Singapura mencatat sejarahpenghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaumCina,Melayu,India, orang Asia lain, dan rasCaucasus.[9] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[10][11] Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakangMonaco.[12]A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalamIndeks Globalisasi.[13]
Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat denganKDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[14] Selepas merdeka,pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arahpengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana MenteriDr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.[15]
Nama Singapura berasal daripadabahasa Sanskrit, iaitusiṃhāpura (सिंहपुर, "Kota Singa"). Oleh sebab itu, Singapura juga diberi nama timangan “Kota Singa”. Kajian menunjukkan bahawa di sini tidak pernah wujudnyasinga; tetapi haiwan yang disangka sebagai singa olehSang Nila Utama, pengasas negeri Singapura yang memberikan nama pulau ini, mungkin sekali seekor harimau.[21][22]
Catatan terawal mengenai petempatan di Singapura adalah dari abad ke-2 Masihi.[23] Pulau ini dikenali dengan namaTemasek (bandar laut) yang berasal daribahasa Jawa. Dari abad ke-16 hingga awal abad ke-19, Singapura menjadi wilayahKesultanan Johor. Pada tahun 1613, petempatan di muaraSungai Singapura dibakar hingga musnah oleh penyerang Portugis, dan dibiarkan begitu sahaja selama dua abad seterusnya.
Pada 29 Januari 1819,Thomas Stamford Raffles mendarat di pulau utama Singapura. Setelah melihat potensinya sebagai pusat perdagangan strategik di Asia Tenggara, Raffles menandatangani perjanjian bersamaSultan Hussain Shah bagi pihakSyarikat Hindia Timur British pada 6 Februari 1819 untuk membangunkan bahagian selatan Singapura sebagai pos perdagangan dan petempatanBritish.[24]
Singapura kekal dalam penguasaan sebuah kesultanan Melayu, sehingga menjadi jajahan British pada 2 Ogos 1824, apabilaJohn Crawfurd, Residen kedua Singapura yang secara rasminya menjadikan seluruh pulau sebagai taklukan British dengan menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussain Shah, yang mana Sultan dan Temenggung menyerahkan Singapura kepadaSyarikat Hindia Timur British. Pada tahun 1826, ia menjadi sebahagian jajahan British yang dikenali sebagaiNegeri-negeri Selat. Pada tahun 1869, pulau ini didiami oleh 100,000 orang.[24]
Perang Dunia Kedua dan zaman pascaperang
Bala Tentera Diraja Jepun berarak melalui pusat bandaraya Singapura setelah British menyerah kalah.
Pada Perang Dunia Kedua, seranganTentera Diraja Jepun terhadapTanah Melayu, memuncak denganPertempuran Singapura. Pihak British ditumpaskan dalam masa enam hari, lalu menyerahkan kubu yang kononnya tak tertawan kepada JeneralTomoyuki Yamashita pada 15 Februari 1942. Kejadian ini disifatkan oleh Perdana Menteri British,Winston Churchill sebagai "malapetaka terburuk dan penyerahan terbesar dalam sejarah British".[25] Selepas kejatuhan Singapura,pembunuhan kaum Cina beramai-ramai oleh tentera Jepun meragut 5,000 – 25,000 nyawa.[26] Singapura dinamai semula sebagai Pulau Syonan (昭南島,Shōnantō), yang membawa maksud “pulau selatan yang diraih padazaman Shōwa”. Singapura dikuasai oleh Jepun sehingga dirampas balik oleh British pada 12 September 1945, sebulan selepaspenyerahan kalah Jepun.
Berikutan perang itu, kerajaan British membenarkan Singapura mengadakan pilihan raya umum pertamanya pada tahun 1955, yang dimenangi oleh calon pro-kemerdekaan,David Marshall, ketua partiBarisan Buroh yang menjadi Ketua Menteri.
Demi memenuhi tuntutan pemerintahan sendiri sepenuhnya untuk Singapura, Marshall mengetuai perwakilan ke London, tetapi ditolak oleh British. Beliau meletak jawatan sekembalinya, lalu tempatnya diambil alih olehLim Yew Hock, yang melakarkan dasar-dasar yang menawan hati orang British. Singapura diberi kerajaan sendiri sepenuhnya dengan perdana menteri dan jemaah menteri sendiri yang mentadbir segala hal-ehwal kerajaan kecuali pertahanan dan hubungan luar.
Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965.[29]Yusof bin Ishak mengangkat sumpah selaku Presiden, manakalaLee Kuan Yew menjadi perdana menteri pertama Republik Singapura.
Sebahagian besar kuasa ekesekutif terletak padakabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. JawatanPresiden Singapura yang asalnya berbentuk istiadat, diberi sedikit kuasa veto pada tahun 1991 untuk beberapa keputusan penting seperti penggunaan rizab negara dan pelantikan jawatan kehakiman. Cabang perundangan kerajaan tak lain tak bukan Parlimen.[33]
Ahli-Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli Tunggal (Single Member Constituencies, SMC) atau Perwakilan Berkumpulan (Group Representation Constituencies, GRC).[35]
Sungguhpun diwarisi dari penjajahan Inggeris, dan banyak menerapkan unsur-unsurundang-undang am Inggeris, namun undang-undang Singapura nampaknya sudah menyimpang dari tradisi itu sejak merdeka. Misalnya, sistem perbicaraan juri dimansuhkan.
Antara undang-undang dan hukuman Singapura termasukhukuman dera kehakiman dalam bentukmerotan untuk kesalahan seperti rogol, keganasan, rusuhan, salah guna dadah, perosakan harta awam, dan beberapa kesalahan imigresen.[38][39] Singapura juga mengenakanhukuman mati mandatori untukpembunuhan darjah pertama dan pengedaran dadah.[40]Amnesty International menganggarkan bahawa Singapura mungkin mencatat “kadar hukuman mati berbanding jumlah penduduk terbesar di dunia”.[41] Pihak kerajaan bertegas bahawa Singapura selaku negara berdaulat berhak untuk menentukan sistem kehakiman sendiri dan mengenakan hukuman yang setimpal seperti yang dirasainya.[42]
Singapura menjalankan projekpenebusgunaan tanah yang diperoleh dari bukit-bukau, dasar laut, dan negara jiran. Hasilnya, keluasan daratan Singapura membesar dari 581.5 km2 (224.5 bt2) pada 1960-an, kepada 704 km2 (271.8 bt2) pada masa kini, dan mungkin menokok 100 km2 (38.6 bt2) lagi pada tahun 2030.[44] Adakalanya, projek-projek sebegini melibatkan penggabungan pulau-pulau kecil secara penebusgunaan tanah untuk membentuk pulau yang lebih besar dan berguna, misalnyaPulau Jurong.
Iklim
Taman Botanik Singapura, sebuah taman botani sebuah 67.3-hektar (166-ekar) di Singapura yang merangkumi Taman Anggerik Negaea yang menyimpan lebih 3,000 spesies anggerik
Mengikut sistempengelasan iklim Köppen, Singapura mengalami iklimiklim hutan hujan tropika tanpa peralihan musim yang ketara, suhu dan tekanan yang setara, kelembapan tinggi, dan curahan hujan yang lebat. Suhunya adalah di antara 22 hingga 34 °C (71.6 hingga 93.2 °F). Puratakelembapan relatifnya sekitar 90% pada waktu pagi dan 60% pada waktu petang. Ketika hujan lebat berpanjangan, kelembapan relatif sering mencapai 100%.[45] Suhu terendah dan tertinggi yang tercatat sepanjang sejarah maritim adalah 19.4 °C (66.9 °F) dan 35.8 °C (96.4 °F).
Bulan Mei dan Jun paling panas sekali, manakala November dan Disember membentuk musimmonsun tengkujuh.[46] Dari bulan Ogos hingga Oktober, Singapura kerap mengalamijerebu kesan kebakaran hutan di negara jiranIndonesia, adakalanya cukup teruk untuk mengancam amaran kesihatan awam. Jangka waktu siang di Singapura lebih kurang sekata sepanjang tahun kerana kedudukan negara yang dekat dengan Khatulistiwa.
Kira-kira 23% kawasan darat Singapura terdiri daripada kawasan simpanan hutan dan alam semula jadi.[47] Proses pembandaran telah menghapuskan kebanyakan kawasanhutan hujan, sehingga tinggalHutan Simpanan Bukit Timah sebagai satu-satunya hutan asal di negara. Di Singapura terdapat sebilangan taman alam, sepertiTaman Botanik Singapura.
Pelabuhan Singapura, yang paling sibuk di dunia, berlatar belakang latar langit Singapura
Singapura mengamalkanekonomi pasaran yang cukup maju, yang selama ini berkisar pada perdaganganentrepôt yang luas. Di samping Hong Kong, Korea Selatan danTaiwan, Singapura ialah salah satu daripadaEmpat Harimau Asia. Ekonominya amat bergantung pada eksport dan perhalusan barang import, terutamanya dalam bidang perkilangan, yang membentuk 26% KDNK Singapura pada tahun 2005[48], tetapi tidak dilupakan juga sumbangan besar dari sektor elektronik, penapisan petroleum, kimia, kejuruteraan mekanik dan sains bio-perubatan. Pada tahun 2006, Singapura menghasilkan kira-kira 10% keluaranwafer faundri sedunia.[49] Singapura juga bertuah dengan salah sebuah pelabuhan tersibuk di dunia dan pusat perdagangan tukaran asing keempat terbesar di dunia, di belakang London, New York dan Tokyo.[50] Singapura dinilai olehBank Dunia sebagai pusat logistik terunggul di dunia.[51]
Singapura diletakkan dalam senarai sepuluh ekonomi paling terbuka,[52]kompetitif[53] dan inovatif[54][55] di dunia. Dinilai sebagai ekonomi yang paling mesra perniagaan di dunia,[56][57] Singapura menyambut beratus-ribu ekspatriat dari luar negara yang bekerja dalamsyarikat multinasional, di samping mengambil kerja beratus-ribu lagi buruh kasar asing.
PemandanganTeras Pusat Bandar yang menjadi Kawasan Niaga Terpadu Singapura
Singapura memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) dengan kadar permulaan 3% pada 1 April 1994, untuk menambah S$1.6 bilion (US$1b, €800m) lagi kepada dana kerajaan, sekaligus menstabilkan kewangan kerajaan.[58] Kadar GST yang boleh dicukai dinaikkan ke 4% pada tahun 2003, 5% pada tahun 2004, dan 7% pada 1 Julai 2007.[59]
Singapura ialah sebuah hab pengangkutan antarabangsa utama di Asia yang letaknya di persilangan laluan perdagangan laut dan udara.
Pelabuhan Singapura yang diurus oleh pengendali pelabuhan,PSA International danJurong Port, merupakanpelabuhan kedua tersibuk di dunia pada tahun 2005, dari segi jumlah berat hantaran pada 1.15 biliontan kasar, dan dari segi lalu lintas berkontena pada 23.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU). Selain itu, Pelabuhan Singapura adalah yang tersibuk di dunia bagi lalu lintas pemunggahan, dan juga pusat pengisian semula bahan api kapal terbesar di dunia.[60]
Singapura merupakan hab penerbangan untuk rantau Asia Tenggara dan sebuah perhentian dilaluan Kanggaru di antaraAustralasia dan Eropah.Lapangan Terbang Changi Singapura mempunyai serangkaian 80 sistem penerbangan yang menghubungkan Singapura dengan 200 bandaraya di 68 negara. Ia pernah dinilai sebagai salah sebuah lapangan terbang antarabangsa terbaik di dunia oleh majalah-majalah pelancongan antarabangsa, termasuk dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik buat julung kalinya pada tahun 2006 olehSkytrax.[61] Kini, lapangan terbang ini ada tiga terminal penumpang, dan sebuah penumpang bajet yang memberi kemudahan kepadaTiger Airways danCebu Pacific. Sistem penerbangan negara ialahSingapore Airlines (SIA). Lapangan Terbang Changi diswastakan pada tahun 2009 dan kini milik mutlak Changi Airport Group.
Sistem tren alihan massa utama negara, iaituSistem Pengangkutan Gerak Cepat (Mass Rapid Transit, MRT) beroperasi sejak tahun 1987. Sistem MRT ini dilengkapkan lagi denganSistem Rel Ringan (Light Rail Transit, LRT) untuk memperluas capaian kepada kawasan perumahan. SistemEZ-Link yang dilancarkan pada tahun 2001 membolehkankad pintar tanpa sentuh berfungsi sebagai tiket nilai simpanan untuk digunakan dalam sistem pengangkutan awam di Singapura.
Singapura ialah sebuah destinasi popular yang menyumbang kepada perkembanganindustri Singapura. Jumlah kedatangan pelawat adalah 10.2 juta pada tahun 2007.[62] Untuk menarik lebih ramai lagi pelancong, kerajaan memutuskan untuk menarik balik larangan berjudi dan membenarkan pembinaan dua tempat penginapan kasino yang dibangunkan diMarina South danSentosa pada tahun 2005.[63] Untuk menyaingi bandaraya-bandaraya serantau sepertiBangkok,Hong Kong,Tokyo danShanghai, kerajaan telah mengumumkan bahawa kawasan bandaraya diberi perubahan untuk menjadi sebuah tempat yang mengujakan dengan mencerahkan lagi bangunan awam dan perdagangan.[64] Makanan juga dijadikan tarikan utama kepada pelancong denganSingapore Food Festival yang diadakan setiap bulan Julai untuk meraikan masakan Singapura.
Singapura turut mempromosikan diri sebagai pusatpelancongan perubatan; kira-kira 200,000 warga asing menerima jagaan perubatan di sini setiap tahun. Perkhidmatan perubatan Singapura berazam untuk memberikan khidmat kepada sejuta orang pesakit menjelang tahun 2012 untuk menjana pendapatan AS$ 3 bilion.[65] Kerajaan menyatakan bahawa ini boleh membuka kira-kira 13,000 peluang pekerjaan baru dalam industri kesihatan.
Mata wang Singapura ialah dolar Singapura yang dilambangkan olehS$ atau singkatan ISO-nya,SGD.Bank pusatnya ialahPenguasa Kewangan Singapura (Monetary Authority of Singapore) yang bertanggungjawab mengeluarkan mata wang. Singapura menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang pada tahun 1967[66]untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas pertamanya.[67] Dolar Singapura boleh ditukar setara dengan ringgit Malaysia sehingga tahunl 1973[67], tetapi masih mengekalkan kesalingbolehtukaran dengandolar Brunei hingga kini.[67][68] Pada 27 Jun 2007, sempena ulang tahun ke-40 perjanjian mata wang dengan Brunei, wang kertas peringatan S$20 dilancarkan; muka belakangnya seiras dengan wang kertas B$20 yang dilancarkan serentak dengan wang kertas Singapura itu.[68]
Hubungan luar
Singapura menjalin hubungan diplomatik dengan 175 negara,[69] namun tidak membukasuruhanjaya tinggi atau kedutaan di kebanyakan negara tersebut. Ia menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,Negara-negara Komanwel,ASEAN danPergerakan Negara-negara Berkecuali. Atas sebab-sebab geografi yang nyata, hubungan dengan Malaysia dan Indonesia adalah penting sekali, tetapi politik dalam negara-negara tersebut boleh mengganggu hubungan tersebut.
