Kelas Scyphozoa adalah berasal daripada perkataanGreekskyphos ( σκύφος ), yang merujuk kepada sejenis cawan minuman yang bentuknya seakan sama dengan Scyphozoa.[3]
Obor-obor spesies Scyphozoa depercayai telah wujud dari zamanKambrium sehingga kini.[1]
Kebanyakan spesies Scyphozoa mempunyai tiga fasa kitar hidup, iaitumedusa planktonik polip dan bentuk obor-obor (matang). Medusa dalam kebanyakan spesies berkembang secara pesat dan mencapai matang dalam tempoh yang lama, kemudian ia akan mati sebaik sahaja selepas pembiakan. Dalam fasa medusa, mereka akan memakan pelbagai jenis ikan dan krutasea yang diburu menggunakan sel penyengat, iaitu nematocysts yang terdapat pada seluruh tentakelnya. Namun begitu, terdapat beberapa spesies yang menggunakan sesungutnya bagi tujuan menapis plankton daripada air. Pada peringkat polip, yang mana mereka akan melekat pada dasar laut dan hidup lebih lama. Scyphozoa hidup di sekitar permukaan air sehingga kawasan laut dalam. Scyphozoa yang besar dan berwarna warni kebiasaannya berada di zon pantai di seluruh dunia dan mempunyai saiz diameter antara 2 sentimeter sehingaa 40 sentimeter. Namun, spesies terbesar yang ditemui ialahCyanea capillatayang saiznya boleh mencecah sehinggga dua meter melintang.
Scyphozoa mempunyai empat bahagian yang simetri dan juga mempunyai bahan gelatin yang dipanggil sebagai mesoglea, iaitu tergolong dalam sel amoeboid mudah alih dari bahagian epidermis. Gelatin ini memberikan stuktur yang sama seperti rangka.
Meskipun begitu, keseluruhan Scyphozoan tidak mempunyai bahagian yang keras seperti tiada kepala, tiada organ pernafasan dan juga tiada organ perkumuhan.[4][5] Disebabkan mereka hanya terdiri daripada air (kira-kira 98 peratus air), oleh itu, Scyphozoa dan spesies obor-obor yang lain jarang ditemui dalam bentuk fosil.
Scyphozoa mengandungi kandungan vellum (membrane bulat di bahagian bawah payung yang membantu mendorong obor-obor berenang dalam air) yang rendah. Walaubagaimanapun, mesoglea di sekeliling tepi payung mengandungi gelang gentian otot yang membantu Scyphozoa untuk bergerak. Otot tersebut akan berdenyut dengan menguncup dan mengendur secara berulang-ulang[6] sehingga boleh mendorong Scyphozoa berenang dan bergerak dalam air.
Peringkat perkembangan kitaran hidup obor-obor scyphozoan : </br>1–3 Larva mencari tapak </br>4–8 Polip tumbuh </br>9–11 Polip strobilates </br>12–14 Medusa tumbuh
Kebanyakan spesies wujud secara gonochorists iaitu individu lelaki dan individu perempuan adalah berasingan. Gonad atau kelenjar seks terletak di lapisan perut dangamet matang dikeluarkan melalui mulut. Selepas persenyawaan berlaku, sesetengah spesies akan mengeram anak mereka di dalam kantung yang terletak dia bahagian sesungut dan sesetengah lagi akan membiarkan anak tersebut terampai sahaja.[7]
Telur yang disenyawakan akan menghasilkan larva planular yang mana ia akan melekat pada dasar laut. Larva kemudian berkembang menjadi polip kecil yang dikenali sebagai Scyphistoma. Scyphistoma membiak secara aseksual dan kemudian menghasilkan polip yang serupa dengan pucuk. Polip ini pula akan berubah menjadi dua keadaan berbeza, iaitu sama ada berubah menjadi medusa atau bercambah kepada beberapa medusa dari bahagian atasnya. Proses ini dipanggil sebagai strobilasi. Medusa ini akan mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk mencapai usia kematangan seksual.[7]
Scyphozoa termasuk jeli bulanAurelia aurita,[8] dalam ordo Semaeostomeae, danNemopilema nomurai yang sangat besar, dalam ordo Rhizostomeae, ditemui antara Jepun dan China dan yang dalam beberapa tahun menyebabkan gangguan perikanan besar.
Obor-obor yang dipancing secara komersial untuk makanan ialah Scyphomedusae dalam urutan Rhizostomeae .[9] Kebanyakan obor-obor rhizostome hidup dalam air suam.[10]
Walaupun Scyphozoa dahulunya dianggap termasuk haiwan yang kini dirujuk sebagai kelas Cubozoa dan Staurozoa, mereka kini hanya merangkumi tiga pesananyang masih ada (dua daripadanya berada dalam Discomedusae, subkelas Scyphozoa).[11] Kira-kira 200 spesies yang masih wujud diiktiraf pada masa ini, tetapi kepelbagaian sebenar mungkin sekurang-kurangnya 400 spesies.[11]
^Kramp, P. L. (1961). "Synopsis of the medusae of the world".Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom.40: 1–469.doi:10.1017/s0025315400007347.
^abDaly, Brugler, Cartwright, Collins, Dawson, Fautin, France, McFadden, Opresko, Rodriguez, Romano & Stake (2007).