Serangga (Jawi: سرڠݢ) ialah benda hidup dari kelompokhaiwanInvertebrata kelasInsecta yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalamfilumArthropoda. Spesies-spesies serangga mempunyai ciri utamakulit rangka di luar tubuh yang keras danberkitin, badan dibahagikan kepada tiga iaitu kepala, toraks dan abdomen, tiga pasang kaki yang terdapat di bahagian tubuh toraks,biji-biji mata majmuk, dan sepasangsesungut. Kajian mengenai serangga dikenali sebagaientomologi.
Serangga ialah kelompok haiwan paling berbagai-bagai termasuk lebih sejutaspesies dicatatkan dan mewakili lebih separuhorganisma yang diketahui.[3][4] Jumlah spesies yang masih wujud dianggarkan sebanyak antara enam dan sepuluh juta;[3][5][6] lebih 90% haiwan di Bumi berpotensi daripada jenis serangga.[6][7]
Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.
Namakelas Insecta berasal daripada perkataanLatin:insectum, yang bermaksud "berbadan yang ditakukkan atau dibahagikan", atau "dipotong kepada" daripada partisipel pasif sempurna mufrad neuterinsectare, "dipotong kepada, dipotong-potong", daripadain- "kepada" dansecare daripadaseco "dipotong";[8][9] kerana badan serangga tampak "dipotong kepada" tiga bahagian.
Perkataan bahasa Latin tersebut diperkenalkanPlinius yang Tua yangmenterjemahkan maksud perkataanἔντομονéntomon "serangga" (dalam perkataan "entomologi") daripadaἔντομοςéntomos "dibahagi-bahagikan" atau "dikerat-kerat";[10]éntomon merupakan istilahAristoteles untuk kelas hidupan ini kerana badan serangga yang "bertakuk".[8]
Beberapa kumpulan kecil dengan pelan badan yang sama, seperti springtails (Collembola), disatukan dengan serangga dalam SubfilumHexapod. Serangga sebenar (iaitu, spesies yang dikelaskan dalam kelas serangga) dibezakan dengan semua artropoda lain melalui sebahagiannya melalui ciri-ciri mempunyaiectognathous, bahagian mulut yang terdedah dan mempunyai sebelas (11) bahagian badan abdomen). Sebahagian besar spesies, mempunyai sayap ketika dewasa. Arthropod yang tidak terbang, sepertilipan,gonggok,kalajengking danlabah-labah, kadang-kala dikelirukan sebagai serangga berasaskan fakta bahawa kedua-duanya mempunyai bentuk badan yang serupa, berkongsi (sebagaimana kesemua artropoda)rangka luar yang bersambung-sambung.
Serangga mempunyai pelbagai saiz, daripada kurang satu milimeter sehingga kepada 19 sentimeter; misalnya (serangga ranting mempunyai saiz tubuh yang sangat panjang. Serangga memiliki badan bersegmen yang disokong olehrangka luar yang keras yang sebahagian besarnya terbina daripadakitin. Tubuh terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala,toraks, danabdomen. Kepala memiliki beberapa deria, sepasangantena, sepasangmata kumpuan, dan alat-alat mulut, sepertilabrum,labium danmaksila. Toraks memiliki enam kaki, (sepasang bagi setiap segmen) dan sayap (bagi jenis yang mempunyainya). Abdomen memiliki organ dalam tubuh yang meliputi pelbagai sistem hidup, seperti penghadaman, pembiakan, perkumuhan dan respirasi.
Serangga mempunyai sistem penghadaman yang lengkap. Iaitu dari segi sistem penghadaman mereka secara sasnya mengandungi tiub yang bermula dari mulut sehingga ke dubur, berbeza dengan sistem penghadaman yang tidak lengkap yang terdapat dalam kebanyakan haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata) ringkas. Sistem perkumuhan terdiri daripadatubul Malphigi untuk penyingkiran buangan bernitrogen dan usus belakang untukpengosmokawalaturan. Pada hujung usus belakang serangga mampu menyerap kembali air bersama potassium dan ion sodium. Dengan itu, serangga biasanya tidak menyingkirair bersama-sama najis mereka, fakta yang membenarkan mereka menyimpan air di dalam badan. Proses penyerapan semula ini membolehkan mereka tahan hidup dipersekitaran panas dan kering.
PepatungPepatung JarumBelalangBelalang PelesitPianggang HijauRiang-riangBenaKumbang BadakKumbang Kura-kuraRama-rama Raja BrookeKupu-kupu Maharaja
Kesemua serangga adalah tergolong dalam phylumArthropoda iaitu sama phylum dengan lipan, ulat gonggok, kala jengking, labah-labah dan sebagainya. Serangga dibahagikan kepada dua subkelas iaitu Apterygota dan Pterygota. Apterygota ialah serangga yang tidak mempunyai sayap manakala Pterygota adalah serangga bersayap.
Antara class bagi serangga atau insecta ini termasuk:
^Rice, C. M., Ashcroft, W. A., Batten, D. J., Boyce, A. J., Caulfield, J. B. D., Fallick, A. E., Hole, M. J., Jones, E., Pearson, M. J., Rogers, G., Saxton, J. M., Stuart, F. M., Trewin, N. H. & Turner, G. (1995). "A Devonian auriferous hot spring system, Rhynie, Scotland".Journal of the Geological Society, London.152: 229–250.doi:10.1144/gsjgs.152.2.0229.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Novotny, Lukas; Basset; Miller, Scott E.; Weiblen, George D.; Bremer, Birgitta; Cizek; Drozd, Pavel (2002). "Low host specificity of herbivorous insects in a tropical forest".Nature.416 (6883): 841–844.Bibcode:2002Natur.416..841N.doi:10.1038/416841a.PMID11976681.S2CID74583.More than one of|first1= dan|first= specified (bantuan)
^abHarper, Douglas; McCormack, Dan (November 2001)."Online Etymological Dictionary". LogoBee.com. m/s. 1.Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2012. Dicapai pada1 November 2011.
^Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879)."insĕco".A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
^Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940)."ἔντομος".A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.