Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Seattle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat bandar Seattle dari Kerry Park. Space Needle adalah struktur tertinggi dalam gambar ini.

Seattle adalahbandar pelabuhan dan terbesar di barat lautAmerika Syarikat. Bandar ini terletak di negeriWashington di antaraPuget Sound danTasik Washington, lebih kurang 170 km dari selatan sempadanKanada-Amerika Syarikat.

Kawasan Seattle sudah didiami manusia sejak 4,000 tahun[1], akan tetapi penempatan bangsa Eropah hanya bermula pada pertengahan kurun ke-19. Penempatan tetap kulit putih yang pertama terbentuk dengan kedatangan kumpulan yang diketuai oleh Arthur A. Denny pada13 November1851. Penempatan-petempatan awal di kawasan ini dipanggil "New York-Alki" ("Alki" bermaksud"bye and bye" dalam bahasa kaum pribumi Amerika SyarikatChinook) dan "Duwamps". Pada tahun 1853, Doc Maynard mencadangkan nama "Seattle", yang diambil dari nama Inggeris salah seorang ketua kaum pribumi tempatan.

Bandar ini mempunyai populasi seramai 4.1 juta bagi kawasan metropolitan (2022). Kawasan metropolitan Seattle dikenali sebagai Puget Sound, juga termasuk Tacoma, Bellevue dan Everett. Dari tahun 1869 sehingga 1982, Seattle dikenali sebagai "Kota Permaisuri"[2]. Kini, bandar ini secara rasmi diberi nama "Kota Zamrud", yang merujuk kepada kehijauan kawasan persekitaran. Seattle juga dikenali sebagai "Gerbang ke Alaska", "Kota Hujan" dan "Kota Jet" kerana di sini juga terletak ibu pejabatBoeing. Syarikat lain yang beribu pejabat di sini adalah gergasi perisian komputerMicrosoft dan kedai kopiStarbucks.

Seattle menjadi tuan rumah kepada sidangPertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada tahun 1999 yang menyaksikan demonstrasianti-globalisasi. Bandar ini juga terkenal sebagai tempat kelahiran budayagrunge.

Ikon bandar ini yang paling terkenal adalah menaraSpace Needle yang didirikan pada tahun 1962. Space Needle sering dilihat dalam siri TV sepertiFrasier,Grey's Anatomy serta filem-filem sepertiSleepless in Seattle.

Pendidikan

[sunting |sunting sumber]

Antara pusat pendidikan tinggi di bandar ini adalah:

  • University of Washington (disebut "UW" atau "Udab")
  • Seattle University
  • Seattle Pacific University
  • City University
  • Antioch University
  • Arts Institute of Seattle
  • Seattle Community College yang terdiri dari tiga cabang: Utara, Tengah dan Selatan.

Sukan

[sunting |sunting sumber]

Nota kaki

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Doree Armstrong (2007-10-04)."Feel the beat of history in the park and concert hall at two family-friendly events". Seattle Post-Intelligencer. Dicapai pada2007-11-01.Check date values in:|date= (bantuan)
  2. ^Greg Lange (1998-11-04)."Seattle receives epithet Queen City in 1869". HistoryLink. Dicapai pada2007-10-26.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Seattle&oldid=6333261"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp