Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Schnauzer gergasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Schnauzer gergasi
Seekorschnauzer gergasi hitam denganekor terpotong
Nama lainSchnauzer Munich[1]
Anjing Munich[1]
Schnauzer beruang Rusia[2]
Negara asalJerman
Trait
Berat35–47 kg (77–104 lb)[3][4]
TinggiJantan65–70 cm (25.5–27.5 in)[5]
Betina60–65 cm (23.5–25.5 in)[5]
BuluPadat, mirip dawai
Warnahitam legam (dengan lapis bulu bawah hitam), lada dan garam, hitam perak
Saiz perinduk5–8 ekor[6]
Pengelasan dan piawaian
FCIKumpulan Seksyen {{{fcisection}}} #{{{fcinum}}}(Piawaian)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Schnauzer gergasi[a] atauschnauzer besar[b] ialah satubakaanjing yang dikembangkan pada abad ke-17 diJerman. Ia merupakan yang terbesar antara tiga bakaschnauzer—selebih dua merupakanschnauzer piawai danschnauzer kerdil. Pada asalnya dibiakbakakan untuk membantu di ladang denganmenggiringhaiwan ternakan ke pasar danmenjaga harta milik peladang, baka ini akhirnya berpindah ke kota untuk bekerja dengan menjagakilang bir,kedai penyembelih,kandang, dan kilang. Ia tidak terkenal di luarBavaria sehingga menjadi popular sebagaianjing ketenteraan padaPerang Dunia Pertama danPerang Dunia Kedua.

Ia mempunyai lapis bulu kasar padat yang melindunginya daripada cuaca dan daripada haiwan perosak.Schnauzer gergasi terdapat dalam tiga keragaman warna: lada dan garam, hitam pejal dengan lapis bulu bawah hitam, dan hitam dan perak.[7] Di tempat yang mengizinkannya, ia ditunjukkan dengantelinga danekor terpotong. Sepertischnauzer lain, ia mempunyai janggut dan bulu kening tersendiri. Kini,schnauzer gergasi menyertai banyaksukan anjing, termasukschutzhund. Satu lagi sukan yang dalamnya ia cemerlang ialah suka yang berkaitan dengankerja hidung. Oleh sebab sifat waspadanya, anjing ini juga digunakan dalam kerja polis.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Schnauzer gergasi pertama muncul dariSchwaben di negeriBavaria di Jerman danWürttemberg pada abad ke-17.[8] Anjing ini dianggap sebagai versi berbulu kasar bagi baka-bakapincer Jerman dan bulunya disangkakan membantunya untuk menahan musim sejuk Jerman yang mencabar dan gigitan daripada haiwan perosak. Asal usul baka ini tidak jelas, tetapi sumber berspekulasi bahawa leluhur mungkin termasukanjing besar Denmark hitam,anjing gembala Jerman,anjing Rottweil,[1]anjing Dobermann,[1]bokser,[1]anjing lembu Flandre,[1]anjing gembala Thüringen,[2] danschnauzer piawai.[2]

Schnauzer gergasi pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing ladang serba guna untuk penjagaan harta benda dan penggiringan haiwan ke pasar.[9] Menjelang permulaan abad ke-20, ia digunakan sebagaianjing pengawal di kilang, dikilang bir,pejagalan, dankurungan ternakan di seluruh Bavaria.[1][8] Baka ini tidak terkenal di luar Bavaria sehingga ia digunakan sebagai anjing ketenteraan dalamPerang Dunia Pertama danPerang Dunia Kedua.[1][8]Schnauzer gergasi pertama diimport ke Amerika pada tahun 1930-an, tetapi ia kekal jarang sehingga tahun 1960-an,[10] apabila baka ini menjadi popular. Pada tahun 1962, terdapat 23 ekorschnauzer gergasi baharu yang berdaftar denganAmerican Kennel Club; pada tahun 1974, bilangan ini ialah 386; pada tahun 1984, bilangannya melebihi 800 dan pada tahun 1987 terdapat sekitar 1000 ekor haiwan.[11] Ini menurun kepada 95 ekor anjing baharu yang didaftarkan pada tahun 2011 dan 94 ekor pada tahun 2012.[12]

Pada zaman moden,schnauzer gergasi digunakan sebagaianjing polis; dilatih untukkepatuhan,ketangkasan anjing,penggembalaan,pencarian dan penyelamatan, danschutzhund; dan ditunjukkan dalampertunjukan pengakuran.[8][10] Ia juga digunakan untukcarting.[9] Di Eropah, baka ini dianggap lebih sebagaianjing pekerja daripada anjing pertunjukan.[11] Tumpuan dalam banyak kelabschnauzer Eropah tidak begitu banyak padapertunjukan pengakuran, tetapi lebih pada keupayaan kerja baka ini.[11] Di beberapa negara, termasuk Jerman, anjing mesti mencapai gelaranJuaraSchutzhund sebelum dapat menjadi layak untuk menjadi juara pengakuran.[11]

Perihal

[sunting |sunting sumber]
Dua ekorschnauzer gergasi

Penampilan

[sunting |sunting sumber]
Warna hitam dan perak menjadi rasmi pada tahun 2021.

Walaupunschnauzer gergasi merupakan anjing besar dan gempal, bahagian 'gergasi' dalam namanya tidak sebanding dengan baka anjing besar lain tetapi sebanding denganschnauzer piawai danschnauzer katik.[1]Piawaian bakaAKC mensyaratkan jantan untuk berdiri setinggi 65–70 sentimeter (25.5–27.5 in) pada paraskelasa dan betina untuk berdiri setinggi 60–65 sentimeter (23.5–25.5 in).[5]Schnauzer gergasi berbentuk segi empat sama[6] dan patut menyerupai versi lebih besar bagischnauzer piawai.[8] Ekornya panjang dan telinganya merupakan telinga butang kecil yang terangkat tinggi-tinggi di atas kepala.[9] Di tempat dengan keizinan undang-undang untuk amalan ini,ekornya dantelinganya mungkin dipotong.[6]

Kepala adalah ​12 panjang belakang anjing, apabila belakang diukur dari kelasa ke pangkal ekor.[8] Pipinya rata, namun cukup berotot.[8] Lapis bulunya padat, mirip dawai, dan kalis cuaca.[6][5] Bulu di mukanya membentuk "janggut" dan kening tersendiri.[8] Langkahnya panjang dan segar.[2]

Perangai

[sunting |sunting sumber]
Seekor schnauzer gergasi yang berehat dengan mainan anjing di kakinya. Anjing ini memandang dengan waspada sesuatu di luar bingkai.
Schnauzer gergasi patut "ramah dalam kedudukan rehat dan menjadi sosok pemerintah apabila terangsang".[8]

Schnauzer gergasi biasanya merupakan baka pendiam.[2] Oleh sebab pembiakbakaannya,schnauzer gergasi sememangnya mencurigai orang asing dan dapat menjadi sangat teritorial.[1][2] Sebaik diperkenalkan, ia biasanya menerima orang atau situasi baharu.[1] Ia mempunyai potensi untuk menjadi agresif,[1] tetapischnauzer gergasi biasanya menahan diri[2] – ia "ramah dalam rehat, dan merupakan watak berpendirian apabila terangsang".[8]

Schnauzer gergasi telah diperihalkan sebagai anjing yang boleh dipercayai dengan kanak-kanak.[2] Ia sangat cerdas dan dapat menjadi bosan dengan mudah.[1] Ia juga sangat bertenaga dan bersemangat tinggi,[8] yang, apabila ditambahkan dengan kebosanan, dapat membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini dan bersifat pemusnah.[1] Ia mudah dilatih dan amat setia kepada pemiliknya.[8] Ia diketahui menjadi sangat terikat dengan pemiliknya. Sesetengah pembiak baka percaya bahawaschnauzer gergasi berwarna lada dan garam adalah lebih jinak daripada anjing berbulu hitam.[13]

Kesihatan

[sunting |sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat untukschnauzer gergasi sebanyak 12.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untukbaka silang.[14]

Anjing ini memerlukan penjagaan bulu nalar.[5] Janggutnya dapat mengumpulkanair liur dan remah makanan, yang menjadikan pembersihan kerap penting.[15] Jika ditunjukkan, lapis bulu nya perludilucutkan setiap dua hingga empat minggu.[9] Jika ia hanya haiwan pendamping, lapis bulunya dapat digunting.[9] Sesetengah individu mempunyaialahan terhadapsyampu.[16]

Displasia pinggul dansiku adalah umum.[6][9] Baka ini juga terdedah kepada masalah mata sepertikeratokonjunktivitis sika,glaukoma,katarak,displasia retina multifokal, danatrofi retina progresif menyeluruh.[16] Ia juga terdedah kepada penyakit kulit, sepertialopesia lambung musiman,vitiligo, dan sista folikel.[16]Kanser kulit adalah umum pada anjing berwarna gelap, dengan keragaman paling kerap berlaku yang merupakanmelanoma pada anggota tubuh dan jari, dankarsinoma sel skuamus jari.[16]Tumor kulit bukan kanser adalah umum juga.[16]

Sesetengahschnauzer gergasi menghidapdiabetes insipidus pusat,hipotiroidismeresesifautosom,malpenyerapan terpilih bagikobalamin,narkolepsi,katapleksi, dan pelbagaikecelaruan sawan.[9][16] Sesetengah anjing peka terhadapsulfonamida danemas.[16] Penyakittulang dan masalahsendi juga menjadi isu.[17] Punca paling lazim bagi kematian pada anjing ini dalam tinjauan The Kennel Club merupakanlimfoma dankanser hati, diikuti olehserangan jantung dankegagalan jantung.[18]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Catatan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Jawi: شناءوزر ݢرݢاسي;Jerman:Riesenschnauzer;bahasa Inggeris:giant schnauzer
  2. ^Jawi: شناءوزر بسر

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Schnauzer.
  1. ^abcdefghijklmnStahlkuppe, Joe (31 Mac 2002).Giant Schnauzers: A Complete Pet Owner's Manual [Schnauzer Gergasi: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Michele Earle-Bridges. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat:B.E.S. Publishing. m/s. 5–11.ISBN 9780764118845.OCLC 47289437.
  2. ^abcdefghRice, Dan (1 Mac 2001). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi].Big Dog Breeds [Baka Anjing Besar] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat:B.E.S. Publishing. m/s. 166–167.ISBN 9780764116490.OCLC 44860848.
  3. ^"FCI - Standard Nr. 181 RIESENSCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 181Schnauzer Gergasi](pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium:Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Jun 2021. Dicapai pada8 Januari 2024.
  4. ^"FCI-Standard N° 181 RIESENSCHNAUZER (Giant Schnauzer)" [Piawaian FCI No. 181Schnauzer Gergasi](pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium:Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 10 Jun 2021. Dicapai pada8 Januari 2024.
  5. ^abcde"Get to know the Giant Schnauzer" [KenaliSchnauzer Gergasi] (dalam bahasa Inggeris).American Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 18 Februari 2013. Dicapai pada22 Ogos 2016.
  6. ^abcdeKern, Kerry V.; Vriends, Matthew M. (1988).The New Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat:B.E.S. Publishing. m/s. 115.ISBN 9780812039511.OCLC 17508196.
  7. ^"Riesenschnauzer (181): new colour variety as from 01/07/2021" [Schnauzer Gergasi (181): keragaman warna baharu mulai 1 Julai 2011] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium:Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 11 Jun 2021. Dicapai pada8 Januari 2024.
  8. ^abcdefghijklAmerican Kennel Club (31 Januari 2006). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi].The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-20). New York, New York, Amerika Syarikat:Random House Publishing. m/s. 334.ISBN 9780345476265.OCLC 416234912.
  9. ^abcdefgPalika, Liz (27 Ogos 2007).The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat:Wiley. m/s. 250–251.ISBN 9780470009215.OCLC 85485148.
  10. ^ab"GIANT SCHNAUZER" [SCHNAUZER GERGASI] (dalam bahasa Inggeris).Westminster Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 17 Mac 2013. Dicapai pada16 Januari 2024.
  11. ^abcdBrown, Catherine (1988)."Origin and History of the Giant Schnauzer" [Asal Usul dan SejarahSchnauzer Gergasi] (dalam bahasa Inggeris). Giant Schnauzer Club of America. Dicapai pada16 Januari 2024.
  12. ^"AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris).American Kennel Club. Diarkibkan daripadayang asal pada 7 Februari 2015. Dicapai pada16 Januari 2024.
  13. ^Fields-Babineau, Miriam (2001).The Purebred Puppy [Anak Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat:TFH Publications. m/s. 137.ISBN 9780793830947.OCLC 1102103817.
  14. ^McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024)."Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal].Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris).Nature Portfolio.14 (1): 531.Bibcode:2024NatSR..14..531M.doi:10.1038/s41598-023-50458-w.ISSN 2045-2322.PMC 10834484Check|pmc= value (bantuan).PMID 38302530Check|pmid= value (bantuan).S2CID 267382263Check|s2cid= value (bantuan).
  15. ^Bailey, Gwen (20 April 2009). "Giant Schnauzer" [Schnauzer Gergasi].Training Your Superdog [Melatih Anjing Super Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat:Dorling Kindersley Publishing. m/s. 40.ISBN 9780756649784.OCLC 246886111.
  16. ^abcdefgGough, Alex; Thomas, Alison (16 April 2004). "3-Dogs" [3-Anjing].Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom:Wiley-Blackwell. m/s. 133–137.doi:10.1002/9780470690802.ch3.ISBN 9781405107488.OCLC 53231203.
  17. ^Stall, Sam (April 2005). "Schnauzer (Giant)" [Schnauzer (Gergasi)].The Good, the Bad, and the Furry: Choosing the Dog That's Right for You [Yang Baik, yang Buruk, dan yang Berbulu: Memilih Anjing yang Betul untuk Anda] (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat:Quirk Books. m/s. 169–170.ISBN 9781594740213.OCLC 61103847.
  18. ^"Summary results of the Purebred Dog Health Survey for Giant Schnauzers" [Keputusan ringkasan Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen untukSchnauzer Gergasi](PDF) (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa SainsThe Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association. Diarkibkan daripadayang asal(pdf) pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada16 Januari 2024.
Anjing berasal dariJerman
Hound
Jerman
Gundog
Anjing gembala
Anjing bumi
Anjing mainan
Lain-lain
Pupus
Pincer
Schnauzer
Lain-lain
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jeniscur
Terier jenisbull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Schnauzer_gergasi&oldid=6480300"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp