Republik Teramat Mulia San Marino (Itali:Serenissima Repubblica di San Marino) atauRepublik San Marino[a] ialah sebuah negara terletak di utara rantauPergunungan Appennino sepanjangSemenanjung Itali dan juga sebuah enklaf daratan tanpantai dikelilingi sepenuhnya olehItali. Selaku salah sebuahnegeri mikro di Eropah, San Marino mempunyai populasi terkecil di kalangan semua ahliMajlis Eropah.
Mengikut tradisi, San Marino merupakanrepublik berpelembagaan tertua di dunia yang masih wujud, sejak penubuhannya pada tahun301 Masihi olehMarinus , seorang tukang batu beragamaKristian asalRab yang melarikan dirinya daripada penindasan terhadap saudara seagamanya olehMaharaja Diocletianus diEmpayar Rum. San Marino mempunyai perlembagaan bertulis tertua yang masih dipakai, iaitu sejak tahun1600.[4]
Menurut tradisi, Santo Marinus meninggalkan pulau Rab diCroatia moden bersama-sama sahabatnya Leo dan pergi ke Rimini sebagai tukang batu. Setelah ditindas kerana menyebarkan ajaran Kristian, beliau lari ke Monte Titano dan membina sebuah gereja kecil dan mendirikian kota dan negara San Marino. Tarikh rasmi pendirian republik ini ialah 3 September 301 Masihi.
Pada pertengah abad kelima, sebuah masyarakat telah dibentuk; disebabkan oleh lokasi yang sulit dicapai serta taraf masyarakat yang miskin, negara ini dapat mempertahankan kemerdekaannya meskipun dengan sedikit gangguan. Pada 1503, Cesare Borgia, anak PausAlexander VI menakluki republik selama enam bulan hingga kemerdekaan republik dipulihkan oleh pengganti ayahnya,Julis II.[5] Pada 1631, kemerdekaannya diakui olehNegeri-Negeri Paus.
San Marino adalah sebuahenklaf dalam Itali yang berbatasan kawasanEmilia-Romagna danMarche. San Marino hanya berkeluasan lebih 61 km2, menjadikan negara ini sebagai negara kelima terkecil dunia (ketiga terkecil di Eropah selepasKota Vatikan danMonaco). Topografinya didominasi olehPergunungan Apennine. Titik tertinggi negara ialah Gunung Titano dengan ketinggian 749 meter di atas paras laut. San Marino adalah negara ketiga terkecil di Eropah setelahKota Vatikan danMonaco. San Marino tidak memiliki tanah yang datar; keseluruhan negara terletak di atas pegunungan.
Pemerintahan San Marino menuruti prinsip republik demokratik berperwakilan berparlimen. Dua orang ketua berkongsi kuasa sebagai ketua negara dan kerajaan, iaituRegen Kapten. Parlimen negara,Maljlis Agung dan Umum dengan 60 buah kerusi memegang kuasa perundangan negara dan berkuasa untuk melantik Regen-Regen Kapten setiap enam bulan. Kedua-dua pemerintah dipilih daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang untuk menjamin keseimbangan kuasa.
San Marino dibahagikan kepada sembilan buah perbandaran ataucastelli, termasuk ibu kota, bandar San Marino. Setiapcastelli memiliki sebuah ibu kota,capoluogo. Senaraicastelli adalah seperti di bawah:
San Marino menggunakan mata wangeuro meskipun bukan sebahagian daripadaKesatuan Eropah serta bukan anggota rasmizon euro. Industri utama di negara ini termasuk bidang perbankan, elektronik, tembikar dan pelancongan. Hasil-hasil pertanian utama negara ialah anggur dan keju. Sektor pelancongan menyumbang kepada 22% KDNK negara dengan jumlah pelancong mencecah dua juta orang pada 2014.[6]
Negara ini memiliki penduduk sebanyak kira-kira 32,000 orang termasuk 1,000 orang asing yang kebanyakan daripada mereka ialah orang Itali. Kira-kira 5,000 penduduk negara tinggal di luar negara, lazimnya di Itali. Menurut CIA World Factbook, rata-rata jangka hidup laki-laki mencapai 78.52 tahun sedangkan perempuan mencapai 85.72 tahun.Bahasa Itali ialah bahasa rasmi serta bahasa utama penduduk negara.
^Paul JosephThe SAGE Encyclopedia of War: Social Science Perspectives: Volume IV, 2017, p. 1511.
^"Tourists flows"(PDF).statistica.sm. Statistical Office of San Marino. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 22 Disember 2015. Dicapai pada16 Disember 2015.