Negara ini dimerdekakan sebagai suatu republik pada tahun 1976, ia turut menyertaiAlam Komanwel pada tahun sama.[11]
Suaturampasan kuasa diketuaiFrance Albert René menggulingkan pemerintahan presiden pertamaJames Mancham pada tahun 1977.[12] Perlembagaan yang digubal rejimnya menjadikan ia suatu negara ekaparti sehingga 1991.
Seychelles ialah sebuahnegara kepulauan yang terletak diLaut Somali, di timur lautMadagascar dan kira-kira 835 bt (1,344 km) dariMogadishu, ibu negara Somalia.[13] Dalam perlembagaan negara, Seychelles memiliki 155 buah pulau bernama,[14] tetapi kebanyakannya tak berpenghuni serta dijadikan rizab alam. Keluasan tanah negara ialah 452 km2 (175 bt2), denganzon ekonomi ekslusif seluas 1,336,559 km2 (516,048 bt2). Kira-kira 90 peratus penduduk (kira-kira 90 ribu orang) menetapMahé, 9 peratus lagi diPraslin danLa Digue. Mahé merangkumi kira-kira sepertiga keluasan tanah negara, dan sepertiga lagi dirangkumi pulauAldabra.[15]
Iklim Seychelles adalah sederhana tetapi agak lembap disebabkan oleh saiz pulau yang kecil,[16] dan dikelaskan sebagai iklimhutan hujan tropika (Af). Suhu persekitaran berjulat sedikit sahaja sepanjang tahun. Suhu persekitaran Mahé boleh daripada 24 hingga 30 °C (75 hingga 86 °F), dan taburan hujan adalah 2,900 mm (114 in) secara tahunan diVictoria ke 3,600 mm (142 in) di kaki gunung. Taburan hujan di pulau-pulau lain adalah sedikit lebih rendah.[17]
Ekonomi Seychelles sebahagian besarnya terdiri daripada perikanan, pelancongan, pemprosesan hasil pertanian, binaan kapal, perabotan dan minuman.[18][19] Hasil pertanian negara termasukkayu manis,keledek,ubi kayu,pisang, ternakan unggas dan ikanaya.[18][19]
^"World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada17 Julai 2022.