Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Samizdat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terbitan Samizdat

Samizdat (Bahasa Rusia:самизда́т,IPA: [səmɨzˈdat]) adalah salah satu aktiviti pembangkang diKesatuan Soviet yang menghasilkan semula tulisan yang diharamkan dan kemudian mengedarkannya secara rahsia kepada orang ramai. Secara harfiah, perkataansamizdat berasal daripada perkataansam (Rusia:сам) yang bermaksud "bersendirian" danizdat (Rusia:издат yang merupakan ringkasan daripadaиздательство,izdatel'stvo, yang bermaksud "rumah penerbitan".

Tindakanakar umbi ini bertujuan untuk mengelak penapisan oleh kerajaankomunis dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat sekiranya mereka ditangkap.Vladimir Bukovsky meringkaskan aktiviti ini seperti berikut:

"Samizdat: saya menulisnya sendiri, menyuntingnya sendiri, menapisnya sendiri, menerbitkannya sendiri, berkongsinya sendiri, dan menghabiskan masa di penjara kerananya sendiri."[1]

Samizdat bermula daripada gerakan pembangkang di kalanganintelligentsia (cerdik pandai) Rusia dan kebanyakan samizdat ditujukan kepada kumpulan elit. Walaupun mereka tidak diedarkan secara meluas (purata pembaca hanya kira-kira 200,000 orang), ramai daripada mereka mempunyai kuasa atau jawatan.[2]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Bukovsky 1979, m/s. 141.
  2. ^Stelmakh 2001, m/s. 147.

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Samizdat&oldid=5884585"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp