Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sitoplasma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan komponen-komponen subsel.Organel: (1)nukleolus (2)nukleus (3)ribosom (4)vesikel (5)retikulum endoplasma kesat (6)perkakas Golgi (7)sitorangka (8) retikulum endoplasma licin (9)mitokondrion (10)vakuol (11)sitoplasma (12)lisosom (13)sentriol

Sitoplasma ialah bahan-bahan bak agar-agar yang mengisisel dan yang melarutkanmakanan serta menukarkan makanan menjaditenaga dalamtindak balas kimia. Berbeza denganprotoplasma, sitoplasma tidak mengandungi nukleus sel tetapi terdiri daripadasitosol dan organel-organel sel. Sitosol terdiri daripada air, garam-garam, molekul-molekul organik, serta banyakenzim yang memangkinkan tindak balas.

Sitoplasma memainkan peranan yang penting di dalam sel, dan bertindak sebagai "sup molekul" yang menampung organel-organel. Organel-organel tersebut terapung-apung di dalamnya dan dicantumkan oleh membran lemak. Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel.

Fungsi

[sunting |sunting sumber]

Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk dan ketekalan sel. Ia juga merupakan tempat simpanan bahan-bahan kimia yang sangat diperlukan untuk hidup, dan terlibat dalam tindak-tindak balasmetabolisme yang penting sepertiglikolisis anaerob dansintesisprotein.

Di dalambakteria, tindak-tindak balas jujukan berlaku di dalam sitoplasma dan membran sel.

Komponen sitoplasma

[sunting |sunting sumber]

Sitoplasma terdiri daripada ion-ion dan makromolekul-makromolekul boleh larut sepertienzim,karbohidrat,garam danprotein, serta sebahagian besarRNA. Komponen berair sitoplasma juga dikenali sebagaihialoplasma. Ia lebih kurang bakgel atau cecair, bergantung kepada keadaan-keadaan persekitaran dan fasa-fasa aktiviti sel. Dalam kes pertama, komponen berair ini dinamakansitogel dan merupakan jisim pejal likat. Dalam kes kedua yang dinamakansitosol, komponen berair ini bertindak sebagai cecair. Secara umumnya, kawasan-kawasan pinggir di dalam sel adalah bak gel dan kawasan-kawasan dalamannya adalah cecair.

Organel-organel (sepertimitokondrium,kloroplas,lisosom,peroksisom,ribosom,vakuol,sitorangka, dan struktur-strukturmembran sel yang rumit sepertiretikulum endoplasma) di dalam sitoplasma tidak boleh larut.

Perbezaan antara sitoplasma haiwan dan tumbuhan

[sunting |sunting sumber]

Sedangkan semua sel mengandungi sitoplasma, sel daripada domain-domain biologi boleh banyak berbeza dari segi ciri-ciri sitoplasmanya. Dalam alam haiwan, sitoplasma mengambil hampir separuh daripada isi padu sel, manakala di dalam sel-sel tumbuhan, sitoplasma tidak mengambil begitu banyak ruang kerana adanya vakuol-vakuol.


Organelsel
Akrosom |Dinding sel |Membran sel |Kloroplas |Silium/Flagelum |Sentrosom |Sitoplasma |Retikulum endoplasma |Jasad / perkakas Golgi |Lisosom |Melanosom
Mitokondrion |Miofibril |Nukleus |Parentesom |Peroksisom |Plastid |Ribosom |Vakuol |Vesikel
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sitoplasma&oldid=3594680"
Kategori:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp