Sabrina Ali | |
---|---|
Kelahiran | Sabrina Nadira binti Ali Dad Khan (1980-06-26)26 Jun 1980 (umur 44) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Saudara |
|
Sabrina Nadira Ali Dad Khan (lahir 26 Jun 1980) merupakan seorang pelakon wanitaMalaysia, terkenal dengan peranan di televisyen dan filem.[1][2] Beliau merupakan anak saudara penerbit filem terkenal, Datuk Dr.Yusof Haslam dan sepupu kepadaSyamsul Yusof.[3]
Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1980 diKuala Lumpur dan mempunyai seorang abang. Beliau mempunyai darah campuranMelayu danPakistan. Bapa kandungnya berketurunan Pakistan manakala ibunya berdarah campuran Melayu dan Pakistan. Sepupu beliau ialah pasangan adik-beradik pelakon dan pengarah filem terkenal, iaituSyamsul Yusof danSyafiq Yusof. Bapa saudara beliau ialahDatuk Yusof Haslam yang merupakan pelakon, pengarah, penerbit filem dan pengasasSkop Productions, ibu beliau merupakan kakak kepada Datuk Yusof.
Sabrina Ali dan suami menyertai musim kedua rancanganSehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro,[4] bersama-sama peserta selebriti lain termasukSazzy Falak dan suami,Nazril Idrus. Beliau kemudiannya, berlakon bersamaTania Hudson dalam siri TV,Mayang Mengurai diTV3.[5]
Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem seramKhurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahanSyamsul Yusof yang mana beliau memegang watak sebagai Anna, bekas teman wanita Johan lakonan sepupunya.[6] Beliau kembali bekerja dengan Syamsul menerusi watak sebagai Zati, ibu tiri Maria lakonanNabila Huda dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung,Munafik (2016).[7] Peranan filem beliau yang lain termasuk watak sebagai Faridah dalam filem drama biografi,Makrifat Cinta[8][9] dan sebagai Diana dalamKL Special Force.[10]
Sabrina juga muncul dalam iklan pesanan khidmat masyarakat, "#PintarkahAnda" terbitanPerbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Pada 13 Januari 2018, beliau melancarkan produk wangian Sphere Perfume Sweet dan Exclusive Sabrina, yang dikhususkan untuk wanita dan mesra wuduk.[11]
Sabrina berkahwin sebanyak dua kali.[12] Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Mohamad Shahrin Abdul Halim yang berasal dariSingapura pada 2006, mereka memfailkan perceraian pada 2010. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Syed Amirul Syed Ahmad pada 2011 dan bercerai tiga tahun kemudian.[13][14]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | Anna | Filem pertama |
2016 | Munafik | Zati | |
2017 | Dorm Melati | Rose | |
2018 | Makrifat Cinta | Faridah | |
KL Special Force | Diana | ||
2019 | Rise to Power: KLGU | Victoria Cortez | |
2021 | Penunggang Agama | Datin Maria | |
2024 | Housekeeping | Soraya |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Sephia | Haida | TV3 | Drama pertama |
2005 | Salina 2 | Salina | MenggantikanSharifah Haslinda | |
2005–2008 | Dilema Wanita | Pelbagai | TV1 | Watak berulang |
2006 | Janji Diana | Sabrina | TV2 | Drama adaptasi filem |
2008 | Kasih Iftitah | TV3 | ||
2009 | Matahari | |||
2010 | Mayang Mengurai | Kornilam | ||
Fitrah Wanita | TV2 | |||
Ulek Mayang | Puteri Mayang Mengurai | TV3 | ||
2012 | Ameera | Rozi | ||
Tanah Kubur (Musim 3) | Zainab | Astro Oasis | Episod: "Anak Angkat" | |
2014–2019 | Gerak Khas | Pelbagai | TV2 | Watak berulang |
2014 | Kifarah (Musim 1) | Isma | TV3 | Episod: "Wifi Ada Tak" |
Tanah Kubur (Musim 9) | Tasha | Astro Oasis | Episod: "Mushahaqah" | |
2018 | Sejuta Rasa Buat Adelia | Puan Mona | Astro Ria | |
Mata Ketiga | Liza | Tonton | Pelakon undangan | |
2019 | Cemburu Seorang Perempuan | Nad | Astro Ria | Drama adaptasi novel karya Siti Hazneza. |
Dia Yang Ku Cinta | Mak Su | TV3 | ||
2020 | Budak Tebing | Murni | ||
KL Gangster: Underworld 2 | Victoria Cortez | Iflix | ||
2021 | Malaysian Ghost Stories | Zubaidah | Astro Ria | Episod: “Hantu Raya” |
Ali Alia | Shila | Astro Prima | ||
2022 | Jiwa Wanita | TV9 | ||
Gerak Khas Undercover (Musim 2) | Tisha | TV3 | Episod: "Proksi" | |
2024 | Polis Peronda | Rina | Episod: "Food Rider" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Dosa Siapa? | Faridah | TV3 | Telefilem pertama |
2016 | Munajat Suci | Astro Prima | ||
2021 | Kampong Bharu | Fatimah | TV2 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Sehati Berdansa (Musim 2) | Peserta | Astro Ria |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2017 | "#PintarkahAnda" |