Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Siulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilustrasi menunjukkan pelbagai cara menyiul, dari majalah PerancisLe Monde illustré isu 14 Januari 1893.

Siulan [siul-an] difahamkan sebagai perilaku menghasilkanbunyibernada sangat tinggi dengan menghembuskanudara melaluironggamulut yang sengaja disempitkan[1] menggunakanbibir,lidah,[2]gigi ataujari sebagai penghadanglaluan udara (yaknibersiul ataumenyiul).

Tujuan

[sunting |sunting sumber]

Untuk berkomunikasi

[sunting |sunting sumber]

Penghasilan bunyi ini sering dipakai untuk tujuanmengisyarathaiwan jinak tertentu agar melakukan tugasan tertentu diberikan tuan mereka (misalnyaanjing gembala)

Terdapat seberapa cara yang menggunakan gaya siulan tertentu lalu membentuk sistem tersendiri seakanbahasa. Masyarakat yang menghuni pulauLa Gomera dalam gugusanKepulauan Canaria misalnya mempunyai suatubahasa siultertentu yang mempunyai turutan bermakna tertentu agar pesanan dapat disampaikan selancarnya sesama penghuni yang menduduki muka bumi pulau La Gomera yang berjurang dalam dan bergunung-ganang.

Dalam bidang muzik

[sunting |sunting sumber]

Perilaku ini pernah lazim dipersembahkan dalam seberapa gaya hiburan Barat lama termasukmusic hall danvaudeville. Ia masih ada diterapkan dalam oenggubahan muzik moden sama ada untuk tujuan tertentu sepertirunut bunyi dalam pembikinan filem mahupun dalam penghasilanmuzik pop.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"'siul' - Maklumat Kata".Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Rujuk maksud III)
  2. ^"How to Whistle With Your Fingers".The Art of Manliness. April 8, 2012. Dicapai padaMarch 7, 2017.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Siulan&oldid=4691818"

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp