Selandar merupakan sebuah kawasan dalam daerahJasin,Melaka,Malaysia. Jaraknya dari Pekan Jasin 12 kilometer. Selandar boleh dihubungi dengan kereta api di Stesen KTMB Batang Melaka, sempadanMelaka danNegeri Sembilan hanya 10 kilometer sahaja dari Pekan Selandar. Pada tahun-tahun 1950-an hingga akhir 80-an pengangkutan kereta api amat popular bagi penduduk Selandar untuk ke lain-lain negeri. Perkerjaan penduduk setempat terdiri daripada petani, penternak, peladang, penjawat awam, dan peniaga. Lebih 60 peratus penggunaan tanah adalah untuk perladangan. Terdapat sebuah empangan air di arah utara pekan Selandar.
![]() | Rencana berkaitangeografi dan tempat diMalaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |