Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sejong Agung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaSejong)
"Sejong" dilencongkan ke sini. Untuk bandar dinamakan sempena raja ini, sila lihatBandar Sejong.
Sejong Agung
세종대왕
世宗大王
Raja Joseon
Pemerintahan1418–1450
Kemahkotaan18 September 1418(1418-09-18) (umur 21)
Didahului olehTaejong dari Joseon
Diikuti olehMunjong dari Joseon
Pemangku rajaTaejong dari Joseon sebagaiBekas Raja (1418–1422)
Munjong dari Joseon sebagaiPutera Mahkota (1444–1450)
Keputeraan15 Mei 1397
Hanseong,Joseon[1]
Kemangkatan8 April 1450(1450-04-08) (umur 52)
Hanseong,Joseon
PermaisuriPermaisuri Soheon
AnakandaMunjong dari Joseon
Sejo dari Joseon
Nama selepas mangkat
Raja Sejong Jangheon Yeongmun Yemu Inseong Myeonghyo Agung
세종장헌영문예무인성명효대왕
世宗莊憲英文睿武仁聖明孝大王
Nama tokong
Sejong
KerabatJeonju Yi
AyahandaTaejong dari Joseon
BondaPermaisuri Wongyeong
AgamaKonfucianisme; kemudian, Buddhisme
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSejong Daewang
McCune–ReischauerSejong Taewang
Nama lahir
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Do
McCune–ReischauerI To
Nama masa kecil
Hangul
Hanja
Perumian SemakanWon Jeong
McCune–ReischauerWŏn Chŏng

Sejong Agung (7 Mei139718 Mei1450, berkuasa 1418 - 1450) ialah raja keempatKorea dariDinasti Joseon. Baginda juga merupakan seorang pakar bahasa yang telah mencipta aksarahangul untukbahasa Korea, walaupun mendapat tentangan dari pihak cendekiawan yang telah dididik dalam carahanja.

Sejong adalah salah satu daripada dua raja Korea yag diberi gelaran "Agung" selainRaja Gwanggaeto.

Keputeraan

[sunting |sunting sumber]

Sejong ialah putera ketiga kepadaRaja Taejong. Apabila berumur 10 tahun, baginda menjadi Putera Utama Chungnyeong (충녕대군, 忠寧大君) dan berkahwin dengan Shim-ssi (심씨, 沈氏) yang kemudian digelar Puteri Soheon (소헌왕비, 昭憲王妃).

Pemerintahan

[sunting |sunting sumber]

Strategi ketenteraan

[sunting |sunting sumber]

Baginda juga seorang perencana ketenteraan yang berkesan. Pada bulan Mei 1419, dibawah bantuanTaejong, Sejong melakukanEkspedisi Timur Gihae keTsushima untuk menghancurkan perompak Jepun yang telah menggangu dan meresahkan rakyat yang tinggal di pesisir Joseon. Dalam serangan itu, 700 perompak berjaya dibunuh tentera baginda, sementara 110 ditangkap dan 180 tentara Joseon tewas. Sebanyak 140 orang China yang diculik berhasil dilepaskan. Pada bulan September 1419Daimyo Tsushima,Sadamori, mengisytiharkan perang ke atas Joseon.

Perjanjian Gyehae disahkan tahun 1443, dimana Daimyo Tsushima mengakui kedaulatan Raja Joseon; serta, pihak Joseon memberikan kemudahan dalam urusan perdagangan antara Korea dan Jepun kepada Wangsa Sō.[2]

Di sempadan utara, baginda mendirikan 4 buah benteng dan 6 buah pos (四郡六鎭) untuk melindungi Joseon dari serangan suku gasar di China danManchuria.[3] Sejong mengembangkan berbagai hasil karya dan teknologi militer seperti pengembangan meriam, senjata, panah dan roket yang menggunakan bahan bubuk mesiu.

Pada tahun 1433, Sejong mengirimkan JeneralKim Jong-seo (金宗瑞), untuk menyerangJurchen. Serangan ini berhasil merebut beberapa benteng dan memperluas wilayah naungan sekitar persempadan Korea dan China pada saat ini.[4]

Pentadbiran

[sunting |sunting sumber]

Sejong telah menubuhkan sebuah dewan (집현전, 集賢殿, Jiphyeonjeon) pada 1420, di mana baginda mengumpul para cendekiawan dari sleuruh Korea untuk merakamkan sejarah Korea, mebuat draf untuk dokumen penting dan menghasilkan buku mengenai pelbagai topik.

Sejong juga merupakan seorang yang berperikemanusiaan disebabkan prinsipKonfusianisme Korea yang dipegangnya. Baginda pernah mengisytiharkan bahawa seseorang yang bersalah mesti menjalani sekurang-kurangnya tiga kali pusingan perbicaraan di mahkamah sebelum hakim boleh membuat keputusan. Baginda juga tidak membenarkan hukuman yang kejam seperti hukuman sebat.

Sejong juga dipercayai telah mencipta penyukat hujan, jam air dansundial, iaitu alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari.

Penulisan dan kesusateraan

[sunting |sunting sumber]

Karangan-karangan Sejong juga mempunyai nilai yang tinggi. Karyanya yang terkenal termasukYongbi Eocheon Ga (“Nyanyian Naga Berterbang”, 1445),Seokbo Sangjeol (“Peristiwa dari kehidupan Buddha”, Julai 1447),Worin Cheon-gang Jigok (“Nyanyian Sinaran Bulan di atas Beribu Sungai”, Julai 1447), dan buku rujukanDongguk Jeong-un (“Kamus Sebutan Tepat Cina-Korea”, September 1447).

Sejong sangat menghargai sastra, dan memerintahkan para pejabat tinggi dan ilmuwan untuk belajar di istana. Ia menciptakan karya besar hangul dan

Pembangunan abjad Hangul

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Hangul

Jasa Raja Sejong yang paling besar ialah penciptaan abjadHangeul, sistem abjad fonetik yang cocok untukbahasa Korea.[5] Sebelum penggunaan hangeul meluas, hanya anggota masyarakat dari kalangan bangsawan yang boleh membaca tulisan (Hanja dasarnya dipergunakan untuk menulis kata dalam bahasa Korea dengan tulisan Cina, sedangkan sistemHanmun ialah tulisan China klasik yang digunakan untuk menulis dokumen). Seseorang harus mempelajari sistem penulisan hanja yang sulit untuk membaca atau menulis.[6] Raja Sejong memperkenalkan 28 buah abjad baru yang diusahakan agar semua golongan rakyat dapat membaca dan menulis dengan mudah. Hangeul dianggap sebagai suatu perlambangan jatidiri budaya untuk kerajaan Joseon baginda.

Abjad hangeul diterbitkan pada tahun 1446 mengumumkannya dalamHunminjeongeum (훈민정음, "Bunyi yang Betul untuk Pengajaran Rakyat." Walau bagimanapun, ia dilarang penggunaanya di awal abad ke-20 saat penjajahan Jepun.

Kemangkatan

[sunting |sunting sumber]

Sejong mangkat pada usia 53 tahun dan dimakamkan diMakam Yeong (영릉, 英陵). Pengganti Sejong ialah puteranya yang pertama,Raja Munjong.

Nama jalanSejongno danPusat Pertunjukan Seni Sejong - keduanya di bandarSeoul dinamakan sempena Raja Sejong.

Paparan dalam seni dan media

[sunting |sunting sumber]

Paparan dalam permainan video

[sunting |sunting sumber]

Potret dalam nota mata wang Korea

[sunting |sunting sumber]

Potret baginda juga terdapat pada duit kertasKorea Selatan, 10,000Won.[8] Sejong Agung ialah salah satu daripada enam sarjana linguistik, denganSamuel Johnson,[9]Jacob Grimm,Wilhelm Grimm,Elias Lönnrot, danVuk Stefanović Karadžić dipaparkan dalam mata wang negara.

Kerabat terdekat

[sunting |sunting sumber]
  • Ayahanda:Raja Taejong (태종)
  • Ibunda: Permaisuri Wongyeong dari Wangsa Min Yeoheung (원경왕후 민씨)
  • Permaisuri:
  1. Permaisuri Soheon dari Wangsa Shim Cheongsong (소헌왕후 심씨)
  2. Gundik Yeong dari Wangsa Kang (영빈 강씨)
  3. Gundik Shin dari Wangsa Kim (신빈 김씨)
  4. Gundik Hye dari Wangsa Yang (혜빈 양씨)
  5. ParkGwi-in (귀인 박씨)
  6. ChoiGwi-in (귀인 최씨)
  7. HongSo-yong (소용 홍씨)
  8. LeeSuk-won (숙원 이씨)
  9. SongSang-chim (상침 송씨)
  10. ChaSa-gi (사기 차씨)
  • Keturunan:
  1. Putera Mahkota Kerajaan, putera pertama dari Permaisuri Soheon.
  2. Putera Besar Suyang (수양대군), putera kedua dari Permaisuri Soheon.
  3. Putera Anpyeong (안평대군), putera ketiga dari Permaisuri Soheon.
  4. Putera Imyeong (임영대군), putera keempat dari Permaisuri Soheon.
  5. Putera Gwangpyeong (광평대군), putera kelima dari Permaisuri Soheon.
  6. Putera Geumseong (금성대군), putera keenam dari Permaisuri Soheon.
  7. Putera Pyeongwon (평원대군), putera ketujuh dari Permaisuri Soheon.
  8. Putera Yeongeung (영응대군), putera kedelapan dari Permaisuri Soheon.
  9. Putera Hwaui (화의군), putera satu-satunya dari Gundik Yeong.
  10. Putera Gyeyang (계양군), putera pertama dari Gundik Shin.
  11. Putera Uichang (의창군), putera kedua dari Gundik Shin.
  12. Putera Milseong (밀성군), putera ketiga dari Gundik Shin.
  13. Putera Ikhyang (익현군), putera keempat dari Gundik Shin.
  14. Putera Yeonghae (영해군), putera kelima dari Gundik Shin.
  15. Putera Damyang (담양군), putera keenam dari Gundik Shin.
  16. Putera Hannam (한남군), putera pertama dari Gundik Hye.
  17. Putera Suchun (수춘군), putera kedua dari Gundik Hye.
  18. Putera Yeongpung (영풍군), putera ketiga dari Gundik Hye.
  19. Puteri Jeongso (정소공주), puteri pertama dari Permaisuri Soheon.
  20. Puteri Jeongui (정의공주), puteri kedua dari Permaisuri Soheon.
  21. Dua orang Puteri dari Gundik Shin.
  22. Puteri Jeongan (정안옹주), puteri tunggal dari Gundik LeeSuk-won.
  23. Puteri Jeonghyeon (정현옹주), Puteri tunggal dari GundikSang-chim.
  24. Puteri dari Gundik ChaSa-gi.
Didahului oleh
Taejong
Raja-raja Korea
(Dinasti Joseon)
1418–1450
Diikuti oleh:
Munjong

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^di Bilik JoonSoo(준수방;俊秀坊)
  2. ^(Korea)계해조약Diarkibkan 2009-01-14 diWayback Machine
  3. ^<<책한권으로 읽는 세종대왕실록>>(Learning Sejong Silok in one book) ISBN 10 - 890107754X
  4. ^<<책한권으로 읽는 세종대왕실록>>(Learning Sejong Silok in one book) ISBN 10 - 890107754X
  5. ^Kim Jeong Su(1990), <<한글의 역사와 미래>>(History and Future of Hangul) ISBN 10 - 8930107230
  6. ^Hunmin Jeongeum Haerye, postface ofJeong Inji, p. 27a, translation fromGari K. Ledyard,The Korean Language Reform of 1446, p. 258
  7. ^"The King Sejong Station - Liquipedia - The StarCraft II Encyclopedia".Wiki.teamliquid.net. Dicapai pada2016-02-22.
  8. ^(Korea)Tourguide - Tomb of Sejong the Great
  9. ^"Language Log » More linguistic numismatics".Languagelog.ldc.upenn.edu. Dicapai pada2016-02-22.

Bacaan selanjutnya

[sunting |sunting sumber]
  • (Inggeris)King Sejong the Great: the Light of Fifteenth Century Korea, Young-Key Kim-Renaud, International Circle of Korean Linguistics, 1992, softcover, 119 pages,ISBN 1-882177-00-2

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Gyeongbokgung, istana utama Joseon
Anumerta[note 1]
Mukjo (1392) · Ikjo (1392) · Dojo (1392) ·Hwanjo (1392) ·Deokjong (1475) ·Wonjong (1634) ·Jinjong (1776) ·Jangjo (1899) ·Munjo (1834)
Raja Joseon
(1392–1897)
Taejo (1392–1398) ·Jeongjong (1398–1400) ·Taejong (1400–1418) ·Sejong (1418–1450) ·Munjong (1450–1452) ·Danjong (1452–1455) ·Sejo (1455–1468) ·Yejong (1468–1469) ·Seongjong (1469–1494) ·Yeonsangun# (1494–1506) ·Jungjong (1506–1544) ·Injong (1544–1545) ·Myeongjong (1545–1569) ·Seonjo (1569–1608) ·Gwanghaegun# (1608–1623) ·Injo (1623–1649) ·Hyojong (1649–1659) ·Hyeonjong (1659–1674) ·Sukjong (1674–1720) ·Gyeongjong (1720–1724) ·Yeongjo (1724–1776) ·Jeongjo (1776–1800) ·Sunjo (1800–1834) ·Heonjong (1834–1849) ·Cheoljong (1849–1864) ·Gojong (1864–1897)
Maharaja Korea
(1897–1910)
Gojong (1897–1907) ·Sunjong (1907–1910)
Putera Mahkota[note 2]
Yi Bang-seok (1392–1398) ·Yi Je (1404–1418) ·Putera Mahkota Uigyeong (1455–1457) · Yi Hwang (1502–1506) ·Putera Mahkota Sunhoe (1557-1563) · Yi Ji (1608-1623) ·Putera Mahkota Sohyeon (1625-1645) ·Putera Mahkota Hyojang (1725-1728) ·Putera Mahkota Sado (1736-1762) ·Putera Mahkota Uiso (1751-1752) ·Putera Mahkota Munhyo (1784-1786) ·Putera Mahkota Hyomyeong (1812-1830) ·Putera Mahkota Uimin (1907-1910)
Daewongun[note 3]
Raja saingan
Heungangun (1624) ·Milpunggun (1728)
Raja Yi[note 4]
(1910–1947)
Raja Emeritus
(Deoksugung)
Yi Hui (1910–1919)
Raja
(Changdeokgung)
Yi Cheok (1910–1926) ·Yi Un (1926–1947)
Putera Mahkota
Yi Un (1910) ·Yi Ku (1931)
PascaPerang Dunia II (1945-kini)
Pengarah
Persatuan Keluarga Diraja
(1957-)
Pengiktirafan
anumerta
penyandang
Yi Un (1966) ·Yi Ku (1973) ·Yi Won (2007)
Penyamar
Yi Seok (2005–kini)
Yi Hae-won (2006–2020)
# menunjukkan bahawa raja digulingkan dan tidak pernah menerimanama kuil.
  1. ^Mereka yang disenaraikan bukanlah raja yang memerintah tetapi diiktiraf setelah kemangkatan; tahun tertera bermaksud tahun pengiktirafan.
  2. ^Hanya Putera Mahkota yang tidak menjadi raja disenaraikan; tahun pertama menunjukkan ketika seseorang secara rasmi menjadi pewaris sah dan tahun terakhir adalah ketika mangkat/digulingkan. Mereka yang naik takhta dikeluarkan dalam senarai ini untuk dipermudahka.
  3. ^Gelaran yang diberikan kepada ayahanda kandung, yang tidak pernah memerintah, kepada raja-raja yang dijadikan anakanda angkat sebagai pewaris kepada raja sebelumnya.
  4. ^Raja Korea secarade jure pada era itu ialahMaharaja Jepun, sementara bekas maharaja Korea diberi gelaran bangsawan "Raja Yi" sebagai ganti.
Tokoh-tokoh penguasa bergelaran "yang Agung"
Di Asia
Di Eropah
Di Timur Tengah
dan Afrika
Di Amerika
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sejong_Agung&oldid=6147245"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp