Rencana ini mengenai gaya bahasa. Untuk kumpulan muzik, sila lihatKumpulan Satira.
Satira (daripada ungkapanbahasa Latinlanx satura, "sepinggan campuran makanan[1][2] darisatura "penuh") adalahgaya bahasa untuk menyatakan sindiran terhadap suatu keadaan atau seseorang[3] secaramengkritik melalui penunjukan sesuatugagasan, kebiasaan, dan lain-lain[4] untuk diperolokkan dan ditertawakan agar dijadikan dorongan menuju suatu pembaharuan dari keadaan penuh kelemahan sebelumnya.[5] Satira biasanya disampaikan dalam bentukironi,sarkasme, atauparodi.
Satira itu mampu memahamkan penonton terhadap sesebuahmasyarakat dengan menggali dalam kesedaran terkumpul para anggotanya dari segi nilai, pemikiran serta kuasa yang dipegang dalam kelompok disasarkan.[6][7]
Aristophanes merupakan antara satirawan awal terkenal yang menyentuh kekurangan masyarakat dan politik yang berlakusezamannya[8] sehinggakan beliau dihukum atas pengkaryaannya.[8][9][10][11]
Al-Jahiz mempopularkan gaya satira dalam kesusasteraan Arab pada abad ke-9 di mana beliau menggunakan pendekatanhija yang memudahkan penerimaan sesuatu topik berat melalui pemasukan anekdot atau catatan ringan berkaitan mahupun membuang butiran yang lewah.[12] Inovasi ini turut dilanjutkan dengan perkenalan kefahaman "komedi" Yunani yang dijabarkanAristoteles melalui karya-karyanya yang kemudiannya dibincangkan banyak ilmuwan termasukAl-Farabi,Ibnu Rusyd danIbnu Sina.
^Hawkins, Joyce M. (2008).Kamus dwibahasa Oxford Fajar : bahasa Inggeris-bahasa Malaysia, bahasa Malaysia-bahasa Inggeris (ed. Ed. ke-4 dikemaskinikan.). Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 357 (bhg Inggeris-Melayu).ISBN9789834503697.
^Nash, Roderick Frazier (1970), "21. The New Humor",The Call of the Wild: 1900–1916, m/s. 203,Humor is one of the best indicators of popular thought. To ask what strikes a period as funny is to probe its deepest values and tastes.
^abSutton, DF (1993),Ancient Comedy: The War of the Generations, New York, m/s. 56
^Bates, Alfred, penyunting (1906),"Political and social satires of Aristophanes",The Drama, Its History, Literature and Influence on Civilization,2, London: Historical Publishing, m/s. 55–59
^Atkinson, JE (1992), "Curbing the Comedians: Cleon versus Aristophanes and Syracosius' Decree",The Classical Quarterly, New,42 (1): 56–64,doi:10.1017/s0009838800042580,JSTOR639144