Sirius Black (kk. 1958-Jun 1996) merupakan watak rekaan ciptaanJ. K. Rowling bagi siriHarry Potter. Beliau adalah anak Orion dan Walburga Black dan belajar diSekolah Sihir Hogwarts dan satu-satunya ahliKeluarga Black yang dimasukkan ke dalam rumahGryffindor.
Dia merupakan bapa angkat bagi Harry dari buku pertama hingga ke lima di mana dia merupakan sahabat baik kepada bapaHarry Potter, iaituJames Potter. Walau bagaimanapun, Harry hanya mengetahuinya ketika tahun ketiganya di Hogwarts setelah kekecohan yang Black telah melarikan diri dariAzkaban. Itupun pada mulanya, Harry mengenali Black sebagai pengikut setiaLord Voldemort yang telah membunuh belasan orang ketika Voldemort melenyapkan diri. Black mati setelah bertarung denganBellatrix Lestrange. Beliau juga seoranganimagi iaitu pakar dalam menukarkan bentuk badannya kepada kepada haiwan dan Sirius mampu bertukar kepada seekor anjing hitam.Sirius amat memusuhi guru yang mengajar subjekPosyen Harry iaitu ProfesorSeverus Snape.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.