Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Scott Speed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scott Speed
Speed pada tahun 2006 diIndianapolis Motor Speedway
Lahir (1983-01-24)24 Januari 1983 (umur 42)
Manteca, California
Kerjaya Kejuaraan DuniaFormula Satu
KewarganegaraanAmerika Syarikat Amerika
Tahun aktif20062007
TeamsToro Rosso
Entri28
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Bahrain 2006
Perlumbaan terakhirGrand Prix Eropah 2007
Kedudukan 2007Ke-21 (0 mata)

Scott Andrew Speed (lahir Januari 24, 1983) ialah seorang pemandu kereta lumba dariAmerika Syarikat. Dahulunya, Speed bersaing dalamFormula Satu untuk pasukanScuderia Toro Rosso. Beliau membuat penampilan sulungnya diGrand Prix Bahrain 2006; dan menjadi pemandu Amerika yang pertama untuk berlumba dalam F1 sejak Michael Andretti pada tahun 1993.

Kehidupan peribadi

[sunting |sunting sumber]

Speed kini tinggal di Mt. Holly,Carolina Utara, di mana beliau tinggal bersama isterinya, Amanda. Pada 4 Oktober 2011, Speed dan Amanda menyambut anak pertama mereka bersama-sama, seorang anak perempuan bernama Juliet Leigh di Charlotte, Carolina Utara.

Formula Satu

[sunting |sunting sumber]

2005

[sunting |sunting sumber]
Speed sebagai pemandu ketigaRed Bull diGrand Prix Amerika Syarikat 2005

Pada tahun 2005 diGrand Prix Kanada, Speed ​​mengambil bahagian sebagai pemandu ujian untuk pasukan Red Bull;[1] dan menjadi pemandu Amerika yang pertama untuk menyertai sebuah acara Formula Satu sejak Michael Andretti pada tahun 1993.[2] Speed juga mengambil bahagian pada sesi latihan bebas diGrand Prix Amerika Syarikat.[1]

Berikutan pembelianMinardi, Red Bull Racing mengumumkan pembentukanScuderia Toro Rosso, dengan Speed danVitantonio Liuzzi menjadi pemandu pasukan padamusim 2006.

2006

[sunting |sunting sumber]

Pada perlumbaan sulungnya diGrand Prix Bahrain, beliau mendapat tempat ke-13. Seminggu kemudian diGrand Prix Malaysia, beliau bersara selepas 41 pusingan akibat kegagalan klac.

DiGrand Prix Australia, ia kelihatan seolah-olah Speed telah mengutip mata pertama Toro Rosso. Namun begitu, beliau menerima penalti masa 25 saat kerana memintas kereta lain di bawah keadaan bendera kuning, dan menjatuhkannya ke tempat kesembilan dan gagal mendapat mata. Beliau juga didenda $5000 kerana menggunakan bahasa yang tidak sesuai kepadaDavid Coulthard semasa pendengaran steward selepas perlumbaan.

Beliau mendapat tempat ke-15 diGrand Prix San Marino. Seminggu kemudian, beliau mendapat tempat kesebelas diGrand Prix Eropah. Beliau bersara diGrand Prix Sepanyol selepas mengalami kegagalan enjin, dan diGrand Prix Monaco, beliau mendapat tempat ke-13.

Beliau bersara diGrand Prix British, beliau bersara pada pusingan pertama selepas berlanggar dengan padaRalf Schumacher. Speed bangkit kembali dan beraksi dengan baik diGrand Prix Kanada dengan mendapat tempat kesepuluh.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Speed mendapat peranan pada hari Jumaat". GPUpdate.net. 4 Jun 2005. Dicapai pada11 Januari 2013.
  2. ^"Scott Speed - Ask.com". google.com. Dicapai pada2010-07-10.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Scott Speed.
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Esteban Guerrieri
Juara Eurocup Formula Renault
2004
Diikuti oleh:
Kamui Kobayashi
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Scott_Speed&oldid=5200160"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp