Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Seri Kembangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seri Kembangan
沙登
ஸ்ரீ கெம்பாங்கான்
Pemandangan Seri Kembangan
Pemandangan Seri Kembangan
Seri Kembangan yang terletak di Malaysia
Seri Kembangan
Seri Kembangan
Lokasi DalamMalaysia
Koordinat:3°02′N101°43′E / 3.033°N 101.717°E /3.033; 101.717
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Kerajaan
 - PentadbirMajlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
 - Yang Di-PertuaY.B. Dato' Nor Hisham Ahmad Dahlan
 - Ahli ParlimenY.B.Gobind Singh Deo (DAP) -Puchong
 - ADUNY.BEan Yong Hian Wah (DAP) -Seri Kembangan
Kepadatan (2018)
 - Jumlah43,611
Zon masaMST (UTC+8)
Seri Kembangan
Bahasa Cina沙登
Transkripsi
Bahasa Mandarin Baku
Hanyu PinyinShā Dēng

Seri Kembangan ialah sebuah bandar baharu yang pesat membangun diSelangor Darul Ehsan, Malaysia. Seri Kembangan merangkumi kawasan dariBalakong,Taman Lestari Perdana dan Taman Serdang Raya hingga keBandar Putra Permai,Taman Equine danTaman Lestari Putra. Seri Kembangan terletak berdekatan denganPutrajaya,Sungai Besi,Bukit Jalil danPuchong. Majoriti penduduk di sini berketurunan Cina pada asalnya, namun kini semakin ramai keturunan India dan Melayu yang tinggal di sini. Kebanyakkan penduduk Cina di sini merupakan etnikHakka.[1]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Seri Kembangan tertubuh sebagai Kampung Baru Serdang pada tahun 1952 apabila pihakBritish memindahkan penduduk kampung berketurunan Cina sekitar Sungai Besi ke satu lokasi tertumpu disebabkan ancamanKomunis semasaDarurat Tanah Melayu sebagai sebahagian daripadaRancangan Briggs.

Pada mulanya, kampung ini hanya memiliki 50 rumah dan ke semuanya dibina dengan tangan kerana pihak British hanya menyediakan tanah kosong. Kawasan ini berdekatan dengan estet pokok getah dan hutan di mana bahaya boleh datang tanpa diduga. Kebanyakkan penduduk di sini merupakan orang yang bergaji rendah dan bekerja di lombong atau sebagai penoreh getah.[2]

Pada tahun 1980-an Seri Kembangan mula membina nama apabila menjadi pusat industri kasut terbesar di negara ini. Lebih 60 peratus pengeluaran kasut kulit berjenama terkemuka di negara  ini dibuat di lebih 200 kilang kasut di Seri Kembangan. Bagaimanapun, industri itu mula merosot pada tahun 1990-an, hingga kini hanya tinggal kurang 50 kilang pembuatan kasut di Seri Kembangan. Pengusaha tempatan tidak dapat bersaing dengan kasut import dari negara China yang lebih murah harganya.[3]

SelepasSukan Komanwel 1998, lebih banyak pembangunan telah diadakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini telah mentransformasikan bandar yang dahulunya tidak dikenali sebagai satu hab perniagaan yang terunggul di Selangor.

Cuaca

[sunting |sunting sumber]

Dilindungi olehBanjaran Titiwangsa di bahagian timur danPulau Sumatera di barat, Seri Kembangan mempunyai iklimhutan hujan tropika (Pengelasan Iklim KöppenAf) iaitu panas dan lembab, terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut dari Oktober ke Mac. Suhu di Seri Kembangan dijangka tetap sepanjang tahun. Suhu maksimum berukuran di antara 31 hingga 33 darjah Celcius namun begitu suhu di sini belum pernah mencecah lebih daripada 39 darjah Celcius, manakala suhu minimum dapat menjangkau di antara 22 hingga 24 darjah Celcius dan tidak pernah jatuh sehingga bawah daripada 14 darjah Celcius. Secara normal, Seri Kembangan menerima sebanyak 2,600 m (100 inci) hujan setahun di mana bulan Jun dan Julai selalunya paling kering.

Data iklim untuk Subang Jaya (Jarak kira-kira 5 km dari Seri Kembangan)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F)36
(97)
37
(99)
37
(99)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
36
(97)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
37
(99)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F)32.1
(89.8)
32.9
(91.2)
33.2
(91.8)
33.1
(91.6)
32.9
(91.2)
32.7
(90.9)
32.3
(90.1)
32.3
(90.1)
32.1
(89.8)
32.1
(89.8)
31.6
(88.9)
31.5
(88.7)
32.4
(90.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F)22.5
(72.5)
22.8
(73.0)
23.2
(73.8)
23.7
(74.7)
23.9
(75.0)
23.6
(74.5)
23.2
(73.8)
23.1
(73.6)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
23.2
(73.8)
22.9
(73.2)
23.2
(73.8)
Rekod rendah suhu, °C (°F)18
(64)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
21
(70)
20
(68)
19
(66)
20
(68)
20
(68)
21
(70)
21
(70)
19
(66)
18
(64)
Purata curahan hujan, mm (inci)192
(7.6)
181
(7.1)
251
(9.9)
292
(11.5)
191
(7.5)
133
(5.2)
136
(5.4)
155
(6.1)
197
(7.8)
258.5
(10.18)
297
(11.7)
246.9
(9.72)
2,530.4
(99.62)
Purata bilangan hari hujan(≥ 1.0 mm)11121416139101113161815158
Purata bulananjangka masa sinaran matahari186.0194.9207.7198.0207.7195.0201.5189.1165.0170.5153.0161.22,229.6
Sumber 1:Jabatan Meteorologi Malaysia – Subang 1961–2010
Sumber 2: Organisasi Meteorologi Dunia (PBB, 1971–2000) — Sumber #3: Observatori Hong Kong (dapatan matahari sahaja, 1961–1990)[4]

Fungsi

[sunting |sunting sumber]
Pusat Beli-belah The Mines

Seri Kembangan dijadikan pusat perniagaan kerana terdapat pelbagai kompleks beli-belah seperti Mines Shopping Fair, Aeon Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan South City Plaza. Selain itu, Seri Kembangan menjadi hab pendidikan dengan tertubuhnyaUniversiti Putra Malaysia (UPM) danSekolah Alice Smith yang juga terletak di sini. Saban tahun, penganjuranPameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) olehKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menarik ramai pengunjung dari serata negeri dan negara sekali gus mempopularkan Seri Kembangan.[5] Terdapat jugaInstitut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), satu pertubuhan yang menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam sektor air seperti sumber air dan perubahan iklim, lembangan sungai, pantai dan oseanografi, hidrogeologi serta kualiti air dan alam sekitar.

Kemudahan awam

[sunting |sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan awam yang ada di sini. Antaranya ialah melalui bas Rapid KL di mana bas ini juga berhenti diStesen Komuter Serdang. Menaiki bas adalah bagus untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang seri berlaku ketika waktu puncak.[6] Pembinaan lebuh raya dapat mempercepatkan pejalanan ke sini di samping dapat menghubungkan ke bandar-bandar lain sepertiPuchong,Kajang danPutrajaya. Kedudukannya ialah kira-kira 25 kilometer dariKuala Lumpur manakala perjalanan dengan menggunakan komuter KTM dariStesen Kereta Api Serdang keStesen Kereta Api KL Sentral mengambil masa 30 minit dengan bayaran RM 1.80 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula ialah 90 sen.

Seri Kembangan dihubungkan dengan lebuh-lebuh raya sepertiLebuh Raya Damansara-Puchong (LDP),Lebuh Raya Maju (MEX),Lebuh Raya BESRAYA,Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE),Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) danLebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Terdapat 8 stesenMRT yang dirangkumi di bawah projekLaluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagaiLaluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (Laluan SSP) yang terletak dalam kawasan ini; Selain daripada Stesen MRT Taman Universiti yang masih dalam peringkat perancangan, 7 Stesen MRT lain (dari stesen MRT Bandar 16 Sierra ke Stesen MRT Serdang Raya Utara) telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi sejak bulan Jun 2023 yang menghubungkan .

Tempat menarik

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"双语路牌有亲切感.沙登村民好开心" (dalam bahasa Cina).Sin Chew Jit Poh (星洲日报). 29 Julai 2017. Dicapai pada30 Julai 2017.
  2. ^"Seri Kembangan - from village of 50 houses in 1952 to 2,500 now" (dalam bahasa Inggeris).The Star. 18 April 2008. Diarkibkan daripadayang asal pada 21 April 2008.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^"Seri Kembangan bermula dengan industri kasut".Sinar Harian. 20 Mei 2015. Dicapai pada17 Mei 2018.
  4. ^"Climatological Information for Kuala Lumpur, Malaysia". Observatori Hong Kong. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-08-13. Dicapai pada28 Oktober 2010.
  5. ^"MAHA 2016 terima 3.7 juta pengunjung".Berita Harian. 11 Disember 2016. Dicapai pada17 Mei 2018.
  6. ^"Move to address traffic issues in Seri Kembangan" (dalam bahasa Inggeris).The Star. 15 Februari 2018. Dicapai pada26 Mei 2018.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Ibu negeri:Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
Bahagian
pentadbiran
9Daerah dan 12Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas:Bandar gabungan Lembah Klang ·Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling danKlang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Klang
(Daerah Klang)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat danGombak)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
   
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seri_Kembangan&oldid=6020234"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp