Santo ini banyak dijadikan sebagaitokoh penaung untuk sebilangan negara dan negeri (terutamanyaEngland,Habsyah,Georgia danCatalonia), bandar, universiti dan organisasi tertentu.
Riwayat hidupnya diceritakan dalam beberapa keadaan yang berbeza: ada dua versi utama:
masyarakat Yunani
versi Latin
Kedua-duanya penceritaan ini boleh dikesan seawal abad ke-5 atau ke-6. Penghormatan orang suci pada abad ke-5 dengan kepastian, dan mungkin masih ke ke-4.
Saint George, 12th century fresco in Staraya Ladoga
Georgios dilahirkan dalam kalangan masyarakat Kristian Yunani, diCappadocia. Bapanya meninggal sebagai martir ketika George berusia empat belas tahun, dan ibunya kembali dengan George ke tanah airnya di Syria Palaestina.[5] ibunya pula meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Georgios pergi ke ibukota Nicomedia untuk menyertai tentera Rom.[6] Beliau dianiaya oleh seorangDadianus - menurut suatu versi lama penceritaan ini, nama tersebut dipadankan kepadaDiocletian maka bisa disimpulkan bahawa Georgiosmati diseksa dalam pemerintahan maharaja tersebut pada 303M. Penetapan di Nicomedia juga sekunder, dan tidak konsisten dengan kultus terawal orang suci yang terletak diDiospolis.[7]
Georgiosdihukum pancung pada 23 April 303. Maharani Alexandra yang menyaksikan hukuman tersebut menjadi terkesan dengan kejadian ini sehingga memeluk agama Kristian tidak lama kemudian. Mayat Georgios dibawa ke Lydda untuk dikebumikan, di sanalah beliau menjadi diagungkan para penganut Kristian sebagai seorang yang rela mati mempertahankan agamanya.[8][9]
Penceritaan dalamActa Sancti Georgii (abad ke-6) hampir mirip penceritaan Yunani namun maharaja yang menyeksanya diberi namaDacian, Maharaja Persia . George tinggal dan mati diMelitene di Cappadocia. Kematiannya diceritakan lebih teliti di mana beliau diseksa lebih daripada dua puluh kali selama tujuh tahun. Selama tempoh ini juga, sebanyak 40,900 orang penyembah berhala memuluk agama Kristian, termasuk permaisuri Alexandra. Apabila Georgius akhirnya meninggal dunia, Dacian menjadi mangsa suatu angin badai api.
Dalam beberapa versi lainnya, ada yang menyatakanMaharaja Decius atau seorang hakim yang bernama Dacian yang berkhidmat di bawah Diocletian yang menyeksa askar tersebut.[10]
Terdapat beberapa penceritaan dalamdunia Islam yang menerangkan mengenai seorang tokoh yang dilihat miripnya (diberi namabahasa ArabJiriyas atauGirgus -جرجس). Sumber-sumber ini menyatakan bahawa beliau datang dalam kalangan sekumpulan orang yang mengenalisahabat atau pengikutNabi Isa.
Beliau digambarkan sebagai seorang saudagar kaya yang menentang pembinaan sebuah patung dewaApollo oleh Dadan, seorang raja yang memerintah kotaMosul pada ketika itu. Jiriyas diseksa berkali-kali tanpa belas kasihan serta dipenjarakan namun diringankan sakitnya oleh paramalaikat. Jiriyas akhirnya mendedahkan bahawa berhala-berhala itu dimasukiIblis, namun telah mati syahid saat kota itu dihancurkan suatu hujan api diturunkan Allah.[11]
Tokoh ini sangat disanjungi baik dalam mazhab-mazhab gerejaBarat danTimur sehingga dinampakkan di seluruh dunia.[12] Nama beliau turut dijadikan nama orang dan tempat terkenal baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Beliau paling utamanya dijadikansanto penaung negeriEngland. Suatu bendera yang menggambarkannya iaitu "Salib Santo George" (Saint George's Cross) - sebuah salib merah atas latar putih - dijadikan bendera kebangsaan negeri itu, malah dimasukkan dalam benderaUnion Flag yang dipakaiUnited Kingdom serta kawasan yang dijajah atau dinaunginya sepertiAustralia danNew Zealand. Tokoh ini turut dijadikan santo penaungkerabat diraja British sejak abad ke-14.[13]
Tokoh ini turut dijadikan santo penaungHabsyah,[14] lebih-lebih lagi sebagai tokoh utama dalamGereja Ortodoks Habsyi yang digambarkan pada gereja-gereja sana.[15]
NegaraGeorgia yang terletak di selatanCaucasus,Asia Tengah turut menyanjungi beliau: sebanyak 365 buah gereja dinamakan sempena tokoh ini di negara tersebut, bukan sahaja sebagai mewakili bilangan setiap hari dalam setahun malah memperingati keadaan mayat Georgios yang mati dikerat-kerat kepada bahagian sebilangan demikian setelah tewas dalam suatu peperangan, dan setiap bahagian tersebut ditabur di serata Georgia..[16][17][18] Walau bagaimanapun, nama negara tersebut tidaklah sempena orang ini - nama negara ini dalambahasa masyarakat setempat ia adalahSakartvelo. (საქართველო), manakala nama ia dalam bahasa Inggeris dinamakan daripada perkataanGurj, ia berakar daripada perkataanbahasa Parsigurj ataugurjān yang bermaksud "serigala".[19][20]
^Guiley, Rosemary (2001).The Encyclopedia of Saints. m/s. 129.ISBN978-1438130262.George was an historical figure. According to an account by Metaphrastes, he was born in Cappadocia (in modern Turkey) to a noble Christian family; his mother was Palestinian.
^Heylin, A (1862),The Journal of Sacred Literature and Biblical Record,1, m/s. 244.Darch, John H (2006),Saints on Earth, Church House Press, m/s. 56,ISBN978-0-7151-4036-9.Walter, Christopher (2003),The Warrior Saints in Byzantine Art and Tradition, Ashgate Publishing, m/s. 112,ISBN1-84014-694-X.
^"Saint George",Catholic Encyclopedia,it is not improbable that the apocryphal Acts have borrowed some incidents from the story of the Arian bishop.
^Hackwood, Fred (2003),Christ Lore the Legends, Traditions, Myths, Kessinger Publishing, m/s. 255,ISBN0-7661-3656-6.