Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Semut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Semut
Julat zaman:100–0 Ma[1]Albia Lewat –kini
Seekorsemut daging memakanmadu
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Apocrita (Kamikinzir Ants))
Superkeluarga:
Keluarga:
Formicidae

Latreille, 1809
Subfamili

Semut (Jawi: سموت) ialah sejenisserangga sosial dalamkeluargaFormicidae, dan tergolong bersamapenyengat danlebah dalamorderHymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahanUsia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas kemunculantumbuhan berbunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies.[2][3] Semut mudah dikenalpasti dari antena yang menyinggung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Lebih 13,800 daripada 22,000spesies yang telah dianggarkan telah dikelaskan. Ia boleh ditemui di semua daratan seluruh dunia kecualiAntartika dan beberapa pulau terpencil, ia hidup biak dalam kebanyakanekosistem dan membentuk 15–25%biojisim haiwan darat.

Semut membentukkoloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina subur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satusuperorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.[4]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Moreau CS, Bell CD, Vila R, Archibald SB, Pierce NE (April 2006). "Phylogeny of the ants: diversification in the age of angiosperms".Science.312 (5770): 101–4.Bibcode:2006Sci...312..101M.doi:10.1126/science.1124891.PMID 16601190.S2CID 20729380.
  2. ^"Hymenoptera name server. Formicidae species count". Ohio State University. Diarkibkan daripadayang asal pada 18 Jun 2008. Dicapai pada12 April 2009.
  3. ^Agosti D; Johnson; N F (2003).La nueva taxonomía de hormigas. Pages 45-48 in Fernández, F. Introducción a las hormigas de la región neotropical(PDF). Instituto Humboldt, Bogotá.
  4. ^Oster GF, Wilson EO (1978).Caste and ecology in the social insects. Princeton University Press, Princeton. m/s. 21–22.ISBN 0691023611.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanSemut
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan denganSemut
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Semut&oldid=6179014"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp