Sinofobia (dariLatin:Sinae "orang Cina" +Yunaniφόβος, phobos, "ketakutan") atauAnti-Cina merupakan suatuketakutan dari kebencian terhadapCina, orang Cina, perantauan Cina, ataupunbudaya Cina.[2] Perasaan tersebut sering ditujukan kepada masyarakat Cina yang berstatus minoriti yang berada di luar negeri China, Cina yang bermasalah status imigrasinya, kerancuan warga negara mereka, dan kesenjangan ekonomi. Hal ini juga ditimbulkan kerana trauma keatas tindakan kekerasan yang dilakukan orang Cina pada masa lalu seorangbumiputera. Perasaan ini lawan dariSinofilia.
Di negara dengan minoriti Cina, kesenjangan sosial terlihat perbezaannya dengan bumiputera. Sebagai contoh, pada tahun 1998, 1% populasi Cina diFilipina dan 3% populasi diIndonesia, mereka menguasai 40% perekonomian swasta di Filipina dan 70% perekonomian swasta di Indonesia (pakar ekonomi Indonesia percaya bahawa ini adalah pendapat yang salah, sejak diketahui bahawa kekayaan Indonesia ternyata dikuasaimiliter pada eraOrde Baru).[3] DiMalaysia, fenomena tersebut tidak jauh berbeza dengan kedua-dua negara tersebut. Dominasi pasar oleh orang Cina merupakan dasar kebencian dan menjadi perwatakan alasan kebencian terhadap orang Cina diAsia Tenggara.[4]