Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Komedi situasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaSitkom)

Komedi situasi (Tulisan Jawi:كوميدي سيتواسي ), (bahasa Inggeris:situational comedy, disingkatkan kepadakomsit atau juga lazimnyasitkom) ialah suatu genre penceritaankomedi terdiri dari persembahan watak-watak yang berulang di suatu latar yang sama seperti rumah atau tempat kerja; persembahan lakonan watak-watak ini sering dilakukan dalamrakaman baik di hadapan suatu hadirin besarsecara langsung mahupun dalam suatulatar set terkawal. Genre ini pada awalnya berasal dariradio, namun hari ini sitkom hampir hanya dapat dijumpai ditelevisyen.

Format

[sunting |sunting sumber]

Genre komedi sebegini mendapat penilaian yang baik dari kalangan penonton yang inginkan hiburan ringan pada malam minggu.

Penceritaan ini mudah diolah dandiskripkan yang mampu memuatkan memakan masa selama 20—30 minit dengan topik yang berubah-ubah dari semasa ke semasa tetapi menggunakan set, lokasi, dekorasi dan watak yang hampir-hampir sama setiap kali muncul di TV.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Istilah "komedi situasi" atau "sitkom" tidak umum digunakan hingga tahun 1950s.[1] Rancangan televisyen pertama disebut-sebut megikuti format komeid ini adalahPinwright's Progress dengan sepuluh episod ditayangkan olehBBC antara tahun 1946 hingga 1947.[2][3] Genre ini diAmerika Syarikat terutamanya dipelopori sutradara dan produserWilliam Asher[4] yang telah menyutradarai berpuluhan program masyhur di Amerika, termasukI Love Lucy yang laris disiarkan dari tahun 1950-an hingga 1970-an.

Di Malaysia, istilah ini mula digunakan olehHatta Azad Khan yang mengarahkan sitkomFlat Seri Wangi yang disiarkan diTV3 sekitar tahun 1990-an.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Mary M. Dalton (1 Februari 2012).Sitcom Reader, The: America Viewed and Skewed. SUNY Press. m/s. 15.ISBN 978-0-7914-8263-6.
  2. ^"Pinwright's Progress".comedy.co.uk.
  3. ^Lewisohn, Mark (2003). "Radio Times Guide to TV Comedy". BBC Worldwide Ltd.
  4. ^"William Asher - The Man Who Invented the Sitcom",Palm Springs Life Desember 1999
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Komedi_situasi&oldid=5563904"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp