| Pskhent | |
|---|---|
Pskhent, mahkota berganda Mesir | |
| Butiran | |
| Negara | Mesir purba |
| Pendahulu | Desyret Hedjet |
Pskhent (AFA: /pskʰént/;Yunaniψχέντ;Jawi: ڤسخينت) atausekhemti (Jawi: سيخيمتي) ialah mahkota berganda yang dipakai oleh pemerintahMesir purba. Orang Mesir purba dahulu memanggilnyaPa-sekhemti (pꜣ-sḫm.ty), yang bermaksud "Dua Yang Berkuasa" dan lalu diserap ke bahasa Yunani untuk menjadi pskhent.[1] Mahkota ini menggabungkan kedua-duamahkota putih Hedjet dariMesir Hulu dan mahkota merahDesyret dariMesir Hilir.
Pskhent melambangkan kuasa seorang firaun ke atas seluruh Mesir bersatu.[2] Ia mempunyai dua lambang binatang: ular tedung Mesir, dikenali sebagaiureus, yang berdiri seakan-akan hendak mematuk dan melambangkan dewiWadjet dari Mesir Hilir; danburung hering Mesir yang melambangkan dewi penaung Mesir HuluNekhbet. Ini berdua diletakkan di depan mahkota Pskhent dan dipanggilNebty (Dua Wanita).
| |||||
| Pskhent "Mahkota Berganda" dalamhieroglif Mesir | |||||
|---|---|---|---|---|---|
Penciptaan Pskhent biasanya dikatakan dibuat di zamanDinasti Pertama oleh firaun Menes, tetapi yang pertama memakainya ialah firaun Djet dari Dinasti Pertama: sebuah ukiran batu menunjukkanHorusnya memakai mahkota tersebut.[3]
Senarai raja padaBatu Palermo, yang mempunyai nama-nama firaunMesir Hilir (kini ia dipercayai bahawa ia separa dewa daripada mitos), digambarkan memakai Mahkota Merah, menandakan penyatuan negeri mereka dengan memberikan Pskhent kepada semua firaun dari Dinasti Pertama dan firaun-firaun yang berikutan.[4] Cebisan Kaherah sebaliknya pula menggambarkan pemerintah-pemerintah prasejarah ini memakai mahkota Pskhent.[5]
Sama seperti mahkota-mahkota Desyret dan Hedjet, tiada satu pun mahkota Pskhent yang dijumpai. Ia hanya pernah ditemui dalam tugu-tugu, gambaran dan dongeng purba.
Salah seorang dewa yang memakai mahkota Pskhent ialah Horus[6] danAtum atau Ra kedua-dua melambangkan si firaun atau mempunyai hubungan istimewa dengan firaun.[7]