dan mengurangkan bilangan siput. Di kawasan penyakit ini biasa ditemui, semua kumpulan penduduk boleh dirawat serentak setiap tahun dengan ubatpraziquantel. Langkah ini diambil bagi mengurangkan bilangan orang yang dijangkiti dan dengan itu mengurangkan penyebaran penyakit ini. Praziquantel juga rawatan yang disyorkan olehPertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi mereka yang diketahui sudah dijangkiti.[3]

Epidemiologi

[sunting |sunting sumber]

Hampir 210 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti Skistosomiasis,[5] dan dianggarkan 12,000[6] hingga 200,000 orang mati diakibatkan penyakit ini dalam setahun.[7] Penyakit ini paling biasa ditemui diAfrika, sertaAsia danAmerika Selatan.[3] Sekitar 700 juta orang, di lebih 70 buah negara, tinggal di kawasan penyakit ini biasa ditemui.[7][8] Skistosomiasis merupakan penyakit parasit yang memberi kesan ekonomi kedua tertinggi selepasmalaria.[9] Sejak zaman dahulu kala sehingga ke awal abad ke-20, simptom skistosomiasis, iaitudarah dalam air kencing dianggap sebagaihaid versi lelaki diMesir dan oleh itu dianggap sebagaititik kematangan bagi kanak-kanak lelaki.[10][11] Ia dikelaskan sebagaipenyakit tropika terabai.[12]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"Schistosomiasis (bilharzia)".NHS Choices. Dec 17, 2011. Dicapai pada15 March 2014.
  2. ^"Schistosomiasis".Patient.co.uk. 12/02/2013. Dicapai pada11 June 2014.Check date values in:|date= (bantuan)
  3. ^abcde"Schistosomiasis Fact sheet N°115".World Health Organization. February 2014. Dicapai pada15 March 2014.
  4. ^"Chapter 3 Infectious Diseases Related To Travel".cdc.gov. August 1, 2013. Dicapai pada30 November 2014.
  5. ^Fenwick, A (Mar 2012). "The global burden of neglected tropical diseases".Public health.126 (3): 233–6.doi:10.1016/j.puhe.2011.11.015.PMID 22325616.
  6. ^Lozano, R; Naghavi, M; Foreman, K; Lim, S; Shibuya, K; Aboyans, V; Abraham, J; Adair, T; Aggarwal, R (Dec 15, 2012). "Global and regional mortality from 235 causes of death for 20 age groups in 1990 and 2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010".Lancet.380 (9859): 2095–128.doi:10.1016/S0140-6736(12)61728-0.PMID 23245604.Unknown parameter|displayauthors= ignored (bantuan)
  7. ^abThétiot-Laurent, SA; Boissier, J; Robert, A; Meunier, B (Jun 27, 2013). "Schistosomiasis Chemotherapy".Angewandte Chemie (International ed. in English).52 (31): 7936–56.doi:10.1002/anie.201208390.PMID 23813602.
  8. ^"Schistosomiasis A major public health problem".World Health Organization. Dicapai pada15 March 2014.
  9. ^The Carter Center."Schistosomiasis Control Program". Dicapai pada2008-07-17.
  10. ^Kloos, Helmut; Rosalie David (2002)."The Paleoepidemiology of Schistosomiasis in Ancient Egypt"(PDF).Human Ecology Review.9 (1): 14–25.
  11. ^Rutherford, Patricia (2000)."The Diagnosis of Schistosomiasis in Modern and Ancient Tissues by Means of Immunocytochemistry".Chungara, Revista de Antropología Chilena.32 (1).ISSN 0717-7356.
  12. ^"Neglected Tropical Diseases".cdc.gov. June 6, 2011. Dicapai pada28 November 2014.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Skistosomiasis&oldid=4939219"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp