Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Siberia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini merujuk kepada Siberia pada keseluruhannya. Untuk maklumat khusus tentang daerah persekutuan, sila lihatDaerah Persekutuan Siberia, dan untuk kegunaan lain, sila lihatSiberia (nyahkekaburan).
Siberia di Rusia
Artik Timur Laut di Siberia.
Paip Udachnaya

Siberia (Rusia:Сиби́рь,Sibir;Bahasa Tatar:Seber) ialah sebuah kawasanRusia yang amat luas yang merupakan hampir seluruhAsia Utara serta sebahagian besarSteppe Eurasia. Ia terbentang dariPergunungan Ural keLautan Pasifik di timur, dan dariLautan Artik ke bukit-bukauKazakhstan Tengah-Utara di selatan, serta menyempadani kedua-duaMongolia danChina. Kesemua Siberia, kecuali kawasan barat daya yang paling hujung, terletak di Rusia dan merupakan hampir 77% daripada keluasan Rusia (13.1 juta kilometer persegi), tetapi hanya mempunyai 30% daripada jumlah penduduknya (42.2 juta orang).


Asal nama

[sunting |sunting sumber]

Sesetengah sumber menyatakan bahawa nama "Siberia" berasal daripadabahasa Turkik yang membawa pengertian "tanah tidur".[1]. Lagi satu versi mengatakan bahawa nama ini berasal daripada nama puakSibir,nomadEurasia, yang kemudian diserap ke dalam puakTatar Siberia.

Dr.Pamela Kyle Crossley, profesor sejarah diKolej Dartmouth, menegaskan bahawa orang Rusia menamai Siberia sempana namakelompok etnikSibe/Xibe.PawangAkkanat, salah satu pawang yang terakhir di Siberia Barat serta tokoh utama dalam masyarakatorang asli di Siberia Barat, berkata bahawa Siberia mendapatkan nama daripada Negaranya, iaitu kelompok etnikSibirga. Pengertian moden untuk nama ini muncul dalambahasa Rusia selepas penaklukanKekhanan Siberia.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Siberia
Para pelarian Perang Dunia I di landasan Siberia, 1918.

Siberia diduduki oleh berbagai-bagai kumpulannomad yang berbeza seperti kaum-kaum Yenet,Nenet,Hun, danUyghur. Khan Sibir yang tinggal berhampiran denganTobolsk moden terkenal sebagai seorang tokoh utama yang menyokong RajaKubrat sebagaiKhagan diAvaria pada tahun630. Kawasan ini kemudian ditaklukkan oleh orangMongol padaabad ke-13 dan akhirnya menjadiKekhanan Siberia yang berautonomi.

KuasaRusia yang semakin bertumbuh di barat mulai menjejaskan Kekhanan Siberia padaabad ke-16. Pada mula-mulanya, kumpulan-kumpulan pedagang dan orang-orang Kossak memasuki kawasan ini dan kemudiannya, tentera Rusia mula membina kubu-kubu mereka semakin ke timur. Kota-kota sepertiMangazeya,Tara,Yeniseysk, danTobolsk tumbuh dengan cepat, dengan Tobolsk diisytiharkan sebagai ibu kota Siberia. Menjelang pertengahanabad ke-17, kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Rusia diperluas sehinggaPasifik.

Siberia masih merupakan sebuah kawasan yang kebanyakannya masih belum dijelajah dan dihuni. Pada tempoh beberapa abad yang berikut, hanya beberapa misi penjelajahan dan pedagang menghuni di Siberia. Kumpulan yang lain yang dihantar ke Siberia terdiri daripada banduan-banduan yang dibuang dari Rusia barat atau wilayah yang dikuasai oleh Rusia sepertiPoland (sila lihatkatorga).

Perubahan besar yang pertama di Siberia ialahLandasan Keretapi Rentas Siberia yang dibina antara tahun-tahun1891 -1903 dan yang mengaitkan Siberia dengan lebih rapat kepada RusiaNicholas II yang sedang mengalamipengindustrian yang pesat. Siberia memiliki sumber-sumber semula jadi yang kaya dan pada sepanjangabad ke-20, sumber-sumber ini dikembangkan dan bandar-bandar periindustrian muncul di seluruh wilayah.

Katorga dan Gulag

[sunting |sunting sumber]

Rusia, kemudiannyaKesatuan Soviet, mengendalikan satu sirikem buruh paksa yang dikenali sebagaiGulag di Siberia. Ini menjadi sangat kerap sehingga "Siberia" menjadimetafora untuk pembuangan dan hukuman: "Siberia birokratik".[2]

Menggunakan analogi, sebuah distrik kelas pekerja di pusat bandarStockholm,Sweden pada akhirabad ke-19 bermula dengan namaSibirien (Siberia) yang merujuk kepadarumah pangsa kos rendah yang dibina di pinggir bandar ketika itu. Nama ini kemudian dikekalkan dan kini merupakan sebahagian tradisi bandar Stockholm, walaupun daerah ini sebenarnya benar-benar merupakan sebahagian bandar raya dalam dan telahdihuni oleh kelas atas sejak dua puluh tahun yang lalu.Pangsapuri di sini kini amat mahal.

Geografi dan geologi

[sunting |sunting sumber]
Maklumat selanjutnya:Geografi Rusia
60-90°U, 60-90°T60-90°U, 90-120°T60-90°U, 120-150°T
30-60°U, 60-90°T30-60°U, 90-120°T30-60°U, 120-150°T
Rusia berkongsi sempadannya dengan China dan Mongolia di Siberia selatan.
Gunung Belukha diPergunungan Altai.
Siberia.

Dengan 10,007,400kilometer persegi luasnya, Siberia merupakan kira-kira 58% daripada seluruh kawasan di Rusia. Zon-zon geografi yang utama termasukDataran Siberia Barat sertaPenara Siberia Tengah.

Sebahagian besar Dataran Siberia Barat yang terdiri daripadamendapan aluviumSenozoik adalah amat rendah sehinggakenaikan aras laut sebanyak 50meter akan membanjiri semua kawasan di antaraLautan Artik danNovosibirsk. Banyak mendapan di dataran ini dihasilkan olehempangan ais yang menterbalikkan dan melencongkan pengaliran kedua-dua Sungai Ob dan Sungai Yenisei keLaut Caspian dan mungkin juga keLaut Aral. Kawasan ini amat berpaya dan terdiri daripada tanihHistosols yang bergambut, manakala di bahagian utara, tanahnya merupakan tanihHistels. Di bahagian selatan dataran yangibun abadi biasanya tidak wujud, tanah rumput yang kaya kini merupakan peluasanSteppe Kazakh, dengan tumbuh-tumbuhan yang asal hampir kesemuanya dipugar.

Penara Siberia Tengah merupakan sebuahkraton yang amat purba (kekadang dipanggilAngaraland) yang membentukbenua yang terasing sebelumZaman Perm (sila lihatSiberia (benua)). Penara ini amat kaya dengangalian, dan mengandungi mendapanemas,intan dan bijih-bijihmangan,plumbum,zink,nikel,kobalt danmolibdenum yang kaya. Sebahagian besar kawasannya merangkumiSiberia Traps yang merupakan sebuahprovinsi igneus yang besar. Zaman peletupan besar-besaran itu lebih kurang berbetulan denganperistiwan kepupusan Perm-Trias. Peristiwa peletupan gunung berapi ini dikatakan merupakanletupan gunung berapi terbesar yang diketahui dalam sejarahBumi. Hanya kawasan yang paling barat laut diglasierkan semasaEra Kuarternari, tetapi hampir semuanya diselubungi olehibun abadi yang tebal dan satu-satunyapokok yang dapat hidup biak walaumusim panas yang hangat ialah pokokLarix sibirica  (bahasa Inggeris:Siberian Larch) yang mempunyai akar-akar yang amat cetek. Di luar kawasan yang paling barat laut ini, hutantaiga paling menonjol. Sebahagian besar tanah di sini merupakan tanihTurbels yang digantikan dengan tanihSpodosols apabila lapis aktifnya menjadi lebih tebal dan kandungan aisnya menjadi kurang.

Sakha Tengah dan Timur terdiri daripada banyak banjaran gunung utara-selatan yang usianya berbeza-beza. Tingginya gunung-gunung ini sehingga hampir 3,000 meter, tetapi apabila melebihi beberapa ratus meter tingginya, gunung-gunung ini hampir tidak mempunyai sebarang tumbuh-tumbuhan. Banjaran Gunung Verkhoyansk amat diglasierkan padaZaman Pleistosen, tetapi iklimnya terlalu kering untuk membolehkan pengglasieran menjangkau kawasan-kawasan yang lebih rendah. Kawasan-kawasan yang lebih rendah ini mempunyai banyak lembah, dengan banyaknya amat dalam dan dilitupi oleh hutan-hutankonifer yang terdiri daripadagenusLarix,  kecuali di hujung yang paling utara yang dikuasai oleh datarantundra. Sebahagian besar tanihnya terdiri daripada tanih turbel, dengan lapis aktif cenderung sebanyak semeter dalamnya, kecuali apabila berhampiran dengan sungai.

Titik tertinggi di Siberia ialahgunung berapiKlyuchevskaya Sopka yang aktif yang terletak di SemenanjungKamchatka.

Iklim

[sunting |sunting sumber]

Iklim Siberia berbeza-beza secara dramatik, dengan pantai utaraBulatan Artik mengalami musim panas yang amat pendek selama kira-kira sebulan.

Hampir semua penduduk tinggal di kawasan selatan di sepanjangLandasan Keretapi Rentas Siberia. Iklim di sini adalahsubartik kebenuaan, dengan suhu purata tahunan sebanyak kira-kira 0 °C (32 °F) dan kira-kira −15 °C (-5 F) pada puratanya dalam bulan Januari serta +20 °C (68 °F) dalam bulan Julai.[3] Dengan musim tumbuh yang boleh diharap, banyak sinaran matahari dan tanihcernozem yang amat subur, Siberia Selatan memadai untukpertanian yang menguntungkan, seperti dibuktikan pada awalabad ke-20.

Angin-angin barat daya di Siberia Selatan membawa udara hangat dariAsia Tengah danTimur Tengah. Iklim Siberia Barat (Omsk, Novosibirsk) adalah beberapa darjah lebih hangat daripada iklim di Timur (Irkutsk, Chita). Dengan suhu tercatat yang paling rendah sebanyak -71.2 °C (-96.1 F),Oymyakon (Republik Sakha) merupakan bandar yang paling sejuk diBumi. Walaupun demikian, suhumusim panas di berbagai-bagai kawasan di sini mencapai +36...+38 °C. Secara amnya, Sakha ialah kawasan Siberia yang tersejuk, dengan lembanganSungai Yana mempunyai suhu-suhu yang paling rendah, sertaibun abadi yang mencapai 1,493meter (4,900kaki) tingginya. Bagi para perancang penempatan Empayar Rusia, kesejukan di sini tidak pernah dilihatkan sebagai suatu persoalan. Padamusim sejuk, Siberia Selatan berkedudukan di pusatTekanan tinggi Siberia separa tetap dan oleh itu, angin-anginnya biasanya lembut ketika itu.

Hujan di Siberia umumnya sedikit dan melebihi 500 mm (20inci) hanya diKamchatka yang mendapat angin lembap yang mengalir dariLaut Okhotsk ke gunung-gunung tinggi — menghasilkan glasier-glasier utama yang tunggal di kawasan ini — dan di kebanyakan kawasanPrimorye di hujung yang paling selatan yang pengaruhmonsun boleh menghasilkan hujan musim panas yang agak lebat. Walaupun kawasan ini terkenal kerana terlalu sejuk, jumlahsalji yang turun umumnya adalah terlalu sedikit, khususnya di bahagian timur kawasan ini.

Tasik dan sungai

[sunting |sunting sumber]
Kawah Popigai

Kawah hentaman

[sunting |sunting sumber]

Banjaran gunung

[sunting |sunting sumber]

Padang rumput

[sunting |sunting sumber]

Pembahagian pentadbiran

[sunting |sunting sumber]
Peta bandar raya dan bandar Siberia yang terbesar dengan nama-nama boleh klik (SVG)
Perbandingan antara sembilan pertumbuhan bandar raya Siberia yang terbesar pada abad ke-20.

Dari segi sejarah, seluruhRusia Jauh Timur dianggap sebagai sebahagian Siberia. Sebaliknya dari segigeografi, Siberia merangkumi daerah-daerah taklukan persekutuan yang termasukDaerah Persekutuan Ural,Daerah Persekutuan Siberia, danRepublik Sakha (Yakutia) yang merupakan sebahagian daripadaDaerah Persekutuan Timur Jauh:

Bandar-bandar raya utama termasukIrkutsk,Krasnoyarsk,Novosibirsk,Omsk, danTomsk.

Lihat jugapeta untuk tiga puluh buah bandar raya Siberia yang terbesar, dengan pautan-pautan ke Wikipedia.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Siberia

Siberia mempunyai kepadatan penduduk sebanyak kira-kira tiga orang setiap kilometer persegi. Kebanyakan orang Siberia adalahorang Rusia. Kelompok etnik Rusia adalah daripada keturunankaum Slav yang hidup diEropah timur sejak empat ratus tahun dahulu. Kelompok-kelompokMongol danTurkik seperti kaum-kaum Buryat,Tuvan, danYakut pada asalnya tinggal di Siberia, dan keturunan-keturunan mereka masih tinggal di sini. Kelompok-kelompok etnik yang lain termasuk kaum-kaum Ket,Evenk,Chukchi,Koryak, danYukaghir. Sila lihat rencanaOrang-orang asli utara di Rusia untuk maklumat lanjut.

Lebih kurang 70% daripada penduduk Siberia tinggal di bandar-bandar raya. Kebanyakan mereka ini tinggal dipangsapuri, manakala banyak orang di kawasan-kawasan luar bandar tinggal di rumah kayu yang mudah tetapi lebih besar.

Novosibirsk ialah bandar raya yang terbesar di Siberia, dengan jumlah penduduk sebanyak lebih kurang 1.5 juta orang. Bandar-bandarTobolsk,Tomsk,Irkutsk, danOmsk merupakan pusat-pusat sejarah yang lebih lama.

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Dataran Siberia, sebagaimana dilihat dariLandasan Keretapi Rentas Siberia di luar outsideTatarskaya.

Siberia amat kaya dengangalian dan mempunyai bijih-bijih untu hampir semualogam yang bernilai dari segiekonomi — sebahagian besarnya kerana ketiadaan glasieran kuaterner di luar kawasan-kawasan tanah tinggi. Siberia mempunyai sesetengah daripada mendapan-mendapannikel,emas,plumbum,molibdenum,intan,perak, danzink yang terbesar di dunia, serta juga sumber-sumberminyak dangas asli yang amat besar yang masih belum dieksploitasikan. Kebanyakan ini terletak di bahagian timur yang sejuk dan terpencil, dengan akibat bahawapelombongannya terbukti susah dan hanya bermula pada skala yang besar selepasStalin bangkit untuk berkuasa dan mengembangkan kem-kem buruh paksa untuk mengatasi kesusahan menarik buruh-buruh ke iklim yang tidak menyenangkan.

Pertanian amat tersekat oleh musim tumbuh yang pendek di kebanyakan kawasan. Bagaimanapun, di kawasan barat daya yang mempunyai tanih hitam yang terlalu subur serta iklim yang sedikit lebih sederhana, terdapat penanamangandum,barli,rai, danubi kentang yang luas, bersama-sama denganpenternakan sebilangan besarbiri-biri danlembu. Disebabkan oleh tanih-tanihpodzol yang tidak subur dan musim tumbuh yang terlalu pendek, pengeluaran makanan dihadkan kepada penggembalaanrusa salji di kawasantundra, suatu gaya hidup yang telah diamalkan oleh orang-orang asli sejak melebih sepuluh ribu tahun dahulu.

Siberia mempunyai hutan-hutan yang terbesar di dunia.Kayu balak masih merupakan sumber hasil yang penting, walaupun banyak hutan di timur telah dibalak jauh lebih cepat daripada pemulihannya.Laut Okhotsk ialah salah satu daripada dua atau tiga kawasan perikanan yang terkaya di dunia kerana arus dinginnya dan julatpasang surut yang terlalu besar. Oleh itu, Siberia menghasilkan melebihi 10% daripada tangkapan ikan tahunan di dunia, walaupun industri perikanan telah mengalami setakat kemerosotan sejak kejatuhanKesatuan Soviet.

Sektor perindustrian yang diperkembangkan hanya kerana industri-industri diRusia Barat yang membantuPerang Dunia II menghadapi ancaman tenteraNazi, telah merosot dengan ketara sejak kejatuhan Kesatuan Soviet. Pada suatu ketika, terdapat kilang-kilang yang besar di Siberia Barat serta juga banyak kilang di sekelilingTasik Baikal, tetapi kesemua ini telah tutup sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Agama

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Agama di Siberia

Seperti dengan di seluruh Rusia, agama memainkan peranan yang penting dalam kehidupan di Siberia. Adanya berbagai-bagai jenis kepercayaan, termasukagama Kristian Ortodoks,Islam dan berbagai-bagai agama Kristian yang lain.[5] Kumpulan yang terutama ialahGereja Ortodoks Rusia.

Bagaimanapun, agama asli bertarikh sejak dari beratus-ratus tahun lagi. Wilayah Siberia yang besar mempunyai berbagai-bagai tradisi dewa tempatan yang merangkumi:Ak Ana,Anapel,Bugady Musun,Kara Khan,Khaltesh-Anki,Kini'je,Ku'urkil,Nga,Nu'tenut,Numi-Torem,Numi-Turum,Pon,Pugu,Todote,Toko'yoto,Tomam,Xaya Iccita, danZonget.

Tempat-tempat yang mempunyai tempat suci termasukOlkhon, sebuah pulau diTasik Baikal. Lihat jugaBudaya bomohan di Siberia.

Pembalakan di Siberia dijalankan pada musim sejuk kerana pokok getah membeku dan mudah ditebang.

Landasan Keretapi Rentas Siberia

[sunting |sunting sumber]

Cara yang paling baik untuk mengunjungi Siberia ialah melaluiLandasan Keretapi Rentas Siberia yang terbentang dariMoscow di barat keVladivostok di timur. Kereta apinya mempunyai petak kelas pertama 2-tempat tidur, dan petak kelas kedua 4-tempat tidur, serta juga sebuah gerabak restoran.

Kelompok etnik

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Minyak-minyak penyembuhan daripada tanah gersang Siberia yang asli
  2. ^Apakah yang terjadi kepada CIA?, oleh Gabriel Schoenfeld. Lihat jugaini.
  3. ^Laman webWeatherbase.com: Cuaca Sejarah untuk Novosibirsk, Rusia. Dicapai pada 6 November 2006.
  4. ^"Altai: Menyelamatkan Mutiara Siberia". Dicapai pada2006-11-30.
  5. ^"Laman web Kedutaan Rusia: Agama di Rusia".Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-02-08. Dicapai pada2001-02-08.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Siberia.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Siberia&oldid=5202884"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp