Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Shikoku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shikoku
Map
Geography
LokasiAsia Timur
KepulauanKepulauan Jepun
Pemeringkatan keluasanke-50
Pentadbiran
Demografik
Penduduk4,141,955

Shikoku (四国, "empatilayah") ialah sebuah kawasan diJepun dan yang terkecil (panjang 225 km dan lebar 50–150 km) dan paling sedikit penduduk (4,141,955 orang pada tahun 2005) dalam kalanganempat pulau utama diJepun. Shikoku terletak di selatanHonshū dan di timur pulauKyūshū. Shikoku pernah dikenali dengan nama-nama kunoIyo-no-futana-shima (伊予之二名島),Iyo-shima (伊予島), danFutana-shima (二名島). Nama Shikoku memaksudkan empatwilayah lama yang terdiri dalam pulau itu, iaituAwa,Tosa,Sanuki, danIyo.

Geografi

[sunting |sunting sumber]

Kawasan Shikoku yang terdiri daripada pulau Shikoku dan pulau-pulau kecil di sekelilingnya, meliputi keluasan 18,800 kilometer persegi (7,259 bt2) dan terdiri daripada empatwilayah, iaituEhime,Kagawa,Kōchi, danTokushima. Di seberangLaut Pedalaman terletaknya wilayah-wilayahWakayama,Osaka,Hyōgo,Okayama,Hiroshima, danYamaguchi diHonshū. Di sebelah baratnya pula afa wilayah-wilayahŌita danWilayah Miyazaki diKyūshū.

Shikoku ialahpulau ke-50 terbesar di dunia dari segi keluasan, iaitu lebih kecil daripadaSardinia danBananal, tetapi lebih besar daripadaHalmahera danSeram.Dari segi kependudukan pula, Shikoku menduduki tempat ke-23, iaitu kurang penduduk berbandingSicily atauSingapura, tetapi lebih berbandingPuerto Rico atauNegros.

Gunung-ganang yang berbanjar di timur dan barat membahagikan Shikoku kepada kawasan sempit di utara yang menghadap Laut Pedalaman, dan kawasan selatan yang menghadapLautan Pasifik. Kebanyakan daripada 4.5 juta penduduknya tinggal di utara, di mana terletaknya kebanyakan bandaraya terbesar di pulau ini.Gunung Ishizuchi (石鎚山) di Ehime ialah gunung tertinggi di pulau ini pada ketinggian 1,982 m (6,503 ka). Sektor perindustriannya cukup mantap, termasuk sekali pemprosesan bijih darilombong tembaga Besshi yang terkemuka. Penggunaan tanahnya amat intensif. Kawasan lanar yang luas, khususnya di kawasan timur, ditanam padi bergilir dengan gandum musim sejuk dan barli. Di seluruh kawasan utaranya tertanam pelbagai jenis buah-buahan, termasuk buahsitrus,pisang kaki,pic, dananggur. Perusahaan gandum di sini menjadikansanuki udon (讃岐うどん) sebagai makanan penting di wilayah Kagawa (bekas wilayah Sanuki) sejakzaman Edo.

Shikoku berhampiranLaut Pedalaman danHonshū.

Kawasan selatan Shikoku pula adalah bergunung-ganang dan tidak ramai penduduknya. Satu-satunya tanah pamah penting di situ ialah sebidang kawasan padang lanar kecil di ibu wilayahKōchi. Musim sejuk sederhana yang dialami di situ membolehkan kegiatanperkebunan trak khusus untuk penanaman sayur-sayuran luar pasaran yang dilitupi oleh plastik. Di kawasan selatan juga, padi boleh ditanam dua kali setahun. Industri pulpa dan kertas memanfaatkan hutan yang luas serta kuasahidroelektrik.

Sungai utama di Shikoku ialahSungai Yoshino yang panjangny 196 km dari puncanya berhampiranGunung Ishizuchi, mengalir dari barat ke timur merentasi sempadan utara wilayah Kōchi dan Tokushima, sehingga ke laut di bandaraya Tokushima. Sungai Yoshino terkenal sebagai kawasanrakit redah jeram terunggul di Jepun, khususnya sepanjang bahagian Oboke Koboke di sungai ini.

Shikoku ada empat tanjung utama, iaitu: Gamōda diAnan, Tokushima sebagai titik paling timur di pulai ini; Sada diIkata, Ehime yang paling barat; Muroto diMuroto, Kochi dan Ashizuri, titik paling selatan di Shikoku, yang terletak diTosashimizu, Kochi, menganjur ke Lautan Pasifik. Titik paling utaranya pula ialahTakamatsu, Kagawa.

Berbeza dengan tiga pulau utama yang lain di Jepun, Shikoku tiadagunung berapi.

Pengangkutan

[sunting |sunting sumber]
Istana Kōchi.
Anraku-ji di Kamiita,Tokushima.

Shikoku dihubungkan denganHonshū oleh tiga batanglebuhraya.

Gerbang timur Shikoku, iaituBandaraya Naruto diWilayah Tokushima dihubungkan denganLebuhraya Kobe-Awaji-Naruto sejak tahun 1998. Lebuh raya ini menghubungkan Shikoku dengan kawasanKansai yang amat ramai penduduknya, termasukbandar-bandar gabungan besar diOsaka,Kyoto danKobe. Justeri, Lebuhraya Kobe-Awaji-Naruto mengangkut lalu lintas yang besar, termasuk sebilangan besar perkhidmatan bas yang beroperasi antaraKansai danWilayah Tokushima.

Bahagian timur Shikoku dihubunhkan denganHonshū oleh perkhidmatan feri, udara dan rangkaianJambatan Seto Besar (sejak tahun 1988). Sebelum jambatan itu siap dibina, rantau ini dipencilkan dari seluruh kawasan lain di Jepun. Pemudahan perhubungan antara Honshū dan Shikoku diharapkan memupuk pembangunan ekonomi di kedua-dua belah jambatan.

Di dalam pulau ini, serangkaianlebuh raya kebangsaan menghubungkan pusat-pusat kependudukan utama, termasuk Laluan-Laluan11,32,33,55, dan56.

Syarikat Keretapi Shikoku (JR Shikoku) berkhidmat di pulau ini dengan landasan-landasan berikut:

Selain JR Shikoku, juga terdapat perkhidmatan keretapi swasta yang beroperasi di keempat-empat wilayahnya.

Shikoku tiada lapangan terbang antarabangsa utama, tetapi ada empat lapangan terbang domestik (Tokushima, Takamatsu, Kochi-Ryoma dan Matsuyama). Keempat-empat lapangan terbang ini berhubung denganTokyo dan bandaraya utama lain di Jepun sepertiOsaka,Nagoya,Sapporo, danFukuoka. Penerbangan antarabangsa keSeoul,Korea Selatan dikendali olehAsiana Airlines dari bandarayaMatsuyama danTakamatsu. Juga adanya penerbangan sewa khas antarabangsa secara bermusim.

Perkhidmatan feri menghubungkan Shikoku dengan Honshu,Kyūshū dan pulau-pulau kecil di keliling Shikoku.

Pertanian

[sunting |sunting sumber]

Shikoku merupakan tempatnya peloporpertanian organikMasanobu Fukuoka, pengarangRevolusi Sebatang Jerami, membangunkan kaedah pertanian di ladang milik keluarganya.

Tradisi

[sunting |sunting sumber]

Shikoku juga terkenal keranaziarah 88 kuil yang berhubungan dengan pendetaKūkai. Jika dahulu berjalan kaki, penziarah masa kini lebih gemar menaiki bas, serta memakai baju putih yang terpampang aksara kanji.

Wilayah Tokushima juga menganjurkanAwa Odori setiap bulan Ogos ketika perayaanObon, yang menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanShikoku
CariShikoku dalamWikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Kawasan
Prefektur
Hokkaidō
Tōhoku
Kantō
Chiba •Gunma •Ibaraki •Kanagawa •Saitama •Tochigi •Tokyo
Chūbu
Aichi •Fukui •Gifu •Ishikawa •Mie •Nagano •Niigata •Shizuoka •Toyama •Yamanashi
Kansai
Hyōgo •Kyoto •Nara •Osaka •Shiga •Wakayama
Chūgoku
Shikoku
Kyūshū
Kyūshū (tanah besar):Fukuoka •Kagoshima •Kumamoto •Miyazaki •Nagasaki •Ōita •Saga
Kepulauan Ryūkyū:Okinawa

Koordinat:33°45′N133°30′E / 33.750°N 133.500°E /33.750; 133.500

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Shikoku&oldid=5535020"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp