Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Science

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Science 

Maklumat umum
DisiplinPelbagai disiplin
BahasaInggeris
Disunting olehBruce Alberts
Butiran penerbitan
Sejarah1880–kini (3 siri jilid)
PenerbitAAAS
Tempat penerbitanUtara AmerikaSunting nilai ini di Wikidata
Negara/wilayahA.S.
KekerapanMingguan
33.611 (2014)
Singkatan
ISO 4ScienceSunting nilai ini di Wikidata
Pengindeksan
CODENSCIEAS
ISSN0036-8075
1095-9203
LCCN17024346
JSTOR00368075
No. OCLC1644869
Pengiktirafan
Pautan
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Science ialahjurnal akademik keluaran Persatuan Pemajuan Sains Amerika Syarikat (dalambahasa Inggeris: American Association for the Advancement of Science)[1][2] dan merupakan salah satu jurnal saintifik terkemuka di dunia.[3] Fokus utama jurnal ini ialah menerbitkanpenyelidikansaintifik asli penting dan penilaian penyelidikan, namunScience juga menerbitkan berita berkaitan sains, pandangan terhadapdasar sains dan perkara lain yang menarik minatahli sains dan mereka yang memberi perhatian kepada kesan meluas sains danteknologi terhadap dunia.Science dan pesaingnyaNature meliputi semua jurusan sains berbanding dengan dengan kebanyakan jurnal saintifik yang menumpukan kepada satu bidang tertentu.

Jurnaldinilai sebaya ini mula diterbitkan pada 1880 oleh John Michels, seorang wartawan dariBandar Raya New York, dengan sokongan kewangan daripadaThomas Edison danAlexander Graham Bell.[4][5] Ia diedarkan setiap minggu dan memiliki pangkalan pelanggan bercetak sekitar 130,000. Dengan mengambil kira langganan institusi dan capaian dalam talian yang dapat mencapai khalayak lebih ramai, jumlah pembacanya dianggarkan seramai satu juta orang.[6]Faktor kesanScience pada 2014 ialah 33.611 (seperti diukurInstitute for Scientific Information).[perlu rujukan]

Walaupun ia merupakan jurnalAmerican Association for the Advancement of Science, keanggotaan AAAS tidak diperlukan untuk menerbit dalamScience. Kertas kerja diterima daripada penulis di seluruh dunia. Persaingan untuk menerbit dalamScience sangat hebat, kerana rencana yang diterbitkan dalam jurnal yang sebutannya tinggi ini boleh membawa kepada perhatian umum dan kemajuan kerjaya para penulis. Kurang daripada 10% rencana yang dihantar kepada penyumting diterima untuk penerbitan dan semua rencana penyelidikan akan dinilai sebaya sebelum muncul dalam jurnal.

Science berpangkalan diWashington, D.C., Amerika Syarikat, dengan pejabat kedua diCambridge, England.

Jurnal keluarga

[sunting |sunting sumber]

Jurnal-jurnal lain yang diterbitkan Persatuan Pemajuan Sains Amerika Syarikat termasukScience Signaling,Science Translational Medicine danScience Advances. Pada tahun 2015, Holt mengumumkan pengembangan lain:Science Robotics danScience Immunology akan mula diterbitkan pada pertengahan tahun 2016.[7]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"AAAS – AAAS News Release". Aaas.org. Dicapai pada2010-05-15.
  2. ^"AAAS Annual Report-Science". Aaas.org. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-05-25. Dicapai pada2010-05-15.
  3. ^Michael D. Lemonick (7 Mac 2011)."Alien Life Discovered in a Meteorite! Or Maybe No". Time magazine online. Diarkibkan daripadayang asal(laman web) pada 2013-08-24. Dicapai pada2011-10-03.The paper, meanwhile, had been published in Science, one of the world's top scientific journals, which gave it even more apparent gravitas.
  4. ^"Thomas A. Edison and the Founding of Science: 1880".Science.105 (2719): 142–148. 7 February 1947.Bibcode:1947Sci...105..142..doi:10.1126/science.105.2719.142.PMID 17813458.a weekly journal devoted mainly to physical science and invention, entitled Science, and Mr. [A. Graham] Bell purchased from Mr. John Michels for $5,000 the title and good will of this journal. Continuity of the publication was not, however, maintained, and the present journal [Science] dates from 1883. Mr. Thomas A. Edison had been responsible for the foundation of the earlier Science
  5. ^Grosvenor, Edwin S.; Wesson, Morgan (2016).Alexander Graham Bell. New Word City.ISBN 978-1612309842.In 1881, the old rivalry between Bell and Thomas Edison spilled over into the field of publishing. Science Magazine had been founded the year before with funding from Edison, but the frugal inventor soon tired of the deficits and withheld support. Bell had written for the magazine and respected its editorial quality. He felt that Science, like the British Nature, appealed to a broad audience interested in current research. In 1882, he and Gardiner Hubbard acquired the rights to Science and hired as editor a respected young entomologist and writer named Sam Scudder, who happened to be a Hubbard cousin.
  6. ^AAAS, "What is AAAS?"
  7. ^Pinholster, Ginger."AAAS to Expand the Science Family of Journals by Launching Two New Journals: Science Robotics and Science Immunology" (Siaran akhbar).American Association for the Advancement of Science. Dicapai pada17 November 2015.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanScience
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Science&oldid=6530967"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp