Pada pagi 7 Disember 1941, pasukan kapal terbang dankapal selam kerdilTentera Laut Imperial Jepun di bawah pemerintahan Laksamana MadyaChuichi Nagumo, melancarkan serangan mengejut ke atasTentera Laut Amerika Syarikat berpengkalan diPearl Harbor, dan terhadap Kor Udara Tentera Darat ("Army Air Corps") dan lapangan terbang Marin berhampiran diOahu,Jajahan Hawai'i, sekarang ini dikenali sebagai NegeriHawaii. Serangan ini telah dikenali sebagaiPengeboman Pearl Harbor danPertempuran Pearl Harbor tetapi, paling biasanya,Serangan ke atas Pearl Harbor atau secara ringkasPearl Harbor.
Pada pagi7 Disember1941, kapal terbang angkatan tersebut mengebom kesemua pangkalan tentera Amerika Syarikat di kepulauan Hawai (yang terbesar dibom merupakan pangkalan udaratentera darat Amerika Syarikat dipangkalan udara Tentera Udara Hickam), dan kebanyakan kapal yang berlabuh di pelabuhan Pearl, termasuk "Barisan Kapal Tempur". Hampir kesemua kapal terbang Amerika dimusnahkan di atas tanah; hanya beberapa pejuang berjaya berlepas dan bertempur. Dua belas kapal perang dan kapal lain ditenggelamkan atau rosak., 188 kapal terbang dimusnahkan, 155 telah rosak dan 2,403 orang Amerika kehilangan nyawa mereka.Kapal perangUSSArizona meletup dan tenggelam menyebabkan 1,100 orang kehilangan nyawa, hampir separuh daripada orang Amerika yang mati. Badan kapal kekal menjadi tugu peringatan kepada mereka yang terkorban pada hari itu yang kebanyakannya kekal di dalam kapal tersebut.
Tembakan Amerika yang pertama dilepaskan padaPerang Dunia II dan mangsa pertama serangan Pearl Harbor sebenarnya berlaku apabilaUSSWard menyerang dan menenggelamkan kapal selam Mini Jepun. Terdapat lima kapal selam Minikelas Ko-hyoteki yang merancang untuk mentorpedo kapal Amerika Syarikat apabila pengeboman bermula. Tiada satu pun kapal selam tersebut berjaya kembali, dan hanya empat daripada lima yang dijumpai semenjak itu. Daripada sepuluh kelasi kapal selam tersebut, sembilan mati dan hanya seorang terselamat,Kazuo Sakamaki, yang ditangkap; dia merupakantahanan perang pertama yang ditangkap oleh pihak Amerika dalam Perang Dunia II.
Analisis gambar terkini olehInstitute Laut Amerika Syarikat - United States Naval Institute menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan besar salah sebuah kapal selam Mini telah berjaya memasuki pelabuhan, dan berjaya menembak torpedo kepadaUSSWest Virginia. Kedudukan terakhir kapal selam ini tidak diketahui.[1]
Kapal induk Jepun yang terbabit dalam serangan tersebut ialah:Akagi,Hiryu,Kaga,Shokaku,Soryu,Zuikaku. Kesemua mereka memiliki sejumlah 441 kapal terbang, termasuk pejuang, pengebom torpedo, pengebom junam dan pengebom pejuang (fighter-bombers). Daripada jumlah tersebut, 29 musnah dalam pertempuran. Kapal terbang menyerang dalam dua gelombang, dan Nagumo memutuskan untuk membatalkan serangan ketiga untuk berundur.
Serangan pertama terhadap Pearl Harbor adalah pada 07:537 Disember, Masa Hawai ataupun 03:238 Disember Masa Piawaian Jepun (lihatNota Pasukan Penyerang Pearl Harbor Strike). Tentera Jepun mula memasuki sempadan Jajahan BaruHong Kong pada subuh8 Disember1941.[2]Waktu Hong Kong adalah lewat satu jamMasa Piawaian Jepun, dengan itu serangan pada Pearl Harbor merupakan sebahagian perperangan pentas luas ("theater warfare-wide") serangan hampir serentak dan bukannya permulaan —24 jam sebelum serangan di Asia— gambaran yang mungkin kelihatan jika sekilas dipandang tarikh.
Angkatan Jepun berlayar ke arah Pearl Harbor tanpa dikesan sehingga saat-saat terakhir.
Matlamat serangan pada Pearl Harbor adalah untuk melumpuhkantentera laut Amerika Syarikat di Pasifik, walaupun untuk sementara waktu. LaksamanaIsoroku Yamamoto sendiri menyatakan bahawa serangan yang berjaya sekalipun hanya memberikan setahun dua kebebasan bertindak. Jepun telah terbabit dalam perperangan denganChina selama beberapa tahun (bermula pada tahun 1937) dan telah merampasManchuria beberapa tahun sebelumnya. Rancangan untuk serangan Pearl Harbor bagi menyokong kemaraan ketenteraan lanjut bermula pada Januari 1941, dan latihan untuk misi berlangsung pada pertengahan tahun apabila projek ini dianggap layak selepas pertelingkahan sesama tentera laut Imperial (Imperial Navy infighting).
Dua gelombang serangan dilancarkan oleh Jepun yang datang dari pelbagai arah. Radar Amerika Syarikat yang mengesan mereka dari sejauh 200 batu terletak di bahagian atas peta ini.
Sebahagian rancangan Jepun untuk serangan ini termasuk memutuskan perundingan dengan Amerika Syarikat sebelum (dan hanya sebelum) serangan tersebut. Duta daripada Kedutaan Jepun diWashington, termasuk wakil khasSaburu Kurusu, telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Negeri (State Department) mengenai reaksi Amerika Syarikat terhadap pergerakan Jepun keIndochina pada musim panas. Beberapa detik sebelum serangan, perutusan panjang dengan arahan menghantarkannya dari Kedutaan ke Pejabat Perhubungan Asing (Foreign Office) diTokyo (ternyahkod dengan mesinkod ungu), dengan arahan untuk menghantarkannya keSetiausaha Hull sejurus sebelum serangan dijadualkan bermula (contoh., 1 PM waktu Washington). Disebabkan kelewatan nyahenkripsi dan penaipan, kakitangan Kedutaan gagal melakukannya; perutusan panjang memutuskan perundingan dihantar lama selepas waktu sepatutnya, dan lama selepas serangan telah bermula. Kelewatan penyampaian nota tersebut menambah kepada kemarahan Amerika Syarikat terhadap serangan tersebut, dan sebab utama bagi gambaran terkemukaRoosevelt sebagai "… tarikh yang akan kekal dalam keaiban (infamy)". Yamamoto kelihatan bersetuju; beliau juga tidak gembira akan kesilapan masa. Beliau dikatakan telah berkata, "Saya bimbang apa yang kita lakukan ialah membangunkan gergasi yang tidur dan memberikannya tekad yang dashyat", tetapi dikatakan petikan ini ialah yang dicipta untuk filem,Tora! Tora! Tora!. Walaupun petikan itu tidak disebut oleh Yamamoto, ia jelas menggambarkan perasaannya mengenai serangan tersebut.
Kedua-dua bahagian perutusan akhir telah dinyahenkripsi oleh Amerika Syarikat lama sebelum Kedutaan Jepun berjaya melakukannya, dan Amerika Syarikat telah menyahenkripsi bahagian kedua yang menyebabkan JeneralGeorge Marshall menghantar amaran terkenalnya ke Hawai pada pagi — yang sebenarnya dihantar oleh, penunggang basikal perutusan Jepun kelahiran Amerika muda, kepada JeneralWalter Short di Pearl Harbor beberapa jam selepas serangan berakhir (terdapat kesulitan dengan komunikasi Tentera, dan kelewatan penghantaran akibat kabel perdagangan, dan entah bagaimana kehilangan tanda "PENTING" dalam penghantarannya).
Tempat simpan peluru hadapanUSSArizona meletup selepas ia terkena bom yang digugurkan olehTadashi Kusumi.
Dari segi matlamat strategik serangan ke atas Pearl Harbor merupakan, dalam tempoh singkat ke serdahana, kejayaan gemilang yang melampaui mimpi terbaik perancangnya dan sedikit yang setanding dengannya dalam sejarah ketenteraan sebarang era. Disebabkan kehilangan teruk di Pearl Harbor dan penjajahan lanjut Jepun diFilipina, dalam tempoh enam bulan berikut, angkatan laut Amerika Syarikat hampir gagal memainkan peranan penting dalampentas Asia Perang Dunia II. DenganAngkatan Pasifik Amerika Syarikat hampir keluar daripada perkiraan, pihak Jepun bebas daripada kebimbangan mengenai kuasa laut Pasifik lain. Jepun terus menjajah Asia tenggara, seluruh barat daya Pasifik dan menghulur cengkamannya jauh keLautan India.
Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang serangan ke atas Pearl Harbor merupakan malapetaka strategik bagi Jepun. Malah Laksamana Yamamoto, yang mencetuskan idea menyerang Pearl Harbor, telah meramalkan bahawa sungguhpun dengan kejayaan menyerang Angkatan Amerika Syarikat, Jepun tidak akan dan tidak mampu memenangi perperangan dengan Amerika Syarikat, kerana keupayaan pengeluaran Amerika terlalu besar. Salah satu matlamat Jepun adalah untuk memusnahkan tigakapal induk Amerika Syarikat yang diletakkan di Pasifik, tetapi kapal-kapal tersebut tiada ketika serangan berlaku —Enterprise dalam perjalanan pulang,Lexington telah berlayar keluar beberapa hari sebelumnya, danSaratoga berada di San Diego selepas pengubahsuaian diLimbungan Tentera Laut Puget Sound. Perosakan kebanyakan kapal perang Amerika Syarikat daripada mampu bertugas, dianggap secara meluas— oleh tentera laut dan pemerhati sejagat —sebagai kejayaan cemerlang bagi pihak Jepun. Kehilangan kapal perang menyebabkan tentera laut Amerika Syarikat tiada pilihan kecuali meletakkan keyakinan mereka pada kapal induk dan kapal selam yang merupakan kebanyakan apa yang tinggal—dan hal ini merupakan peralatan dengan mana tentera laut Amerika Syarikat menghentikan dan kemudiannya mengundurkan kemaraan Jepun. Kehilangan kapal perang sebenarnya tidak sepenting yang difikirkan oleh semua orang sebelum (di Jepun) dan selepas serangan (di Jepun dan Amerika Syarikat).
PresidenFranklin D. Roosevelt menandatangani Deklarasi Perang terhadap Jepun pada hari berikut selepas serangan.
Barangkali hal yang paling penting ialah serangan Pearl Harbor bertindak sebagai pemangkin yang menggerakkan sebuah negara untuk bertindak serta merta yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh perkara lain. Dalam masa semalaman sahaja, pengeboman tersebut menyatukan seluruh Amerika dengan matlamat untuk berperang dan menang perperangan dengan Jepun, dan barangkali mendorong kedudukan penyerahan tanpa syarat yang ditekankan oleh pihakBerikat. Sesetengah sejarawan percaya bahawa Jepun tetap akan kalah, tanpa mengira sama ada depoh minyak dan kedai mesin dimusnahkan atau sekiranya kapal induk berada di pelabuhan dan ditenggelamkan.
Soalan berkait ialah kenapaJerman Nazi mengistiharkan perang ke atasAmerika Syarikat11 Disember1941 sejurus selepas serangan Jepun.Hitler tidak perlu melakukannya di bawah syaratkuasa Axis, tetapi tetap melakukannya. Hal ini pastinya menggandakan kemarahan penduduk awam Amerika dan membenarkan Amerika Syarikat meningkatkan sokongannya terhadapUnited Kingdom, yang melewatkan sedikit tempoh tindak balas Amerika terhadap kekalahan di Pasifik.
Pertempuran ini, sepertimanaPertempuran Lexington dan Concord, mempunyai kesan menukar sejarah. Ia hanya mempunyai sedikit kesan ketenteraan akibat kegagalan tentera laut Jepun untuk menengelamkan kapal induk Amerika Syarikat, tetapi sungguhpun sekiranya kapal induk telah ditenggelamkan ia tidak akan membantuJepun dalam jangka masa panjang. Serangan tersebut membabitkanAmerika Syarikat secara penuh dan ekonomi pengilangan dan perkhidmatannya yang besar kepadaPerang Dunia II mendorong kekalahan kuasa Berpaksi sejagat. Apabila mendengar bahawa serangan ke atas Pearl Harbor akhirnya telah melibatkan Amerika Syarikat ke dalam perperangan,Perdana Menteri UK,Winston Churchill, menulis "Penuh dengan perasaan dan kegemparan, saya baring di atas katil dan tidur dengan peniduran orang yang diselamatkan dan bersyukur". (Winston Churchill – The Second World War, jilid 3,ms. 539)". Kemenangan pihak Bersekutu dalam pertempuran ini dan kebangkitanAmerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia telah membentuk politik antarabangsa semenjak itu.