Sinod Mayat (Latin:Synodus Horrenda) merupakan kejadian pembicaraan dilakukan terhadap mayatPaus Formosus di Basilika Santo Ioannes pada January 897, tujuh bulan selepas kematian Formosus.[1] Pembicaraan ini dilakukanPaus Stephanus VI yang menjawat kerusiPausGereja Katolik dua tempoh selepas Formosus; Paus sebelumnya,Bonifacius VI hanya sempat memerintah tidak lama kurang sebulan sebelum diturunkan.
Pembicaraan ini dilakukan secaraterbuka dan menunjuk dalam kalangan paderi kardinal di mana Stephanus menuduh mendiang Formosus kononnya mengambilsumpah bohong lalu menaikiTakhta Suci secara tidak sah; sedangkan pembicaraan ini diketahui berlaku bermotif politik.
Formosus mentabalkanLambert di Spoleto sebagai rajaEmpayar Rom Suci pada tahun 892 atas paksaan ayahandanyaGuido III di Spoleto.[2][3] Keadaan ini tidak disenangi Formosus yang kemudiannya cuba mencari cara menumpaskan Guido secara tidak langsung.[4]
Pada tahun berikutnya Formosus mengundangArnulf dari Carinthia dariDinasti Carolus untuk menyerang dan menakluk Itali menjadi raja di sana. Percubaan ini – melalui balatentera pimpinan seorang puteranya,Zwentibold – gagal namun berjaya menghalau Guido dariBergamo serta menawan markas-markasnya diTrento danMilan; Guido mati mengejut tidak lama kemudian semasa mengundur. Formosus mengambil kesempatan ini menjemput Arnulf sekali lagi pada tahun 895. Arnulf berjaya memasuki Rom, di mana Formosus menobatkannya sebagaiMaharaja.
Kemangkatan Arnulf pula mendorong Lambert memasuki Rom untuk mendesak Paus Stephenus melakukan suatumajlis bersidang (atau "sinod") untuk mencabar Formosus, tidak sahaja untuk Lambert menuntut kembali kekuasaan baginda terhadap Rom malah juga untuk membalas dendam terhadap Formosus.[5] Ada juga yang menyatakan adinda Lambert, Guido IV dan ibunda merekaAngiltrude mendesak perkara ini setelah cemarnya duli mereka di sana.[6]
Sekitar bulan January 897, Paus Stephanus VI mengarahkan mayat Paus Formosus dikeluarkan dari makamnya ke mahkamah untuk dibicarakan. Seorangdiakon dilantik untuk "bercakap bagi pihak" mayat tersebut.
Formosus dituduh bertukar dari tempat khidmatnya sebagai paderi serta mengingkari sumpah sendiri kononnya masih berstatus sebagai penganut bisa. Tiga jari kanan yang digunakan untuk ritus perestuan Formosus dipotong. Kesemua tindakan beliau selaku Paus diisytihar terbatal, namun ia turut termasuk pelantikan Stephanus sendiri sebagai uskupAnagni. Mayat Formosus dikebumikan di tanah khusus untuk orang luar sebelum diputuskan agar mayatnya dihumban berpemberat ke dalamsungai Tiber.
Tontonan mengerikan itu mengubah pendirian ramai warga kota Rom terhadap Stephanus; perkara ini diburuk-burukan dengan terdamparnya mayat Formosus di tebing sungai Tiber,[7] di mana ada khabar angin yang muncul menyatakan iaberkeajaiban.
Suatu pemberontakan awam menjatuhkan Stephanus di mana Stephanus dipenjarakan. Stephanus dijumpai mati dalam tahanannya antara bulan-bulan Julai atau Ogos 897 M.[8]
|languagre=
ignored (bantuan)