Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sistem pengendalian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidangsains komputer,sistem pengendalian atausistem operasi ialah sekumpulanatur cara komputer yang menguruskan sumberperkakasan danperisian bagi sesebuahkomputer secara menyelaras dan mengawal kendalian sumber-sumber ini.[1] Ia memproses sistem mentah daninput pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:

Ubuntu, sebuah sistem pengendalian

Kebanyakan sistem pengendalian membekalkanatur cara penggunaan yang menawarkanantara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian.Atur cara penggunaan ini mempunyaipentafsir garis perintah sebagaiantara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad1980-an, ia telah digantikan denganantara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.

Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialahatur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untukperisian sistem yang lain dan juga untukperisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialahMicrosoft Windows,Linux, danMac OS. Microsoft Windows menguasaibahagian pasaran yang terbesar dalam pasarankomputer meja dankomputer riba, manakalapelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistemala UNIX yang lain.[2][3]UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.

Pasarankomputer kerangka utama dankomputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.

Contoh sistem pengendalian

[sunting |sunting sumber]

Pengelasan dan istilah

[sunting |sunting sumber]

Sistem pengendalian, secara konsep, boleh dipecahkan kepada 3 komponen utama:

  • Antara muka pengguna
  • Sistem utiliti tahap rendah (low-level system utilities)
  • Inti/kernel

Antara muka pengguna

[sunting |sunting sumber]

Terdapat dua bentuk antara muka pengguna, iaituantara muka grafik (GUI) danantara muka baris perintah (CLI). Antara muka pengguna juga dikenali sebagaicangkerang komputer.

Inti

[sunting |sunting sumber]

Inti ialah nadi sistem pengendalian yang berhubung terus kepada perkakasan komputer.

Berikut adalah rajah ringkas perhubungan komponen-komponen di atas:

Perkakasan <-> Inti <-> Cangkerang <-> Gunaan

Ideologi di sebalik inti termasukinti monolitik,mikrokernel, daneksokernel. Sistem komersil seperti UNIX, Windows, dan Linux mengguna sistem inti yang monolitik. Sistem yang lebih moden sepertiQNX,BeOS, danWindows NT menggunakan sistemmikrokernel. Komputer Terbenam mengguna sistem eksokernel.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanSistem pengendalian

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "sistem pengoperasian".Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 76.ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^Linux market share set to surpass Win 98, OS X still ahead of Vista
  3. ^Linux server market share keeps growing

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]
Am
Inti
Am
Jenis
Komponen
Pengurusan proses
Pengurusan ingatan
Contoh
Konsep lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_pengendalian&oldid=6431910"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp