Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Samoa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Negara Merdeka Samoa
Malo Saʻoloto Tutoʻatasi o Sāmoa (Samoa)
Bendera Samoa
Jata Samoa
BenderaJata
Cogan kata"Faʻavae i leAtua Sāmoa"
"Samoa diasaskan berdasarkan Tuhan"
Lagu kebangsaanO le fuʻa o le saʻolotoga o Samoa
"Panji Kebebasan"
Lokasi Samoa
Lokasi Samoa
Ibu negara
dan bandar terbesar
Apia
13°50′S171°45′B / 13.833°S 171.750°B /-13.833; -171.750
Bahasa rasmi
Kumpulan etnik
(2001)
Agama
Kristian (rasmi)[2]
KerajaanRepublik berparlimen parti dominan unitari
Va'aletoa Sualauvi IIa
Laʻauli Leuatea Schmidt
• Speaker
Auapaʻau Mulipola Aloitafua
Badan perundanganDewan Undangan
Kemerdekaan daripadaNew Zealand
14 Jun 1889
• Konvensyen Tripartite
16 Februari 1900
1 Mac 1900
• Penjajahan New Zealand
30 Ogos 1914
• Mandat Liga
17 Disember 1920
• Peramanahan PBB
13 Disember 1946
1 Januari 1962
• Kemasukan ke PBB
15 Disember 1976
Keluasan
• Jumlah
2,842 km2 (1,097 bt2) (ke-167)
• Perairan (%)
0.3
Populasi
• Bancian Penduduk November 2016
195,843[3]
68/km2 (176.1/sq mi)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$1.188 bilion[4]
$5,962[4]
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$881 juta[4]
$4,420[4]
HDI (2018) 0.707[5]
tinggi · 111th
Mata wangTālā (WS$b)
(WST)
Zon waktuUTC+13 (WST)
• Musim panas (DST)
UTC+14 (WST)
Format tarikhDD/MM/YYYY
Arah memandukiri
Kod panggilan+685
Kod ISO 3166WS
DPT internet.ws
  1. Ketua negara

Samoa (dahulu bernamaSamoa Jerman dari 1900-1914,Samoa Barat sehingga 1997) ialah sebuahnegara kepulauan diLautan Pasifik bahagian selatan yang terdiri dari 2 pulau utama dan 7 pulau kecil. Samoa terletak di sekitar separuh jarak perjalanan dariNew Zealand keHawaii.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Sejarah Samoa

Samoa merdeka secara rasmi daripadaNew Zealand pada 1 Januari 1962 melalui Akta Samoa Barat 1961, menjadikan Samoa sebagai negara pulau Pasifik pertama yang merdeka.[6]

Pada 4 Julai 1997, pihak kerajaan telah menukar nama negara kepada Samoa melalui pindaan perlembagaan negara.[7] Pada November 1998,Tuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi dariParti Perlindungan Hak Asasi Manusia (HRPP) berjaya memenangi pilihan raya pada masa itu dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Beliau mempertahankan kemenangannya pada pilihan-pilihan raya seterusnya dan kekal menjadi Perdana Menteri hingga kini.

Pada 7 September 2009, Samoa menukar bahagian memandu ke arah kiri seperti kebanyakan negara Komanwel.[8] Pada Disember 2011, Samoa melangkau satu hari (30 Disember) disebabkan oleh pertukaran zon waktu ke arat baratGarisan Tarikh Antarabangsa untuk memudahkan urusan perniagaan dengan pihak Australia dan New Zealand.[9][10] Pada Jun 2017, satu pemindaan perlembagaan negara telah dibuat lalu mengiktiraf agama Kristian sebagai agama rasmi.[2] Pada Julai 2017,Va'aletoa Sualauvi menjadi ketua negara sebagai pengganti kepadaTui Ātua Tupua Tamasese Efi.[11]

Geografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Geografi Samoa

Samoa terletak lebih kurang di antara New Zealand dan Hawai'i. Secara umumnya, Samoa berkeluasan 2,842 km2,[12] dan terdiri daripada dua buah pulau besar,Upolu yang menempatkan ibu negaraApia, danSavai'i serta beberapa buah pulau kecil. Kepulauan Samoa terhasil melalui aktiviti gunung berapi.[13] Iklim Samoa ialah iklim Khatulistiwa dengan suhu purata tahunan mencecah 26.5 °C denga musim tengkujuh dari November hingga April.[14]

Politik dan kerajaan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Politik Samoa

Perlembagaan versi terawal pada 1960 yang diguna pakai selepas kemerdekaan Samoa merangka sistem politik negara berdasarkansistem berparlimen British dengan unsur pemerintahan adat masyarakat Samoa.[15]

Daerah

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Daerah di Samoa

Samoa dibahagikan kepada 11daerah atauitūmālō yang berdasarkan wilayah pentadbiran tradisional yang telah wujud sebelum zaman penjajahan. Daerah-daerah tersebut adalah seperti di bawah:

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Ekonomi Samoa

Samoa secara rasminya diiktiraf sebagainegara membangun.[16] Mata wang negara ialahtālā dan dikawal olehBank Pusat Samoa. Setakat 2018,keluaran dalam negara kasar (KDNK) Samoa ialah $881 juta (nominal) dan $1.188 bilion (pariti kuasa beli).[4] 66% daripada KDNK negara disumbang oleh sektor perkhidmatan, sektor industri menyumbang kepada 23.6% KDNK dan selebihnya disumbang oleh sektor pertanian.

Demografi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Demografi Samoa

Bancian pada 2016 menetapkan jumlah penduduk Samoa kepada 194,320 orang. Tiga per empat daripada penduduk Samoa tinggal di pulau Upolu.[15]

Bahasa

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Bahasa Samoa

Bahasa-bahasa rasmi Samoa ialahbahasa Samoa danbahasa Inggeris. Sekiranya penutur bahasa kedua disertakan, bahasa Samoa ialah bahasa majoriti masyarakat negara.

Agama

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Agama di Samoa

Perlembagaan negara secara rasminya mengiktiraf Samoa sebagai negara Kristian.[2] Menurut perangkaan pada 2011, hampir semua penduduk Samoa (kira-kira 99% penduduk) adalah beragama Kristian.[1]

Budaya

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kebudayaan Samoa

Fa'a Samoa atau "gaya Samoa" telah menjadi tunjang kebudayaan dan politik Samoa sejak kira-kira 3,000 tahun lalu.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^ab"Samoa".CIA – The World Factbook.
  2. ^abcWyeth, Grant (16 Jun 2017)."Samoa Officially Becomes a Christian State".The Diplomat (dalam bahasa Inggeris).Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2017. Dicapai pada16 Jun 2017.
  3. ^"Population & Demography Indicator Summary". Samoa Bureau of Statistics. Diarkibkan daripadayang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada25 June 2018.
  4. ^abcde"Samoa". International Monetary Fund.
  5. ^"Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris).UNDP. 10 Disember 2019. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada10 December 2019.
  6. ^Western Samoa Act 1961 (24 November 1961; 1961 No 68).Resolution 1626 (XVI) of 18 October 1961.
  7. ^Constitution Amendment Act (No 2) 1997. Paclii.org. Retrieved on 9 November 2016.
  8. ^"Samoa switches to driving on left".BBC News. 7 September 2009. Dicapai pada7 September 2009.
  9. ^"Samoa to jump forward in time by one day".BBC News. 9 May 2011. Dicapai pada9 May 2011.
  10. ^Mydans, Seth (29 December 2011)."Samoa Sacrifices a Day for Its Future".The New York Times. Dicapai pada16 February 2017.
  11. ^Samoa Planet[pautan mati kekal]
  12. ^"Demographic Yearbook—Table 3: Population by sex, rate of population increase, surface area and density"(PDF). United Nations Statistics Division. 2010.Cite journal requires|journal= (bantuan)
  13. ^Koppers, Anthony A.P. (June 2008). "Samoa reinstated as a primary hotspot trail".Geology.36 (6): 435–438.doi:10.1130/G24630A.1.
  14. ^"Samoa: Climate".Encyclopædia Britannica. Dicapai pada26 November 2007.
  15. ^ab"Background Note: Samoa". U.S. State Department. Dicapai pada26 November 2007.
  16. ^"Samoa graduates from the LDC category" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Committee for Development Policy. 8 Januari 2014. Dicapai pada11 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
  • Media berkaitanSamoa di Wikimedia Commons
Negara berdaulat
Wilayah tanggungan dan
wilayah yang lain
1 Negara yang terletak di lebih daripada satu benua
Negara berdaulat
(anggota)
Wilayah
tanggungan
anggota
Australia
New Zealand
United Kingdom
Antarabangsa
Kebangsaan
Geografi
Seniman
Tokoh
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Samoa&oldid=6643795"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp