Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sistem Perjanjian Antartika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Antartika
bahasa Inggeris:The Antartic Treaty
Perancis:Traité sur l'Antarctique
Rusia:Договор об Антарктике
BahasaSepanyol:Tratado Antártico
Sistem Perjanjian Antartika
{{{image_alt}}}
Bendera Perjanjian Antartika
JenisKondominium
Ditandatangani1 Desember 1959[1] diWashington, D.C., U.S.
Berkuat kuasa
23 Jun 1961
SyaratRatifikasi 12 pihak penandatangan
Penandatangan12[2]
Pihak53[2]
Pemegang simpanan
Pemerintah Amerika Syarikat[2]
BahasaInggris, Perancis, Rusia dan Spanyol
Laman sesawang
Secretariat of the Antarctic Treaty
Antarctic Treaty diWikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Imej komposit satelit benua Antartika.

Perjanjian Antartika (Jawi: ڤرجنجين انترتيکا) dan perjanjian berkaitan yang dikenali sebagaiSistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System,ATS) mengawalhubungan antarabangsa mengenai Antartika yang merupakan satu-satunya benua tanpa populasi manusia asal di Bumi. Antartika ditakrifkan dalam sistem perjanjian sebagai semua tanah danpentas ais yang berada di selatangaris lintang 60°S. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada tahun 1961 dengan 53 pihak yang menyertainya selewat 2016,[2] yang menetapkan Antartika sebagai kawasan perlindungan saintifik, menetapkan kebebasan menyelidik serta melarang kegiatan ketenteraan di benua tersebut. Perjanjian itu adalah perjanjian kawalan senjata yang pertama ditubuhkan semasaPerang Dingin. Ibu pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika berpusat diBuenos Aires, Argentina sejak September tahun 2004.[3]

Perjanjian utamanya telah dibuka untuk penandatanganan pada 1 Disember 1959[1] dan dikuatkuasakan secara rasminya pada 23 Jun 1961.[4] Penandatangan asalnya merupakan 12 buah negara yang terlibat di Antartika pada Tahun Geofizikal Antarabangsa 1957-58. Dua belas negara ini yang mempunyai kepentingan besar di benua ini ialah Argentina,Australia,Belgium,Chile,Perancis,Jepang,New Zealand,Norway,Afrika Selatan,Kesatuan Soviet,United Kingdom danAmerika Serikat di mana negara-negara ini telah mendirikan lebih 50 buah stasiun penyelidikan untuk tujuan tahun tersebut. Perjanjian ini dianggap sebagai suatu langkah diplomatik mengenai operasi dan kerjasama saintifik yang telah dicapai melalui kegiatan mereka di benua tersebut.

Perkara-perkara Perjanjian

[sunting |sunting sumber]
  • Perkara 1 – Kawasan Antartika akan digunakan untuk tujuan aman; aktiviti ketenteraan seperti pengujian senjata adalah dilarang tetapi anggota dan peralatan ketenteraan mungkin boleh digunakan untuk ptujuan penyelidikan ilmiah atau apa-apa tujuan aman;
  • Perkara 2 – Kebebasan penyelidikan dan kerjasama saintifik akan diteruskan;
  • Perkara 3 – Pertukaran maklumat serta anggota yang bebas dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain agensi antarabangsa;
  • Perkara 4 – Perjanjian ini tidak mengiktiraf, mempertikai atau mewujudkan tuntutan wilayah berdaulat; dan tidak akan ada tuntutan baru yang ditegaskan selagi perjanjian ini dikuatkuasakan;
  • Perkara 5 – Perjanjian melarang letupan nuklear atau pelupusan sisa radioaktif;
  • Perkara 6 – Perjanjian termasuk semua tanah dan pentas ais tetapi tidak perairan di sekitarnya selatan 60 darjah 00 minit selatan;
  • Perkara 7 – Negara pemerhati mempunyai akses percuma, termasuk pemerhatian dari udara, ke mana-mana kawasan dan mungkin dibolehkan memeriksa semua stesen, pemasangan dan peralatan; dengan perlu memberikan terlebih dahulu notis ingin melihat semua kegiatan dan serta pengenalan anggota tentera;
  • Perkara 8 – Membenarkan bidang kuasa yang baik ke atas negara pemerhati dan saintis sendiri;
  • Perkara 9 – Melakukan mesyuarat perundingan secara kerap di antara negara-negara ahli;
  • Perkara 10 – Semua negara yang terlibat akan menghalang sebarang aktiviti di Antartika yang bertentangan dengan Perjanjian oleh mana-mana negara;
  • Perkara 11 – Semua pertikaian akan diselesaikan dengan amannya oleh pihak yang berkenaan, atau sehingga akhirnya olehMahkamah Keadilan Antarabangsa;
  • Perkara 12, 13, 14 – Berurusan perihal penegakan, pentafsiran, ... ... serta pengubahan perjanjian antara negara-negara yang terlibat.

Perjumpaan

[sunting |sunting sumber]

Mesyuarat Perundingan Perjanjian Antartika adalah forum antarabangsa tahunan yang diadakan untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan benua tersebut. Hanya 29 daripada 53 buah negara pihak Perjanjian berhak mengambil bahagian dalam membuat keputusan dalam perjumpaan sebegini, walaupun 24 negara yang lainnya masih diberi izin untuk hadir. Ahli-ahli yamg membuat keputusan dala perjumpaan ini adalah "Pihak Perundingan" yang terdiri daripada 12 pihak penandatangan asal serta 17 negara yang telah menunjukkan minat mereka pada benua Antartika dengan menjalankan kegiatan saintifik utama di sana.[5]

Pihak yang terlibat

[sunting |sunting sumber]

Selewat tahun 2015, terdapat 53 buah negara yang memihak pada perjanjian ini termasuk semua 12 negara yang menandatangani perjanjian asal serta mempunyai status perundingan.[6] Negara ahli perundingan ahli termasuk tujuh buah negara yang menuntut sebahagian kawasan Antartika sebagai wilayah berdaulat. 46 negara-negara bukan penuntut sama ada tidak mengiktiraf tuntutan sebegini mahupun tidak menyatakan kedudukan mereka.

  Pihak dengan status perunding yang membuat tuntutan terhadap kawasan Antartik
  Pihak dengan status perunding yang menyimpan hak mentuntuk kawasan
  Pihak lain dengan status perunding
  Pihak tanpa status perunding
  Negara ahli dan pemerhati PBB yang tidak memihak pada perjanjian ini

Nota: Jadual ini boleh disusun kandungannya mengikut urutan abjad atau masa dengan mengetik ikon  .

Negara[7][8]Tarikh penandatangananRatifikasiStatus perundinganNota
 Afrika Selatan[9]1 Disember 195921 Jun 196023 Jun 1961
 Amerika Syarikat**1 Disember 195918 Ogos 196023 Jun 1961
 Argentina(tuntutan)*1 Disember 195923 Jun 196123 Jun 1961
 Australia(tuntutan)1 Disember 195923 Jun 196123 Jun 1961
 AustriaTiada25 Ogos 1987
 BelandaTiada30 Mac 196719 November 1990
 BelarusTiada27 Disember 2006
 Belgium1 Disember 195926 Julai 196023 Jun 1961
 BrazilTiada16 Mei 197527 September 1983
 BulgariaTiada11 September 19785 Jun 1998
 Chile(tuntutan)*1 Disember 195923 Jun 196123 Jun 1961
 ChinaTiada8 Jun 19837 Oktober 1985
 ColombiaTiada31 Januari 1989
 CubaTiada16 Ogos 1984
 DenmarkTiada20 Mei 1965
 EcuadorTiada15 September 198719 November 1990
 EstoniaTiada17 Mei 2001
 FinlandTiada15 Mei 198420 Oktober 1989
 GuatemalaTiada31 Julai 1991
 HungaryTiada27 Januari 1984

 Iceland

Tiada13 Oktober 2015
 IndiaTiada19 Ogos 198312 September 1983
 ItaliTiada18 Mac 19815 Oktober 1987
 Jepun1 Disember 19594 Ogos 196023 Jun 1961
 Jerman (terhenti sejak 1945)Tiada5 Februari 19793 Mac 1981 Jerman Barat meratifikasikan perjanjian ini. Jerman Timur turut serta pada 19 November 19 dan menerima status perundingan pada 17 Oktober 1989 selepasbersatu semula dengan Jerman Barat.[10]
 KanadaTiada4 May, 1988
 KazakhstanTiada27 Januari 2015
 Korea SelatanTiada28 November 19869 Oktober 1989
 Korea UtaraTiada21 Januari 1987
 MalaysiaTiada31 Oktober 2011
 MonacoTiada31 Mei 2008
 MongoliaTiada23 Mac 2015
 New Zealand(tuntutan)1 Disember 19591 November 196023 Jun 1961
 Norway(tuntutan)1 Disember 195924 Ogos 196023 Jun 1961
 PakistanTiada1 Mac 2012
 Papua New GuineaTiada16 Mac 1981Merdeka daripada Australia pada 16 September 1975.[11]
 Perancis(tuntutan)1 Disember 195916 September 196023 Jun 1961
 PeruTiada10 April 19819 Oktober 1989
 PolandTiada8 Jun 196129 Julai 1977
 PortugalTiada29 Januari 2010
Republik CzechTiada1 Januari 19931 April 2014Berpecah daripada Czechoslovakia, yang bersetuju pada perjanjian ini pada 14 Jun 1962.[12]
 RomaniaTiada15 September 1971
 Rusia**1 Disember 19592 November 196023 Jun 1961Meratifikasikan perjanjian sebagai Kesatuan Soviet.[13]
SepanyolTiada31 Mac 198221 September 1988
 SlovakiaTiada1 Januari 1993Berpisah daripada Czechoslovakia, yang menyertai perjanjian ini pada 14 Jun 1962.[14]
 SwedenTiada24 April 198421 September 1988
 SwitzerlandTiada15 November 1990
 TurkiTiada24 Januari 1996
 UkraineTiada28 Oktober 19924 Jun 2004
 United Kingdom(tuntutan)*1 Disember 195931 Mei 196023 Jun 1961
 UruguayTiada11 Januari 19807 Oktober 1985
 VenezuelaTiada24 Mei 1999
YunaniTiada8 Januari 1987

Sistem perundangan

[sunting |sunting sumber]

Antartika tiada penduduk tetap yang mewajibkannya mempunyai pemerintah atau kewarganegaraannya sendiri. Semua anggota yang hadir di Antartika pada bila-bila masa adalah rakyat atau warga negara masing-masing di luar Antartika kerana benua tersebut tiada kedaulatan sendiri. Kebanyakan kawasan Antartika dituntut oleh lebih dari satu negara, namun tuntutan yang dibuat oleh negara-negara tersebut tidak dibuat dengan begitu jelas. Kawasan di tanah besar antara90 dan 150 darjah ke barat adalah satu-satunya tanah besar di Bumi yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.[15] Sehingga 2015, bahagian pedalaman sektor Norway yang tidak pernah dijelaskan secara rasmi[16] dianggap tidak dituntut langsung. Pada tahun tersebut pula, Norway secara rasminya menuntut kawasan di antaraTanah Permaisuri Maud dan Kutub Selatan.[17]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Antarctic Treaty" inThe New Encyclopædia Britannica.
  2. ^abcd"The Antarctic Treaty"(PDF).Jabatan Negara Amerika Syarikat. 1 Mac 2012. Dicapai pada12 Mac 2014.
  3. ^"ATS.aq". Diarkibkan daripadayang asal pada 2019-05-15. Dicapai pada2017-08-17.
  4. ^"Information about the Antarctic Treaty and how Antarctica is governed". Polar Conservation Organisation. 28 Disember 2005. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-03-08. Dicapai pada6 Februari 2011.
  5. ^Antarctic Treaty Secretariat
  6. ^"Secretariat of the Antarctic Treaty: Parties". Dicapai padaMay 23, 2009.
  7. ^"Antarctic Treaty".United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada2014-03-12.
  8. ^"The Antarctic Treaty System: Introduction"(PDF).United States Department of State. Dicapai pada2014-03-12.
  9. ^"Antarctic Treaty System (ATS)".Department of International Relations and Cooperation. Dicapai padaOctober 5, 2010.
  10. ^"Germany: Accession to Antarctic Treaty".United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada2014-03-13.
  11. ^"Papua New Guinea: Succession to Antarctic Treaty".United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada2014-03-13.
  12. ^"Czech Republic: Succession to Antarctic Treaty".United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada2014-03-12.
  13. ^"Russia: Ratification to Antarctic Treaty".United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada2014-03-13.
  14. ^"Slovakia: Succession to Antarctic Treaty".United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada2014-03-13.
  15. ^Wright, Minturn, "The Ownership of Antarctica, Its Living and Mineral Resources",Journal of Law and the Environment 4 (1987).
  16. ^"Dronning Maud Land".Norwegian Polar Institute. Dicapai pada22 September 2015.
  17. ^Rapp, Ole Magnus (21 September 2015)."Norge utvider Dronning Maud Land helt frem til Sydpolen".Aftenposten (dalam bahasa Norway). Oslo, Norway: Aftenposten. Dicapai pada22 September 2015.…formålet med anneksjonen var å legge under seg det landet som til nå ligger herreløst og som ingen andre enn nordmenn har kartlagt og gransket. Norske myndigheter har derfor ikke motsatt seg at noen tolker det norske kravet slik at det går helt opp til og inkluderer polpunktet.Cite has empty unknown parameter:|dead-url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sistem_Perjanjian_Antartika&oldid=6196406"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp