Semai ragu (Jawi: سماي راڬو) ataugaslighting (Jawi: ڬسلايتيڠ;IPA: [ɡæslaɪtɪŋ]) ialah satu taktik perdayaan mental yang digunakan untuk membuat seseorang ragu-ragu terhadap apa yang dia fikir, rasa, nampak, malah kewarasan sendiri.[1] Orang yang melakukannya akan membuat mangsa ragu-ragu dengan keadaan sebenar untuk mengawal mangsa.[2][3] Ia boleh berlaku dalam apa-apa jenis hubungan, tidak kira pasangan intim, rakan, keluarga atau di tempat kerja.
Charles Boyer,Ingrid Bergman, dan Joseph Cotten dalam filemGaslight (1944)
Istilah 'gaslighting' berasal daripada drama British yang dipanggilGas Light oleh Patrick Hamilton, yang mana seorang suami menipu dan memperdaya isterinya sedikit demi sedikit dengan memalapkan dan menerangkan lampu gas (gaslight) di rumah mereka. Dia sentiasa menafikan bahawa cahaya lampu itu telah berubah, membuatkan isterinya berasa semakin gila.[4] Pementasan tersebut dijadikan filem pada tahun 1940 dan 1944 dan menjadi sumber kemunculan istilah ini dalam bahasa Inggeris.[5][6][7]
MenurutPersatuan Psikologi Amerika pada 2021, semai ragu "dahulu merujuk kepada manipulasi yang melampau sehingga menyebabkanpenyakit mental atau menyebabkan mangsa wajar dimasukkan ke dalam institusi sakit jiwa".[8] Istilah ini jarang digunakan sebelum ini sehinggalah ia menjadi popular pada pertengahan 2010-an—The New York Times hanya menggunakannya sembilan kali dalam 20 tahun berikutnya[9]—dan ia telah memasuki perbendaharaan kata Inggeris.[9] Kini ia digunakan dengan lebih umum.Merriam-Webster mentakrifkannya sebagai "manipulasi psikologi" untuk membuat seseorang mempersoalkan "persepsi realiti" sendiri sehingga mereka "bergantung kepada pemangsa" mereka.[10]
Istilah ini telah menerima beberapa pengiktirafan besar. Persatuan Dialek Amerika menamakangaslight sebagai perkataan baharu "paling berguna" pada tahun 2016.[11]Oxford University Press menamakangaslighting sebagai naib juara dalam senarai perkataan baharu paling popular 2018.[12]
Istilahsemai ragu digunakan dalam psikologi usaha diri dan amatur untuk menerangkan interaksi yang boleh berlaku dalam hubungan peribadi (intim atau pengasuhan) dan dalam hubungan di tempat kerja.[13][14] Ia melibatkan dua pihak; "penyemai ragu", yang selalu membuat cerita palsu untuk memperdaya, dan "mangsa semai ragu", yang cuba mengekalkanautonomi diri.[15][16] Semai ragu biasanya hanya berkesan apabila terdapat "jurang kuasa" atau apabila mangsa telah tunduk kepada penyemai ragu itu.[17]
Semai ragu berbeza daripada perselisihan dalam hubungan tulen, yang biasa dan perlu. Semai ragu berbeza kerana:
satu pihak selalu mendengar dan mempertimbangkan pandangan pasangannya;
satu pihak lagi selalu menafikan pandangan pasangannya, menegaskan bahawa dia salah, atau memberitahu dia reaksi beremosinya itu dramatik atau abnormal.
Semai ragu biasanya berlaku dalam tempoh yang lama dan bukan sekali sahaja.[18] Lama-kelamaan, pihak yang selalu mendengar mungkin menunjukkan simptom-simpton yang sering dikaitkan dengankecelaruan resah,murung atau hina diri. Semai ragu berbeza daripada konflik dalam hubungan tulen kerana satu pihak memanipulasi persepsi satu lagi pihak.[17]
Barton dan Whitehead (1969) menceritakan tiga laporan kes semai ragu yang semuanya ingin seseorang dipaksa masuk kerumah sakit jiwa, atas motif menyingkirkan saudara-mara atau keuntungan: seorang isteri cuba memburukkan suaminya mengatakan suaminya ganas supaya dia boleh lari dengan kekasihnya; seorang lagi isteri mendakwa suaminya yang memiliki sebuah bar adalah seorang kaki botol supaya dapat meninggalkan dia dan rampas bar itu; dan seorang pengurus rumah persaraan memberikan ubat pencahar kepada seorang penghuni sebelum merujuknya ke hospital sakit jiwa keranademensia ringan dan tidak dapat kawal kencing.[19][20] Pada tahun 1977, ketika kesusasteraan tentang semai ragu masih sedikit, Lund dan Gardiner menerbitkan laporan kes mengenai seorang wanita tua yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa tanpa rela berkali-kali. Dia dikatakan mengalamipsikosis oleh kakitangan rumah persaraannya tetapi simptomnya selalu hilang segera selepas dimasukkan tanpa sebarang rawatan. Selepas disiasat, rupanya "paranoia" dia adalah akibat semai ragu kakitangan, yang tahu wanita itu menghidap psikosis paranoia 15 tahun dahulu.[20] Kertas penyelidikan "Gaslighting: A Marital Syndrome" [Semai Ragu: Satu Sindrom Perkahwinan] (1988), menelitikan pemerhatian klinikal bagaimana isteri-isteri terjejas akibat reaksi mereka disalah label oleh suami dan pakar terapi lelaki.[21] Pakar lain telah menyatakan prinsip-prinsip dan teknik ahli terapi boleh membantu tetapi juga boleh memudaratkan klien (atau orang lain dalam hidup klien secara tidak langsung).[22][23][24]
Dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1996, berjudulGaslighting, the Double Whammy, Interrogation and Other Methods of Covert Control in Psychotherapy and Analysis [Semai Ragu, Tamparan Berganda, Soal Siasat dan Kaedah-kaedah Menguasai Orang Secara Tidak Ketara Lain dalam Psikoterapi dan Analisis], Theo L. Dorpat menyarankan pakar perubatan bersikap tidak mengarah dan egalitarian,[23]:225 dan layan pesakit sebagai rakan seusaha yang turut menyumbang kepada pemulihannya.[23]:246 Beliau menulis, "Ahli terapi akan menambahkan derita mangsa dengan menyalah label reaksi [mangsa].... Tingkah laku semai ragu oleh pasangan [pesakit] adalah jalan yang pasti ke arah 'patahnya jiwa' sesetengah [mangsa, malah] bunuh diri dalam situasi-situasi yang paling teruk."[23] Dorpat juga mengamarankan pengamal perubatan supaya berhati-hati apabila menggunakan teknik soal siasat dan menguasai pesakit secara tidak ketara dalam psikoterapi dan analisis. Kaedah-kaedah ini tanpa sengaja boleh memudaratkan pesakit dengan menekan mereka daripada memberikan pesakit bantuan dan menjaga kehormatan mereka.[23]:31–46
Kesedaran global yang meningkat mengenai bahaya semai ragu tidak disambut dengan penuh bersemangat oleh semua ahli psikologi. Ada yang telah memberi amaran bahawa menggunakan istilah ini dengan sewenang-wenangnya boleh melemahkan maknanya dan meremehkan kesan kesihatan yang serius akibat penderaan itu.[12]
Semai ragu ialah cara untuk mengawal situasi, menghentikan konflik, meredakan keresahan dan rasa berkuasa. Walau bagaimanapun, seringkali ia hanya akan memindahkan kesalahan ke bahu orang lain dan mematahkan semangat mangsa.[17] Sesetengah orang mungkin akan menyemai ragu dalam pasangan mereka dengan menafikan kejadian-kejadian, sepertikeganasan dan dera.[25]
Semai ragu merupakan perangai yang dipelajari. Seorang penyemai ragu belajarnya daripadamemerhati. Mereka menyaksikannya, mengalaminya sendiri, atau terjumpanya, dan mendapati ia berkesan dalam mengawal emosi sendiri dan mempengaruhi emosi orang lain.[17] Kajian telah menunjukkan bahawa semai ragu lebih lazim dalam pasangan yang salah satu atau kedua-dua pasangan mempunyai sikap personaliti yang tidak sihat,[26] seperti sikap yang berkaitan dengan penyakit mental jangka pendek (sepertikemurungan), penyakit yang disebabkan oleh bahan (cth,alkoholisme),gangguanmood (cth.,gangguan bipolar),kecelaruan resah (cth,PTSD),kecelaruan personaliti (cth, BPD, NPD, dsb.),gangguan perkembangan saraf (cth,ADHD), atau gabungan daripada yang disebut (iaitu, lebih daripada satu berlaku serentak) dan mereka cenderung serta mahir meyakinkan orang lain ragu-ragu akan persepsi sendiri.[27]
Tidak mudah untuk melepaskan diri daripada situasi semai ragu:
Penyemai ragu perlu memahami emosi dan mengawalnya dengan lebih baik,[17] atau;
Mangsa semai ragu mesti belajar bahawa mereka tidak perlu bergantung pada orang lain untuk mengesahkan apa yang nyata. Mereka mesti percaya pada diri sendiri dan yakin dalam menentukan realiti sendiri.[28][17]
Perkataan "gaslighting" sering disalahgunakan untuk merujuk kepada konflik dan perselisihan faham.[18][29][30] Menurut Robin Stern, PhD, pengasas bersama Pusat Yale untuk Kecerdasan Emosi, "Gaslighting sering digunakan sebagai tuduhan apabila seseorang mungkin cuma berkeras tentang sesuatu, atau seseorang itu sedang cuba untuk mempengaruhi anda. Bukan itu yang dimaksudkan dengangaslighting."[29]
Sesetengah pakar kesihatan mental telah menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan istilah ini dengan lebih meluas akan melemahkannya dan menyukarkan lagi usaha untuk mengenal pasti penderaan khusus dalam takrifan asal.[12][18][30]
^"Gaslight".Oxford English Dictionary. Dicapai pada25 October 2021.Etymology: from the title of George Cukor's 1944 film Gaslight
^Hoberman, J (21 Ogos 2019)."Why 'Gaslight' Hasn't Lost Its Glow".The New York Times. Dicapai pada23 Ogos 2019.Kata kerja 'to gaslight,' diundi oleh American Dialect Society pada 2016 sebagai perkataan paling berguna/paling mungkin akan menang, dan ditakrifkan sebagai "memanipulasi seseorang secara psikologi untuk mempersoalkan kewarasan mereka sendiri," berasal daripada filem MGM 1944, diarahkan oleh George Cukor.
^Wilkinson, Alissa (21 Januari 2017)."What is gaslighting? The 1944 film Gaslight is the best explainer".Vox. Dicapai pada21 Januari 2017.untuk memahami gaslighting kita perlu pergi ke sumbernya. Gaslight oleh George Cukor. Istilah 'gaslighting' berasal daripada filem itu.
^Portnow, Kathryn E. (1996).Dialogues of doubt: the psychology of self-doubt and emotional gaslighting in adult women and men (Tesis).Harvard Graduate School of Education.
^Sarkis, Stephanie (2018).Gaslighting: Recognize Manipulative and Emotionally Abusive People – and Break Free. Da Capo Press.ISBN9780738284668.OCLC1023486127.
^Basseches, Michael (April 1997). "A developmental perspective on psychotherapy process, psychotherapists' expertise, and 'meaning-making conflict' within therapeutic relationships: part II".Journal of Adult Development.4 (2): 85–106.doi:10.1007/BF02510083. Basseches mencipta istilah "penderaan teoretis" sebagai selari dengan "penderaan seksual" dalam psikoterapi.