Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Shaktam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saktam ialah aliran agama Hindu yang berpusatkan kedewian.[1][2] BerhalaMatrika, dari kiri:Vaishnavi,Varahi,Indrani danChamunda

Shaktam (Sanskrit:शाक्त,IAST:Śākta), Saktam, atau Shaktisme merupakan satu mazhab utamaagama Hindu, di mana Tuhan disifatkan sebagai wanita.

Saktam melibatkan segala sesuatu dalam seluruh alam semesta sebagai aspek, manifestasi atau bayangan dewi agung yang sama,Shakti[1][3] Ia memiliki pelbagai gaya penyembahan, daripadaDurga yang paling banyak disembah, hinggaParvati sertaKali.[4][5] Selepaskemerosotan Buddhisme di India, pelbagai dewi Hindu dan Buddha digabungkan menjadiMahavidya, kumpulan sepuluh dewi.[6]Mahadevi yang lazim disembah dalam aliran Saktam termasuk:Durga, Kali,Saraswati,Lakshmi,Parvati danTripurasundari.[3] Selain itu, pelbagaiGramadevata sepertiMariamman juga disembah di kawasan India.[7]

Asal-usul

[sunting |sunting sumber]

Penyembahan-Ibu dan kultus-ibu telah wujud sejakzaman Veda. KonsepAditi - Ibu Dewa-Dewi, penjelmaan alam, danAmbhrnisukta dan jugaRatrisukta dalamRig Veda, dengan jelas mengandungi asal-usul penyembahan-Ibu.MenurutSri Ramakrishna: ‘Brahman danSakti adalah sama. Kamu memanggil-Nya sebagai Brahman. Saya memanggil-Nya sebagai Sakti.’

Walaupun idea tentang Ibu sebagai Tuhan Maha Esa telah wujud dengan jelas dalamDevi Sukta, Rigveda: “Akulah permaisuri alam semesta ini.” (10.10.125.3.), perkembangan konsep ini dengan sepenuhnya mengambil masa yang agak lama.

MenurutSwami Vivekananda, penyembahan Ibu bermula begini:

“Penyembahan Ibu ialah sebuah falsafah yang tersendiri. Kuasa ialah idea pertama kita. Kuasa mencerobohi manusia pada setiap langkah. Kuasa yang dirasakan di dalam ialah Roh. Kuasa yang dirasakan di luar ialah alam semulajadi. Pertempuran antara kedua-dua ini yang menjadikan hidup manusia. Hasil daripada dua kuasa-kuasa ini ialah segala-galanya yang kita kenali atau alami. Manusia melihat bahawa matahari bersinar ke atas yang baik dan yang jahat dengan sama rata. Di sini wujud idea baru Tuhan sebagai Kuasa Sejagat di sebalik segala-galanya. Demikian lahirnya idea-Ibu.”

Konsep Ibu berkembang dengan peredaran masa. Dewi-dewi kesuburan atau Gna dalamRigveda, atau Devapatni seperti Dhishana, Sarasvati, Hotra, Bharati, Indrani mewakili konsep awal Sakti. Dewi-dewi kekayaan, secara beransur-ansur dikaitkan denganLakshmi. Dewi-dewi sungai dikaitkan denganSarasvati dan dewi-dewi Gna bergabung dengan Vak. Fungsi kreatif Sarasvati dalamBrahmana di bawah konsep keibuan merupakan permulaan kultus-Sakti kemudiannya. Vak-Sakti berkembang sepenuhnya dalamSvetasvatara Upanisad yang dianggap sebagai sumber utama konsep personaliti. Pandangan tentang hubungan antara Sakti dengan Saktiman, Isvara, telah diterima pakai oleh mazhab-mazhab falsafah kemudiannya.

MazhabSaivisme Kashmir membangunkan idea Sakti. Idea Sakti dalamVira-Saiva banyak dipengaruhi oleh mazhabSaivisme Kashmir dan ia menyumbangkan kepada ideaMahamaya.

Falsafah

[sunting |sunting sumber]

Falsafah Hindu, berdasarkanVedānta dan beberapa kumpulan aliran yang berdasarkanVedānta danTantra mempercayaijirim dantenaga yang muncul dalam alam semesta muncul secara bertahap di mana satuan tenaga tahap getaran dianggap jelas sebagai 'jirim', dan pada tahap yang lain dikenali sebagai 'minda' dan pada tahap yang lain pula sebagai 'nyawa'. Lalu dari sini, sumber kewujudan dan kehidupan semua ciptaan, sama ada pada peringkat jirim, nyawa atau minda, dipercayai datang semuanya dari satu punca yang tunggal.

Brahman (Yang Mutlak) dalamVedānta danSakti atau Devi dalam Tantra adalah sama. Apabila 'tenaga' itu berada dalam keadaan statik, apabila alam semesta belum dicipta, tenaga itu dikenali sebagai Brahman. Andainya Brahman ialah ular yang sedang tidur berlingkar, Śakti ialah ular yang sedang bergerak; andainya Brahman ialah perkataan, Śakti ialah maksudnya; andainya Brahman ialah api, Śakti ialah kuasa pembakarannya. Kedua-duanya tidak boleh diasingkan - satu dalam dua dan dua dalam satu.[8]

Nampaknya falsafah Tantra ialah satu kacukan dan modifikasi prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh falsafahSankhya dan sistemfalsafah Vedānta. Sistem Sāṅkhya menjelaskan prakrti sebagai sesuatu yang material dan tidak bergerak. Manakala,falsafah Vedānta, terutamanyaAdvaita Vedanta mengutarakanMaya, iaitu suatu 'entiti' yang sukar dijelaskan. Sebaliknya, falsafah Tantra mengutarakan konsep Śakti sebagai suatu kuasa sebenarŚiva, malah, sebagai Śiva sendiri yang dinamik. Realiti sebenar ialah satu dan hanya satu.Itu dikenali sebagai Śiva atau Śakti atau Śiva-Śakti dan ianya bersifat kesedaran tulen ('samvit'). Hubungan antara Śiva dan Śakti ialah seperti hubungan antara api dan kuasa pembakarannya atau perkataan dan maksudnya.

Teks-teks Utama

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abKlostermaier, Klaus K. (2010).A Survey of Hinduism (ed. third). State University of New York Press. m/s. 30, 114–116, 233–245.ISBN 978-0-7914-8011-3.
  2. ^Flood, Gavin D. (1996),An Introduction to Hinduism, Cambridge University Press, m/s. 174–176,ISBN 978-0-521-43878-0
  3. ^abMelton, J. Gordon; Baumann, Martin (2010).Religions of the World: A Comprehensive Encyclopedia of Beliefs and Practices (ed. second). ABC-CLIO. m/s. 2600–2602.ISBN 978-1-59884-204-3.
  4. ^"Durga Puja",Encyclopædia Britannica (2015).
  5. ^Yudit Kornberg Greenberg (2008).Encyclopedia of Love in World Religions. ABC-CLIO. m/s. 254–256.ISBN 978-1-85109-980-1.
  6. ^Sanderson, Alexis."The Śaiva Literature".Diarkibkan 4 Mac 2016 diWayback MachineJournal of Indological Studies (Kyoto), Nos. 24 & 25 (2012–2013), 2014, pp. 80.
  7. ^Sharma 2000, m/s. 65. sfn error: no target: CITEREFSharma2000 (help)
  8. ^Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism (Ramakrishna Math, Bangalore: 2008), Vol.3, p.153

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanShaktam
Antarabangsa
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Shaktam&oldid=6676135"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp