Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sergio Pérez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sergio Pérez
Pérez di 2019
Kelahiran
Sergio Michel Pérez Mendoza

(1990-01-26)26 Januari 1990 (umur 35)
PekerjaanPemandu kereta lumba
Ketinggian1.73 m (5 ka 8 in)
Kerjaya Kejuaraan DuniaFormula Satu
KewarganegaraanMexico Mexico
Pasukan 2024Red Bull Racing-HondaRBPT[1]
Nombor kereta11
Entri261 (257 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan6
Podium35
Mata kerjaya1.486
Petak pertama3
Pusingan terpantas11
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2011
Kemenangan pertamaGrand Prix Sakhir 2020
Kemenangan terakhirGrand Prix Azerbaijan 2023
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023
Kedudukan 2023Ke-2 (285 mata)
Laman web rasmiTapak sesawang rasmi
Tandatangan

Sergio Michel "Checo" Pérez Mendoza (lahir pada 26 Januari 1990[2]), juga dikenali sebagai"Checo" Pérez, ialah seorang pemandu kereta lumba dari negaraMexico, yang kini memandu untukRed Bull, dan sebelum ini memandu untukSauber,McLaren,Force India, danRacing Point. Beliau telah memenangi 6 perlumbaan Grand Prix dan mendapat 35 penamat podium.

Beliau memenangi perlumbaan Grand Prix pertamanya untuk Racing Point diGrand Prix Sakhir 2020, memecahkanrekod untuk bilangan permulaan sebelum kemenangan perlumbaan pada 190 perlumbaan.[3] Beliau memperolehpetak pertamanya di Formula Satu diGrand Prix Arab Saudi 2022, memecahkan rekod perlumbaan terbanyak sebelum memperoleh petak pertama pada 215 perlumbaan.[4]

Pérez adalah seorang ahliAkademi Pemandu Ferrari sehingga tahun 2012. Beliau juga mendapat podium pertamanya dalamFormula Satu diGrand Prix Malaysia 2012, dan ia menimbulkan spekulasi bahawa Pérez akan menyertaiFerrari pada masa akan datang.[5] Walau bagaimanapun, Pérez kemudiannya memberitahu kepada pemberita bahawa beliau dijangka kekal bersama Sauber sekurang-kurangnya sehingga akhir musim 2012.[6] Oleh kerana usia muda dan prestasinya, beliau digelar sebagai "The Mexican Wunderkind".[7]

Pérez menyertaiMcLaren pada musim2013, dengan mengantikanLewis Hamilton, dan menjadi rakan sepasukanJenson Button.

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Dilahirkan di Guadalajara,Jalisco, Sergio Pérez ialah anak bongsu kepada Antonio Pérez Garibay dan Marilu Pérez (nama lahir ialah Mendoza). Beliau mempunyai seorang kakak yang bernama Paola, dan seorang abang yang bernama Antonio, yang bertanding dalam kejuaraan NASCAR Toyota Series.[8]

Pérez dan Antonio ialah peminatbola sepak, dan pernah menyatakan bahawa mereka pernah berfikir tentang meninggalkan kerjaya sukan permotoran mereka untuk bermain secara profesional. Mereka berdua juga merupakan kawan kepada pemain bola sepak Mexico,Javier Hernández.[9] Dalam sebuah temu bual yang dilakukan pada tahun 2012 untuk laman sesawang rasmi Formula Satu, Pérez menyatakan bahawa jika beliau bukan seorang pemandu kereta lumba, beliau ingin menjadi seorangpeguam.[10]

Pada bulan November 2012, Pérez melancarkanYayasan Checo Pérez untuk membantu anak-anak yatim dan kanak-kanak yang menghidapi kanser. Kakaknya, Paola, menjadi Presiden yayasan tersebut.[11]

Kerjaya awal

[sunting |sunting sumber]

Skip Barber

[sunting |sunting sumber]

Pérez bertanding dalam Skip Barber National Championship pada tahun 2004. Beliau mendapat tempat kesebelas dalam kejuaraan.

Formula BMW

[sunting |sunting sumber]

Pérez pergi keEropah pada tahun 2005 untuk bertanding dalam kejuaraanGerman Formula BMW ADAC. Beliau mendapat tempat ke-14 dalam kejuaraan, dengan bersaing untuk Team Rosberg, dan mendapat tempat keenam pada tahun berikutnya.

A1 Grand Prix

[sunting |sunting sumber]

Dalam kejuaraanA1 Grand Prix musim 2006–07, Pérez mengambil bahagian dalam satu pusingan kejuaraan untuk A1 Team Mexico. Beliau merupakan pemandu ketiga termuda untuk mengambil bahagian dalam siri ini.

GP2 Series

[sunting |sunting sumber]

Pérez memandu untuk Campos Grand Prix bagiGP2 Asia Series musim 2008–09, dan menjadi rakan sepasukanVitaly Petrov. Beliau memenangi perlumbaan GP2 Asia Series pertamanya diSakhir, selepas bermula daripetak pertama. Beliau menang sekali lagi di Losail.

Beliau menyertai pasukan Arden International untuk bertanding dalam kejuaraanGP2 Series musim 2009, dan memandu bersama Edoardo Mortara. Pérez mendapat tempat ke-12 dalam kejuaraan tersebut, dan keputusan terbaiknya ialah tempat kedua diValencia. Di luar musim, beliau bertanding dalam dua pusingan GP2 Asia Series 2009-10 untuk Barwa Addax.[12] Beliau memenangi lima buah perlumbaan, dan menamatkan musim di tangga kedua dalam kejuaraan, di belakangPastor Maldonado.[13]

Kerjaya Formula Satu

[sunting |sunting sumber]

Sauber (2011–2012)

[sunting |sunting sumber]

Musim 2011

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Formula Satu musim 2011
Pérez memandu untukSauber diGrand Prix Malaysia 2011.

Pada 4 Oktober 2010,Sauber mengumumkan bahawa Pérez akan menyertai mereka pada tahun2011 dan akan mengantikanNick Heidfeld. Sauber kemudiannya mengumumkan perkongsian bersama penaja Pérez, iaituTelmex.[14] Pérez merupakan pemandu Mexico yang kelima untuk bersaing dalam Formula Satu, dan yang pertama sejakHéctor Rebaque, yang bersaing antara tahun 1977 dan 1981. Pada 8 Oktober 2010, Ferrari mengesahkan bahawa Sergio Pérez telah menjadi salah seorang ahli dalam skimAkademi Pemandu Ferrari mereka.

Beliau mendapat tempat ketujuh pada perlumbaan sulungnya diGrand Prix Australia, dan hanya membuat satu perhentian pit untuk menukar tayar.[15] Walau bagaimanapun, kedua-dua kereta Sauber disingkirkan daripada perlumbaan tersebut kerana melanggar peraturan teknikal.[16] DiGrand Prix China, Pérez bermula dari tempat ke-12, dan berlanggar dengan beberapa pemandu lain sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-17. DiSepanyol, Pérez mendapat mata pertama beliau dengan mendapat tempat kesembilan, di hadapan rakan sepasukan,Kamui Kobayashi, yang mendapat tempat kesepuluh.

Semasa sesi kelayakan bahagian ketiga diGrand Prix Monaco, Pérez mengalami kemalangan yang dashyat selepas keluar dari seksyen terowong litar. Sesi tersebut digantung, dan marshal serta kakitangan perubatan membantu Pérez keluar dari kereta beliau. Seorang jurucakap pasukan Sauber mengesahkan bahawa Pérez sedar dan boleh bercakap selepas kemalangan itu, dan beliau dibawa ke pusat perubatan di litar.[17] Beliau tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan atas sebab perubatan.[18] Pérez tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan pada hari berikutnya, dan Kobayashi sahajalah yang mewakili Sauber untuk hari tersebut. Selepas mengambil bahagian dalam sesi latihan pertama diGrand Prix Kanada, Pérez merasakan yang beliau belum pulih sepenuhnya dan memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam mana-mana sesi selanjutnya. Beliau telah digantikan olehPedro de la Rosa. Beliau kembali untuk berlumba diValencia bagiGrand Prix Eropah, dan mendapat tempat kesebelas selepas melakukan hanya satu perhentian pit. Pérez mendapat tempat ketujuh diGrand Prix British dan kesebelas diJerman. Selepas mendapat tempat ke-15 diHungary, bersara diBelgium, diikuti oleh kegagalan kotak gear semasa berada di tempat ketujuh diItali, beliau mendapat satu mata diSingapura, selepas dipotong olehFelipe Massa. DiJepun, beliau mendapat tempat kelapan dan mendapat empat mata kejuaraan. DiKorea, beliau gagal untuk mendapat sebarang mata selepas mendapat tempat ke-16. Beliau memperoleh satu mata diIndia, selepas mendapat tempat kesepuluh. DiAbu Dhabi, beliau memulakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas.

Pada 28 Julai, ia telah diumumkan bahawa Pérez akan kekal bersama Sauber bagimusim 2012, bersama-sama rakan sepasukan, Kobayashi.[19] Pada 13 September, Pérez menguji untuk Ferrari, sebagai seorang ahli dalam Akademi Pemandu Ferrari dalam sebuah Ferrari F60, iaitu kereta Ferrari pada musim2009. Pérez melakukan ujian tersebut bersama ahli akademi,Jules Bianchi.[20]

Pérez menamatkan musim 2011 di tempat ke-16, dengan 14 mata.

Musim 2012

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Formula Satu musim 2012
Pérez mengejarAlonso diGrand Prix Malaysia 2012.

Pérez memulakan musim ini dengan mendapat tempat kelapan diGrand Prix Australia, setelah kehilangan beberapa tempat pada pusingan terakhir.[21] DiMalaysia, beliau bersaing bersamaFernando Alonso untuk mendapatkan kemenangan mereka yang pertama bagi musim ini. Dalam beberapa pusingan terakhir perlumbaan, beliau merapatkan jurang kepada 0.5 saat, tetapi tidak mampu untuk memintas Alonso selepas melakukan kesilapan pada selekoh ke-14. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua, dengan jurang 2.2 saat di belakang Alonso. Ramai yang memuji prestasi Pérez pada perlumbaan tersebut walaupun melakukan kesilapan pada saat-saat akhir.[22][23][24] Keputusan tersebut merupakan yang terbaik bagi Sauber sebagai sebuah pasukan.[25] DiGrand Prix China, Pérez bermula di tempat kelapan, namun menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas selepas mengalami masalah dengan strategi pit dan cekam keretanya.[26]

Beliau gagal mendapat mata dalam tiga perlumbaan seterusnya, namun menetapkan masapusingan terpantas diMonaco[27] Pérez mendapat podium kedua dalam kerjayanya diGrand Prix Kanada dengan mendapat tempat ketiga, setelah bermula dari tempat ke-15.[28]

Pérez mendapat tempat ketiga diGrand Prix Kanada 2012.

DiGrand Prix Eropah, Pérez memulakan perlumbaan di tempat ke-15. Namun selepas beraksi dengan cemerlang, beliau menamatkan perlumbaan kesembilan.[29] Pada pusingan ke-12 diGrand Prix British, Pérez berlanggar denganPastor Maldonado, dan terpaksa bersara dari perlumbaan selepas ampaian keretanya rosak. Beliau kemudiannya mengkritik pemandu Venezuela tersebut, dan mendakwa bahawa, "Semua orang bimbang akan dia", sebelum menambah, "Dia ialah seorang pemandu yang tidak tahu bahawa kita mempertaruhkan nyawa kita dan dia tidak mempunyai rasa hormat langsung". Maldonado menerima dua penalti, iaitu dalam bentuk teguran dan didenda sebanyak €10,000 selepas perlumbaan. Pérez kemudian menambah: "Lihatlah pada perlumbaan terakhir dia. Dia menyebabkan Hamilton bersara (diValencia) dan merosakkan perlumbaan saya diMonaco dengan melakukan perkara-perkara bodoh. Saya tidak faham mengapa steward tidak mengambil keputusan yang serius terhadap dia. Dengan Pastor, mereka tidak melakukan apa-apa yang akan memberinya pengajaran."[30]

Pérez diGrand Prix Amerika Syarikat 2012

DiGrand Prix Jerman, Pérez bermula dari tempat ke-17 dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Beliau mempertahankan kedudukan tersebut daripadaMichael Schumacher, yang menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan tersebut.

DiGrand Prix Belgium, Pérez berjaya memasuki Q3 dan mencatatkan masa pusingan kelima terpantas. Penalti bagi Maldonado kemudiannya menaikkan kedudukan Pérez ke tempat keempat. Dalam perlumbaan, Pérez terpaksa bersara di selekoh pertama pada pusingan pertama selepasRomain Grosjean menyebabkan sebuah kemalangan yang dashyat. Grosjean merempuh ke belakang keretaLewis Hamilton, dan menyebabkan beberapa pemandu lain terlibat dalam kemalangan tersebut. Antara yang terlibat dalam kemalangan tersebut ialah pendahulu kejuaraaan,Fernando Alonso, dan rakan sepasukan Pérez,Kamui Kobayashi.[31]

Pérez mendapat podium ketiga dalam kerjayanya diGrand Prix Itali. Pada hari Sabtu, beliau gagal memasuki Q3 dan terpaksa bermula dari tempat ke-12. Pada hari Ahad, beliau memulakan perlumbaan dengan menggunakan tayar keras dan kemudiannya mengantikan tayar tersebut kepada tayar sebatian sederhana pada pusingan ke-29. Beliau juga mendahului lima pusingan dalam perlumbaan tersebut.

Pérez menamatkan musim di tangga kesepuluh dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dengan 66 mata, 6 mata lebih daripada rakan sepasukan, Kobayashi.[32]

McLaren (2013)

[sunting |sunting sumber]

Musim 2013

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Formula Satu musim 2013
Pérez memandu untukMcLaren diGrand Prix Malaysia

Pada 28 September 2012,Lewis Hamilton membuat keputusan untuk meninggalkan pasukanMcLaren untuk keMercedes bagi musim 2013, dan Pérez disahkan sebagai penganti Hamilton. Beliau juga mengantikan Hamilton dalam kartun McLaren,Tooned.[33]

DiGrand Prix Australia, Pérez mengalami minggu untuk mengecewakan. Beliau melayakkan diri di tempat ke-15 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-11. Pérez memulakanGrand Prix Malaysia di tempat kesembilan, dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama. Pérez juga menetapkan masa pusingan terpantas pada perlumbaan ini.[34][35]

DiGrand Prix Bahrain, Pérez berjaya mendapat mata sekali lagi, setelah bermula di tempat ke-12 dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam, di hadapan Alonso (ke-8) dan rakan sepasukan, Button (ke-10).[36]

DiGrand Prix Monaco 2013, Pérez memintas beberapa kereta secara agresif, sebelum bersara selepas berlanggar denganKimi Räikkönen. Berikutan insiden itu, Räikkönen berkata bahawa Pérez sepatutnya "ditumbuk di muka".[37]

Rekod perlumbaan

[sunting |sunting sumber]

Ringkasan kerjaya

[sunting |sunting sumber]
MusimSiriPasukanPerlumbaanKemenanganP/PertamaP/TerpantasPodiumMataKedudukan
2004Skip Barber National ChampionshipTelmex Racing140077Ke-11
2005Formula BMW ADACTeam Rosberg19000037Ke-14
2006Formula BMW ADACADAC Berlin-Brandenburg180000112Ke-6
2006–07A1 Grand PrixA1 Team Mexico2000035†Ke-10†
2007British Formula Three – National ClassT-Sport211414019376Pertama
2008British Formula ThreeT-Sport224017195Ke-4
2008–09GP2 Asia SeriesCampos Grand Prix11201326Ke-7
2009GP2 SeriesArden International20001222Ke-12
2009–10GP2 Asia SeriesBarwa Addax Team400005Ke-15
2010GP2 SeriesBarwa Addax Team20515771Ke-2
2011Formula SatuSauber F1 Team19000014Ke-16
2012Formula SatuSauber F1 Team20001366Ke-10
2013Formula SatuVodafoneMcLarenMercedes19001049ke-11
2014Formula SatuSahara Force India F1 Team19001159ke-10
2015Formula SatuSahara Force India F1 Team19000178ke-9
2016Formula SatuSahara Force India F1 Team210002101ke-7
2017Formula SatuSahara Force India F1 Team200010100ke-7
2018Formula SatuSahara Force India F1 Team12000162ke-8
Racing Point Force India F1 Team90000
2019Formula SatuSportPesa Racing Point F1 Team21000052ke-10
2020Formula SatuBWT Racing Point F1 Team151002125ke-4
2021Formula SatuRed Bull Racing Honda221025190ke-4
2022Formula SatuOracle Red Bull Racing40Templat:F1stat02305*ke-3*

† Termasuk mata kejuaraan yang diperoleh oleh pemandu lain.
* Musim sedang berjalan.

Keputusan lengkap A1 Grand Prix

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – Pusingan terpantas

TahunKemasukan12345678910111213141516171819202122DCMata
2006–07A1 Team MexicoNED
SPR
NED
FEA
CZE
SPR
CZE
FEA
CHN
SPR
CHN
FEA
MYS
SPR
MYS
FEA
IDN
SPR
IDN
FEA
NZL
SPR
PO
NZL
FEA
PO
AUS
SPR
PO
AUS
FEA
PO
RSA
SPR
RSA
FEA
MEX
SPR
PO
MEX
FEA
PO
CHN
SPR
15
CHN
FEA
Ret
GBR
SPR
GBR
SPR
Ke-1035

Keputusan lengkap GP2 Series

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – Pusingan terpantas

TahunKemasukan1234567891011121314151617181920DCMata
2009Arden InternationalESP
FEA

14
ESP
SPR

17
MON
FEA

12
MON
SPR

9
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

16
GBR
FEA

4
GBR
SPR

6
GER
FEA

8
GER
SPR

20
HUN
FEA

Ret
HUN
SPR

16
VAL
FEA

3
VAL
SPR

2
BEL
FEA

Ret
BEL
SPR

4
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

Ret
POR
FEA

Ret
POR
SPR

11
Ke-1222
2010Barwa Addax TeamESP
FEA

4
ESP
SPR

Ret
MON
FEA

1
MON
SPR

6
TUR
SPR

7
VAL
FEA

11
VAL
SPR

16
GBR
FEA

5
GBR
SPR

1
GER
FEA

2
GER
SPR

1
HUN
FEA

3
HUN
SPR

Ret
BEL
FEA

7
BEL
SPR

1
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

13
ABU
FEA

1
ABU
SPR

Ret
Ke-271

Keputusan lengkap GP2 Asia Series

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – P.Terpantas

TahunKemasukan123456789101112DCMata
2008–09Campos Grand PrixCHN
FEA

Ret
CHN
SPR

7
DUB
FEA

6
DUB
SPR

C
BHR1
FEA

8
BHR1
SPR

1
QAT
FEA

2
QAT
SPR

1
MYS
FEA

Ret
MYS
SPR

6
BHR2
FEA

12
BHR2
SPR

9
Ke-726
2009–10Barwa Addax TeamABU1
FEA

ABU1
SPR

ABU2
FEA

12
ABU2
SPR

4
BHR1
FEA

7
BHR1
SPR

17
BHR2
FEA

BHR2
SPR

Ke-155

Keputusan lengkap Formula Satu

[sunting |sunting sumber]

(kunci)
Tebal – Petak pertama
Condong – Pusingan terpantas

TahunKemasukanCasisEnjin12345678910111213141516171819202122WDCMata
2011Sauber F1 TeamSauber C30Ferrari 056 2.4V8MAL
Ret
CHN
17
TUR
14
ESP
9
MON
DNS
CAN
PO
EUR
11
GBR
7
GER
11
HUN
15
BEL
Ret
ITA
Ret
SIN
10
JPN
8
KOR
16
IND
10
ABU
11
BRA
13
Ke-1614
2012Sauber F1 TeamSauber C31Ferrari 056 2.4V8AUS
8
MAL
2
CHN
11
BHR
11
ESP
Ret
MON
11
CAN
3
EUR
9
GBR
Ret
GER
6
HUN
14
BEL
Ret
ITA
2
SIN
10
JPN
Ret
KOR
11
IND
Ret
ABU
15
USA
11
BRA
Ret
Ke-1066
2013VodafoneMcLarenMercedesMcLaren MP4-28Mercedes FO 108ZV8AUS
11
MAL
9
CHN
11
BHR
6
ESP
9
MON
16
CAN
11
GBR
20
GER
8
HUN
9
BEL
11
ITA
12
SIN
KOR
JPN
IND
ABU
USA
BRA
Ke-12*18*
2021Red Bull Racing HondaRed Bull RacingRB16BHonda RA621H 1.6V6tBHR
5
EMI
11
POR
4
ESP
5
MON
4
AZE
1
FRA
3
STY
4
AUT
6
GBR
16
HUN
Ret
BEL
19
NED
8
ITA
5
RUS
9
TUR
3
USA
3
MXC
3
SAP
4
QAT
4
SAU
Ret
ABU
15†
ke-4190
2022Oracle Red Bull RacingRed BullRB18Red Bull RBPTH001V6tBHR
18dagger
SAU
4
AUS
2
EMI
23
MIA
4
ESP
2
MON
1
AZE
2
CAN
Ret
GBR
2
AUT
Ret5
FRA
4
HUN
5
BEL
2
NED
5
ITA
6
SIN
1
JPN
2
USA
4
MXC
3
SAP
75
ABU
3
ke-3*305*

Pemandu tidak menamatkan perlumbaan, tetapi diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Filip, Cleeren (31 May 2022)."Perez signs two-year extension to Red Bull F1 contract".motorsport.com (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2022. Dicapai pada18 June 2022.
  2. ^"Profil Sergio Pérez".sauberf1team.com.Sauber F1 Team. Dicapai pada17 Ogos 2011.
  3. ^"Sakhir GP Facts & Stats: Sergio Perez breaks record for longest wait for first F1 win".formula1.Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2020. Dicapai pada8 December 2020.
  4. ^"'It feels amazing' says Perez, after becoming first Mexican pole-sitter in F1 history".Formula 1. 26 March 2022.Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2022. Dicapai pada28 March 2022.
  5. ^[1]
  6. ^[2]
  7. ^ZumMallen, Ryan."Motorsports Monday: Hamilton On Top In Hungary, Spa 24, NASCAR At Indy". autoMedia.com. Dicapai pada15 Mei 2013.
  8. ^"Bienvenidodosa PerezRacing.com". Official Pérez Brothers. Dicapai pada14 Oktober 2010.
  9. ^Cary, Tom (4 October 2012)."Sergio Perez aims to emulate his friend, Manchester United's Javier Hernandez, and win title for McLaren".The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai pada6 September 2013.
  10. ^"Sergio Perez".Formula1.com.Kumpulan Formula Satu. 11 September 2012. Dicapai pada30 November 2012.
  11. ^"Checo Pérez berjumpa dengan media tentang yayasan beliau".Escuderia Telmex. Telmex. 7 November 2012. Dicapai pada30 November 2012.
  12. ^Beer, Matt (9 Disember 2009)."Perez menyertai Addax bagi musim 2010".autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada13 Mac 2010.
  13. ^"Perez menang di Abu Dhabi". Yahoo! Sport (Yahoo!). 13 November 2010. Dicapai pada12 November 2012.
  14. ^Sauber menandatangani Perez untuk musim 2011, Autosport.com, 4 Oktober 2010
  15. ^Holt, Sarah (27 Mac 2011)."Sebastian Vettel mengalahkan Lewis Hamilton di GP Australia".BBC Sport.BBC. Dicapai pada27 Mac 2011.
  16. ^"Sauber disingkirkan selepas Sergio Perez beraksi cemerlang".BBC Sport.BBC. 27 Mac 2011. Dicapai pada10 April 2011.
  17. ^Elizalde, Pablo (28 Mei 2011)."Perez sedar, bercakap selepas kemalangan".autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada28 Mei 2011.
  18. ^Elizalde, Pablo (28 Mei 2011)."Perez tidak akan mengambil bahagian dalam GP Monaco".autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada28 Mei 2011.
  19. ^"Kobayashi dan Perez kekal di Sauber bagi musim 2012".formula1.com.Kumpulan Formula Satu. 28 Julai 2011. Dicapai pada30 Julai 2011.
  20. ^"The Ferrari Driver Academy according to Perez and Bianchi".Scuderia Ferrari.Ferrari. 15 September 2011. Dicapai pada27 Mei 2013.
  21. ^"GP Australia: Perlumbaan".Sauber F1 Team.Sauber F1. 18 Mac 2012. Dicapai pada18 April 2012.
  22. ^"Alonso menghalang Perez untuk mendapat kemenangan di Sepang".Formula1.com.Kumpulan Formula Satu. 25 Mac 2012. Dicapai pada18 April 2012.
  23. ^Spurgeon, Brad (25 Mac 2012)."In Malaysia, Alonso Wins Race but Perez Wins Stardom".The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr.; The New York Times Company. Dicapai pada6 Jun 2013.
  24. ^"Alonso rains on McLaren parade as Perez auditions".Crash.net. Crash Media Group. 25 Mac 2012. Dicapai pada6 Jun 2013.
  25. ^"Alonso Wins in Rainy Malaysia, Petrov 16th".RIA Novosti. Russian News and Information Agency. 25 Mac 2012. Dicapai pada2 Jun 2013.
  26. ^Strang, Simon (15 April 2012)."Sauber kecewa selepas GP China".Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada18 April 2012.
  27. ^"GP Monaco: Perlumbaan".Sauber F1 Team.Sauber F1. 27 Mei 2012. Dicapai pada11 Jun 2012.
  28. ^"Podium a 'great boost' says Pérez".FIA.com.Federation Internationale de l'Automobile. 10 Jun 2012. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-06-14. Dicapai pada2 Jun 2013.
  29. ^Elizade, Pablo (24 Jun 2012)."Sergio Perez tentang sesi kelayakan di Valencia". Autosport (Haymarket Publications). Dicapai pada12 November 2012.
  30. ^Migoni, Luis."Penalti berganda bagi Maldonado selepas berlanggar dengan Peréz". FIA. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada8 Julai 2012.
  31. ^"Race – Button wins after first-corner carnage in Spa". Formula1.com (Formula One Group). 2 September 2012. Dicapai pada2 Jun 2013.
  32. ^"Brazilian GP: Race".Sauber F1 Team.Sauber F1. 25 November 2012. Dicapai pada2 Jun 2013.
  33. ^Davies, Steve (28 September 2012)."Checo Pérez menyertai Button dalam siri baru 'Tooned'."Skiddmark. Fitch Media Limited. Dicapai pada11 Disember 2012.
  34. ^"Vettel beats Webber in Malaysia amid team controversy".Racer. Haymarket Publications. 24 Mac 2013. Dicapai pada22 April 2013.
  35. ^"Malaysian Grand Prix Race Report".McLaren. McLaren Group. 24 Mac 2013. Dicapai pada22 April 2013.
  36. ^http://www.formula1.com/results/season/2013/896/7209/
  37. ^http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/22675026

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Sergio Pérez.
Pasukan dan pemandu yang bersaing dalamKejuaraan Dunia Formula Satu 2024
Pengasas
Dietrich Mateschitz
Penasihat kepadaRed Bull GmbH
Helmut Marko
Ketua Pasukan
Christian Horner
Kakitangan
Adrian Newey
Hugh Bird
Gianpiero Lambiase
Paul Monaghan
Simon Rennie
Guillaume Rocquelin
Hannah Schmitz
Pierre Waché
Ben Waterhouse
Jonathan Wheatley
Bekas kakitangan
Ben Agathangelou
Dan Fallows
Mark Ellis
Andrew Green
Neil Martin
Ciaron Pilbeam
Peter Prodromou
Mark Smith
Guenther Steiner
Dave Stubbs
Rob Taylor
Gavin Ward
Geoff Willis
Pemandu semasa
1.BelandaMax Verstappen
11.MexicoSergio Pérez
Pemandu ujian
New ZealandLiam Lawson
NorwayDennis Hauger
BarbadosZane Maloney
Juara Dunia
JermanSebastian Vettel
BelandaMax Verstappen
Bekas pemandu
United KingdomDavid Coulthard
AustriaChristian Klien
ItaliVitantonio Liuzzi
BelandaRobert Doornbos
AustraliaMark Webber
AustraliaDaniel Ricciardo
ThailandAlex Albon
Pasukan junior
Scuderia Toro Rosso
Red Bull Junior Team
Jepun Souta Arao
Amerika SyarikatJak Crawford
Perancis Enzo Deligny
BrazilEnzo Fittipaldi
JermanOliver Goethe
PerancisIsack Hadjar
NorwayDennis Hauger
JepunAyumu Iwasa
New ZealandLiam Lawson
United KingdomArvid Lindblad
BarbadosZane Maloney
SepanyolPepe Martí
ColombiaSebastián Montoya
PolandKacper Sztuka
Thailand Enzo Tarnvanichkul
JermanTim Tramnitz
KeretaFormula Satu
RB1
RB2
RB3
RB4
RB5
RB6
RB7
RB8
RB9
RB10
RB11
RB12
RB13
RB14
RB15
RB16
RB16B
RB18
RB19
Kereta lain
X2010/X2011
Ketua Pasukan
Otmar Szafnauer
Staf
Steve Curnow
Andrew Green
Lawrence Stroll
Andy Stevenson
Pemandu musim 2019
11.MexicoSergio Pérez
18.KanadaLance Stroll
Pemandu simpanan musim 2019
Akan diumumkan
KeretaFormula Satu
VJM11
Berkaitan
Force India
Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG
Kakitangan
Pengasas
Duta
Semasa
Bekas
Pemandu
Pemandu semasa
Pemandu simpanan
Pemandu ujian dan pembangunan
Program Pemandu Muda
  • Amerika Syarikat Ugo Ugochukwu
Juara Dunia F1
Pemenang perlumbaan
Bekas pemandu
Gelaran Formula Satu
Gelaran pemandu
Gelaran pengeluar
Kereta
Formula Satu
Formula Dua
Kereta lumba
USAC/IndyCar
F5000/Libre
Kereta pembangunan
Berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sergio_Pérez&oldid=6100680"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp