Samsung merupakan salah satu daripada anak syarikatnya,Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikatelektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu,Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 bilion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.
Buat masa sekarang,Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuktelevisyen,mesin basuh,ketuhar gelombang mikro,peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor.
Samsung ialah salah satu organisasi terbesar diKorea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.
Pada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luarKorea Selatan, malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen elektronik. Syarikat pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buahMenara Petronas diMalaysia pada bulanSeptember 1993.
Samsung berjaya mengatasiKrisis Kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang.
Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" #20 di dunia.