Singapura juga menikmati hubungan erat dengan kebanyakan negara Eropah, seperti Perancis, Jerman dan United Kingdom. Singapura dan UK berkongsi pertalian menerusiPerjanjian Pertahanan Lima Negara bersama Malaysia, Australia dan New Zealand. Hubungan baik dengan Amerika Syarikat juga dikekalkan kerana negara besar itu dilihat sebagai kuasa penstabil yang mengimbang balas kuasa-kuasa serantau.
Singapura menyokong konsep regionalisme Asia Tenggara serta memainkan peranan besar selaku salah sebuah anggota perintisPersatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Ia juga menganggotai forumKerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang membuka Sekretariat di Singapura. Singapura juga berhubungan erat denganBrunei dan mengendali kemudahan latihan Angkatan Darat di situ.
Singapura adalah antara negara terawal yang menjalin hubungan rasmi dengan Republik Rakyat China setelah negara tersebut membuka pintunya pada tahun 1978.[70][71] Kota singa ini mengiktirafdasar Satu China yang dikuat kuasa oleh RRC dan menjalin hubungan perdagangan meluas bersama negara itu, biarpun pada masa yang sama menjalin hubungan denganRepublik China diTaiwan.
Angkatan bersenjata Singapura berperanan utama sebagai alat pencegahan penceroboh serta menyediakan bantuan kemanusiaan kepada negara lain. Singapura juga menjalin pakatan pertahanan bersama beberapa negara lain, khususnyaPerjanjian Pertahanan Lima Negara. Singapura juga membuka tempat latihan yang menyeluruh di luar negara, di Amerika Syarikat, Australia, Republik China (Taiwan), New Zealand, Perancis, Thailand, Brunei, India dan Afrika Selatan. Sejak tahun 1980, konsep dan strategi "Pertahanan Mutlak" (Total Defence) telah dilaksanakan dalam segala aspek keselamatan, bertujuan memperkuat Singapura untuk menghadapi segala jenis ancaman.
Undang-undang Singapura mewajibkan setiap warganegara lelaki dan penduduk tetap (generasi kedua) Singapura yang tegap dan sihat untuk menjalaniKhidmat Negara (National Service) selama dua tahun sekurang-kurangnya, sebaik sahaja mencecah usia 18 tahun atau menghabiskan pengajiannya (yang mana sahaja dahulu), tetapi boleh diberi pelepasan atas sebab-sebab perubatan atau lain-lain. Selepas berkhidmat selama dua tahun, setiap warga lelaki dianggap sedia beroperasi, dan juga wajib menunaikan tanggungjawab sebagai perajurit simpanan sehingga usia 40 tahun (50 tahun untuk pegawai bertauliah). Warga yang sihat dari segi perubatan juga mesti menjalani Ujian Kecekapan Fizikal Individu (Individual Physical Proficiency Test, IPPT) setiap tahun dalam program latihan mereka. Lebih 350,000 orang lelaki berkhidmat sebagai perajurit yang sedia beroperasi yang ditugaskan kepada unit tempur simpanan, dan 72,500 orang lagi membentuk kor khidmat negara dan biasa.
Sumber pertahanan Singapura pernah digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa, termasuk tugasanpengamanan PBB di 11 negara lain.[72] Pada September 2005, Angkatan Udara Republik Singapura menghantar tiga buah helikopter CH-47 Chinook keLouisiana untuk membantu operasi bantuanTaufan Katrina. Ekoran kejadiantsunami Asia 2004, SAF menghantar kereta kebal dan helikopter untuk membantu operasi bantuan kepada negara-negara yang terjejas.
Kependudukan Singapura mencatat peratusan warga luar negara keenam tertinggi di dunia. Kira-kira 42% penduduk Singapura ialah warga asing dan warga asing mengisi 50% sektor perkhidmatan negara ini.[10][11] Kebanyakan warga asing berasal dari China,Malaysia, Filipina, Amerika Utara, Timur Tengah, Eropah, Australia, Bangladesh dan India. Negara ini juga adalah yang kedua paling padat dengan penduduk di belakangMonaco.[12] Menurut statistik kerajaan, jumlah penduduk Singapura pada tahun 2009 adalah 4.99 juta, yang mana 3.2 juta adalahwarganegara Singapura yang sebetulnya.[73] Majoriti penduduk Singapura terdiri daripadakaum Cina iaitu 74.2% jumlah penduduk, diikutiMelayu 13.4%,India 9.2%, danSerani,Arab dan lain-lain 3.2%.
Pada tahun 2009, jumlah kadar kesuburan Singapura adalah 1.22 anak per wanita (1.08 Cina, 1.14 India, 1.82 Melayu)[74], ternyata jauh di bawah paras 2.10 yang diperlukan untuk menyilih penduduk secukupnya.[73][75] Pada tahun 2008, 39,826 bayi dilahirkan di sini, berbanding sekitar 37,600 pada tahun 2005, namun bilangan itu tidak memadai untuk menampung pertumbuhan penduduk. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan menggalakkan warga asing berhijrah ke Singapura. Keramaian penghijrah asing ini telah memastikan jumlah penduduk Singapura tidak merosot.[76]
Agama Buddha paling ramai penganutnya di Singapura, iaitu 42.5%[77] penduduk negara yang mengaku sebagai penganutnya dalam banci terkini. Biara dan pusat Dharma dari ketiga-tiga aliran Buddha (Theravada,Mahayana danVajrayana) mudah terdapat di Singapura. Kebanyakan penganut Buddha di Singapura berketurunan Cina dan mengikut aliran Mahayana..[78]
Sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua sekolah di Singapura.
Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga berakhir dengan peperiksaanPeperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). Sekolah rendah mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun "Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak mengenakan yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk kemudahan sekolah.[79]
Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama empat hingga lima tahun. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah menengah, termasuk bahasa Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah, matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik, biologi, bahasa Perancis dan bahasa Jepun.
Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata pelajaran, tetapi tidak kurang juga yang mengambil lebih daripada lapan. Sekali lagi, semua mata pelajaran dalam sekolah menengah diajar dan diuji dalam bahasa Inggeris, kecuali bahasa ibunda iaitu dalam bahasa Melayu, Mandarin atau Tamil. Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaanSingapore-Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis laluan pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka.[80] Yuran sekolah di kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas subsidi.[81] Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan yuran beratus dolar sebulan.
Selepas peperiksaan O Level yang diambil sekitar usia 16 tahun, para pelajar biasanya berdaftar dalam Kolej Rendah (Junior College), Institut Terpusat (Centralised Institute) atau Politeknik. Program dalam Kolej Rendah atau Institut Terpusat berkesudahan dengan peperiksaan GCE A Level selepas dua atau tiga tahun.
Bahasa Inggeris adalah yang paling dominan di Singapura,[85][86] tidak seperti negara jirannya diMalaysia danIndonesia yang dikuasai olehbahasa Melayu.[87] Bahasa Inggeris di Singapura ada pelbagai ragamnya, baikbahasa Inggeris piawai mahupunbahasa kriol berasaskan Inggeris yang dikenali sebagai “Singlish”. Di kalangan rakyat Singapura, bahasa Inggeris paling ramai penuturnya, diikuti oleh bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil.[88] Ejaan dan perbendaharaan kata yang diterima guna berasaskanbahasa Inggeris British,[89] tetapi ada sedikit kelainan, seperti kegunaanpants (dari Amerika, “seluar panjang”) yang jauh mengatasitrousers (dari British).[90] Penggunaan bahasa Inggeris begitu meluas di Singapura selepas tahun 1965, sejak pelaksanaan bahasa itu sebagai bahasa perantara utama dalam sistem pendidikan Singapura.[91] Di sekolah, anak-anak diwajibkan mempelajari bahasa Inggeris dan satu daripada tiga bahasa rasmi lain sebagaibahasa ibunda.[92]
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan atas sebab sejarah dan simbolik,[93] dan menjadi bahasa pertuturan utama masyarakatMelayu Singapura. Bahasa Melayu digunakan dalam lagu kebangsaan, "Majulah Singapura"[94], pencetakan duit syiling dan perintah tentera. Namun demikian, kira-kira 85% rakyat Singapura tidak berbahasa Melayu.[88]
PenggunaanBahasa Mandarin juga meluas di Singapura, hasil kempen dan usaha awam tajaan kerajaan untuk menyokong penerimaan bahasa Mandarin sebagai ganti untuk loghat-loghat Cina yang lain.[95]
Bahasa Tamil pula dipertuturkan oleh kira-kira 60% masyarakatIndia Singapura, atau 5% seluruh rakyat Singapura. Bahasa-bahasa India yang lain sepertiMalayalam,Telugu danHindi turut digunakan oleh segelintir penduduk India di Singapura.
Disebabkan kepelbagaian penduduk dan latar belakang penghijrahan, budaya Singapura sering diperikan sebagai campuran budaya, iaitu British, Melayu, Cina, India dan Peranakan. Warga asing membentuk 42% penduduk Singapura[10][11] dan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi budaya Singapura.
MediaCorp, syarikat media milik negara, mengendali ketujuh-tujuh saluran televisyen terestrial percuma tempatan, dan juga 14 saluran radio. Semua stesen radio dan televisyen merupakan entiti milik kerajaan. Stesen-stesen radionya dikendali oleh MediaCorp kecuali empat buah yang dikendali olehSAFRA Radio danSPH UnionWorks. Perkhidmatan televisyen berbayar kabel dan IPTV dimiliki olehStarHub danSingTel. Adalah salah di sisi undang-undang untuk memiliki penerima cakera satelit persendirian yang mampu menerima kandungan televisyen yang tak tertapis.
Media cetak Singapura merangkumi sejumlah 16 surat khabar dan beberapa judul majalah yang berada di pasaran. Akhbar harian diterbitkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil. Media cetak dikuasai olehSingapore Press Holdings (SPH), penerbit berkaitan kerajaan yang terkenal sebagai pengeluar akhbar bahasa Inggeris harian terbesar,The Straits Times. SPH menerbitkan hampir semua suratkhabar harian tempatan, termasuk akhbar harian dwibahasa,My Paper yang diwar-warkan sebagai akhbar pertama di dunia yang memberikan liputan sama rata dalam bahasa Inggeris dan Cina. Kebanyakan akhbar ini ada versi Internetnya, tak kiraThe Straits Times,Business Times, mahupunToday (tabloid percuma dalam bahasa Inggeris terbitan MediaCorp).
Kesenian
Sejak 1990-an, kerajaan berusaha mempromosikan Singapura sebagai pusat kesenian dan kebudayaan, terutamanya seni persembahan, serta mentransformasikan negara menjadi 'pintu kosmopolitan antara Timur dan Barat'.[96] Antara hasil-hasil usaha tersebut termasuk pembinaanEsplanade, sebuah pusat seni persembahan berkelas tinggi yang dibuka pada 12 Oktober 2002.[97] Selain itu,Singapore Arts Festival merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Kebangsaan. Bidang komedi berdiri juga semakin berkembang dengan adanya acara “open mic” mingguan.[98] Singapura menjadi tuan rumahPertandingan Balet Antarabangsa Genee 2009, sebuah kejohananbalet klasikal berprestij yang dipromosikan olehRoyal Academy of Dance, sebuah lembaga tarian antarabangsa yang bertapak di London, UK.[99]
Sukan dan rekreasi
Stadium Nasional Singapura
Penduduk Singapura paling menggemari sukan-sukan seperti bola sepak, bola keranjang, kriket, renang, berlayar, ping pong dan badminton.
Kebanyakan besar penduduk Singapura tinggal dalamkawasan perumahan awam yang dilengkapi kemudahan sepertikolam renang awam, gelanggang bola keranjang terbuka dan kompleks sukan tertutup yang berdekatan. Seperti yang diharapkan di sesebuah pulau, sukan air memang diminati ramai, sepertiberlayar,berkayak danluncur air.Selam skuba juga menjadi rekreasi utama, terutamanya di sekitarPulau Hantu di selatan tanah besar yang terkenal kerana kekayaanterumbu karangnya.
Para atlit Singapura beraksi di pelbagai temasya sukan serantau dan antarabangsa dalam sukan-sukan seperti pingpong, badminton, boling, berlayar,silat, renang dan polo air. Atlet-atlet sepertiFandi Ahmad,Ang Peng Siong,Li Jiawei danRonald Susilo menjadi amat terkenal di negara ini.
Singapura ada liga bola sepak tersendiri, iaituS-League yang diasaskan pada tahun 1996, kini merangkumi 12 kelab dengan 3 pasukan luar negara.
^ab"Founding of Modern Singapore". Ministry of Information, Communications and the Arts, Singapore. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-05-08. Dicapai pada9 November 2010.
^Wong Choon Mei (6 September 2006)."Singapore the most business-friendly economy in the world: World Bank".Channel NewsAsia. Singapura.Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-15. Dicapai pada22 April 2010.According to a World Bank-IFC report, Singapore beats previous winner New Zealand for the top spot in the 2005/2006 rankings while the United States came in third
^"Singapore top paradise for business: World Bank".AsiaOne. Singapura. Agence France Presse. 26 September 2007. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-07-07. Dicapai pada22 April 2010.For the second year running, Singapore tops the aggregate rankings on the ease of doing business in 2006 to 2007, the World Bank said in releasing its 'Doing Business 2008' report.
^Low Siang Kok, Director (Quality), Board of Commissioners of Currency, Singapore (22 Jun 2002). "Chapter 6: Singapore Electronic Legal Tender (SELT) – A Proposed Concept".The Future of Money / Organisation for Economic Co-operation and Development(PDF). Paris: OECD Publications. m/s. 147.ISBN92-64-19672-2. Dicapai pada28 Disember 2007.The Board of Commissioners of Currency, Singapore (BCCS) was established on 7 April 1967 by the enactment of the Currency Act (Chapter 69). It has the sole right to issue currency notes and coins as legal tender in Singapore.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^abc"The Currency History of Singapore" (Siaran akhbar). Monetary Authority of Singapore. 9 April 2007. Dicapai pada22 April 2010.On 12 Jun 1967, the currency union which had been operating for 29 years came to an end, and the three participating countries, Malaysia, Singapore and Brunei each issued its own currency.
Hill, Michael (1995). Kwen Fee Lian (penyunting).The Politics of Nation Building and Citizenship in Singapore. Routledge.ISBN0-415-12025-X.
King, Rodney (2008).The Singapore Miracle, Myth and Reality. Insight Press.ISBN0-9775567-0-0.
Mauzy, Diane K.; Milne, R.S. (2002).Singapore Politics: Under the People's Action Party. Routledge.ISBN0415246539.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Tan, Kenneth Paul (2007).Renaissance Singapore? Economy, Culture, and Politics. NUS Press.ISBN9789971693770.
Lee Kuan Yew (2000).From Third World To First: The Singapore Story: 1965–2000. New York: HarperCollins.ISBN 0-06-019776-5
Worthington, Ross (2002).Governance in Singapore. Routledge/Curzon.ISBN0-7007-1474-X.
"Census of Population (2000)"(PDF).Singapore Department of Statistics. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2007-09-19. Dicapai pada11 Januari 2000.Check date values in:|accessdate= (bantuan)
"Key Facts & Figures".Ministry of Transport, Singapore. Dicapai pada11 Januari 2003.
"Nation's History".Singapore Infomap. Diarkibkan daripadayang asal pada 2009-04-21. Dicapai pada11 Januari 2004.
"MOE-PRIME".Programme For Rebuilding and IMproving Existing schools (PRIME).Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-23. Dicapai pada15 Mei 2007.