Samut Songkhram (Bahasa Thai:สมุทรสงคราม) ialah salah satu daripadawilayah (changwat)Thailand yang terletak di tengah negara ini. Wilayah-wilayah berjiran termasuk (dari selatan ikut arah jam)Phetchaburi,Ratchaburi danSamut Sakhon. Orang tempatan memanggil wilayah Samut Songkhram sebagaiMae Klong. Dari segi keluasan, wilayah ini merupakan wilayah yang terkecil di Thailand.Chang dan Eng Bunker yang merupakankembar siam yang pertama di dunia dilahirkan di sini.
Pada zaman Ayutthaya, kawasan Samut Songkhram dikenali sebagai "Suan Nok" (bahasa Thai: สวนนอก yang bermaksudkebun bunga luar) dan ditadbirkan oleh Ratchaburi. Semasa pemerintahan RajaTaksin, kawasan ini dijadikan sebuahwilayah.
Mohor wilayah ini menampilkan sebuahdram yang terapung di sungai. Perkataan Thai untuk "dram" ialahklong, dan bertujuan untuk merujuk kepada Sungai Mae Klong, serta nama lama wilayah ini, iaitu Mae Klong. Di kedua-dua belah sungai ditampilkan pokok-pokok kelapa yang merupakan keluaran utama untuk wilayah ini.