Sabah (Jawi:سابه) ialah salah satuwilayah di Malaysia yang terletak di utara pulauBorneo, di kawasanMalaysia Timur. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, bersempadan dengan wilayahSarawak di barat daya dan provinsiKalimantan Utara,Indonesia di selatan.Wilayah Persekutuan Labuan pula ialah sebuah pulau yang terletak tidak jauh dari pantai barat Sabah. Sabah juga berkongsi sempadan maritim denganVietnam di barat laut danFilipina di utara dan timur.Kota Kinabalu merupakan ibu negeri dan pusat kegiatan ekonomi negeri ini, juga menjadi pusat pentadbiran bagikerajaan negeri Sabah. Antara bandar utama lain di Sabah termasuklahSandakan danTawau. Setakat tahun 2020, Sabah mempunyai jumlah penduduk seramai 3,418,785 orang, ketiga tertinggi di Malaysia.[12] Sabah mempunyaiiklim khatulistiwa denganhutan hujan tropika yang kaya dengan berbagai spesies haiwan dan tumbuhan. Ia mempunyai banjaran gunung yang terbentang panjang di sebelah baratnya yang membentuk sebahagian daripadaTaman Negara Banjaran Crocker dan menempatkan gunung tertinggi di Malaysia, iaituGunung Kinabalu.Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia juga menyelusuri Sabah.
Penempatan manusia terawal di Sabah boleh dijejak sejak 20 ribu-30 ribu tahun dahulu di sepanjang kawasanTeluk Darvel di gua-gua Madai-Baturong. Negeri ini telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China bermula sejak abad ke-14. Sabah mula berada di bawah pengaruhEmpayar Brunei sekitar abad ke-14 dan ke-15. Bahagian barat negeri ini juga berada di bawah pengaruhKesultanan Sulu bermula pada abad ke-18. Negeri ini kemudiannya diambil alih olehSyarikat Berpiagam Borneo Utara British pada abad ke-19. SewaktuPerang Dunia Kedua, Sabah telahdiduduki oleh Jepun selama tiga tahun. Ia kemudiannya menjadi sebuahJajahan Mahkota British pada 1946. Pada 31 Ogos 1963, Sabah telah diberikan hak pemerintahan sendiri oleh British. Berikutan itu, Sabah menjadi salah satu ahli pengasas Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963 bersama-sama denganSarawak,Persekutuan Tanah Melayu danSingapura (dikeluarkan pada 1965). Persekutuan itu telah menerima tentangan daripada Indonesia yang membawa kepadaKonfrontasi Indonesia–Malaysia selama tiga tahun dan ancaman pengilhakan oleh Filipina bersama-sama dengan Kesultanan Sulu yang berterusan sehingga kini.
Sabah terkenal dengan kepelbagaian dalam etnik, bahasa dan budaya penduduknya. Ketua negeri Sabah ialahYang di-Pertua Negeri manakala ketua kerajaan negeri ialahKetua Menteri. Sistem kerajaannya dimodelkan secara rapat dengansistem parlimen Westminster dan mempunyai salah satu sistem perundangan negeri terawal di Malaysia. Sabah dibahagikan kepada lima bahagian pentadbiran dan 30 daerah.Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negeri, danIslam pula merupakan agama rasmi negeri, namun agama lain boleh diamalkan. Sabah mempunyai sumber alam yang banyak, dan ekonominya sangat berorientasikan eksport. Bahan eksport utamanya termasuklah minyak, gas, kayu balak dan minyak sawit. Antara industri utama lain termasuklah pertanian dan ekopelancongan.
Etimologi
Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul.[21] Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih di bawah pemerintahanKesultanan Brunei, ia dirujuk sebagaiSaba kerana kewujudan sejenis pisang yang dipanggilpisang saba (juga dikenali sebagaipisang menurun)[22][23] yang tumbuh secara meluas di pantai rantau ini dan terkenal di Brunei.[24]. Sabah juga merupakan perkataanArab yang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama wilayah ini.[25]
Sesetengah teori juga mengatakan bahawa Sabah pernah dirujuk sebagaiSeludang dalam teksKakawin Nagarakretagama, sebuah teks Jawa lama yang ditulis olehEmpu Prapañca.[26]
Sementara itu, walaupun orang Cina sejak zamandinasti Han telah lama dikaitkan dengan pulauBorneo,[27][28] mereka tidak mempunyai sebarang nama khusus untuk kawasan ini. Sebaliknya semasadinasti Song, mereka merujuk kepada seluruh pulau itu sebagaiPo Ni (juga disebutBo Ni), iaitu nama yang sama yang mereka gunakan untuk merujuk kepada Kesultanan Brunei pada masa itu.[21] Disebabkan kedudukan Sabah berhubung dengan Brunei, telah dicadangkan bahawaSabah ialah perkataanMelayu Brunei yang bermaksud hulu atau "ke arah utara".[23][29][30] Teori lain mencadangkan bahawa ia berasal daripada perkataanMelayusabak yang bermaksud tempat di managula melaka diekstrak.[31]
Sabah digelarNegeri Di Bawah Bayu kerana lokasi negeri ini yang terletak di bawah jalurtaufanAsia Timur dan tidak sering dilanda taufan,[32][33] kecuali beberapa kejadianribut tropika.[34]
Penempatan terawal manusia yang ditemui di rantau ini dipercayai wujud kira-kira 20,000-30,000 tahun dahulu, dibuktikan dengan penemuan alatan batu dan sisa makanan selepas penggalian di sepanjang kawasan Teluk Darvel di gua-gua Madai-Baturong berdekatan Sungai Tingkayu.[35] Penduduk terawal di rantau ini dianggap serupa denganOrang asli Australia, namun sebab kehilangan mereka masih tidak diketahui.[36] Pada tahun 2003, ahli arkeologi telah menemui lembah Mansuli diLahad Datu yang berusia 235,000 tahun.[37] Tapak arkeologi diBukit Tengkorak,Semporna merupakan tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara sewaktu zaman Neolitik.[38][39]
Pada awal abad ke-7, sebuah komuniti yang dikenali sebagai Vijayapura, yang merupakan sebuah wilayah naunganSrivijaya dianggap telah wujud di barat laut Borneo.[40][41] Kerajaan bebas terawal di Borneo, yang sepatutnya wujud sejak abad ke-9, ialahPo Ni yang direkodkan dalam rekod geografi China,Taiping Huanyu Ji. Dipercayai bahawa Po Ni wujud di sekitar muaraSungai Brunei dan merupakan pendahulu kepada Empayar Brunei.[41][42] Apabila China telah ditakluk oleh Empayar Mongol, kesemua wilayah naungan China kemudiannya diperintah oleh maharaja Mongol China. Pada awal tahun 1292,Kublai Khan dikatakan telah menghantar ekspedisi ke utara Borneo,[43] sebelum bergerak bagimenakluk Jawa pada 1293.[44][45] Hasil daripada ekspedisi ini, dipercayai ramai pengikutnya di samping pedagang Cina lain yang akhirnya tinggal dan menubuhkan enklaf mereka sendiri di sekitarSungai Kinabatangan.[43]
Kemuncak keluasan wilayahBrunei yang turut meliputi Sabah.Keluasan pengaruh wilayah Kesultanan Sulu pada 1845 yang turut meliputi kawasan timur Sabah.
Pada abad ke-14, Brunei dan Sulu merupakan sebahagian daripada Empayar Majapahit namun pada 1369, Sulu dan kerajaan Filipina yang lain telah berjaya memberontak, bahkan Sulu telah menyerang Brunei yang masih menjadi wilayah naungan Majapahit.[46] Sulu secara khususnya telah menyerang timur laut Borneo di Sabah[47], mereka kemudiannya terpaksa berundur namun Brunei makin melemah.[48] Pada 1370, Brunei memindahkan taat setianya keDinasti Ming.[49][50] Maharaja Brunei,Karna kemudiannya melawat Nanjing bersama keluarganya hingga kematiannya di sana.[51] Baginda digantikan oleh anakandanya, Hsia-wang yang bersetuju untuk menghantar ufti ke China setiap tiga tahun.[49][50] Selepas itu, kapal-kapal China datang ke utara Borneo dengan muatan rempah, sirip ikan yu, sarang burung, kapur barus, rotan dan mutiara.[52] Lebih ramai pedagang China akhirnya menetap di Kinabatangan, seperti yang direkodkan dalam catatan Brunei dan Sulu.[49][53] Adik perempuan kepada Ong Sum Ping, gabenor penempatan Cina itu kemudiannya berkahwin dengan Sultan Brunei,Sultan Ahmad.[49][54] Mungkin kerana hubungan ini, satu kawasan pengebumian dengan 2000 keranda berkayu, ada yang dianggarkan berusia seribu tahun, telah ditemui di Gua Agop Batu Tulug di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan.[55][56] Budaya pengebumian ini dipercayai dibawa oleh pedagang dariTanah besar China danIndochina kerana keranda kayu yang serupa turut ditemui di rantau tersebut.[55] Tinggalan seramik Cina turut ditemui dari sisa kapal karam diTanjung Simpang Mengayau yang dianggarkan berasal antara tahun 960 hingga 1127 M dari dinasti Song dan tinggalangendang Dong Son Vietnam yang ditemui di Bukit Timbang Dayang,Pulau Banggi yang berusia sekitar 2000 hingga 2500 tahun.[36][57][58]
Sewaktu pemerintahSultan Bolkiah antara 1485 hingga 1524, pengaruh kesultanan Brunei meluas hingga ke utara Borneo.[59] Ramai orang Melayu Brunei berpindah ke Sabah dalam tempoh ini, bermula selepas penaklukan Brunei ke atas wilayah itu pada abad ke-15.[60] Namun akibat masalah dalaman, perang saudara, ancaman lanun dan kedatangan kuasa barat, pengaruh Brunei mula melemah.[61] Orang Sepanyol mula tiba di Sabah sejurus selepas kematianFerdinand Magellan pada 1521, apabila ahli ekspedisinya yang tinggal mula berlayar kepulau Balambangan dan Banggi di hujung utara Borneo.[62] Kawasan Sulu pula mencapai kemerdekaan pada 1578, membentukKesultanan Sulu.[63] Apabilaperang saudara tercetus di Brunei antaraSultan Abdul Hakkul Mubin danSultan Muhyiddin, Sultan Sulu mula menegaskan tuntutan mereka ke atas wilayah Brunei di timur Sabah[62][64], di mana baginda mengatakan bahawa Sultan Muhyiddin telah berjanji untuk menyerahkan kawasan itu kepada mereka sebagai pampasan atas bantuan mereka dalam menamatkan perang.[62][65] Wilayah itu dilihat belum diserahkan secara rasmi, namun pihak Sulu terus menuntut wilayah itu, dengan Brunei yang makin melemah dan tidak dapat menentang.[66] Selepas berperang dengan Sepanyol, kawasan timur Sabah mula jatuh dalam pengaruh Sulu.[62][65] OrangBajau-Suluk danIranun yang berlayar kemudiannya tiba dari kepulauan Sulu dan mula menetap di pantai timur Sabah[67], kebanyakannya lari dari penindasan penjajah Sepanyol[68]. Sementara kawasan timur dan barat Sabah masing-masing dipegang Sulu dan Brunei, sebahagian besar kawasan pedalamannya kekal bebas dari mana-mana kerajaan.[69] Pengaruhkesultanan Bulungan terhad di kawasan Tawau[70], yang berada di bawah pengaruh Sulu sebelum meraih pemerintahan sendirinya selepas perjanjian antara kerajaan British dan Sepanyol pada 1878.[71]
Pada tahun 1761,Alexander Dalrymple, seorang pegawaiSyarikat Hindia Timur British telah menyimpulkan satu perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membolehkan beliau menubuhkan sebuah pos perdagangan pada sebahagian kawasan Sabah yang terletak di bawah kekuasaan Sulu, walaupun ramai yang menjangkakan ia akan menemui kegagalan.[72] Menjelang 1765, Dalrymple berjaya mendapatkan pulau Balambangan setelah termeterainya Perjanjian Perikatan dan Perdagangan antara pihak British dan Sultan Alimuddin, sebagai bentuk penghargaan terhadap bantuan British membebaskan baginda dari Sepanyol diManila.[73][65] Pada 1773, British kemudiannya membina sebuah kilang kecil di pulau itu.[65] British melihat pulau itu merupakan lokasi yang sesuai untuk mengawal laluan perdagangan di Timur, mampu mengalihkan tumpuan perdagangan dari pelabuhan Sepanyol di Manila dan pelabuhan Belanda diBatavia.[65] Namun, British mula mengabaikan pulau itu dua tahun kemudiannya akibat serangan lanun.[53] Hal ini memaksa British untuk berlindung di Brunei pada 1774[65], dan pada 1803, satu percubaan telah dilakukan bagi menjadikan pulau itu sebagai sebuah pengkalan tentera British[53].
Pada 1846, pulauLabuan di pantai barat Sabah telah diserah kepada British oleh Sultan Brunei dan pada 1848, ia telah menjadi sebuahJajahan Mahkota British.[53] Melihat kehadiran British di Labuan, konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses memperoleh pajakan selama 10 tahun bagi sebidang tanah di Sabah. Moses kemudiannya menyerahkan tanah itu kepada Syarikat Dagangan Amerika Borneo, di mana mereka memilihKimanis sebagai tapak penempatan.[53][74] Mereka kemudiannya mengabaikan penempatan itu setelah kegagalan permintaan bantuan kewangan dari kerajaan Amerika. Sebelum mereka meninggalkannya, konsul Austria di Hong Kong,Gustav Overbeck telah membeli kesemua hak wilayah syarikat itu. Overbeck kemudiannya ke Brunei dan menemui Temenggong bagi memperbaharui konsesi itu.[74] Brunei kemudiannya bersetuju untuk menyerahkan kesemua wilayahnya di Sabah, dengan Sultan menerima bayaran tahunan sebanyak 12,000 dolar Sepanyol, sementara Temenggong menerima 3,000 dolar.[65]
Pada 1872, Sulu telah memberikan hak penggunaan tanah di Teluk Sandakan kepada William Frederick Schuck, bekas ejen perkhidmatan konsular Jerman yang telah tinggal dipulau Jolo, Sulu sejak 1864. Sulu telah memberikan kuasa kepada Schuck untuk menubuhkan pelabuhan perdagangan bagi memonopoli perdagangan rotan di pantai timur, di mana Schuck boleh beroperasi secara bebas tanpa halangan Sepanyol. Beliau meneruskan operasinya sehingga kawasan itu juga diserahkan kepada Overbeck, di mana Sultan Sulu menerima bayaran tahunan sebanyak $5,000 melalui perjanjian pada 1878.
Selepas beberapa siri pemindahan, Alfred cuba menjual wilayah itu kepadaJerman,Austria-Hungary danItali namun gagal. Overbeck kemudiannya bekerjasama dengan Dent bersaudara dari British untuk sokongan kewangan bagi membangunkan kawasan itu, sementara syarikat Dent memujuknya bahawa mana-mana pelabur memerlukan jaminan sokongan ketenteraan dan diplomatik British. Overbeck bersetuju dengan kerjasama ini, terutamanya berkaitan dengan tuntutan balas Sulu.[74] Namun, Overbeck menarik diri pada 1879 dan hak perjanjiannya diberikan kepadaAlfred Dent, yang menubuhkanBritish North Borneo Provisional Association Ltd pada 1881 bagi mentadbir wilayah itu.[75][76][77] Beberapa tahun berikutnya,Kudat telah dijadikan pusat pentadbirannya namun dipindahkan keSandakan pada 1884 akibat serangan lanun.[40] Untuk mengelakkan pertikaian lanjut, kerajaan British, Sepanyol dan Jerman menandatanganiProtokol Madrid 1885, yang mengiktiraf kedaulatan Raja Sepanyol ke atas Kepulauan Sulu sebagai balasan untuk melepaskan semua tuntutan Sepanyol ke atas Sabah.[78] Kedatangan syarikat itu membawa keamanan kepada penduduk, dengan syarikat itu membenarkan komuniti peribumi untuk meneruskan gaya hidup tradisi mereka, dan mengenakan undang-undang terhadap kegiatanpemburuan kepala, pertelingkahan etnik, perdagangan hamba dan lanun.[79][80] Sabah (sebagaiBorneo Utara) kemudiannya dijadikan sebagai wilayah naungan British pada 1888 walaupun menghadapi tentangan tempatan, antaranya olehMat Salleh danAntanom.[53][80]
Tentera Australia mendarat diWeston sewaktu Perang Dunia Kedua.Askar dan warga Jepun sebelum bergerak ke Jesselton selepas penyerahan kalah mereka di Tawau pada 21 Oktober 1945.
Sebagai salah satu siri dalamPerang Dunia Kedua, tentera Jepun telah mendarat diLabuan pada 3 Januari 1942[81] dan terus menguasai seluruh utara Borneo.[53] Dari 1942-1945, angkatan tenteraJepun telah menguasaiBorneo Utara dan sebahagian besar bahagian pulau yang lain. Penduduk tempatan dan British terpaksa menyerah kepada kekejaman Jepun.[82] Tentera Jepun juga telah menghalau ramai penduduk dari bandar pesisir pantai ke kawasan pedalaman, majoritinya melarikan diri dari Jepun dan mencari bekalan makanan.[83] Orang Melayu umumnya kelihatan disenangi oleh tentera Jepun, walaupun ada yang menghadapi penindasan, manakala orang Cina dan penduduk peribumi lain ditindas dengan teruk.[84] Masyarakat Cina tempatan telah membentuk kumpulan penentang yang dikenali sebagai Gerila Kinabalu, yang diketuaiAlbert Kwok dan disokong oleh pelbagai kumpulan etnik seperti orangDusun, Murut, Suluk dan Iranun. Gerakan ini turut disokongDatu Mustapha Datu Harun.[85] Kwok bersama-sama dengan para penentang lain telah ditangkap setelah Jepun menghalang gerakan mereka dalamPemberontakan Jesselton.[83][86]
Sebagai sebahagian daripadaKempen Borneo,tentera Bersekutu telah mengebom sebahagian besar bandar-bandar utama yang dikawal Jepun, termasuklah Sandakan yang terjejas teruk. Jepun juga telah menubuhkan kem tawanan perang yang kejam, dikenali sebagaiKem Sandakan.[87] Majoriti tahanannya merupakan askar British dan Australia yang ditangkap selepaskejatuhan Malaya danSingapura.[88][89] Tahanan tersebut menderita pada keadaan yang tidak berperikemanusiaan, dan di tengah pengeboman oleh tentera Bersekutu, Jepun telah memaksa mereka berarak keRanau, sejauh kira-kira 260 kilometer, dalam peristiwa yang dikenali sebagaiKawat Maut Sandakan.[90] Jumlah tahanan berkurang kepada 2,345 orang, majoritinya terkorban dalam perjalanan sama ada akibat tembakan sendiri atau dibunuh Jepun. Hanya enam daripada ratusan tahanan Australia yang hidup dan menyaksikan berakhirnya perang itu.[91] Jepun juga telah membawa masuk 17,488 buruh Jawa semasa pendudukan, namun hanya 1,500 orang yang terselamat, dan majoriti yang terkorban disebabkan oleh kebuluran, suasana pekerjaan yang teruk dan penyeksaan.[83] Pada Mac 1945, tentera Australia telah melancarkanOperasi Agas bagi mengumpulkan risikan di rantau itu dan melancarkan perang gerila menentang Jepun.[92] Tentera Australia juga telah memulakanPertempuran Borneo Utara pada 10 Jun 1945.[93][94] Akhirnya, tentera Jepun sepenuhnya menyerah kalah pada 2 September 1945, sejurus selepaspengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki.[95]
Selepas tamatnyaPerang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir olehPentadbiran Tentera British dan kemudiannya dipindahkan kepada kerajaanJajahan Mahkota pada tahun 15 Julai 1946 disebabkan oleh kesulitan yang dialamiSyarikat Borneo Utara British disebabkan kos yang tinggi untuk membina semula wilayah itu.[53][96][97]Jajahan Mahkota Labuan turut dimasukkan ke dalam jajahan baharu ini. Akibat kemusnahan besar di Sandakan sewaktu perang, pusat pentadbiran Borneo Utara telah dipindahkan ke Jesselton sementara kerajaan British kekal berkuasa sehingga 1963. Kerajaan Jajahan Mahkota telah menubuhkan beberapa jabatan bagi mengatur kebajikan penduduk dan memulihkan ekonomi selepas perang.[98] Sewaktu kemerdekaanFilipina pada 1946, tujuh pulau daripadaKepulauan Penyu yang dikawal British (termasuklahCagayan de Tawi-Tawi danKepulauan Mangsee) yang terletak di pesisir utara Borneo telah diserahkan kepada Filipina seperti yang telah dirundingkan oleh kerajaan kolonial Amerika dan British..[99][100]
Persekutuan Malaysia
Ahli Suruhanjaya Cobbold menandatangani perjanjian diLondon pada 21 Jun 1962.Pengisytiharan Malaysia telah diadakan diJesselton,Borneo Utara pada 16 September 1963.
Pada 31 Ogos 1963, Borneo Utara telah mendapat hak pemerintahan sendiri[101][102][103][104] dan pada tahun 1962,Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan oleh pihak British bagi memungut dan menentukan pandangan rakyat Sabah danSarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentukPersekutuan Malaysia ataupun sebaliknya. Persekutuan itu ternyata mendapat sokongan penduduk[105] dan kebanyakan pemimpin masyarakat etnik Sabah seperti,Tun Mustapha yang mewakili umat Islam,Tun Fuad Stephens mewakili peribumi yang bukan Islam, danKhoo Siak Chew yang mewakili kaumCina menyokong pembentukan.[85][106][107] Selepas perbincangan yang memuncak dalamPerjanjian Malaysia danPerjanjian 20 Perkara, akhirnya pada 16 September 1963, Borneo Utara dengan rasminya bersatu denganTanah Melayu,Sarawak dan jugaSingapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia.[108][109]
Sebelum pembentukan Malaysia sehingga tahun 1966,Indonesia telah mengamalkan dasar bermusuhan terhadap Tanah Melayu yang disokong British, membawa kepadaKonfrontasi Indonesia-Malaysia setelah pembentukan Malaysia.[110] Peperangan itu berpunca daripada apa yang dilihat olehPresiden IndonesiaSukarno, sebagai perluasan pengaruh British di rantau ini dan hasratnya untuk merampas kawalan ke atas keseluruhan Borneo di bawah konsepIndonesia Raya.[111] Sementara itu, Filipina, bermula dengan PresidenDiosdado Macapagal pada 22 Jun 1962, telahmenuntut Sabah melalui warisan Kesultanan Sulu.[112][113] Macapagal yang menganggap Sabah merupakan hak Sulu, melihat pembentukan Malaysia sebagai "percubaan Tanah Melayu mengenakan kuasanya ke atas Sarawak, Sabah dan Brunei".[112]
Berikutan kejayaan pembentukan Malaysia,Tun Fuad Stephens telah menjadiKetua Menteri Sabah yang pertama. Manakala,Mustapha Harun menjadiYang di-Pertua Negeri yang pertama.[114] Para pemimpin Sabah menuntut kebebasan beragama mereka dihormati, kesemua tanah di wilayahnya berada di bawah kuasa kerajaan negeri, dan tradisi serta adat kaum peribumi haruslah dihormati dan dijunjung tinggi kerajaan persekutuan, dengan balasan rakyat Sabah akan berikrar taat setia kepada kerajaan persekutuan Malaysia. Sebuahbatu sumpah telah dirasmikan oleh Tun Fuad Stephens pada 31 Ogos 1964 di Keningau bagi mengingati perjanjian itu sebagai rujukan di masa hadapan.[115] Sabah mengadakan pilihan raya negerinya yang pertama pada tahun 1967.[116] Pada tahun yang sama, nama ibu negeri, "Jesselton" telah ditukar kepada "Kota Kinabalu".[117]
Sebuahnahas kapal terbang pada 6 Jun 1976 telah mengorbankan Tun Fuad Stephens dengan empat menteri kabinet negeri yang lain.[118] Pada 14 Jun 1976, kerajaan Sabah dipimpin Ketua Menteri baharu,Harris Salleh telah menandatangani perjanjian denganPetronas, syarikat minyak dan gas milik kerajaan persekutuan, memberikannya hak untuk mengekstrak dan memperoleh hasil daripada petroleum yang digali di perairan wilayah Sabah sebagai pertukaran 5% dalam hasil tahunan sebagai royalti berdasarkan Akta Pembangunan Petroleum 1974.[119] Kerajaan wilayah Sabah telah menyerahkan pulauLabuan dan enam pulau kecil di sekelilingnya kepada kerajaan persekutuan dan pada 16 April 1984, ia telah diisytiharkan sebagaiWilayah Persekutuan.[120] Pada tahun 2000 pula,Kota Kinabalu telah diberikan status bandaraya, menjadikannya bandaraya keenam di Malaysia dan merupakan bandaraya pertama di wilayah ini.[121] Juga pada tahun tersebut,Taman Negara Kinabalu telah diiktiraf olehUNESCO sebagaiTapak Warisan Dunia menjadikan ia tapak warisan yang pertama di negara ini yang mendapat pengiktirafan seperti itu. Pada tahun 2002,Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawaPulau Sipadan danLigitan yang telah menjadipertikaian antara Indonesia dan Malaysia ialah sebahagian dari Sabah dan juga Malaysia.[122]
Pada Februari 2013, daerahLahad Datu telahdiceroboh pengikutJamalul Kiram III, penuntut takhta Kesultanan Sulu. Sebagai tindak balas, pasukan tentera Malaysia telah dikerahkan ke rantau ini, yang mengakibatkan 72 kematian (56 militan Sulu, sembilan anggota keselamatan Malaysia dan enam orang awam). Susulan penghapusan penceroboh, sebuah zonKawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah telah ditubuhkan.[123][124][125]
Sabah terletak di selatan jalur taufan, mendedahkannya kepada kesan buruk taufan yang sering terjadi di negara jiran,Filipina,[32] sepertiTaufan Haiyan pada 2013.[126]
Sabah mempunyai jumlah keluasan hampir 73,904 kilometer persegi (28,534 bt2)[12], dikelilingiLaut China Selatan di pesisir baratnya,Laut Sulu di timur laut danLaut Sulawesi di tenggara. Sabah mempunyai garis pantai sepanjang 1,743 kilometer (1,083 bt), dengan 295.5 kilometer (183.6 bt) daripadanya sedang mengalami kehakisan. Garis pantai negeri ini dilitupi dengan hutannipah danbakau. Hutan paya bakau melitupi hampir 331,325 hektar daripada jumlah keluasan negeri, dan menyumbang 57% daripada daripada jumlah hutan paya bakau di seluruh negara. Kawasan pantai di barat dan timur negeri sepenuhnya didominasi pantai berpasir, manakala di kawasan terlindung pasirnya bercampur dengan lumpur. Kawasan pantai di utaraTanjung Simpang Mengayau pula berjenis pantai pangkal teluk. Pantai barat negeri ini mempunyai kawasantanah lembap air tawar yang besar, dengan Semenanjung Klias menempatkan kawasan tanah lembap pasang surut yang luas dan pusat tanah lembap,Kota Kinabalu Wetlands yang ditetapkan sebagaitapak Ramsar pada 2016. Bahagian barat Sabah umumnya bergunung-ganang, menempatkan tiga puncak tertinggi di negeri ini. Banjaran gunung utama di negeri ini ialahBanjaran Crocker yang menempatkan puncak tertinggi negeri ini dan juga Malaysia, iaituGunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter. Ia juga merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara. Bersebelahan banjaran ini ialahBanjaran Trusmadi, menempatkan puncak kedua tertinggi, iaituGunung Trusmadi yang berketinggian 2,642 meter.
Kawasan pergunungan dan bukit-bukau ini dilalui oleh rangkaian lembah sungai yang luas dan kebanyakannya dilitupi dengan hutan hujan tebal. Terdapat kawasan berbukit yang lebih rendah memanjang ke kawasan pantai barat, dataran selatan dan kawasan pedalaman Sabah. Bahagian timur dan tengah Sabah umumnya merupakan kawasan banjaran gunung-ganang yang lebih rendah dan dataran dengan bukit yang jarang. Di pantai timur negeri ini terletaknyaSungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia selepasSungai Rajang, Sarawak dengan panjang 560 kilometer.[127] Sungai itu bermula dari banjaran barat dan mengalir melalui kawasan tengah negeri dan menuju ke pantai timur sebelum bertemu dengan Laut Sulu. Antara sungai utama lain di Sabah termasuklahSungai Segama,Sungai Padas,Sungai Sugut,Sungai Liwagu danSungai Kolopis.[128]
Sabah terletak dalam geografi tropika denganiklim khatulistiwa. Negeri ini mengalami dua musimmonsun, iaitu monsun timur laut dan barat daya. Monsun timur laut berlaku dari November hingga Mac dan membawa hujan lebat, manakala monsun barat daya berlaku dari Mei hingga September dengan hujan yang lebih sedikit.[128] Negeri ini juga mengalami dua musim peralihan monsun, iaitu dari April hingga Mei dan dari September hingga Oktober. Purata suhu harian di Sabah direkodkan antara 27 °C (81 °F) hingga 34 °C (93 °F), dengan jumlah curahan hujan antara 1,800 hingga 4,000 milimeter.[128] Kawasan pesisir pantai kadangkala mengalami ribut yang teruk kerana kedudukannya yang terletak di selatan jalur taufan. Sabah pernah dilandaRibut Tropika Greg yang sangat teruk pada 25 Disember 1996, mengorbankan lebih 100 orang, dengan 200-300 orang hilang dan antara 3000-4000 orang hilang tempat tinggal.[129][130] Memandangkan Sabah juga terletak dalamplat Sunda dengan himpitan dari plat Australia dan plat Filipina, negeri ini terdedah kepada gempa bumi, di mana tiga gempa bumi besar telah berlaku sejak 1923, dengan yang terakhir berlaku pada tahun2015.[131]
Sabah (bersama dengan jirannya Sarawak) mempunyai autonomi yang lebih besar dalam urusan pentadbiran, imigresen dan kehakiman yang membezakannya dengan negeri Malaysia yang lain.Yang Di-Pertua Negeri merupakan ketua negeri Sabah, walaupun sebahagian besar fungsinya hanya simbolik sahaja. Yang di-Pertua Negeri dilantik olehYang di-Pertuan Agong Malaysia.Ketua Menteri merupakan ketua kerajaan negeri Sabah dan ketuakabinet negeri.Dewan Undangan Negeri merupakan badan perundangan tertinggi negeri dan berkuasa dalam menggubal undang-undang Negeri. Badan perundangan ini berasaskansistem Westminster dan diketuai oleh Ketua Menteri yang dilantik daripada ahli parti yang memegang majoriti Dewan. Dewan Undangan Negeri ini terdiri daripada 73 ahli yang dilantik dalam pilihan raya negeri yang kebiasaannya diadakan setiap lima tahun. Kabinet Negeri pula merupakan badan eksekutif negeri Sabah yang menguruskan hal pentadbiran negeri. Badan ini diketuai oleh Ketua Menteri dan dianggotai 10 menteri lain yang dipilih oleh Ketua Menteri dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Peranan dan struktur Kabinet Negeri menyamai strukturKabinet Kerajaan Persekutuan, walaupun saiznya yang lebih kecil.[132][133]
Pecahan pentadbiran
Sabah terdiri daripada lima bahagian, yang seterusnya dibahagikan lagi kepada 30daerah. Bagi setiap daerah, kerajaan negeri telah melantik seorang ketua kampung bagi setiap kampung. Pembahagian pentadbiran di Sabah telah diwarisi dari sistem provinsi sewaktu pentadbiran British. Semasa pemerintahan British,Residen telah dilantik untuk mentadbir setiap bahagian dan disediakan dengan sebuah istana. Jawatan Residen telah dimansuhkan dan digantikan dengan pegawai daerah bagi setiap daerah apabila Borneo Utara menjadi sebahagian daripada Malaysia. Sabah juga mempunyai 26kerajaan tempatan, terdiri daripada sebuah dewan bandaraya, tigamajlis perbandaran dan 22 majlis daerah. Seperti negeri Malaysia yang lain, kerajaan tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menjelang pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kerajaan sementaraBorneo Utara telah menyerahkanPerjanjian 20 Perkara kepada kerajaanTanah Melayu sebagai syarat sebelum menyertai Persekutuan. Borneo Utara bersetuju dengan pembentukan Malaysia dengan syarat bahawa hak-hak Wilayah mereka dilindungi. Pada mulanya, wilayah ini memasukiMalaysia sebagai wilayah autonomi. Walau bagaimanapun, bermula dari tempoh kedua pentadbiranBERJAYA di bawah pimpinanHarris Salleh, autonomi ini telah beransur-ansur terhakis di bawah pengaruh persekutuan dan hegemoni.[138] Antara perdebatan politik yang sering dibangkitkan oleh penduduk wilayah ini adalah penyerahan pulauLabuan kepada kerajaan Persekutuan dan perkongsian yang tidak sama rata serta eksploitasi sumber petroleum. Ini telah menyebabkan sentimen anti-persekutuan yang kuat sehingga terdapat panggilan untuk berpisah dari Persekutuan dalam kalangan rakyat Sabah.
SehinggaPilihan raya umum Malaysia 2008, Sabah, bersama-sama dengan negeriKelantan danTerengganu, merupakan tiga negeri di Malaysia yang pernah diperintah oleh parti pembangkang. Diketuai olehJoseph Pairin Kitingan,PBS membentuk kerajaan selepas memenangipilihan raya 1985 dan memerintah Sabah sehingga 1994. Padapilihan raya 1994, walaupun PBS memenangi pilihan raya, pengambilalihan oleh komponenBN menyebabkan BN yang mempunyai majoriti kerusi dan seterusnya mengambil alih pimpinan kerajaan Wilayah.[139] Salah satu ciri unik politik Sabah ialah ketika satu dasar dimulakan oleh bekasPerdana MenteriMahathir Mohamad pada tahun 1994 di mana jawatan ketua menteri diputar di kalangan pihak gabungan setiap 2 tahun tanpa mengira parti pada masa itu, teorinya telah memberikan satu jumlah sama rata bagi setiap kumpulan etnik utama untuk memerintah Wilayah ini. Walau bagaimanapun, amalan sistem ini bermasalah kerana waktu yang diberikan adalah terlalu singkat untuk mana-mana pemimpin untuk membawa keluar pelan jangka panjang.[140] Namun, amalan ini telah berhenti sejak dengan kuasa yang kini dipegang majoriti dalamDewan Undangan Negeri (DUN) oleh partiUMNO, yang juga memegang majoriti dalam Parlimen Persekutuan.
Campur tangan langsung politik oleh kerajaan persekutuan, contohnya pengenalan UMNO dan pemansuhan pos ketua menteri pada awalKonflik PBS-BERJAYA pada tahun 1985, juga dengan bersama-sama memilih puak saingan diMalaysia Timur kadang-kadang dilihat sebagai taktik politik oleh kerajaan persekutuan pimpinan UMNO untuk mengawal dan mengurus kuasa autonomi Wilayah-WilayahBorneo.[141] Kerajaan persekutuan bagaimanapun cenderung untuk melihat bahawa tindakan ini adalah wajar terhadap pandangan sempit dalam kalangan penduduk wilayah ini yang kononnya tidak harmoni dengan pembangunan negara. Ini merumitkan hubungan kerajaan Persekutuan dan wilayah itu sehingga menjadi sumber perdebatan utama dalam politik Sabah.
Terdapat beratus-ratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil (IKS) di Sabah.[143] Beberapa syarikat juga telah mendapat nama seperti Gardenia. Kerajaan Sabah juga serius dalam mengejar perindustrian selaras denganPelan Koridor Pembangunan Sabah khususnya di kawasanSepanggar dimana Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Terminal Pelabuhan Kontena Sepanggar terletak.
Pembalakan dan Pertanian
Sabah juga terkenal dengan hasilkayu balak,[144] tetapi dengan kekurangan pada kadar yang membimbangkan, usaha ekologi untuk menyelamatkan baki hutan yang masih ada telah dibuat pada awal tahun 1982 melalui kaedah pemuliharaan hutan dengan mengumpul spesies benih kayu yang berbeza dan menjalankan penanaman semula. Bagaimanapun,minyak sawit telah muncul sebagai pilihan petani untuk ditanam sebagai tanaman pertanian.[145][146] Lain-lain produk pertanian penting dalam ekonomi Sabah termasuk jugagetah dankoko.[147][148]
Pelancongan, terutamanyaeko-pelancongan, merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Sabah. Pada tahun 2012, kira-kira 2,327,476 pelancong telah melawat Sabah[149] dan dijangkakan bahawa jumlah itu akan terus meningkat berikutan pelbagai aktiviti dan promosi yang diadakan oleh kerajaan negeri dan lembaga pelancongan negara. Selain itu, faktor kestabilan dan keselamatan wilayah ini juga telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi yang dipilih oleh para pelancong. Antara destinasi yang menjadi tarikan utama pelancong adalah sepertiKolam air panas Poring,Tanjung Simpang Mengayau, Taman Pertanian Sabah, Taman Hutan Hujan Sandakan,Gunung Kinabalu,Lembah Danum,Sungai Padas,Pulau Sipadan,Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok,Long Pasia,Taman Pulau Penyu dan Monyet Proboscis Teluk Labuk.[150]
MenurutBanci Penduduk Malaysia 2020, Sabah mempunyai jumlah penduduk seramai 3,418,785 orang, menjadikannya negeri ketiga paling ramai penduduk di Malaysia dengan jumlah penduduk bukan warganegara tertinggi iaitu seramai 810,443 orang. Sabah mempunyai taburan penduduk berkadar 46 orang perkilometer persegi, menjadikannya negeri ketiga terjarang di Malaysia. Sebahagian besar populasinya tertumpu di kawasan pesisir pantai memandangkan kawasan bandar telah berkembang secara besar-besaran. Terdapat kira-kira 42 etnik dengan lebih 200 kumpulan sub-etnik di Sabah yang mempunyai bahasa, budaya dan kepercayaan yang berbeza. Antara kumpulan etnik peribumi terbesar di Sabah ialahKadazan-Dusun,Bajau,Melayu danMurut. Terdapat juga kelompok besar orangRungus,Orang Sungai,Melayu Brunei,Suluk,Bisaya dan kumpulanBumiputera yang lain, sementara masyarakat berbangsaCina membentuk majoriti dalam kalangan penduduk bukan peribumi. Penduduk bukan warganegara yang membentuk hampir 24 peratus daripada jumlah populasi Sabah terdiri daripada para pelarian dari Filipina, sebahagian besarnya merupakanorang Moro yang berpindah akibatkonflik di wilayahnya dan para buruh asal Indonesia dari Kalimantan,Sulawesi danKepulauan Sunda Kecil.
Islam merupakan agama rasmi dan paling ramai dianuti di Sabah. Menurut bancian penduduk 2020, sebanyak 69.6 peratus penduduk Sabah menganut agama Islam. Agama kedua terbesar pula merupakan agamaKristian, yang membentuk 24.7 peratus daripada keseluruhan populasi Sabah.Agama Buddha pula dianuti kira-kira lima peratus penduduk Sabah. Selain itu, terdapat juga sekelompok kecil penganut agama lain sepertiHindu,Sikh,agama rakyat China dan agama tradisi. Terdapat juga hampir 0.4 peratus penduduk yangtidak beragama.
Menurut bancian 2010, sebahagian besar penduduk beragama Islam di Sabah terdiri daripada beberapa kaum peribumi dominan Muslim seperti Bajau, Melayu dan Bisaya serta penduduk bukan warganegara. Penganut Kristian pula terdiri daripada kelompok besar masyarakat Kadazan-Dusun, Murut dan beberapa etnik peribumi lain, juga membentuk populasi signifikan dalam kalangan orang Cina. Majoriti penganut agama Buddha merupakan penduduk berbangsa Cina.
Bahasa
Bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang dituturkan di Sabah, walaupun dengan kreol yang berbeza berbandingBahasa Melayu Sarawak dan Melayu Semenanjung. Sabah mempunyai dialek Bahasa Melayu tersendiri, yang dipengaruhi bahasa kaum peribumi,Melayu Brunei,Bajau,Suluk danDusun. Bahasa peribumi Sabah boleh dibahagikan kepada empat rumpun bahasa iaituDusunik,Murutik,Paitanik dan Sama-Bajau. Bahasa peribumi ini kebanyakannya dituturkan dalam kalangan keluarga penduduk hasil kesedaran dalam memelihara warisan bahasa mereka. Disebabkan penduduk berketurunanHakka membentuk majoriti dalam kalangan orang Cina Sabah, dialekHakka merupakan dialekBahasa Cina paling dominan di Sabah berbanding dialekHokkien danKantonis.Semporna juga menempatkan satu-satunya komuniti penutur Chavacano di Malaysia, majoritinya merupakan pelarian Moro dari Filipina.
Persembahan tarianSumazau oleh masyarakat Kadazan-Dusun.
Sabah mempunyai warisan budaya yang pelbagai, disumbangkan dengan kepelbagaian etniknya yang luas dan berbeza. Di kawasan pantai barat, budaya penduduk dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu Brunei dan Bajau Pantai Barat, manakala di timur laut, kebudayaan masyarakat Bajau Pantai Timur, Bugis dan Suluk menjadi dominan, dengan Islam menjadi perkara penting dalam kehidupan. Agama Kristian juga memainkan peranan penting dalam kebudayaan masyarakat peribumi di kawasan pedalaman, terutamanya dalam kehidupan seharian orang Kadazan-Dusun, Murut, Lundayeh dan Rungus, selain amalan tradisi berunsur Pagan dan Animisme.
Terdapat beberapa perkampungan budaya yang menampilkan budaya peribumi Sabah seperti Perkampungan Budaya Borneo dan Perkampungan Budaya Monsopiad.Muzium Sabah menempatkan sebilangan koleksi artifak, loyang dan seramik yang meliputi kepelbagaian budaya Sabah, sejarah alam, perdagangan dan ketamadunan Islam bersama dengan taman etnobotanik serta pusat sains dan teknologi. Antara beberapa muzium lain termasuklahMuzium Komuniti Pogunon,Muzium Warisan Sandakan dan Rumah Agnes Keith. Terdapat juga beberapa bangunan tinggalan penjajah British, Jerman dan Jepun sepertiMenara Jam Atkinson,Rumah Besar Kinarut, Rumah Api Batu Tinagat, Menara Loceng Tawau dan bangunanLembaga Pelancongan Sabah.
Replika alat muzikSompoton di bulatan jalan Tambunan.
Setiap kumpulan etnik di Sabah terkenal dengan alatan muzik tradisional mereka yang tersendiri, di mana masyarakat Bajau, Melayu Brunei, Bugis, Iranun, Kedayan dan Suluk terkenal dengan kompang, gendang dankulintangan, sementara penduduk di kawasan pedalaman seperti orang Dusun terkenal denganbungkau,sompoton danturali, orang Kadazan dengan tongkungon, orang Murut dengan tagunggak, dan orang Rungus yang terkenal dengan sundatang, tontog dan turuding. Penduduk Sabah juga mempunyai seni tarian tersendiri, antaranya termasuklah tarianSumazau warisan masyarakat Kadazan-Dusun,tarian Magunatip oleh orang Murut,tarian Mongigol Sumundai oleh orang Rungus, tarian Alai Busak Baku dalam kalangan orang Lundayeh,tarian Adai-adai oleh orang Melayu Brunei,tarian Limbai oleh orang Bajau Pantai Barat,tarian Daling-daling oleh orang Suluk dan Bajau Pantai Timur, dan juga beberapa tarian milik pelbagai etnik lain.
Hidanganhinava, makanan tradisi kaum Kadazan-Dusun bersama roti sandwich.
Sabah juga kaya dengan variasi makanan, warisan daripada kepelbagaian etniknya. Antara makanan tradisi terkenal di Sabah ialahhinava, sejenis hidangan tradisi orang Kadazan-Dusun,tuhau,pinaasakan,bosou,linongot, ngiu chap, sate Sipitang, mi Beaufort dan mi Tuaran. Selain itu, masyarakat Sabah juga mempunyai snek tradisi yang tersendiri, antaranya termasuklah hinompuka,amplang,kuih cincin,kuih tiram dankuih pinjaram, serta beberapa jenis manisan sepertilamban, nuba tinga, punjung,sinamu dan puding kelapa Tuaran. Masyarakat peribumi Sabah, terutamanya yang bukan beragama Islam, mempunyai beberapa jenis arak sepertilihing, bahar, kinomol, montoku, sagantang, sikat dan tuak, di mana Sabah turut menjadi negeri ketiga terbesar dalam pengunaan arak di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Sarawak.
^abcdef"Sabah @ a Glance". Department of Statistics,. Dicapai pada29 December 2017.CS1 maint: extra punctuation (link)Ralat petik: Tag<ref> tidak sah, nama "statistics" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^Kathy MacKinnon (1996).The Ecology of Kalimantan. Periplus Editions. m/s. 55–57.ISBN978-0-945971-73-3.Since 1980, the Sabah Museum staff have carried out excavations in the Madai and Baturong limestone massifs, at caves and open sites dated back 30,000 years. Baturong is surrounded by large area of alluvial deposits, formed by the damming of the Tingkayu River by a lava flow. The Tingkayu stone industry shows a unique level of skills for its period. The remains of many mammals, snakes, and tortoises were found, all food items collected by early occupants of the rock shelters.
^ab"About Sabah".Perbadanan Promosi Pelancongan Sabah dan Muzium Negeri Sabah. Jabatan Pendidikan Sabah. Diarkibkan daripadayang asal pada 15 May 2016. Dicapai pada15 May 2016.
^Stephen Chia (2008)."Prehistoric Sites and Research in Semporna, Sabah, Malaysia".Bulletin of the Society for East Asian Archaeology. Centre for Archaeological Research Malaysia, University of Science, Malaysia. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 Mei 2016. Dicapai pada23 Mei 2016.
^Edward Gibbon (1788)."Fall In The East — The Decline And Fall Of The Roman Empire [Chapter 64]".Perpustakaan Ethereal Klasik Kristian. Dicapai pada18 October 2017.Hundred thousand Chinese imitated his example; and the whole empire, fromTonkin to thegreat wall, submitted to the dominion ofCublai. His boundless ambition aspired to the conquest ofJapan: his fleet was twice shipwrecked; and the lives of a hundred thousand Mongols and Chinese were sacrificed in the fruitless expedition. But the neighbouring kingdoms, Corea,Tonkin,Cochinchina,Pegu,Bengal, andTibet, were reduced in different degrees of tribute and obedience by the effort or terror of his arms. He explored the Indian Ocean with a fleet of a thousand ships: they sailed in sixty-eight days, most probably to Borneo, under the equinoctial line; and though they returned not without spoil or glory, the emperor was dissatisfied that the savage king had escaped from their hands.
^abRozan Yunos (7 Mac 2013)."Sabah and the Sulu claims".The Brunei Times. Diarkibkan daripadayang asal pada 17 June 2014. Dicapai pada20 September 2013.
^Keat Gin Ooi (2006). "The 'Slapping Monster' and Other Stories: Recollections of the Japanese Occupation (1941–1945) of Borneo through Autobiographies, Biographies, Memoirs, and Other Ego-documents".Journal of Colonialism and Colonial History.7 (3).doi:10.1353/cch.2007.0009.S2CID162251646.
^ab"I. North Borneo Claim".Excerpt from President Diosdado Macapagal's State-of-the-Nation Message to the Congress of the Philippines.Kerajaan Filipina. 28 Januari 1963. Diarkibkan daripadayang asal pada 8 Mac 2021. Dicapai pada17 Mei 2016.
^R. S. Milne; K. J. Ratnam (Mei 1969). "Patterns and Peculiarities of Voting in Sabah, 1967".Asian Survey.9 (5): 373–381.doi:10.2307/2642463.JSTOR2642463.
^Bunyan, John (25 Februari 2019)."After six years, police commandos shed light on Lahad Datu incursion".Malay Mail. Dicapai pada24 Januari 2025.The Lahad Datu standoff reportedly saw a total of 68 deaths, including 56 from the Sulu sultanate, nine from the Malaysian authorities and six civilians.