YBhg Tan Sri Dato' Seri Haji Sanusi Junid PSM, SSSA, SSDK, SIMP | |
|---|---|
| سنوسي بن جنيد | |
![]() | |
| Pengerusi Lembaga DisplinBERSATU | |
| Dalam jawatan 2017–2018 | |
| Digantikan oleh | Megat Najmuddin Megat Khas |
| Menteri Besar Kedah Ke-7 | |
| Dalam jawatan 1996–1999 | |
| Didahului oleh | Dato' SeriOsman Bin Haji Aroff |
| Digantikan oleh | Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah |
| AhliParlimen Malaysia bagiJerlun-Langkawi,Kedah | |
| Dalam jawatan 1978–1995 | |
| Didahului oleh | Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin |
| Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
| AhliDewan Undangan Negeri Kedah bagiKuah | |
| Dalam jawatan 1995–2004 | |
| Didahului oleh | Konstituensi baharu |
| Digantikan oleh | Ir Nawawi Ahmad |
| PresidenUIAM ke-4 | |
| Dalam jawatan Februari 2000 – 2 Jun 2008 | |
| Didahului oleh | Najib Razak |
| Digantikan oleh | Tan SriMohd Sidek Hassan |
| Naib Presiden UMNO | |
| Dalam jawatan 1990–1993 | |
| Didahului oleh | Wan Mokhtar Ahmad Abdullah Ahmad Badawi Anwar Ibrahim |
| Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin Najib Razak Muhammad Muhammad Taib |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1943-07-11)11 Julai 1943 Yan,Kedah,Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (kiniMalaysia) |
| Meninggal dunia | 9 Mac 2018(2018-03-09) (umur 75) Pantai Dalam,Kuala Lumpur,Malaysia |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,Kuala Lumpur |
| Parti politik | |
| Pasangan | Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala binti Hasballah |
| Anak | Azfar Nur Faruqi Akhramsyah Muamar Ubaidah Attikah Ummi Khadijah Amanda Ruhul Hamidah Aliyah Nur Zafirah Annuar Khairullah Athirah Baina Raidah Akhari Aya Maziz |
| Laman web | http://sanusijunid.blogspot.my/ |
Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid (11 Julai 1943 – 9 Mac 2018) ialah seorangahli politikMalaysia. Beliau dilantik sebagaiMenteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1981 sewaktu berumur 38 dan sebagaiMenteri Pertanian pada tahun 1986. Tan Sri Sanusi menjadiMenteri BesarKedah Darul Aman yang ketujuh pada tahun 1996 sehingga 1999.
Dilahirkan diYan,Kedah pada 11 Julai 1943, Tan Sri Sanusi mendapat pendidikannya diKolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Pada tahun 1969, beliau melanjutkan pengajiannya diInstitute of Bankers London, City of London College danInstitute of Export London, dan seterusnya memperolehi Sijil dalam Dagangan Asing danPertukaran Asing (Certificate in Foreign Trade and Foreign Exchange) diUniversiti London.
Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Nila Inangda lalu dikurniai 7 orang anak.[1][2] Antara anaknya ialahAkhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi.[3]
Sanusi memulakankerjayanya sebagai pegawai pelatih diStandard Chartered Bank,Seremban pada tahun 1963. Pada tahun 1971, beliau dilantik sebagai Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank,Kuala Lumpur.
Tan Sri Sanusi menjadiPengarahBank Simpanan Nasional danPengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd pada tahun 1975. Dua tahun kemudian, pada 1977, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn. Bhd. dan Pengerusi Obanto Management Consultancy Sdn. Bhd. Beliau juga adalah Pengasas dan Pengurus pertama Koperasi Shamelin.
Pada tahun 1978, Tan Sri Sanusi dilantik sebagai Ahli JemaahUniversiti Teknologi MARA dan seterusnya pada tahun1982, beliau menjadi Ahli PenasihatKobena dan Ahli MajlisUniversiti Malaya. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Ahli Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun1983, dan pada Februari2000, beliau menjadi PresidenUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tan Sri Sanusi pernah juga memangku jawatan sebagai Naib PresidenABIM dan Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).
Selain daripada itu, Tan Sri Sanusi juga dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk memegang beberapa jawatan, antaranya:
Sanusi melibatkan diri dalam bidangpolitik sebagai ahliUMNOSeremban sewaktu bermula bekerja pada tahun 1963. Kebangkitannya dalam bidang politik boleh dikatakan pantas dan lancar.
Setahun selepas keahlian di UMNO, Sanusi dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Seremban dan kemudiannya pada tahun 1966, beliau dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur. Sanusi menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban Timur dan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban Timur pada tahun 1967.
Pada tahun 1974 semasa berumur 31 tahun, Sanusi mengambil bahagian dalam pilihan raya dan dilantik sebagaiAhli ParlimenJerai, Kedah. Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai pada tahun 1975 dan sebagai Ketua Penerangan UMNO Kedah pada tahun 1978.
Bakat kepimpinan yang terserlah pada dirinya menyebabkan beliau diberi kepercayaan dan dilantik memegang beberapa jawatan penting di dalamkabinet. Pada tahun 1978 sehingga tahun 1980, beliau dilantik sebagai TimbalanMenteri Tanah dan Kemajuan Wilayah dan selepas itu sebagai TimbalanMenteri Dalam Negeri pada tahun 1980 hingga 1981.
Pada tahun 1981, Sanusi telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1986. Pada tahun tersebut, beliau juga dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia dan AhliMajlis Tertinggi UMNOMalaysia.
Dalam pilihan raya tahun 1982, Sanusi dilantik sebagai Ahli Parlimen KawasanJerlun,Langkawi dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO Malaysia pada tahun 1984.
Pada tahun 1986, Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Pertanian dan Ketua Bahagian Jerlun, Langkawi. Kemudian beliau dilantik sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia pada tahun 1990. Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ketujuh dan menyandang jawatan tersebut pada16 Jun 1996 sehingga November 1999. Beliau dilantik sebagaiAhli Dewan Undangan Negeri KawasanKuah pada tahun 2000.
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkanpingat dan darjah kebesaran, antaranya D.S.S.M., S.S.S.A., D.G.S.M., Setia Mahkota Kedah (S.M.K.), Dato' Setia Di Raja Kedah (D.S.D.K.), Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) dan Seri Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K.).
Pada 19 Mei 2008, beliau keluar dari UMNO bersamaMahathir Mohamad. Beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang gagal membela nasib orang Melayu dan hanya mementingkan kepentingan keluarga sehingga membelakangkan negara.[perlu rujukan] Seterusnya pada 2 Jun 2008, perkhidmatannya sebagai presiden UIAM ditamatkan[4] setelah beliau bersama semua duta negara-negara Islam di Malaysia dan ahli lembaga pengarah UIAM, menolak cadangan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan UIAM sebagai pusat pengembangan Islam Hadhari, iaitu sesuatu yang dianggap oleh mereka sebagai tidak diperlukan, mengelirukan dan memecah belahkan ummat.[perlu rujukan]
Kumpulan ucapan-ucapan serta penulisan dan cerita pengalaman beliau boleh dibaca di blog beliauwww.sanusijunid.blogspot.com.
Sanusi pernah menghasilkan beberapa karya penulisan di antaranya bertajuk:
Beliau menghembuskan nafas yang terakhir sebelumsubuh selepas tidak sedarkan diri ketika kira-kira pukul 6 pagi[5] pada 9 Mac 2018 di kediaman beliau diPantai Dalam,Kuala Lumpur.[3][6]
Jenazah beliau telah dibawa keMasjid Saidina Umar Al-Khattab,Bukit Damansara pada kira-kira pukul 11 pagi[7] untuk dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangi selepassolat Jumaat.[8] Dua orang bekasPerdana Menteri Malaysia ketika itu, iaituMahathir Mohamad danAbdullah Ahmad Badawi, turut menyertai solat tersebut.[9] Jenazah beliau sampai keTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada kira-kira 2:30 petang sebelum dikebumikan pada kira-kira 3 petang. Majlis pengebumian ini turut dihadiri olehTimbalan Menteri Pertahanan Malaysia,Datuk SeriMohd Johari Baharum, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan,Tan SriDr.Rais Yatim, PresidenBERSATU,Tan Sri Muhyiddin Yassin danMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,Datuk SeriAhmad Shabery Cheek ketika itu.[7][8]
|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)|dead-url= ignored (bantuan)| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Kedah 1996 –1999 | Penyandang Kemudian |
| Tan Sri Haji Osman Bin Haji Aroff | Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah |