Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sakura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sakura
Kembangan bunga sakura pada pokok sakura bonsai yang berumur 15 tahun
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Spesies

Prunus jamasakura
Prunus serrulata
Prunus × yedoensis

Sakura (桜/櫻/サクラ) ialah namabahasa Jepun yang dipakai kepada pokok-pokok hiasanceri spesiesPrunus serrulata serta kelopak-kelopak bunganya. Buah (dikenali sebagaisakuranbo (桜ん坊)) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu,sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakatJepun.

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Sakura merupakan tumbuhan yang asli diBanjaran Himalaya, Bengal Utara (kiniBangladesh) dan di Asia timur sepertiChina,Jepun danKorea Selatan. Jepun mempunyai jenis sakura yang berbeza=beza; lebih daripada 305 jenis boleh ditemui di sana.[perlu rujukan] Kebanyakan daripada mereka telah dikacukkan secara tiruan atau dicantumkan oleh orang Jepunhortikultur berabad yang lalu.[perlu rujukan]

Pesta Melihat Bunga

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Hanami

DalamTempoh Heian (794-1911), orang-orang Jepun telah mengikuti banyak amalan dariChina, antaranya fenomena sosialpesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga Maharaja, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan bangsawan-bangsawan yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura[1]. Pesta pertama yang pernah direkodkan berlangsung di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokokume "plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun menjelang ketibaab pertengahan abad kesembilan, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang diminati di Jepun.[perlu rujukan]

Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelarsakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula diOkinawa pada Januari dan lazimnya mendekatiKyoto danTokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga keHokkaidō beberapa minggu kemudian. Masyarakat Jepun mengambil sepenuh perhatian mereka pada ramalan-ramalan cuaca ini dan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil, bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta melihat bunga. Pesta-pestaHanami menjayakan kecantikan bunga sakura dan bagi mereka yang lain pula, pesta tersebut merupakan satu peluang untuk beristirahat dan menikmati pemandangan. Budaya pestahanami ini dapat dikesan kembali berbad-abad yang lalu di Jepun: sejarah abad kelapan iaituNihon Shoki]] (日本書紀) merekodkan pesta-pestahanami pernah diadakan seawal abad ketiga CE.

Kebanyakan sekolah Jepun dan bangunan awam mempunyai pokok-pokok sakura ditanam disekitar kawasan mereka. Disebabkan tahun fiskal dan sekolah bermula pada bulan April, di kebanyakan kawasan diHonshū, hari pertama sekolah atau kerja berlaku serentak dengan musim sakura.

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Pokok sakura "Mengangis" di Maruyama Park, Kyoto
    Pokok sakura "Mengangis" diMaruyama Park,Kyoto
  • Gambar dekat bunga sakura
    Gambar dekat bunga sakura
  • Bunga sakura seperti yang dilihat di Washington, D.C.
    Bunga sakura seperti yang dilihat diWashington, D.C.
  • Bunga sakura di pokok mereka
    Bunga sakura di pokok mereka
  • Washington, D.C.
    Washington, D.C.
  • Cherry blossoms dengan lebih dekat lagi.
    Cherry blossoms dengan lebih dekat lagi.
  • Gambar dekat Bunga Sakura Yoshino di Tidal Basin di Washington, DC
    Gambar dekat Bunga Sakura Yoshino diTidal Basin di Washington, DC

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"The Beauty and History of Sakura, Japan's National Flower".tsunagu Japan (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-25. Dicapai pada2024-09-05.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sakura&oldid=6308401"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp