Sembilu II | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis | Yusof Haslam |
Lakon layar | Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
Dibintangi | |
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Disunting oleh | Salehan Samsuddin |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM6.10 juta |
Sembilu II ialah filem drama romantik Malaysia 1995 arahanYusof Haslam dibintangi olehAwie,Erra Fazira danZiana Zain. Filem ini ialah kesinambungan untuk filemSembilu dan merupakan filem tempatan pertama yang mencapai kutipan melebihi RM 6 juta, menjadikannyafilem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[2] Yusof memperoleh gelaranSix Million Dollar Man hasil dari kejayaan filem ini.
Sembilu II memegang rekod selama 6 tahun sebelum diatasi oleh filemLagi-Lagi Senario pada 2001. Filem ini telah memecah rekod filem yang mendapat kutipan tertinggi mengatasi kutipan filemAdik Manja yang telah lama memegang rekod sebagai kutipan filem tertinggi selama 14 tahun. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Jun 1995.[3][4]
Azman (Mustapha Kamal), abang kepada Wati (Erra Fazira) telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun diatas kesalahan membakar rumah Awie (Awie). Manakala Wati pula telah menamatkan pengajiannya lalu mengambil alih syarikat arwah ayahnya bagi menggantikan tempat abangnya yang masih berada di penjara. Hubungan Awie dan Wati berjalan dengan lancar dan mereka merancang untuk bertunang. Namun dek kerana kesibukan masing-masing membuatkan pertunangan itu tertangguh dan Ziana (Ziana Zain) yang masih obses dengan Awie meneruskan rancangan liciknya untuk menggoda Awie agar jatuh ke dalam perangkapnya sekali lagi. Namun kali ini Ziana berpura-pura kononnya dia sudah melupakan perasaannya terhadap Awie dan berpura-pura menjadi teman yang sedia mendengar masalahnya.
Azman akhirnya dibebaskan namun sikap Azman yang kini suka berdiam diri dan penuh misteri membuatkan Awie dilanda keresahan. Kemunculan Syamsul (Zulkifli Khan), mengeruhkan lagi hubungan Awie dan Wati. Syamsul yang menaruh hati kepada Wati berhasrat untuk memperisterikan Wati. Azman yang sememangnya masih menaruh dendam terhadap Awie berusaha untuk memisahkan Awie dan Wati dan membantu Syamsul untuk mendekati Wati. Awie menjadi cemburu apabila mengetahui Azman membantu Syamsul untuk mendapatkan Wati. Ziana yang mengetahui akan hal itu menjadi semakin ligat menjalankan rancangan jahatnya untuk memisahkan Awie dan Wati. Ziana menghasut Wati dengan mengatakan bahawa hubungannya dengan Awie mula kembali serius.
Wati yang terpedaya dengan kata-kata Ziana itu kemudian segera menerima lamaran Syamsul. Bagaimanapun akhirnya Ziana menyedari bahawa Awie sememangnya tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya dan mencuba untuk meminta maaf dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Wati namun segalanya sudah terlambat apabila mengetahui Wati telah berkahwin dengan Syamsul. Setelah mendengar penjelasan Ziana, Wati kemudian bertemu dengan Awie untuk meminta maaf diatas kesilapannya yang meragui kesetiaan Awie selama ini. Awie yang mengetahui Wati telah menjadi isteri Syamsul, kemudian memaafkan Wati namun dia terpaksa melepaskan Wati kerana tidak mahu merosakkan perkahwinan Wati dan Syamsul.
Kesinambungan untukSembilu telah diumumkan pada September 1994.[5][6]
Filem ini mengekalkan sebahagian besar pelakon-pelakon asal filem sebelumnya.Awie,Erra Fazira danZiana Zain kembali menjayakan watak utama.[7][8] Penggambaran dijalankan pada Disember 1994.[9]
Sembilu II: Original Soundtrack | ||||
---|---|---|---|---|
Runut bunyi oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1995 | |||
Dirakamkan pada | 1993-1995 | |||
Tempat | Malaysia![]() | |||
Genre | Pop,Slow Rock | |||
Panjang | 56:59 | |||
Bahasa | Bahasa Melayu![]() | |||
Syarikat | BMG | |||
Pengarah | Yusof Haslam![]() | |||
Kronologi Awie &Ziana Zain | ||||
| ||||
sunting ·sunting di Wikidata![]() |
Sembilu II: Original Soundtrack ialah album runut bunyi filemSembilu II, memuatkan sebanyak 10 lagu yang mana dua daripadanya ialah lagu instrumental. Dalam album ini, Awie menyumbangkan 3 lagu manakala Ziana Zain menyumbangkan 4 lagu.
No. | Tajuk | Penulis | Komposer | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Ukiran Jiwa"(Awie) | S. Amin Shahab | M. Nasir | 5:27 | ||||||
2. | "Bersama Akhirnya"(Ziana Zain) | Johari Teh | Johari Teh | 5:38 | ||||||
3. | "Di Ambang Wati"(Wings) | Nurbisa | M. Nasir | 6:13 | ||||||
4. | "Meniti Ombak Kasih"(Awie) | S. Amin Shahab | M. Nasir | 4:42 | ||||||
5. | "Ukiran Jiwa"(Instrumental) | S. Amin Shahab | M. Nasir | 6:52 | ||||||
6. | "Halaman Asmara"(Awie & Ziana Zain) | S. Amin Shahab | M. Nasir | 7:13 | ||||||
7. | "Anggapanmu"(Ziana Zain) | Asmin Mudin | Asmin Mudin | 4:49 | ||||||
8. | "Tiada Rahsia Antara Kita"(Awie) | Awie | M. Nasir | 5:56 | ||||||
9. | "Kekal"(Ziana Zain) | Saari Amri | Saari Amri | 5:42 | ||||||
10. | "Anggapanmu"(Instrumental) | Asmin Mudin | Asmin Mudin | 4:30 | ||||||
Jumlah masa: 56:59 |
Bagi mempromosikan filem ini yang ketika itu sedang menjalani pos-produksi, Skop Productions telah mengadakan satu konsert khas yang menampilkan pelakon utamaSembilu.[10]
Sembilu II dikeluarkan pada 1 Jun 1995 dan menjadi kejayaan komersial apabila mendapat kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta menjadikan filem ini sebagai filem Melayu pertama yang mencapai kutipan pecah panggung melebihi RM 6 juta.[11][12][13][14] Filem ini memegang rekod kutipan pecah panggung paling tertinggi sebelum ia diatasi olehLagi-Lagi Senario (2001) danJangan Pandang Belakang (2007).[15]
Filem ini merupakan salah satu daripada 5 filem yang dipertontonkan di Minggu Filem Malaysia yang berlangsung diMedan,Indonesia yang diadakan pada September 1995.[16]
Tragedi Oktober merupakan kesinambungan dariSembilu II. Filem ini merupakan satu-satunya filem yang tidak diarahkan olehYusof Haslam tetapi diarahkan olehYusof Kelana.
Sembilu 2005, pembikinan semula daripada dua filemSembilu, ditayangkan pada 24 Mac 2005 dan meraih kutipan RM1 juta.[17]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1995 | Festival Filem Malaysia ke-12 | Anugerah GAFIM - FilemBox-Office | Sembilu II | Menang |
Pelakon Pembantu Terbaik | Mustapha Kamal | Menang |