Seine-Maritime ialah sebuahjabatan diNormandie,Perancis. Ia terletak di bahagian utara Perancis, di muara sungai Seine dan merupakan tempat terletaknya bandar-bandar sepertiLe Havre danRouen. Sebelum 1955, ia dikenali sebagaiSeine-Inférieure.
Jabatan Seine-Inférieure telah dicipta sewaktuRevolusi Perancis, pada 4 Mac 1790 berikutan penguatkuasaan Undang-undang bertarikh 22 Disember 1789, daripada sebahagianprovinsiNormandie.
Selepas kemenangan dalamSeratus Hari dipertempuran Waterloo (18 Jun1815), jabatan diduduki oleh tenteraBritish dari Jun 1815 ke November1818.
Selepas rampasan kuasa pada 2 Disember 1851 olehNapoléon III, jabatan Seine-Maritime dijadikan sebahagian daripada jabatan-jabatan yang diletakkan dalam keadaan bejaga-jaga untuk mengelakkan sebarangpemberontakan[1].
Jabatan ini telah diberi nama « Seine-Maritime » pada 18 Januari 1955. Berdasarkan perundingan yang diadakan melaluisurat daninternet pada Disember 2005, para pengundi telah bersetuju untuk memanggil penduduk jabatan ini « Seinomarins »[2].
Seine-Maritime bersempadanSelat Inggeris dari muara sungaiSeine sehingga ke muara sungaiBresle, merupakan sebahagian daripada kawasanNormandie. Ia bersempadan dengan jabatanSomme,Oise danEure.
Dataran tinggi kapurPays de Caux terletak dalam jabatan ini.
Bandar-bandar utama :Rouen,Le Havre,Dieppe,Fécamp,Elbeuf,Barentin,Yvetot,Lillebonne
Seine-Maritime beriklim lautan. Terdapat perubahan suhu antara kawasan tepi laut dan pedalaman jabatan. Pada musim sejuk, suhu yang dicatat di persisiran pantai lebih tinggi daripada suhu yang dicatat di bahagian timur. Kesan sebaliknya dapat diperhatikan sewaktu musim panas. Kawasanpays de Bray, yang terletak di kawasan yang beraltitud lebih tinggi mengalami kejatuhan salji pada musim sejuk. Angin utama bertiup dari barat daya atau dari barat. Angin ini boleh bertiup sewaktu ribut pada musim luruh dan musim sejuk. Seluruh jabatan ini juga mengalami banyak hujan.