Siput merupakanhaiwan jenismoluska, kelasGastropoda yang mempunyai cangkerang yang berputar. Siput tidak bertulang belakang (invertebrat). Siput mempunyai kulit cangkerang yang keras. Haiwangastropoda lain yang tidak mempunyai cangkerang dikenali sebagailintah bulan. Siput terdapat di air tawar, air masin, dan di daratan.
Siput bergerak seperticacing dengan menukar pengecutan badan bergilir-gilir dengan menjangkau, pada kelajuan yang perlahan. Siput sering dijadikan perbandingan dengan sesuatu yang perlahan seperti "Perlahan seperti siput".
Siput menghasilkan lendir untuk membantu pergerakan dengan mengurangkan geseran. Lendir juga mengelakkan siput dari cedera dan membantu menjauhi serangga berbahaya sepertisemut. Padamusim sejuk, sesetengah siput di negara sejuk bertapa-rehat di dalam cangkerang mereka dengan menutup bukaan cangkerang dengan kerangka nipus seperti piring yang dibina khusus untuk tujuan ini. Kerangka nipus ini akan dimusnahkan padamusim bunga.
Siput dimakan di beberapa negara Eropah, di mana siput dianggap hidangan istimewa. Siput untuk makanan biasanya dikenali dengan namaPerancis "escargot."
Siput terbaik untuk dijadikan makanan adalah daripada spesiesHelix pomatia. Siput taman perang (siput perang Eropah- "European brown snail") juga dikenali sebagai,Helix aspersa. Kedua-dua spesies tergolong dalamGenus Helix.
Siput terdapat dalam pelbagai saiz. Siput darat terbesar ialah siput GergasiAfrika (Achatina fulica), yang bersaiz sehingga 30 cm.Pomacea maculata (Ampullariidae), atau siput Epal Gergasi merupakan siput air tawar terbesar, dengan saiz bergaris pusat sehingga 15 cm dan seberat 600gram. Siput yang terbesar ialahSyrinx aruanus, siput air masin yang terdapat diAustralia. Cangkerang yang sebesar 1meter pernah dilaporkan.
The anatomy of a common snailGarden Snail,Helix aspersa defecating
Seekor siput memecahkan makanannya menggunakanradula, iaitu satu struktur berkitin yang mengandungi pencangkuk adihalus dipanggil cuticulae. Dengannya siput akan mengisar makanan, yang akan dihantar kesaluran penghadaman. Inilah sebabnya, kenapa seekor siput darat besar boleh didengari 'mengunyah' makanannya: kerana radula mengoyak apa yang ia sedang makan.
Ganglion serebrum itu bagi bentuk siput satuotak primitif dibahagikan kepada empat bahagian. Struktur ini amat lebih mudah daripada otakmamalia,reptilia danburung, walau bagaimanapun, siput mampu memahami perkaitan.[1]
^Christie Sahley, Alan Gelperin, and Jerry W. Rudy (January 1, 1982). "One-Trial Associative Learning Modifies Food Odor Preferences of a Terrestrial Mollusc".Proceedings of the National Academy of Sciences. National Academy of Sciences.78 (1): 640–642.doi:10.1073/pnas.78.1.640.PMID16592960.CS1 maint: multiple names: authors list (link)