Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sasyimi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaSashimi)
Sepinggan sasyimi hirisanikan tuna,sotong danikan kakap.
Sashimi ikan Hiramasa

Sasyimi[1] atausashimi (刺身) adalah makananJepun berupamakanan laut seperti ikan, kerang, danudang kara ataudaging segar yang terus dimakan dalam keadaan mentah begitu sahaja bersama penyedap sepertikicap masin, parutanhalia segar atau jeruk, danwasabi.[2][3] Makanan ini dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan dibuang kepalanya saja.

Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan mentah dagingkuda (basashi), daging ayam (torisashi), hati ayam atau hati lembu.[4] Di daerahKansai, sasyimi lebih dikenali dengan sebutanO-tsukuri.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Ada pendapat yang mengatakan kebiasaan memakan potongan daging segar tanpa dimasak adalah sama tuanya dengan sejarah manusia, tapi kebiasaan ini boleh berlanjutan atau hilang bergantung kepada keadaan lingkungan tempat tinggal. Jepun merupakan negara kepulauan dengan hasil laut segar yang dapat dinikmati sepanjang tahun, sehingga kebiasaan menikmatimakanan laut segar tanpa dimasak terus berlanjutan hingga kini. Ada juga pendapat yang mengatakan perkataan Sashimi berasal dari perkataannamashishi (生肉, daging mentah) ataunamasuki (生切, potongan segar).

Penyediaan

[sunting |sunting sumber]

Makanan laut utama untuk sajian sasyimi termasuklah:

Sasyimi juga dimakan dengan hidangan pendampingsayur disebuttsuma:

Jenis sasyimi

[sunting |sunting sumber]
  • Tsugatazukuri
Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-waktu istimewa.
  • Ikezukuri
Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum dihidangkan.
  • Tataki
Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sosPonzu, parutanbawang putih dan hirisandaun bawang.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"sasyimi".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^Phillips, Hedy (18 February 2022)."What Is Sashimi, Exactly?".Reader's Digest. Dicapai pada4 Disember 2022.
  3. ^"What is the difference between Sushi vs Sashimi".Pogogi (dalam bahasa Inggeris). 20 Februari 2014. Dicapai pada4 Disember 2022.
  4. ^Mouritsen, O.G. (2009).Sushi: Food for the Eye, the Body and the Soul. Springer. m/s. 296.ISBN 978-1-4419-0618-2. Dicapai pada13 May 2019.basashi – sashimi made from raw horse (uma).
  5. ^"kigyo to ningen: shun no yasai no sashimi wo shokutaku e no fudo sabisu-bin — Mitsui shokuhin gokyo kabushikigaisha to Iwata Sekio-shi" [Industti dan individ: sajian makanan yang menghantarkan sasyimi sayur segar ke meja makan anda — Mitsui Food Industries, Ltd. and Sekio Iwata].Shokuhin No Hoso (dalam bahasa Jepun). Nagoya: Hoso shokuhin gijutu kyokai.29 (2): 3–5. Mac 1998.ISSN 0285-4449.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanSasyimi
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sasyimi&oldid=5737937"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp