Selangor (sebutan dalamloghat tempatan:Selangow,Selango;Jawi: سلاڠور)، secara rasminyaSelangor Darul Ehsan, merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentukMalaysia. Ia terletak di tengah-tengahSemenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah PersekutuanKuala Lumpur danPutrajaya.[7] Negeri ini juga bersempadan denganPerak di utara,Pahang di timur,Negeri Sembilan di selatan danSelat Melaka di sebelah barat.
Ibu negeri Selangor ialahShah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialahKlang. Bandar utama yang lain ialahPetaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya merupakan sebuah bandar satelit untuk Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1952. Statusnya sebagai sebuah bandar pertama yang mempunyai perancangan dan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah membuka banyak peluang pembangunan. Selangor merupakan satu daripada empat buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripadaJohor,Pulau Pinang danSarawak. Selangor juga mempunyai pembangunan yang pesat, kesan daripada pemodenan di kawasanLembah Klang.
Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkanKeluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuh raya dan pengangkutan awam yang menghubungkan bandar-bandar di Selangor dengan ibu negara Malaysia,Kuala Lumpur, pusat pemerintahan kerajaan pusat, Wilayah PersekutuanPutrajaya danCyberjaya. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, dengan pembinaan pasaraya PKNS, Plaza Alam Sentral,Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan masjid rasmi negeri Selangor, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah kerana Baginda mahu melihat satu mercu tanda yang melambangkan Islam di negeri Selangor dapat direalisasikan dan berdiri megah di Shah Alam serta kempen 'Go Green' atau negeri tanpa plastik bagi menggalakkan rakyatnya membawa beg sendiri.
Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang paling ramai di Malaysia dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan di negeri ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Selangor juga telah menyumbang lebih daripada 23% dalam sektor ekonomi di Malaysia, ini menjadikan ia sebagai negeri paling banyak memperoleh hasil di Malaysia.[perlu rujukan]
Nama negeri ini diambil daripada sebuah perkampungan di muara sungai Selangor yang kini dikenali sebagaiKuala Selangor.[8] Namun begitu, asal usul nama negeri ini tidak jelas kerana tiada perkataan yang seumpamanya wujud dalam bahasa Melayu. Para pengkaji beranggapan perkataan "Selangor" mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa.[8] Pelbagai teori telah dikemukakan berkenaan hal ini.
Satu pendapat mengatakan bahawa nama "Selangor" mungkin berasal dari perkataan ‘Sarang Lang’, atau dalam bahasa Melayu moden,sarang helang.[9] Pendapat lain pula mengatakan bahawa perkataan "Selangor" berasal daripada sebutan perkataan seekor langau, sejenis binatang merupailalat berwarna hijau.[10] Nama ini diambil daripada cerita dongeng tempatan yang menceritakan kononya bahawa terdapat seorang pendekar yang datang dari Selatan berehat seketika dibawah sepohon pokok cukup diganggu oleh seekor langau.[10] Beliau cuba untuk memukul lalat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau.[11] Selepas dikalahkan oleh seekor langau, beliau berhasrat untuk menetap di tempat tersebut dan menamakannyase-langau yang kemudiannya ditukarkan kepadaSelangor.[8][12]
Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Selangor berasal daripada tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau yang memenui perkampunganKuala Selangor.[11] Terdapat beberapa versi cerita ini tetapi semuanya berakhir dengan menamakan perkampungan yang kini dikenali sebagaiKuala Selangor sebagai Kuala Mentangau. Antara versi cerita ini ialah kisah ratusan kayu mentangau yang menyekat bahtera tentera laut Kedah daripada menakluki Selangor di muara sebuah sungai. Hal ini menyebabkan tenteraKedah tidak dapat menaklukiKuala Selangor dan menamakan sungai tersebut sebagaisungai mentangau.[10] Versi lain pula mengatakan bahawa pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagaikuala mentangau.[8][11] Menerusi peredaran masa sebutankuala mentangau berubah menjadiKuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.[10]
Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Selangor adalah berasal daripada perkataansalang danjemur.[8] Nama ini diambil daripada satu tempat diSungai Selangor yang dahulunya dijadikan tempat mendenda penderhaka dengan hukuman salang (palang kayu) dan kemudiannya dijemur dibawah terik matahari.[10] Hukuman “salang dan di jemur” kemudian diberikan kepada kawasan itu dengan sebutan Salang Ur yang memiliki sebutan yang hampir dengan nama Selangor.[11][12]
Di dalam bahasa Tamil, tempat ini dinamakanSalang-ur yang bererti kampung orang salang. Pendapat ini juga boleh dipadankan dengan nama asalSingapura, yang berasal darisinggah-pura atau "bandar singgah" dalam bahasa Hindu tua.[10]
Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawalzaman Hoabinhian. Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Protosejarah.[11] Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsaDong Son di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.[11]
Rekod bertulis terawal Selangor wujud sejak abad ke-14. MenerusiSejarah Melayu, tercatat peristiwa kunjungan Tun Jana Khatib dan tuan jajahan Buguran dan Selangor menemui Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura pada abad ke-14. LaksamanaCheng Ho turut mencatatkan kedudukan Selangor dan juga Klang di dalam peta pelayarannya. Nama Klang juga disebut dalam puisiNagara Kertagama hasil tulisan Prapanca, seorang pujangga kerajaan Majapahit pada 1365. Ini membuktikan bahawa Selangor telah dikenali ketika itu dengan Klang yang berfungsi sebagai pusat perdagangan utamanya.[11]
Jajahan Kesultanan Melaka yang turut meliputi Selangor
Selepaskejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kawasan Selangor masih berada di bawah jajahan Kesultanan Melaka yang berpusat di Bintan, sehinggalah pembubarannya pada 1528.[11] Selangor kemudiannya berada di bawah jajahanKesultanan Johor-Riau yang mewarisi pemerintahan Melaka.
Pada zaman pemerintahanSultan Alauddin Shah, sultan pertama Johor Lama, Kelang telah mempunyai pemerintah yang dikenali dengan gelaran Mandulika. Kemudian Dato’ Engku Kelang, anak kepada ahli keluarga Bendahara Johor dihantar untuk mentadbir Selangor.[11] Sekitar tahun 1700, Dato’ Engku Kelang; selaku wakil kerajaan Johor, melantik Arung Pasarai yang berketurunan Bugis sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Yamtuan. Arung Pasarai kemudiannya diganti oleh Raja Siti dan seterusnya digantikan oleh Raja Lumu.[11]
Pada abad ke-17, Johor yang telah terlibat dalam peperangan dengan Jambi, telah meminta bantuan Bugis dari Sulawesi. Setelah Johor menang, pengaruh Bugis mula berkembang di rantau ini, termasuklah Selangor. Pada asalnya terdapat sebilangan sahaja komuniti kecil masyarakat Bugis di muara sungai Selangor dan Klang, namun jumlah ini semakin bertambah menjelang tahun 1723. Antara kumpulan Bugis paling berpengaruh ialah kumpulan Opu Bugis Lima Bersaudara.[11]
Raja Lumu, putera kepadaDaeng Chelak tiba di Selangor sekitar 1730-an dan kemudiannya meneruskan pemerintahan Selangor selepas kemangkatan Raja Siti dengan gelaran Tuanku Raja Selangor.[11] Kedudukan ini walau bagaimanapun tidak memberikan beliau kuasa mutlak terhadap Selangor, tetapi sekadar sebagai pemerintah di sekitar kawasan sungai Selangor. Malah, kerajaan Johor pada ketika itu masih menganggap Selangor masih di bawah jajahannya.[11]
Pada 1756, sultan Johor ketika itu,Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mengunjungi Melaka bagi menunjukkan penghargaan kepada Belanda yang membantu Sultan Mahmud menewaskan Raja Alam di Siak. Beliau juga menandatangani perjanjian yang memberikan hak kepada Belanda ke atas bijih timah di Selangor (Kuala Selangor), Klang dan Linggi.[11] Sultan Sulaiman juga mengutus surat kepada Daeng Kemboja di Linggi, Raja Tua di Klang dan Raja Lumu di Kuala Selangor supaya mereka menerima perjanjian yang telah dibuat dengan Belanda. Ketiga-tiga pemerintah tidak mengiktiraf perjanjian itu.[11]
Berikutan itu, Raja Lumu cuba mendapatkan pengiktirafan dariKesultanan Perak bagi membebaskan Selangor dari sebarang tuntutan dari kerajaan Johor. Pada 1766, Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak,Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) di Kota Lumut dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Baginda dianugerahkan nobat dan cap mohor oleh Sultan Perak dan bermulalah sejarah baru buat Selangor sebagai sebuah kerajaan berdaulat.[11]
Bermula abad ke-19, kegiatan perlombongan bijih timah semakin pesat di Selangor, mengembangkan lagi ekonominya. Hal ini mewujudkan persaingan antara puak Melayu dalam menguasai perlombongan ini. Pada tahun 1867, satuperang saudara telah tercetus di Selangor, terutamanya di Kelang antara puak-puak orang Melayu. Peperangan ini tercetus setelah Sultan melantik Raja Abdullah sebagai pemerintah Kelang, dan perlantikan ini ditentang oleh Raja Mahadi yang merupakan anak kepada pemerintah sebelumnya. Peperangan ini juga melibatkan puak Cina yang bersekutu dengan para pembesar Selangor, di mana kehadiran mereka ditarik oleh aktiviti perlombongan bijih timah yang semakin pesat. Konflik permusuhan ini dan masalah serangan lanun di perairan Selangor telah menarik campur tangan British dalam hal pentadbiran Selangor.
Pada tahun 1874,Sultan Abdul Samad telah menerima seorangResiden British bagi menjalankan pentadbiran, sementara jawatan Baginda sebagai sultan dikekalkan. Pada tahun 1877, di bawah pentadbiran British, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang dianggotai oleh Sultan, Residen dan pembesar negeri telah ditubuhkan. Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu, Bloomfield Douglas.[11] Majlis ini bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877. Pada Mac 1880, pusat pemerintahan Selangor telah dipindahkan dari Klang ke Kuala Lumpur. Pemindahan ini menyaksikan kuasa pentadbiran pembesar Melayu mula diambil alih oleh pegawai Inggeris khasnya Residen British di Selangor.[11]
Pada 1 Julai 1896, Selangor bersama-sama Perak, Negeri Sembilan dan Pahang telah digabungkan untuk membentukNegeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditadbir seorang Residen Jeneral. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri masih terus berjalan di keempat-empat negeri tersebut.[11] Pada tahun 1909, Majlis Persekutuan telah dibentuk dan dianggotai oleh keempat-empat Sultan negeri tersebut, empat Residen negeri, empat anggota tidak rasmi dan Residen Jeneral. Dalam majlis ini, Sultan tidak memiliki sebarang kuasa melainkan hanya menasihati pegawai Inggeris dalam beberapa perkara khususnya berhubung adat istiadat Melayu dan agama Islam.[11] Pada tahun 1927, Sultan Selangor bersama Sultan-Sultan lain telah keluar dari majlis tersebut. Berikutan itu, pihak Inggeris telah mengambil langkah menambah lagi kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dalam bidang pentadbiran dan menambah anggota tempatan.[11]
Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini berterusan sehingga ke tahun 1941 apabilaJepunmenyerang Tanah Melayu. Tentera Jepun berjaya menawan Kuala Lumpur pada 13 Januari 1941, sekaligus menawan keseluruhan Selangor. Sebelum penawanan Kuala Lumpur, British telah membina kubu pertahanan di Ulu Selangor bagi menghalang kemaraan Jepun, namun gagal. Apabila Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, Selangor diletakkan di bawah pemerintahanPentadbiran Tentera British (BMA) dari September 1945 hingga awal 1946.[11]
British kemudiannya telah mengemukakan gagasanMalayan Union yang menerima tentangan hebat daripada masyarakat Melayu. Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan denganPersekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, yang terdiri daripada Selangor dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pembentukan ini merupakan langkah pertama kepada kemerdekaan.[11] Pada 31 Ogos 1957, Selangor secara rasminya telah mencapai kemerdekaan sebagai ahli Persekutuan Tanah Melayu. Pengisytiharan kemerdekaan telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor.
Pada 16 September 1963, Selangor kemudiannya telah menjadi ahli Persekutuan Malaysia yang dibentuk setelah Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Kuala Lumpur yang pada asalnya berada di bawah wilayah Selangor terus menjadi ibu negeri Selangor dan pusat pentadbiran bagi Malaysia.
Pada 1 Februari 1974, kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan dalam satu perjanjian bagi menubuhkanWilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[11] Berikutan dengan itu, sebuah kawasan yang meliputi Sungai Renggam dan kawasan perladanganBatu Tiga telah dipilih bagi dibangunkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu, menggantikan Kuala Lumpur.Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menamakannyaShah Alam sempena nama ayahanda baginda,Sultan Hisamuddin Alam Shah.[11]
Pada tahun 2001, Selangor telah menyerahkan kawasan yang dikenali sebagai Prang Besar kepada kerajaan Persekutuan bagi membangunkan sebuah bandar baharu yang dirancang untuk menjadi pusat pentadbiran baharu bagi Malaysia. Bandar ini seterusnya dikenali sebagaiPutrajaya dan dijadikan Wilayah Persekutuan ketiga Malaysia.[11]
Topografi Selangor secara umumnya adalah landai di sebelah barat, dan bergunung-ganang di sebelah timur dan tenggara, disebabkan kedudukannya yang terletak antaraBanjaran Titiwangsa danSelat Melaka. Puncak tertinggi negeri Selangor terletak diGunung Semangkok yang berketinggian 1,830 meter. Banjaran Titiwangsa bertindak sebagai sempadan semulajadi yang memisahkan negeri tersebut dengan negeri Pahang di timur dan sebahagian Negeri Sembilan, terutamanya daerahJelebu di tenggara. Dari banjaran itu terbitnya empat batang sungai utama di negeri tersebut, iaituSungai Bernam di sepanjang sempadan dengan Perak,Sungai Selangor di daerah-daerahHulu Selangor danKuala Selangor,Sungai Klang di sekitarLembah Klang danSungai Langat di daerah-daerahHulu Langat danKuala Langat.Sungai Sepang membentuk sempadan semulajadi antara negeri tersebut dengan Negeri Sembilan, terutamanya daerahPort Dickson.
Di sepanjang kawasan perairan negeri Selangor terdapat sebanyak 25 buah pulau.Pulau Carey merupakan pulau terbesar di negeri ini dengan keluasan 160.9 kilometer persegi. Antara pulau yang lain termasuklahPulau Indah,Pulau Ketam danPulau Klang.
Selangor mempunyai hutan simpan kekal seluas 250,129 hektar atau 32 peratus daripada jumlah keluasan negeri, dengan 82,890 hektar daripadanya merupakanhutan paya gambut.Hutan paya bakau seluas 18,998 hektar turut memenuhi kawasan pantai negeri ini.[14][15] Hutan simpan di Selangor berada di bawah seliaan jabatan perhutanan negeri, selari dengan Perlembagaan yang meletakkan sektor perhutanan di bawah tanggungjawab negeri.[16]
Selangor juga telah mewartakan beberapa kawasan sebagai kawasan perlindungan bagi memelihara biodiversiti dan hidupan liar. Antaranya termasuklah kawasan Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun yang ditubuhkan bagi melindungibadak sumatera yang diancam kepupusan.[17] Negeri ini turut mempunyai beberapa pusat ekopelancongan, seperti Paya Indah Wetlands yang menjadi kawasan perlindungan bagi burung migrasi dan tempatan, badak air dan buaya.
Seperti negeri di Malaysia yang lain, Selangor mengalami iklim khatulistiwa yang bersempadan dengan iklim monsun tropika. Keadaan iklim di negeri ini juga sangat dipengaruhi oleh keadaan laut dan kejadian sistem angin. Negeri ini turut mempunyai purata suhu dan hujan yang tinggi.
Selangor ialah negeri yang mempunyai penduduk paling ramai diMalaysia; disumbangkan oleh kepesatan pembangunanLembah Klang. Kedudukan geografi Selangor yang terletak di tengahSemenanjung Malaysia menyumbang kepada pembangunan pesat negeri sebagai pusat ekonomi dan pengangkutan Malaysia. Pembangunan yang pesat ini menyumbang kepada jutaan peluang pekerjaan, menarik pekerja migran daripada negeri lain dan juga daripada negara-negara berdekatan sepertiIndonesia,Thailand,Vietnam,Filipina,Myanmar,Bangladesh,India,Pakistan danChina. Selangor juga telah menerima kemasukan banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai tenaga buruh diMalaysia.
Populasi Selangor semakin meningkat dengan kadar yang pesat dalam beberapa tahun, disebabkan oleh pembangunan pesat yang berlaku diLembah Klang. Mengikut statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah 6.39 juta orang pada tahun 2017[21], menjadikan negeri paling tinggi taburan penduduk di Malaysia dimana 19.9% penduduk Malaysia tinggal di Selangor[22]. Mengikut statistik yang sama, populasi Selangor meningkat pada kadar 1.4% pada tahun 2016 - 2017[23]. Pada tahun 2016, kadar net migrasi Selangor telah diunjurkan kepada 19,400 orang, menjadikan negeri Selangor antara negeri pilihan utama dalam kalangan migran antaranegeri[24]. Secara purata, Selangor mempunyai kadar kepadatan penduduk seramai 674 orang setiap kilometer persegi, menjadikannya negeri ketiga terpadat di Malaysia, selepasWilayah Persekutuan danPulau Pinang[23].
Masyarakat berbangsa Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam kalangan penduduk di negeri Selangor, dengan lebih separuh daripada jumlah penduduk. Mereka sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat yang berketurunan Melayu, juga terdapat segelintir yang berketurunan Bugis, Minang, Mandailing, Jawa dan Banjar. Penduduk berbangsa Cina pula merupakan kumpulan penduduk kedua terbesar di negeri ini, iaitu lebih 25 peratus dari jumlah penduduk. Penduduk berbangsa India yang mencatatkan peratusan lebih 10 peratus merupakan kelompok ketiga terbesar di Selangor. Penduduk negeri ini juga terdiri daripada masyarakat minoriti Orang Asli seramai lebih 21 ribu orang. Majoriti antara mereka merupakan kelompokMelayu Proto dan terdiri daripada beberapa etnik sepertiSemai,Mah Meri danTemuan.
Hampir 91.4 peratus penduduk di Selangor tinggal di kawasan bandar, dengan sebahagian besarnya tertumpu di Lembah Klang.[21]Petaling merupakan daerah paling ramai penduduk di Selangor dan juga Malaysia dengan penduduk seramai 2,298,130 orang.
Mengikut bancian tahun 2020, majoriti penduduk negeri Selangor beragamaIslam iaitu sebanyak 61 peratus dari jumlah penduduk. Sebahagian besar antara mereka merupakan masyarakat Melayu yang kesemuanya beragama Islam mengikut Perlembagaan. Agama kedua terbesar di negeri ini ialah agamaBuddha, dengan peratusan lebih 21 peratus. Penganut agama Buddha di negeri ini majoritinya merupakan masyarakat berbangsa Cina. Penganut agamaHindu pula membentuk 10 peratus daripada jumlah populasi negeri, majoritinya merupakan masyarakat India. Terdapat juga beberapa agama minoriti lain yang dianuti sepertiKristian,Sikh,Taoisme,Konfusianisme danagama tradisional.[20]
Sebahagian besar penduduk Selangor menggunakanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, yang juga merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di negeri ini. Dialek yang digunakan secara meluas di negeri ini ialah dialekMelayu Selangor, yang tergolong dalam rumpun dialekMelayu Johor-Riau. Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi antara masyarakat Melayu dengan bangsa lain di negeri ini.Bahasa Cina turut digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat Cina di negeri ini.Bahasa Tamil pula dipertuturkan dalam kalangan masyarakat India.
Negeri Selangor mengamalkan sistemraja berperlembagaan. Sultan merupakan ketua negeri.Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan sultan Selangor terkini yang telah memerintah sejak 2001. Peranan, kuasa dan tugas Sultan telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Negeri, di mana kuasa eksekutif negeri dipegang oleh baginda dan peranan baginda sebagai ketua agama Islam dan simbol kedaulatan negeri.
Hal ehwal perundangan negeri pula berada di bawah bidang kuasaDewan Negeri Selangor. Strukturnya sama dengan Parlimen namun kuasanya terhad kepada menggubal undang-undang negeri. Dewan ini terdiri daripada 56 orang ahli yang dilantik melalui pilihan raya negeri yang kebiasaannya diadakan serentak dengan pilihan raya umum. Tempoh setiap penggal dihadkan selama lima tahun.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pula ialah badan yang memegang kuasa eksekutif dan menggubal dasar kerajaan negeri. Majlis ini terdiri daripada 11 orang ahli yang diketuai olehMenteri Besar yang dilantik oleh Sultan daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Negeri Selangor. Ahli majlis ini dilantik oleh Sultan dengan nasihat Menteri Besar. Menteri Besar Selangor yang terkini ialahAmirudin Shari yang dilantik sejak 2018.
Ekonomi negeri Selangor ialah satu ekonomi pasaran progresif di mana sektor terasnya termasuklah perdagangan dan pertanian. Selangor juga merupakan negeri terkaya di Malaysia berdasarkankeluaran dalam negara kasar (KDNK) perkapita (PPP). Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia.[28][29] Sektor eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan antara penyumbang utama dalam ekonomi negeri Selangor.
Perindustrian dan perdagangan ڤرايندوسترين دان ڤرداݢڠن
Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan diShah Alam.
Sektor perindustian merupakan penyumbang utama kepada kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti keretaProton danPerodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini sepertiToyota, Nissan,Volkswagen, Ford,Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranyaPanasonic dariJepun,Procter & Gamble dariAmerika Syarikat,Unilever dariBelanda,Nokia dariSweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah diShah Alam,Subang Jaya,Klang,Kajang,Rawang,Serendah (Kilang Perodua),Selayang,Ampang Jaya danPetaling Jaya.
Pelabuhan Klang yang merupakan pelabuhan tersibuk dan terpenting di Malaysia, menjadi pendorong utama kemajuan perindustrian di Selangor. Negeri ini juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.
Selain kemajuan sektor perindustrian dan pelabuhan, sektor pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara aktiviti pertanian yang giat diusahakan di Selangor termasuklah penanaman padi diSabak Bernam danKuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti penanamankelapa sawit dangetah juga dijalankan di negeri ini.
Makanan tradisional yang terkenal di Selangor kebanyakannya terdiri daripada masakanMelayu yang terkenal dalam kalangan pendudukMalaysia. Oleh kerana tahap migrasi yang tinggi, wujud pengaruh makanan warisan negeri lain sepertiKelantan,Terengganu,Kedah,Negeri Sembilan dan lain-lain. Beberapa masakan tradisional Melayu di Selangor juga telah menerima sedikit pengaruh dariBugis,Jawa danMinangkabau, dengan pengaruh terkuat dapat dikesan diKuala Selangor danSabak Bernam.
Rojak Klang, lontong Klang danmi bandung Selangor merupakan antara makanan warisan berasal dari Klang danShah Alam. Hidangan lain yang terkenal termasuklahNasi lemak, Mee Jawa,Sate Kajang, Nasi Ambeng, Laksa Selangor, Soto (Soto Nasi Himpit dan Mee Soto), Sambal Tahun, Ikan BakarBakso, Ketam Darul Ehsan, Ikan Masak Asam Pedas, Ayam Masak Kicap, Sayur Masak Rebung danMentarang Bakar.
Selangor dihubungkan dengan negeri lain melalui jaringan pengangkutan udara, jalan raya dan kereta api yang menyeluruh. Pada tahun 2015, jumlah panjang jalan persekutuan dan jalan negeri di Selangor dianggarkan sepanjang 16,154 kilometer.[30] Antara lebuh raya utama yang berada di Selangor termasuklahLebuhraya Utara-Selatan yang menghubungkan negeri pantai barat Semenanjung Malaysia. Terdapat juga jaringan jalan raya dan lebuh raya yang menghubungkan seluruh daerah dan kawasan dalam negeri Selangor.
Beberapa perkhidmatan bas awam turut disediakan di Selangor. Antaranya termasuklahRapid Bus yang dikendalikanRapid KL dan menyediakan perkhidmatan di beberapa kawasan Lembah Klang sepertiSubang Jaya,USJ,Puchong,Petaling Jaya,Shah Alam danKlang. Bermula pada 15 Julai 2015, satu perkhidmatan bas awam percuma yang dibiayai kerajaan negeri telah diwujudkan di seluruh Selangor, iaituBas Smart Selangor. Perkhidmatan ini disediakan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan penduduk.[31]
Selangor juga mempunyai rangkaian perkhidmatan kereta api yang dan rel yang pelbagai, antaranya termasuklahKTM Komuter yang dikendalikanKeretapi Tanah Melayu (KTM), menghubungkan beberapa bandar dan daerah di negeri ini. Perkhidmatan rel antarabandarKTM ETS menghubungkan Selangor dengan negeri-negeri di barat Semenanjung. Kemudahantransit aliran ringan (LRT) turut disediakan merangkumi beberapa laluan iaituLaluan Kelana Jaya,Ampang dan Sri Petaling. Satu laluan LRT sedang dibina iaituLaluan Shah Alam yang bakal dirasmikan pada tahun 2025.[32] Terdapat juga perkhidmatan transit laju massa (MRT) yang merangkumiLaluan Kajang danPutrajaya. Kerajaan juga sedang merancang untuk mengembangkan lagi rangkaian MRT di Lembah Klang dengan membangunkan satu laluan baharu iaituLaluan MRT Lingkaran.[33] Antara hab pengangkutan utama di negeri ini yang menjadi penghubung kepada setiap laluan ini ialahTerminal Bersepadu Selatan danKL Sentral.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang merupakan lapangan terbang utama Malaysia, terletak di daerah Sepang, selatan negeri ini. Lapangan terbang ini terdiri daripada dua terminal iaitu KLIA 1 (terminal utama) dan KLIA 2. Selangor juga mempunyai lapangan terbang domestik, iaituLapangan Terbang Subang yang merupakan hab utama bagi penerbangan persendirian dan korporat di Asia Tenggara.
Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Klang
Bekalan elektrik di Selangor diselia olehTenaga Nasional Berhad (TNB) dan tahap akses kepada bekalan elektrik di Selangor mencapai kadar 100 peratus.[34] Terdapat lima stesen janakuasa utama di Selangor, iaituStesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Stesen Janakuasa Jambatan Counnaught, Stesen Janakuasa Putrajaya, Stesen Janakuasa Kuala Langat dan Jimah Energy Ventures. Bekalan air di Selangor pula diselia olehAir Selangor di bawah syarikat milik kerajaan negeri, SYABAS. Terdapat tujuh empangan di Selangor, antaranya ialahEmpangan Semenyih,Klang Gates danSungai Batu.
Hal ehwal pendidikan rendah dan menengah di Selangor berada di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pada tahun 2025, terdapat 942 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang beroperasi di Selangor, terdiri daripada 664 sekolah rendah dan 281 sekolah menengah. Terdapat juga 71 sekolah persendirian atau swasta, 69 sekolah antarabangsa dan tujuh sekolah ekspatriat yang beroperasi.[35] Lebih 900 ribu pelajar didaftarkan di setiap sekolah di negeri ini dengan bilangan guru yang berkhidmat seramai lebih 60 ribu orang.[36]
Terdapat juga 84 klinik kesihatan, 112 klinik desa dan 40 klinik komuniti di serata negeri Selangor. Setiap daerah di negeri Selangor mempunyai ketiga-tiga klinik tersebut. Hampir seluruh kampung di negeri Selangor mempunyai klinik desa, yang memberikan kemudahan kesihatan kepada kawasan luar bandar.
Stesen radio di Selangor boleh didapati di frekuensi FM dan dihantar dari Gunung Ulu Kali, Selangor.
Stesen radio komersial yang terdapat di Selangor termasuklahEra (103.3),Sinar FM (96.7),Melody (103.0),Hot FM (97.6),Suria (105.3),Best FM (104.1),Hitz (92.9),Mix (94.5),Lite (105.7),Zayan (104.9),Fly FM (95.8), BFM (89.9),goXuan (88.9),988 FM (98.8),MY (101.8),8FM (88.1),Buletin FM (101.3) danRaaga (99.3). Stesen radio komersial yang dikendalikan oleh beberapa buah syarikat media sepertiAstro Radio, Star Media Radio Group,Media Prima Audio, Suara Johor Sdn Bhd dan BFM Media.
Stesen radio komuniti tempatan termasuk UFM (93.6) yang dikendalikan olehUniversiti Teknologi MARA (hanya terdapat di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya), dan Putra FM (90.7) dikendalikan olehUniversiti Putra Malaysia (hanya terdapat di Serdang dan Seri Kembangan) yang mensasarkan pelajar universiti.
Sembilan buah rangkaian radio yang sedia adaRadio Televisyen Malaysia (RTM) seperti Radio Klasik (98.3), Nasional FM (95.3), Ai FM (106.7), Traxx FM (100.1), Minnal FM (96.3), Asyik FM (102.5), Selangor FM (100.9), KLFM (97.2) dan Pahang FM (107.5). Terdapat tiga stesen radio khusus juga, iaitu IKIM.fm (91.5) dikendalikan olehInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Salam FM (102.5) dikendalikan olehJAKIM, dan Radio24 (93.9) dikendalikan olehBERNAMA. Daerah di Selangor yang bersempadan dengan negeri lain juga turut menerima dua buah stesen radio dariRadio Televisyen Malaysia (RTM) seperti; Perak FM (89.6 MHz/95.6 MHz; sempadan Selangor-Perak) dan Negeri FM (92.6 MHz; sempadan Selangor-Negeri Sembilan).
^"General Information". Centre for public policies studies. Diarkibkan daripadayang asal pada 20 October 2015. Dicapai pada30 October 2018.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"State Code". Malaysian National Registration Department. Diarkibkan daripadayang asal pada 19 May 2017. Dicapai pada30 October 2018.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Sungai Dusun Wildlife Reserve, Selangor".www.wildlife.gov.my. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia. Dicapai pada17 Julai 2018.