Dalam tahun pertamanya untuk Red Bull pada tahun 2009, Vettel menamatkan musim sebagai naib juara untuk Kejuaraan Pemandu Dunia yang termuda. Beliau juga mendapatpetak pertama yang pertama bagi Red Bull dan memenangi perlumbaan pertama dalam sejarah pasukan tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pemandu termuda untuk menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia. Pada tahun yang sama, beliau membantu Red Bull untuk memenangiKejuaraan Pengeluar Dunia yang pertama mereka. Pada tahun 2011, beliau menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia buat kali kedua, untuk menjadi pemandu termuda untuk menjuarai dua kejuaraan dunia berturut-turut. Vettel memenangi Kejuaraan Dunia F1 tahun 2012, dan menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu dalam sejarah sukan tersebut.[4]
Vettel juga memegang pelbagai rekod "paling muda" dalam Formula Satu. Vettel merupakan pemandu yang paling muda untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan rasmi Grand Prix, mendahului sebuah perlumbaan, mendapat petak pertama,[5] dan memenangi sebuah perlumbaan.[6]
Pada tahun 2013, Sebastian Vettel telah diumumkan sebagai Pengarah Prestasi bagi jenama automotif premiumInfiniti, yang juga merupakan penaja untuk pasukan Infiniti Red Bull Racing.
Vettel dilahirkan diHeppenheim,[3] dahulunya terletak diJerman Barat. Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Fabian, dan dua kakak, Melanie dan Stefanie. Vettel mengatakan dalam satu temu bual bahawa wira zaman kanak-kanaknya adalah "Tiga Michaels", iaituMichael Schumacher,Michael Jordan danMichael Jackson. Beliau menyatakan bahawa beliau mahu menjadi penyanyi seperti Michael Jackson tetapi menyedari bahawa beliau tidak mempunyai suara yang merdu.[7] Vettel juga merupakan seorang peminatThe Beatles dan mengumpul beberapa rekod mereka termasukAbbey Road dan lagu kegemarannya,Drive My Car. Dalam sebuah sesi temu bual dalam rancanganTop Gear, Vettel menyatakan bahawa beliau ialah adalah seorang peminat komedi British sepertiLittle Britain danMonty Python's Life of Brian. Vettel tinggal diThurgau dan merupakan peminat pasukanbola sepak Jerman,Eintracht Frankfurt. Vettel menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berdaya saing, suka bersendirian dan bukan seorang yang penyabar. Vettel juga muncul dalam iklanHead & Shoulders. Dalam versi JermanCars 2, Vettel membuat penampilan dalam filem tersebut dalam versi alih-suara.
Vettel mendemonstrasikan kereta lumba Formula Three Euroseries.
Dalam sebuah episod dalam rancangLate Show with David Letterman, Vettel berkata beliau memulakan kerjaya kart amaturnya pada umur 3½. Vettel memulakan kerjayanya denganperlumbaan kart pada tahun 1995, dan memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Junior Monaco Kart Cup pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau beralih kepada perlumbaankereta roda terbuka dan memenangi kejuaraan Formula BMW Jerman 2004 dengan 18 kemenangan daripada 20 perlumbaan.
Pada tahun 2005, beliau memandu untuk ASL Mücke Motorsport dalam kejuaraanFormula Three Euroseries. Beliau mendapat tempat kelima dalam kejuaraan tahun tersebut dengan 64 mata. Beliau menguji kereta Formula Satu Williams FW27 pada 27 September sebagai ganjaran untuk kejayaannya dalam kejuaraan Formula BMW. Beliau kemudiannya menguji bersama pasukanBMW Sauber.
2006 merupakan sebuah tahun yang sibuk bagi Vettel. Beliau berlumba dalam musim keduanya dalam F3 Euroseries, dan berlumba dalam dua perlumbaan dalam kejuaraanRenault World Series dan menjadi pemandu ujian bagi Sauber dalam Formula Satu. Beliau memenangi beberapa buah perlumbaan, namun gagal menjadi juara keseluruhan dalam mana-mana siri tersebut.[8]
Vettel menjadi naib juara dalam kejuaraanFormula Three Euroseries 2006, di belakang juara dan rakan sepasukan,Paul di Resta. Beliau juga membuat penampilan sulungnya dalam kejuaraan World Series by Renault di Misano. Beliau memenangi perlumbaan tersebut selepasPastor Maldonado disingkirkan.[9] Bagaimanapun, pada perlumbaan seterusnya diSpa-Francorchamps, Vettel hampir kehilangan jarinya disebabkan serpihan yang terbang dalam sebuah kemalangan, dan dijangka direhatkan untuk beberapa perlumbaan. Walau bagaimanapun, beliau berjaya untuk bersaing dalam Ultimate Masters F3 di Zandvoort pada hujung minggu berikutnya dan mendapat tempat keenam. Beliau juga menetapkan masa pusingan yang ketiga terpantas dan ia mengejutkan ketua pasukan ASM, Frédéric Vasseur. Vasseur berkata: "Saya tentunya kagum, kerana pada awal minggu ini, saya pasti dia tidak dapat berlumba tetapi beliau menunjukkan kadar yang baik daripada sesi latihan pertama. Saya tidak dapat membayangkan dia sihat 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa kita boleh lebih berdaya saing dalam perlumbaan Euroseries seterusnya pada hujung minggu depan diNürburgring, itu yang penting."
Vettel bersaing dalam kejuaraanWorld Series by Renault pada tahun 2007, dan mendapat kemenangan pertamanya di Nürburgring. Beliau sedang mendahului kejuaraan tersebut semasa beliau dipanggil untuk berlumba dalam Formula Satu. Selapas Vettel meninggalkan siri dunia tersebut, tempatnya diambil olehMichael Ammermüller.[10]
Vettel semasa sesi latihan bebas di Grand Prix Brazil 2006.Vettel membuat penampilan sulung Formula Satunya diGrand Prix Amerika Syarikat 2007 dengan memandu untukBMW Sauber.
Pada penampilan sulung beliau dalam sebuah sesi ujian Formula Satu, Vettel menetapkan masa terpantas pada Sesi Latihan Bebas pada hari Jumaat sebelum perlumbaan.[11] Pada sesi ujian keduanya diGrand Prix Itali, beliau menetapkan masa terpantas pada kedua-dua sesi latihan hari Jumaat, di mana kesemuakereta BMW mencatatkan masa yang pantas, dan Robert Kubica berjaya menamatkan perlumbaan di ataspodium.
Vettel telah disahkan sebagai pemandu ujianBMW bagimusim 2007.[12] Berikutan kemalangan serius Kubica diGrand Prix Kanada, Vettel menggantikan beliau untukGrand Prix Amerika Syarikat. Vettel telah menarik diri pada pertengahan musim siri Formula Renault. Beliau bermula dari tempat ketujuh dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, dan menjadi pemandu termuda untuk mendapat mata dalam Formula Satu (pada umur 19 tahun dan 349 hari), rekod ini dahulunya dipegang oleh Jenson Button, yang berusia 20 tahun dan 67 hari apabila dia mendapat tempat keenam di Grand Prix 2000 Brazil.[13]
Pada 31 Julai 2007, BMW melepaskan Vettel untuk menyertai pasukanToro Rosso, dan menggantikanScott Speed dariGrand Prix Hungary dan seterusnya.[14] Beliau mendapat kira-kira AS$ 165,000 selepas menamatkan musim ini dengan Toro Rosso.[15] Sebelum perlumbaan tersebut, Toro Rosso menyatakan bahawa Vettel akan memandu untuk mereka bagimusim 2008.[16]
Vettel bergelut dalam beberapa perlumbaan pertamanya dengan pasukan baharunya itu, tetapi Vettel dapat berkecimpung dengan baik dalam perlumbaan kelima dan keenamnya. Dalam suasana hujan diGrand Prix Jepun diFuji Speedway, Vettel berkerja keras sehingga ke tempat ketiga, di belakangLewis Hamilton danMark Webber, dan seakan-akan mendapat podium pertamanya dan untuk Toro Rosso. Walau bagaimanapun, Vettel terempuh belakang kereta Webber di bawah keadaan kereta keselamatan. Webber berkata kepada wartawan ITV,Louise Goodman, "Dia ni seorang budak... budak dengan pengalaman yang tidak cukup - anda melakukan kerja dengan baik dan kemudian mereka menghancurkan kesemuanya". Vettel pada mulanya dihukum dengan penalti 10-petak kedudukan bagi perlumbaan berikutnya, namun penalti tersebut ditarik balik selepas sebuah rakaman video penonton diYouTube menunjukkan bahawa kejadian tersebut mungkin berlaku disebabkan oleh kelakuan Hamilton di belakang kereta keselamatan.
Pemilik Red Bull,Dietrich Mateschitz menyatakan yang Vettel telah memenangi kepercayaan beliau, dan Vettel akan menjadi salah satu bintang besar Formula Satu pada masa akan datang. "Vettel ialah salah satu daripada orang-orang muda dengan potensi yang luar biasa [...] Beliau sangat cepat, bijak, dan sangat berminat dalam bahagian teknikal."[17]
Musim 2008 tidak bermula dengan baik bagi Vettel. Beliau gagal menamatkan keempat-empat perlumbaan pertamanya bagi musim ini. Namun diGrand Prix Turki beliau mendapat tempat ke-17. Pada perlumbaan seterusnya diMonaco, Vettel mendapat mata pertamanya bagi musim ini dengan mendapat tempat kelima. Beliau sekali lagi mendapat mata diGrand Prix Kanada, selepas bergelut denganHeikki Kovalainen pada saat-saat akhir perlumbaan untuk mendapat mata kejuaraan terakhir, setelah memulakan perlumbaan tersebut dari lorong pit. DiGrand Prix Perancis, Vettel mendapat tempat ke-12. DiGrand Prix British, Vettel terpaksa bersara selepas dilanggar olehDavid Coulthard dan terperangkap di atas batu kerikil bersamanya. Vettel sekali lagi mendapat mata diGrand Prix Jerman, setelah menangkisFernando Alonso dan mendapat tempat kelapan. Vettel bersara diGrand Prix Hungary selepas enjin keretanya menjadi terlalu panas semasa perhentian pit pertamanya. DiGrand Prix Eropah, Vettel menamatkan perlumbaan di tempat keenam, dua saat di belakangJarno Trulli.
DiGrand Prix Itali, Vettel menjadi pemandu termuda dalam sejarah untuk memenangi Grand Prix Formula Satu.[18] Pada umur 21 tahun dan 74 hari, Vettel memecahkan rekod yang ditetapkan oleh Fernando Alonso di Grand Prix Hungary 2003 apabila Vettel menang dalam keadaan basah di Monza.[19] Vettel mendahului majoriti Grand Prix tersebut dan melintasi garisan penamat 12.5 saat di hadapan pemanduMcLaren, Heikki Kovalainen. Ia merupakan podium pertamanya dan kemenangan pertama pasukan Toro Rosso. Beliau menjadi pemandu termuda untuk mendapat petak pertama, selepas menetapkan masa terpantas pada sesi kelayakan bahagian kedua dan ketiga. Beliau juga menjadi pemandu yang termuda untuk mendapat podium. Bos pasukan Toro Rosso, Gerhard Berger berkata, "Seperti hari ini, beliau membuktikan yang dia boleh memenangi perlumbaan, namun dia boleh memenangi Kejuaraan Dunia. Dia seorang lelaki yangcool".[20] Vettel kemudiannya mendapat tempat kelima diGrand Prix Singapura. DiJapan, beliau mendapat tempat keenam selepas dinaikan dari tempat ketujuh selepas Bourdais dikenakan penalti kerana berlanggar denganFelipe Massa.
DiGrand Prix Brazil, selepas bergelut setinggi tempat kedua, Vettel memintas Lewis Hamilton dalam keadaan hujan untuk tempat kelima pada pusingan kedua terakhir untuk menyumbang kepada klimaks yang mendebarkan bagi musim ini. Vettel hampir menyebabkan pemandu McLaren itu kehilangan kejuaraannya sebelumTimo Glock memperlahankan keretanya pada pusingan terakhir (Glock bergelut dengan tayar kering dalam keadaan hujan lebat) dan membolehkan kedua-dua Vettel dan Hamilton memintas Glock. Hamilton memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia tahun tersebut dan Vettel mendapat tempat keempat.
Selepas tamatnya musim 2008, Vettel dinamakan sebagaiRookie of the Year di Autosport Awards.[21]
Pada awal musim 2009, Vettel menggantikanDavid Coulthard yang bersara, dan bermula dengan kukuh diGrand Prix Australia, dengan mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan dan berada pada kedudukan kedua untuk majoriti perlumbaan tersebut. Walau bagaimanapun, beliau berlanggar denganRobert Kubica ketika berebut untuk tempat kedua pada saat-saat akhir perlumbaan yang memaksa kedua-dua mereka bersara. Vettel cuba untuk menamatkan perlumbaan dengan tiga roda belakang keretanya di bawah keadaan kereta keselamatan untuk mengutip beberapa mata kejuaraan, namun beliau terpaksa bersara dari perlumbaan tersebut. Beliau menyangka bahawa beliau dapat mencuba taktik ini kerana dengan adanya bendera kuning, pemandu lain tidak boleh memotongnya. Sebaliknya beliau diberikan penalti 10-petak kedudukan untuk perlumbaan seterusnya diMalaysia dan Red Bull Racing telah didenda kerana mengarahkan beliau untuk meneruskan perlumbaan walaupun selepas kerosakan itu berlaku.[22] Di Malaysia, beliau berjaya untuk mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan, namun telah diturunkan ke tempat ke-13 disebabkan penalti beliau. Vettel kemudiannya bersara dari perlumbaan tersebut, sejurus sebelum perlumbaan dihentikan kerana keadaan cuaca yang buruk.[23] Walau bagaimanapun diGrand Prix China, beliau mendapat petak pertama kedua kerjayanya, dan yang pertama bagi Red Bull Racing. Beliau memenangi perlumbaan tersebut di hadapan rakan sepasukan, Mark Webber.[24] Pada usia 21 tahun dan 287 hari, Vettel menjadi pemandu Grand Prix termuda dalam sejarah Formula Satu untuk memenangi perlumbaan untuk dua pasukan yang berbeza, selepas memenangiGrand Prix Itali 2008 untuk pasukanToro Rosso.
DiBahrain, Vettel bermula dari tempat ketiga, dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua. DiGrand Prix Sepanyol, beliau mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, namun menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keempat. Vettel memenangiGrand Prix British selepas mendapat petak pertama.[25] DiGrand Prix Jerman, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Webber, yang memenangi perlumbaan Grand Prix pertamanya.[26] DiHungary, Vettel terpaksa bersara daripada perlumbaan selepas mengalami kerosakan pada keretanya selepas berlanggar dengan keretaKimi Räikkönen pada pusingan pertama.[27]
DiGrand Prix Eropah, beliau terpaksa bersara kerana mengalami kegagalan enjin.[28]. Beliau menduduki tempat ketiga pada pusingan kelayakan diSpa-Francorchamps. Beliau memenangiGrand Prix Jepun dari petak pertama dan mengetuai setiap pusingan perlumbaan tersebut.[29]
DiBrazil, Vettel hanya mampu bermula dari tempat ke-16 disebabkan hujan. Vettel perlu mendapat sekurang-kurangnya tempat kedua pada perlumbaan tersebut untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia Pemandu pertamanya. Beliau mendapat tempat keempat dan Button menamatkan perlumbaan tersebut di belakangnya, dan menyebabkan Button memenangi gelarantersebut. Secara rasminya, Vettel menamatkan musim 2009 di tempat kedua selepas memenangiGrand Prix Abu Dhabi, sekali lagi di hadapan Webber dengan Button melengkapkan kedudukan podium. Pada akhir musim 2009, Vettel memenangi anugerahDHL Fastest Lap Award.[30]
Vettel meneruskan kerjayanya dengan Red Bull bagi musim 2010 dan mendapat petak pertama diGrand Prix Bahrain. Vettel mengetuai kebanyakan pusingan perlumbaan tersebut, namun kegagalan palam pencucuhnya menyebabkan kereta beliau lebih perlahan daripada kedua-dua keretaFerrari danMcLaren. Hamilton berjaya memotong Vettel dalam perlumbaan tersebut. Selepas cabaran yang ringkas dari Rosberg, beliau akhirnya mendapat tempat keempat.
DiGrand Prix Australia, Vettel dilantik sebagai seorang pengarah Persatuan Pemandu Grand Prix.[31] Beliau bermula dari tempat kedua di Australia, di hadapan rakan sepasukan, Webber, namun bersara dari perlumbaan tersebut kerana skru tayar keretanya longgar ketika mengetuai perlumbaan. DiGrand Prix Malaysia, dia mendapat kemenangan pertamanya dalam musim ini selepas memotong Webber dan Nico Rosberg pada sekeloh pertama perlumbaan.[32]
Vettel bermula dari petak pertama diChina. Pada permulaan perlumbaan basah, Fernando Alonso 'bermula-lompat',[33] dan Vettel dipotong oleh Webber, lalu jatuh ke tempat ketiga. Hujan yang semakin lebat memaksa Vettel dan Webber untuk memasuki pit mereka pada masa yang sama untuk menukar tayar mereka. Vettel dengan perlahannya bangkit kembali untuk mendapat tempat keenam, dan Webber mendapat tempat ketujuh. DiGrand Prix Sepanyol, Vettel mengalami masalah brek utama namun Vettel berjaya mendapat tempat ketiga selepas Hamilton terbabas pada pusingan kedua terakhir perlumbaan.
DiGrand Prix Monaco, Vettel memotong Kubica dan Red Bull mendapat keputusan 1-2. Vettel memulakan perlumbaannya diGrand Prix Eropah di petak pertama dan mendapat kemenangan keduanya musim ini.
Vettel bermula dari petak pertama diAbu Dhabi untuk menjuarai Kejuaraan Dunia Pemandu Formula Satu pertama beliau.
DiGrand Prix British, kedua-dua kereta Vettel dan Webber telah dipasang dengan reka bentuk sayap depan yang baru. Sayap depan Vettel telah rosak dalam sesi latihan bebas ketiga dan sayap depan tunggal Webber yang masih berfungsi telah dikeluarkan dan diberikan kepada Vettel. Vettel mendapat petak pertama namun beliau mengalami kebocoran tayar. Beliau kemudiannya mendapat tempat ketujuh, sementara Webber memenangi Grand Prix tersebut. DiGrand Prix Jerman, beliau mendapat petak pertama dan mendapat tempat ketiga selepas memulakan perlumbaan dengan teruk. DiGrand Prix Itali, beliau mendapat tempat keempat. DiJepun, beliau mendapat petak pertama berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Pada umur 23 tahun dan 98 hari, Vettel menjadi pemandu termuda untuk menang di litar yang sama sebanyak dua kali, setelah memenangiGrand Prix Jepun 2009 diSuzuka pada tahun 2009. Di Grand PrixKorea yang pertama, Vettel mendapat petak pertama sekali lagi dan mengetuai 45 pusingan pertama perlumbaan tersebut sebelum bersara kerana kegagalan enjin. Alonso memenangi perlumbaan tersebut.
DiGrand Prix Brazil, Vettel mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, namun berjaya memenangi perlumbaan. Dengan Red Bull mendapat keputusan 1-2 di Brazil, Red Bull Racing memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia Formula Satu yang pertama mereka. Vettel menang diAbu Dhabi setelah bermula dari petak pertama sekali lagi dan mendahului Kejuaraan Pemandu Dunia untuk pertama kali dalam kerjayanya dan menjadi juara dunia termuda dalam Formula Satu.[34]
Selepas pembatalanGrand Prix Bahrain, Vettel memulakan musim 2011 dengan penuh gaya diAustralia dengan mendapat petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut di hadapan pemandu McLaren, Lewis Hamilton. Vettel terus mempertahankan gelarannya diGrand Prix Malaysia, di mana beliau menang sekali lagi. Vettel mendapat petak pertama diGrand Prix China, dan mendominasi perlumbaan tersebut, namun pengurusan tayar yang tidak teratur menghantui beliau pada saat-saat akhir perlumbaan dan beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua.[35]
DiGrand Prix Turki, beliau mendapat petak pertama yang kelimanya berturut-turut dan memenangi perlumbaan tersebut. DiGrand Prix Sepanyol, coretan petak pertama beliau berakhir kerana KERS beliau gagal berfungsi. Rakan sepasukan beliau, Webber, mendapat petak pertama, namun Vettel memenangi perlumbaan tersebut.[36] DiMonaco, beliau mendapat petak pertama dengan masa kedua terpantas kelayakan dalam sejarah Grand Prix Monaco. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan pemandu Ferrari, Fernando Alonso.
Vettel diGrand Prix Monaco, di mana beliau memenangi perlumbaan kelimanya dari enam perlumbaan musim ini.
DiGrand Prix Kanada, beliau mendapat petak pertama, namun menamatkan perlumbaan di tempat kedua. DiGrand Prix Eropah, FIA menguatkuasakan pengharaman pemetaan enjin. Ia telah dipercayai oleh pihak media bahawa ia adalah satu percubaan oleh FIA untuk menggagalkan penguasaan Vettel musim ini.[37] Perubahan ini sedikit sebanyak menghalang Vettel untuk mencatatkan masa pusingan terpantas.
DiGrand Prix Jerman, beliau bermula dari tempat ketiga, namun gagal mendapat podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat. Cengkaman mekanikal kereta McLaren menewaskan pasukan Red Bull dalam keadaan hujan diGrand Prix Hungary. Walaupun mendapat petak pertama, beliau dipotong oleh kedua-dua Hamilton dan Button. Vettel akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. DiBelgium, Vettel memenangi perlumbaan ketujuhnya dalam musim ini, dan yang ke-17 dalam kerjayanya. DiItali, beliau mendapat petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut selepas memotong Alonso, yang telah mendahului Vettel pada awal perlumbaan. DiSingapura, Vettel menang sekali lagi dan mendapat kemenangan kesembilan beliau bagi musim ini dengan baki lima perlumbaan.
Vettel diGrand Prix Jepun 2011, di mana beliau memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu yang keduanya.
Vettel tiba diGrand Prix Jepun dengan memerlukan hanya satu mata kejuaraan untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia yang keduanya. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan berjaya merangkuli kejuaraan tersebut. DiGrand Prix Korea, Vettel bermula dari tempat kedua, namun berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Vettel mendapat kemenangan terakhirnya bagi musim ini diIndia setelah mendahului setiap pusingan dari petak pertama, serta menetapkan masa terpantas pusingan perlumbaan tersebut pada pusingan terakhir.
DiAbu Dhabi, Vettel mendapat petak pertama, tetapi beliau bersara pada pusingan pertama disebabkan tayar keretanya pancit. Vettel kemudiannya memecahkan rekod untuk petak pertama yang terbanyak banyak dalam satu musim pada perlumbaan seterusnya diBrazil. Beliau mendahului perlumbaan perlumbaan tersebut, tetapi masalah masalah kotak gear pada awal perlumbaan menghantuinya. Beliau membenarkan rakan sepasukannya, Webber, untuk memotong beliau selepas masalah kotak gearnya semakin teruk. Walaupun dengan masalah ini, Vettel menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Vettel menamatkan musim 2011 dengan 15 petak pertama, 11 kemenangan dan 17 podium dari 19 perlumbaan. Beliau juga mendapat rekod jumlah mata sebanyak 392 pada musim ini.
Vettel kekal bersama Red Bull bagi musim 2012,[38] dan sekali lagi menjadi rakan sepasukan Mark Webber. Vettel mendapat tempat kedua pada perlumbaan pembukaan musim ini diAustralia.[39] Vettel bermula dari tempat kelima diMalaysia, setelah dinaikkan kedudukan selepasKimi Räikkönen menerima penalti. Namun, salah satu daripada tayar Vettel pancit setelah dilanggar oleh keretaHRT kepunyaanNarain Karthikeyan pada pusingan ke-47. Vettel jatuh ke tempat ke-12 selepas menggantikan tayar yang pancit itu dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, selepasPastor Maldonado bersara pada peringkat akhir perlumbaan kerana kegagalan enjin.
Selepas perlumbaan di Malaysia, Vettel dan bos Red Bull,Christian Horner mengkritik gaya pemanduan Karthikeyan dan Vettel memanggil Karthikeyan "bodoh".[40] Karthikeyan membalas kembali dengan memanggil Vettel sebagai "pengadu". Kemudiannya Karthikeyan dan Vettel memutuskan untuk berdamai.
Vettel mendapat kemenangan pertamanya bagi musim 2012 diBahrain.
Vettel mendapat petak pertama diBahrain dan berjaya memenangi perlumbaan tersebut. DiSepanyol, beliau berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai pendahulu kejuaraan pemandu, namun hanya mendapat tempat keenam setelah bermula dari tempat ketujuh. DiMonaco, beliau memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh kerana tidak mengambil bahagian dalam sesi kelayakan bahagian ketiga, dengan alasan untuk menjimat tayar bagi perlumbaan hari berikutnya. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keempat. DiGrand Prix Eropah, beliau mendapat petak pertama yang ke-33 kerjayanya. Namun kegembiraan beliau tidak bertahan lama selepas pengulang-alik keretanya rosak ketika beliau mendahului perlumbaan tersebut. DiGrand Prix British, Vettel mendapat tempat keempat dalam sesi yang dilanda hujan dan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, dan mendapat podium pertamanya selepasGrand Prix Bahrain. DiJerman, Vettel mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan dalam keadaan hujan lebat. Di saat-saat akhir perlumbaan, Vettel memotongJenson Button untuk tempat kedua dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Namun selepas perlumbaan, steward perlumbaan menambah 20 saat kepada klasifikasi beliau kerana memotong Button di luar kawasan yang dibenarkan dan menjatuhkan beliau ke tempat kelima. DiGrand Prix Hungary, Vettel mendapat tempat keempat selepas bermula dari tempat ketiga. DiGrand Prix Belgium, Vettel tidak dapat melayakkan diri ke pusingan kelayakan bahagian ketiga, dan terpaksa bermula dari tempat ke-11. Namun beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua setelah beraksi dengan cemerlang pada perlumbaan tersebut. DiGrand Prix Itali, beliau gagal untuk menamatkan perlumbaan kerana pengulang-alik keretanya rosak sekali lagi. Situasi ini juga berlaku pada Vettel di Grand Prix Eropah pada awal musim.
Akhirnya diSingapura, Vettel berjaya mencari jejak kejayaannya dengan memenangi perlumbaan tersebut selepas Lewis Hamilton terpaksa bersara pada awal perlumbaan disebabkan masalah kotak gear. Vettel mendapat kemenangan keduanya berturut-turut selepas memenangi perlumbaan diJepun, setelah bermula dari petak pertama. Beliau juga menerajui kesemua pusingan dalam perlumbaan tersebut dan tidak menerima sebarang tekanan daripada Felipe Massa, yang mendapat tempat kedua. DiGrand Prix Korea, Vettel terpaksa bermula dari tempat kedua selepas rakan sepasukan, Mark Webber, mendapat petak pertama. Namun begitu, Vettel berjaya memotong Webber pada selekoh pertama dan memenangi perlumbaan tersebut, serta menerajui kesemua pusingan perlumbaan. DiIndia, Vettel memulakan perlumbaan dari petak pertama dan memenangi perlumbaan tersebut, termasuk menerajui kesemua pusingan perlumbaan. Namun beliau gagal untuk mendapat Grand Slam selepas Jenson Button menetapkan masa pusingan terpantas perlumbaan pada pusingan terakhir perlumbaan.
Grand Prix Abu Dhabi merupakan sesi kelayakan yang paling berkontroversi dalam kerjaya Vettel, setelah menetapkan masa ketiga terpantas pada Q3. Selepas itu, Vettel telah diberitahu untuk memberhentikan keretanya. Isu pam bahan api kemudiannya didapati menjadi punca masalah ini dan beliau diberikan penalti, bermaksud Vettel perlu memulakan perlumbaan dari petak belakang, tetapi Red Bull kemudiannya memutuskan untuk membuat beberapa perubahan kepada kereta, dan Vettel bermula dari lorong pit. Walau bagaimanapun, dalam perlumbaan, Vettel berjaya untuk menamatkan perlumbaan di atas podium setelah mendapat tempat ketiga. Selepas mendapat podium diGrand Prix Amerika Syarikat, Vettel mempunyai peluang yang besar untuk memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia yang ketiga beliau diBrazil. Vettel memulakan perlumbaan di Brazil dengan kelebihan 13-mata di hadapan pesaing utama, Fernando Alonso. Pada awal perlumbaan, Vettel berpusing selepas berlanggar denganBruno Senna, dan jatuh ke tempat terakhir. Namun begitu, Vettel berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam, manakala Alonso mendapat tempat kedua. Dengan ini, Vettel memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia dengan tiga mata di hadapan Alonso.[4] Ini adalah kejuaraan dunia ketiga dan berturut-turut yang dimenangi oleh Vettel, dan sekaligus menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu.[4] Vettel juga menjadi pemandu yang ketiga untuk memenangi tiga kejuaraan berturut-turut, selepasJuan Manuel Fangio danMichael Schumacher.[41]
Vettel (kiri) memintas rakan sepasukan,Mark Webber (kanan), diGrand Prix Malaysia 2013 walaupun pasukannya menyuruh untuk tidak berbuat demikian.
Vettel memulakan musim kelimanya bersama Red Bull Racing dengan mendapat petak pertama diGrand Prix Australia 2013,[42] sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, 22 saat di belakang pemenang,Kimi Räikkönen.[43] Beliau mendapat petak pertama sekali lagi diGrand Prix Malaysia,[44] dan kemudiannya memenangi perlumbaan tersebut dalam keadaan kontroversi apabila Vettel mengabaikan arahan daripada pasukannya untuk tidak memintas rakan sepasukan,Mark Webber. Sebelum perlumbaan tersebut bermula, pasukan telah bersetuju bahawa kedua-dua pemandu bebas untuk berlumba sesama-sendiri sebelum perhentian pit terakhir, dan sesiapa yang berada di hadapan selepas perhentian pit terakhir akan memenangi perlumbaan itu. Pasukan Red Bull berada di tempat pertama dan kedua selepas perhentian pit terakhir, dengan Webber keluar daripada pit dan mendahului perlumbaan, dan menjangkakan bahawa Vettel akan mengekalkan kedudukannya. Vettel, bagaimanapun, mengabaikan perintah tersebut, dan memintas Webber dengan baki sebelas pusingan. Webber naik berang selepas perlumbaan, dan mendakwa bahawa Vettel tidak akan dikenakan apa-apa tindakan atas perbuatanya itu kerana beliau akan dilindungi oleh pasukan.[45] Ketua pasukan,Christian Horner menafikan perkara ini, dengan menunjukkan bahawa Webber telah mencabar perintah pasukan beberapa kali sebelum ini, tetapi mengakui bahawa hubungan antara kedua-dua pemandunya itu tidak akan pulih lagi.[46] Pengurus Webber dan bekas ketua pasukan,Flavio Briatore, mendakwa bahawa kejadian tersebut telah merosakkan hubungan mereka.[47] Vettel memohon maaf atas tindakannya, dengan mendakwa telah mengabaikan perintah itu secara tidak sengaja, walaupun mengetahui bahawa beliau perlu mengekalkan kedudukannya. Vettel kemudiannya menarik balik permohonan maafnya, dan mendakwa bahawa beliau tidak berasa salah selepas memenangi perlumbaan tersebut, dan jika keadaan ini berlaku lagi, beliau akan tetap memintas Webber walaupun pasukannya tidak menyuruhnya untuk berbuat demikian, sambil menambah bahawa beliau merasakan yang Webber tidak layak untuk memenangi perlumbaan tersebut.[48]
DiGrand Prix China, Vettel bermula di tempat kesembilan, selepas tidak menetapkan sebarang masa pada sesi kelayakan bahagian ketiga, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-4, dan menetapkan masa pusingan terpantas. Vettel menang selepas bermula di tempat kedua diBahrain, dengan memintasNico Rosberg pada awal perlumbaan. Vettel kekal sebagai pendahulu kejuaraan selepas mendapat tempat ke-4 diSepanyol, dan ke-2 diGrand Prix Monaco. Vettel memenangi perlumbaan diMontreal setelah bermula dari petak pertama dan selepas perlumbaan tersebut, beliau mendahului kejuaraan dengan 36 mata di hadapanFernando Alonso.
Pada 21 Ogos 2009, ia diumumkan bahawa Vettel telah melanjutkan kontraknya bersama Red Bull sehingga akhir musim 2011,[49] dengan pilihan untuk musim 2012. Pilihan tersebut telah diambil oleh Vettel pada 14 Mac 2011 dan Vettel melanjutkan kontraknya dengan pasukan itu sehingga akhir tahun 2014.[50] Vettel pernah meluahkan hasratnya untuk berlumba bersama pasukan Ferrari pada satu hari nanti, dan diketahui bahawa Vettel tidak terikat dengan pra-kontrak bersama Ferrari, manakala Red Bull percaya bahawa beliau akan kekal bersama mereka selagi Red Bull membekalkan kereta yang berdaya saing.[51] SebelumGrand Prix Jepun 2011, penasihat Red Bull,Helmut Marko, meluahkan perasaan beliau untuk melanjutkan kontrak Vettel selama dua tahun, sehingga tahun 2016.[52]
Pada bulan Februari 2012, Vettel diberikan anugerah sukan tertinggi di Jerman, iaitu Silberne Lorbeerblatt, bagi mengiktiraf pencapaian beliau dalam Formula Satu.[53]